Happy Three Friends

Miss Money

Showing posts with label Artwork. Show all posts
Showing posts with label Artwork. Show all posts

Monday, 17 August 2015

Artwork ke Angkasa

Salam.
Semalam macam ada suatu perasaan yang tak seronok, maka idea pun datang dan aku tahu aku kena cepat-cepat buat sebelum perasaan tak seronok tu hilang.

Maka jadilah ini...


"Like i'm gonna leaving this planet and go to the others to find some space to hide..."

Aku ni jenis yang datang idea masa tengah sedih, marah or kecewa je. Kesian betul, waktu happy-happy idea tak datang pun..hahaha! Okay tu je bye..thanx singgah sini (n_n)

P/s: nak tgk artwork lain aku, boleh lah klik SINI


Monday, 15 June 2015

Buat Tudung Sendiri


Salam.

Motif aku buat tudung sendiri adalah:
i. Sebab aku tak reti pakai shawl walaupun instant shawl
ii. Sebab aku rasa rimas nak pakai shawl / tudung yang berlilit
iii. Sebab aku kurang mampu nak beli tudung-tudung zaman sekarang yang regenye boleh tahan mahal
ii. Sebab aku suka 'rare'

Maka dengan itu aku pun saje-sajelah nak try buat tudung sendiri...lukis je corak yang aku nak...at anytime. Tapi aku baru buat satu je untuk contoh. Sayang dakwat pen oi~ mahal.


Dakwat apa? Rahsia..hehehe..aku pun tak tanya orang, tapi aku google, google, google dan terus-terus gooooogleeeeeeee sampai berhari-hari, berminggu-minggu demi mencari jawapan. Sebab aku tahu, kalau aku tanya direct kat orang yang dah pernah buat, dia takkan bagitau. Same goes to me, hahah. Kalau aku boleh cari, korang pun boleh cari ;)

Apapun, semua ni masih dalam fasa eksperimen di mana aku kena cari material yang lebih lembut dan selesa dibuat tudung, dan tengah fikirkan cara nak jahit bahagian tepi guna mesin jahit lurus, sebab aku takde mesin jahit tepi. Daripada segi corak berwarna tu pulak, aku nak kena basuh guna tangan, basuh guna washing machine untuk pastikan warnanya tak luntur. Aje kang kena hujan, tudung jadi bersih suci sebab warna corak semua hilang sebab menurun. Hahaha :p

Okay tu saje. Terima kasih sudi singga sini (n_n)

P/s: buat masa ni, buat untuk pakai sendiri je kot...Nak jual takut takde orang nak tudung camni~ Hipster sangat! Kahkahkah :p


Friday, 10 October 2014

Harga Sebenar Untuk Secebis Design ?


Salam..(n_n)
Hari ni, meh kita tengok benda gila...


Gila tak gila harga dia?
Makin besar saiz design, makin tinggi nilainya. Tu belum campur tahap kesenian dan tahap keaslian sesuatu artwork tersebut. Tengok balik artwork tersebut, berapa agaknya orang yang upah kita nak bayar kat kita ya kalau kita buat camtu? Rm 50 je kot? Yelah, sebab menurut orang yang upah selalu cakap, takkan buat artwork tak sampai satu jam, tapi nak cas beratus?? Ya Allah, syukur lah sebab Rm 50 tu duit juga (kata mereka-mereka yang bekerja di luar bidang seni) Nak nak kalau orang yang upah kita tu ada sebarang pertalian dengan kita, diperli-perlinya kita suruh kasi free ~~ nak buek camno aihh~ 


P/s : memang betul lecturer aku kata, we are a class of our own, hanya kami-kami je yang faham ;) Forever alone gitu~ hahaha...Errr...tapi, memang gila ekk harga dia?? hahaha


Wednesday, 8 October 2014

Doodle Perempuan Comel Berselfie


Salam (n_n)
Okay, asalnya nak publish doodle ni sempena hari raya puasa hari tu, tapi terlupa. So, publish je lah sekarang ek? Hahaha, nah!

Doodle Awek Muslimah Berselfie-selfie
Haaa gitu je lah ghopenye. Plain habis aku buat, shadow pun nampak tak nampak je haha. Semua perempuan kat atas tu ada karakter masing-masing tau :

1. Pempuan tudung pink yg pegang kamera : Ni biasanya gadis impian jejaka-jejaka gitu~ sangat cantik, ayu dan manis. Ladies~ orang kata~~

2. Perempuan tudung hitam : Jenis yang macam kasar sikit, macam lelaki, tak suka mekap biasanya. Perempuan yang agak kepoh sikit. Hahah

3. Perempuan tudung hijau : Haa tu tudung labuh tau, tapi tak nampak...itu jenis perempuan yang baik budi pekertinya. Islamik sedikit~ :)

4. Perempuan tudung ungu : Jenis yang cun jugak, tapi lebih kepada comel-comel dan sweet gitu.

5. Perempuan tudung kuning : Ini jenis yang berani, biasa perempuan yang pakai dress warna terang-terang dan bold camtu berani dan yakin orangnya! Sentiasa ceria dan suka memeriahkan suasana. Agak lantang bersuara gitu~


