Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

Tuesday, 16 September 2014

Review Patung Kecil Felt by Lylac House :D


Salam...(n_n)
Kalau korang perasan, Hummy Lovey 'berkenalan' dengan Lylac House daripada suatu kejadian yang tak best. Tapi kami dah setel secara baik, dan aku pun dapat lihat yang Lylac House ada keunikan kraf yang tersendiri. Jadi, aku berbesar hati dapat review hasil kraftangan daripada Lylac House di sini (n_n)

Actually, hasil kraftangan di Lylac House tidak ada nama khas, jadi aku namakan je ia sebagai Patung Kecil, sebab semua kraf kat sini jenis yang kecil tetapi dibuat dengan kemas dan terperinci.

Jom lihat hasilnya :D

Ini baru siap kepala saja...tapi kalau korang nak request kepala saja pun boleh..saiz kepala lelaki tu (w)7cm x (h)5.5cm, manakala untuk saiz kepala perempuan tu lebar sikit sebab ada tocang (w)10cm x (h)5.5cm

Haa..ini baju untuk kepala perempuan tadi tau, lepas badan dia dah siap, dia akan pakai baju ni...

Tadaaaa !!! Comel takkk???


Aku sebenarnya begitu kagum dengan hasil felt kraf daripada Lylac House ni sebab beliau begitu mentabahkan diri menjahit kraf-kraf kecik comel begini, dah lah kecik, kemas dan siap terperinci sungguh. Kau tengok gambar atas tu, nampak tak camne rajin beliau buat kasut kecikkkk untuk patung comel tu? Haha~

Ini pula antara hasil-hasil patung kecil yang siap dihasilkan :


Ini pulak dibuat khas untuk anaknya, memang sama dan sangat comeyyy nyee kannn~~
 
Siap boleh bukak-bukak topi bagai~~ comel betul!

Sesuai untuk anak-anak kecik korang yang suka berangan nak jadi princess-princess tu~ hehehe
Dia siap boleh designkan baju dan kasut sekali tu, alahai rajinnya beliau nih..haha tapi memang comel, rambut ditiup angin tu~~
Aku suka dengan kekemasan yang diutamakan ni, jahitan tepi dia halus bebenor kan~
Haaa...kiut-miut sesangat kan...eee geram betul tengok!
Okay, patung-patung kecil ni tadi, bukan saja boleh dijadikan hiasan semata-mata, tapi boleh juga dijadikan sebagai

1. Hiasan untuk cover Photobook
2. Keychain
3. Hiasan untuk gantung kat dinding
4. Fridge magnet
5. Cucuk dengan lidi sebagai photobooth props / Jambangan bunga
6. Lekat pada bantal / lekat pada frame gambar
7. Sebagai cake topper

dan lain-lain. Pendek kata, semua pun bolehhh lahh! Haha, jom tengok gambar lagi :








Lekat di cover Photobook



Pencil Topper
Teddy bear kecil yang dilekatkan pada frame gambar :D


Haaaa okay! Banyak gila dah gambar aku letak, geram betul tengok semua patung kecik tu comel-comel semuanya. Paling best lengkap dengan baju tu dan lain-lain aksesori lagi tu. Hihi..

Okay, pada siapa-siapa yang berminat nak tempah patung kecil comel ni, bolehlah PM terus di FB LYLAC HOUSE (KLIK) atau whatsapp beliau di 011-3750 8703 (Akuma San) ya :)

*******************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


Monday, 8 September 2014

Review Snowdrop Cloth Pad & Pantyliner


Salam...(n_n) hai korang!
Hoho, mati sekejap blog aku ni haa..takde idea betul nak menulis. Hihi..okay, kali ni aku nak review tentang sejenis pad yang boleh dibasuh dan boleh digunakan semula untuk kegunaan di hari-hari yang mendatang iaitu~~~~~

 Cloth Pad :D

Comelkan (n_n)

Pad ini merupakan alternatif kepada penggunaan pad biasa yang pakai buang tu. Selain corak-corak dan warnanya yang 200x lebih comel dan menarik berbanding pad-pad biasa, Cloth Pad juga dikatakan lebih selamat penggunaannya berbanding dengan pad-pad biasa.

Kalau ikut pemikiran aku pun, memang jauh lebih selamat, sebab Cloth Pad ini, 100% guna bahan-bahan yang memang memiliki ciri-ciri menyerap yang hebat seperti kapas, organik dan sintetik). Lagipun, ramai yang dah DIY sendiri Cloth Pad untuk kegunaan mereka sendiri. So, kalau DIY tu memang langsung takde bahan kimia lah kan, sebab tu aku boleh kata Cloth Pad lebih selamat berbanding pad-pad biasa yang majoritynya dibuat di kilang yang kita tak tahu, entah apa yang diorang campur sampai boleh jadikan darah kotor kita tu kepada bentuk gel. Confirm lah kena guna bahan-bahan kimia tertentu kan?


