Polower

Ruang Iklan

Showing posts with label bau. Show all posts
Showing posts with label bau. Show all posts

Friday, 17 June 2011

Tentang Kentut

Mengentut atau dalam bahasa sopan orang timur, membuang angin adalah fenomena biasa.Semua orang kentut kan? Kalu korang x penah korang patut jumpe doktor di klinik2 berdekatan, mungkin urat kentut ada bersimpul.

Mengapa bau kentut kurang digemari oleh orang lain (ade pemilik kentut yang suke bau kentut sendiri)? Kerana baunye yang amat meloyakan tekak dan mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada penghidu.


Baunye pula memang bervariasi, bergantung kepada tabiat pemakanan, tempoh penyimpanan bahan buangan dsb. Untuk menghasilkan bau yang mampu mengundang amarah disarankan agar memakan makanan seperti petai atau telur rebus. Terdapat 2 kategori yang nyata dalam arena kentut ini. Yang pertama adalah, yang berbunyi dan yang kedua, secara diam atau pun senyap. Terdapat juga satu kategori minor yang berada di tengah2 iaitu sayup-sayup kedengaran. Menurut kajian terhadap beberapa orang responden, yang berbunyi itu kurang menghasilkan bau manakala yang senyap itu memang pembunuh senyap! Namun begitu, ade kebaikan bagi kategori kedua, iaitu tiada masyarakat sekeliling yang mengetahui siapa pelakunye walaupun baunye hampir memusnahkan buah pinggang seluruh kejiranan. Berbeza dengan kategori pertama, anda akan dipandang hina dan menjadi bahan keji dan umpatan sehingga ke anak cucu.

Kentut merupakan petanda awal kepada perlunya anda melalui proses penyahtinjaan. Kalau disimpan lama2 mungkin anda akan mengalami situasi sukar selepas itu.

pies: jangan kentut di dalam lif, anda pasti dicemuh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...