Untungnya beli Cloth Pad, adalah kita boleh customised kan sendiri corak dan warnanya mengikut citarasa kita. Dah macam boleh buat koleksi pulak kan~ hahah. Comel pun comel kan :D Daripada kekemasan jahitan pun memang kemas lah, sebab yang buat semuanya pro menjahit. :D


Dengan penggunaan Cloth Pad jugak, nyata lebih menjimatkan berbanding kalau kita beli pad jenis yang pakai buang tu kan. Dan bagi korang yang memang guna pantyliners dalam kehidupan seharian korang, better lah beli ni, sebab memang jimat untuk kegunaan jangka panjang :)

Mengikut testimoni tentang Cloth Pad ni, ramai yang cakap senggugut diorang mula berkurangan dan pelbagai masalah lagi seperti keputihan tu semua dapat juga dikurangkan. Lepas tu, kalau pakai, rasa sangat selesa sebab fabrik yang digunakan memang lembut, jadi tak rasalah gatal-gatal ke apa. Yang ni aku setuju jugak, sebab ada certain brand pad yang aku tak boleh pakai sebab permukaan pad tu terasa kasar, dan jadi gatal bila pakai. Sangat tak selesa tau~ terus tak nak guna lagi brand tu :p



Bagi yang memang basuh pad pakai buang yang dah 'kotor' tu sebelum betul-betul buang di tong sampah, mungkin takde masalah lah untuk bertukar kepada Cloth Pad, sebab konsepnya sama je, basuh pad lepas digunakan, cuma yang ini boleh disimpan dan digunakan semula.

Bagi yang lepas pakai terus buang tanpa membasuh pad yang dah ada darah tu, sebenarnya itu bahaya tau. Lagipun, Islam memang dah ajar supaya jaga kebersihan kan, so tak elok biar bekas darah kita tu terbiar tanpa berbasuh macam tu. Sebab itu darah kita, kalau ada orang yang berniat tak jahat, dia boleh gunakan darah tu untuk memudaratkan kita. Ada juga yang aku dengar, kalau hantu hisap darah kita yang dekat pad tu, nanti hantu tu datang cari kita sebab nak hisap darah kita (just incase kalau darah kita tu sedap lahh~ hahaha)

Aku yang ngeri dengar citer-citer camtu memang bersih-bersihlah aku cuci siap letak sabun bebanyak biar hantu tak suka :p haha~ okay melalut sudah :p

Nah, pada korang yang berminat nak beli Cloth Pad ni ataupun berminat nak tahu lebih lanjut tentang Cloth Pad ni, boleh lah terjah Facebook Snowdrop / Blog Snowdrop (Klik). Dekat blog dia lagi banyak info dan penerangan kalau korang still rasa tak yakin dengan Cloth Pad :)

Ini harga promosi kalau korang nak beli yang set punya. Memang agak mahal tapi berbaloi untuk penggunaan jangka masa lama.

Ini pulak harga promosi untuk pantyliner yang beli satu-satu je :


Haa okay sekian review Snowdrop Cloth Pad ya. Harap bermanfaat dan thanx sudi singgah sini :D

p/s : ada sesiapa yang dah pernah cuba? Meh komen sikit ceritakan okay ke tak? Hehe..

*******************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


Wednesday, 3 September 2014

Harga Review Produk di Blog Saya :D


Salam.. :D



Entry ini ditaip untuk memperkenalkan anda dengan satu lagi medium yang dapat membantu serta mengembangkan lagi bisnes anda, selain menggunakan laman media sosial seperti FB dan Insta; iaitu Promote Bisnes Anda Melalui Blog.

Promote produk / servis / perniagaan di blog adalah berbeza berbanding platform-platform yang lain kerana di blog, kami menarik perhatian pelanggan melalui kata-kata dan pengalaman-pengalaman orang yang dah pernah menggunakan produk / servis anda. Ia amat kuat untuk mempengaruhi dan meluaskan lagi perniagaan anda :)


1. Apa yang boleh saya review?

- Produk kecantikan dan kesihatan
disertakan dengan testimoni daripada anda sendiri sebab saya takkan menjadikan diri saya sendiri sebagai testimoni ya..hehe

- Produk makanan / minuman homemade
lebih berkesan jika beri sample kepada saya, jadi saya boleh tulis tentang rasanya dengan ikhlas sekali..hahah

- Produk atau servis kreatif
seperti kraftangan, lukisan, doodle, jahit manik, buat design dan sebagainya. Anda nak kenalkan diri anda sendiri pun boleh (branding yourself)

- Review tentang perniagaan anda
Ya! Mungkin anda nak orang tahu anda adalah seorang bisnesman sekarang ini, dan nak kembangkan potensi perniagaan anda, jadi bolehlah promote bisnes / perkhidmatan anda di blog saya

- Review berkenaan pelancongan / restoran / perhotelan dan sebagainya
Ya! Kuasa blogger sangat penting dalam hal ini. Ramai orang yang membuat survey berkenaan ini. Rata-rata mencari tempat pelancongan bajet, pakej berbulan madu yang bajet, restoran yang sedap bagi food lovers, hotel yang murah dan servis yang baik dan sebagainya. Mungkin cara promote di blog lebih berkesan berbanding di TV, Surat Khabar atau majalah sebab bila mereka baca di blog, nampak saja link anda, mereka terus boleh klik dan survey pada masa tu jugak!


2. Apa yang saya taknak review??

1. Saya menolak review tentang segala produk kecantikan / kosmetik yang memerlukan saya menjadi testimoninya terlebih dahulu.

2. Saya menolak review barangan yang haram di sisi Islam seperti rokok, arak dan sebagainya.

3. Saya menolak review tentang barangan 18SX seperti alat besarkan itu ini, alat nak bagi abang sayang lah, isteri puas lah, dan sebagainya yang berkenaan. Tak kuasa aku tau~


3. Cara saya membuat review??

Lain blogger, lainlah style penulisan dan reviewnya. Tetapi bagi saya, berikut merupakan ciri-ciri penulisan saya bila menulis review :

- Gaya penulisan yang santai dan tidak skema (ala-ala tengah bersembang gitu)

- Saya menganggap visual dan penerangan sama penting, jadi entry review saya akan ada gambar-gambar dan caption sebagai penerangan

- Saya akan cuba membuat entry review yang ringkas tetapi padat, tidak berjela-jela sampaikan orang boring nak baca.

- Beberapa entry saya telah mendapat tempat pada page pertama di Google (kerana tajuk entry yang mesra SEO), jadi saya akan cuba membuat tajuk entry review yang mesra SEO untuk anda juga, insyaAllah

- Saya juga akan akan membuat entry review itu lebih menarik dan teratur dengan menggunakan warna-warna font yang sesuai, di samping meng'highlight'kan point-point penting.

- Entry review akan diletakkan backlink ke laman web anda (FB, BLOG, INSTA, WHATSAAP, FON NUMBER, dll) agar memudahkan pembaca blog contact anda terus jika berminat.


4. Siapa yang akan membaca entry review ini??

Setiap entry review yang saya buat akan di-share kan ke laman FB personal saya dan beberapa page blogger yang lain dan akan mengumpul pengunjung blog daripada situ. Saya juga rajin berkunjung ke blog-blog orang lain, dan ini merupakan basic trick agar blogger lain turut berkunjung ke blog saya dan membaca entry tersebut. Dan macam saya cakap tadi, tajuk entry yang mesra SEO sedikit sebanyak dapat membantu meramaikan lagi orang membaca entry tersebut. 

*Entry tersebut akan kekal dan tidak akan dipadam sampai bila-bila melainkan jika diminta sendiri oleh orang yang menempah ataupun jika blog saya tiba-tiba dipadam oleh encik google! Owh kejamnya~ Hahah..jadi selama-lama itu, entry review itu akan tetap dapat dibaca dari semasa ke semasa.


5. Harga review produk / servis / perniagaan di blog saya?

Harga ini merupakan upah untuk saya memikirkan idea dan cara yang berkesan agar entry yang dihasilkan menjadi ringkas tetapi padat, dan masa yang diperlukan untuk menulis sesebuah entry.

Harga :
Rm 30 - Rm 100 / entry

*tambahan Rm 10 untuk sticky post (entry) selama 2 hari.

*entry akan dibuat hanya selepas bayaran dimasukkan bagi mengelakkan customer 'ghaib' tanpa membuat bayaran selepas entry siap. Hahah :p

******************************************



Jadi, kepada sesiapa usahawan kecil-kecilan mahupun yang besar-besaran kalau berminat nak gunakan khidmat saya untuk membuat review tentang produk / perkhidmatan / perniagaan anda, bolehlah emailkan butir-butir kepada saya di :

lynndamya@yahoo.com
dengan tajuk 'Nak review barang'


Mana-mana kawan yang kenal aku tu, kalau nak try promote bisnes korang di blog aku, bolehlah PM je kat Fb aku ye~ harga kawan-kawan saje untuk u'olls~ haha

Haaa...okay~ Sekian terima kasih (n_n)


Letak gambar sendiri bajet boleh jadi pelaris lah konon~ Hahahah okay, saje interframe. Bye~

Monday, 25 August 2014

FashionValet untuk kaki WINDOW shopping online :D


Salam... :D
Hahaha..di kala-kala aku dah boring dengan baju-baju yang ada di Zalora, sebab hari-hari aku ushar, aku terjumpa pulak page baru ni yang aku rasa boleh tahan design-design bajunya. Jom ushar!



Sangat teruja bila jumpa page ni, sebab design-design baju dia rasa macam fresh dan unik. Bab harga pulak memang mahal lah, tu sebab aku khaskan entry ni untuk yang suka window shopping secara online je. Hahaha berfaedah sungguh hobi seperti ini. Jom ushar baju pulak! :D

Paling best bila di FashionValet ni ada koleksi baju kurung dan dress tema hitam putih. Very elegant dan cool tau~

Anggerik Modern Kurung with Black SarongOrkid Modern Kurung with White Sarong

Ini pulak design yang aku rasa best dan unik :D

Dhalia Kurung Modern in PurpleThe Aralia Suit in Blue


FashionValet juga ada koleksi baju sutera dan batik yang harganya bermula daripada Rm 750.oo...yaa, begitu gigih lah dan mati lah kalau aku nak membelinya~ tapi memang sweet dan comel-comel belaka warna baju dia, macam macaroon gitu~ :


Double Layer Kurung in Light Yellow


Boatneck Kurung in Pink
Aku minat betul dengan yang ini...manis sungguh warna dia tu..bak mai 750 kat aku weh~ Haha :p

Baju Kurung Khadija in Turquoise and White

Baju Kurung Maryam in Light Green and Pink
Ini pun cair gak aku tengok...lembutnya warna hijau dia...susah nak cari baju warna hijau lembut macam ni sekarang, majority banyak warna emerald green dengan hijau biru yang macam turqoise tu je..wuwu ni pun cecah Rm 700 lebih gak ni..haha

Baju Kurung Maisara in Peach and Grey


Baju Kurung Maisara in Turquoise


Yaaa...okay cukuplah...kalau korang nak tengok lagi, boleh lah terus je pergi ke laman webnya iaitu FashionValet (klik). Jangan risau, banyak lagi fesyen-fesyen dan design yang ada, yang lebih murah harganya. Selamat berwindow shopping ya. Thanx sudi singgah sini (n_@)


p/s : window shopping memang menjadi terapi untuk aku...walaupun secara online~ Haha

***************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


Monday, 14 July 2014

Serikan Rumah Dengan Keunikan Seni Khat Kufi



Salam. Khat Kufi sekarang ni semakin menarik perhatian nampaknya, sebab bila tulisan jawi tu dimodenkan kepada bentuk kotak-kotak pixel, ia memberikan imej yang lebih moden, urban dan catchy jugak sebenarnya. Jom kita tengok lagi hasil seni khat Khat Kufi yang menarik sangat nih! :D

Semua gambar yang aku tunjuk ni nanti adalah hak milik Kufi On Canvas, yang mana kesemua hasil seni Khat tersebut diprint atas kanvas dan dibingkaikan cantik-cantik untuk dijual :D


Kiri : Doa Pengantin
Kanan : Set Allah & Muhammad

Ini untuk majlis perkahwinan si Syamsul Yusuf dan Puteri Sarah tu.. :)

Asmaul Husna
Ayat 4 Qul

Ada juga set Kufi yang terdiri daripada perkataan Allah dan Muhammad dalam pelbagai saiz :D

Kebanyakan set seni Khat Kufi ni dijadikan sebagai hadiah korporat dan hadiah-hadiah pada majlis perkahwinan. Memang sangat sesuai dengan keunikan dan kekemasan finishing artwork. Tak kurang juga yang membeli untuk dihiaskan dalam rumah. Memang cantik dan berseni sungguh, terutamanya seni khat kufi style abstract macam ni :

Tajuk: Tawadhuk
Khat: Allahuakbar
Tajuk: Istiqamah
Khat: Allahuakbar


Menarik kan?? Seronok tengok warna-warni macam tu. Memang cantik walaupun ianya tulisan jawi biasa. Apapun, memang kagum dan sokong industri seni khat kufi ni, selain memartabatkan tulisan jawi tu sendiri, ia mampu memberikan suatu citarasa baru yang kontemporari untuk masyarakat dalam menghias rumah mereka. 










Semoga lebih maju jaya lagi lepas ni. Hehehe..owh ya, kalau korang rasa berminat, boleh lah klik link ini bawah ni ya:



Zest Point (Unit ZP-01-23), Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Kinrara BK9, Puchong

Carian Waze : THE ZEST@KINRARA 9
Contact Number : 012 2525 644

p/s : semua cantik gila, pening kepala aku nak pilih gambar untuk letak dalam entry. Cuma rage harga dia, aku belum mampu lagi nak beli. Hehehe..belikan aku satu boleh? :p