Okay, jadi itulah dia doodle selfie dan sedikit penerangan mengenai jenis-jenis perempuan yang aku terjemahkan dalam bentuk lukisan camtu. Bajet betul je pentafsiran aku tu kan~ hahaha okay, nak guna, guna lah ye :)

Terima kasih sudi singgah sini (n_n). Bye~

P/s : cara aku buat doodle, sketch atas kertas, scan, trace di AI dan color di Psd...sungguh manual kan~ haha


Thursday, 3 July 2014

Design Doodle Raya & Wallpaper Raya 2014 : Pelita


Salam. Alhamdulillah~design dah siap :D Doodle pertama sempena raya tahun 2014 ni, aku mulakan dengan doodle pelita.Untuk doodle, semuanya berformat PNG ya :) Kalau ada yang menarik hati korang, dipersilakan ambil ya. Percuma untuk kegunaan peribadi, terima kasih :D

Doodle Pelita Raya

~Pelita hijau~

~Pelita biru~


~Pelita emas~


~Pelita merah jambu~



Haa korang boleh gunakan doodle tersebut mengikut kreativiti korang sendiri ya. Okay, ini pulak design wallpaper raya yang menggunakan doodle pelita kat atas tu, maka jadilah ia seperti ini :

Wallpaper raya #1

Wallpaper raya #2

Wallpaper raya #3


Opz, sorry just ada dalam bentuk landscape panjang macam tu je, haha dan ada 3 warna saje... :p Maaflah, aku rasa designnya simple..haha~ Okay, itu lah design-design hari raya yang ada setakat ni. Korang doa-doakan lah aku rajin untuk buat yang seterusnya. Hahaha...

Okay lah, terima kasih pada yang sudi ambil (n_n) Mohon backlink ke blog aku ya. Thanx! ;)


p/s : owh ya, kalau korang dah siap-siap edit tu, pe kata share kat aku, nak tengok juga hasil karya korang tu..hehe :D


Tuesday, 1 July 2014

Preview Design Doodle & Wallpaper Hari Raya 2014 :D


*Latest info! Okay design raya ni dah siap ! Nak tengok?? Klik sini ya (n_n) TQ*

Salam! Aku tengah takde kerja, jadi aku ambil kesempatan nak siapkan design-design doodle dan background hari raya 2014 ni untuk kegunaan siapa-siapa yang memerlukan. Hehehe, setakat ni aku tunjukkan previewnya dulu lah ya...

1. Doodle Selfie Raya

Doodle selfie ni aku buat disebabkan oleh kegilaan manusia zaman sekarang yang sangat teruja dengan trend selfie. Haha, dah siap 99%....lagi 1% tu entahlah, touch up-touch up kot? Hehe

2. Doodle Pelita

Doodle pelita ni aku buat dia simple tapi berkerawang-kerawang sikit. Akan disediakan dalam pelbagai warna nanti, so doodle ni sesuai digunakan sebagai elemen tambahan design yang korang buat nanti :D 

3. Wallpaper Raya

Eh? Bila kat blog, lain pulak warna biru nya ni...wuwu..haa ni pulak wallpaper hari raya yang gunakan doodle pelita kat atas tu sebagai hiasan. Ni pun akan datang dalam pelbagai pilihan warna :D

Okay, itu lah preview antara design yang aku dah buat setakat ni. Tengok kerajinan aku lah, kalau rajin maka banyak lah hasilnya, hahaha.. :p Semua doodle dan wallpaper raya ni boleh di ambil percuma je untuk tujuan peribadi ya. Hehe okay! Terima kasih sudi singgah sini! :D

p/s : dah siap aku terus update! \(n_n)/


Tuesday, 3 June 2014

Karakter Female Steel Tofu selepas di-make over :D



Salam...ingat lagi tak tentang kartun Steel Tofu ni? Hari tu, aku ada kongsikan siri pertama kartun (klik) yang aku buat, dan few of my friends comment, watak female tu tak nampak macam female. So, bila aku tengok balik...a'ah..memang takde tanda-tanda female langsung.

So, ini adalah sedikit perubahan yang dibuat supaya watak Female dapat dikenali dan nampak ciri-ciri femininnya tu..hehe

    Sebelum                                   Selepas

     

So, aku rasa dah cukup nampak dah macam perempuan, dengan rambut panjang sikit sebelah, tambah reben lagi, siap pakai pemerah pipi dan lipstick tau~ kalau tak cukup macam perempuan lagi tak tahu lah...haha


Owh ya, dan hari tu, aku ada minta suggestion nama untuk tiga-tiga ekor tahu comel ni, so atas cadangan adik sedara aku Asmida (bangga lah kau kena mention nama kat sini :p)...maka aku namakan mereka sebagai :



Sedikit penerangan tentang Steel Tofu ni, bagi yang baru follow blog aku dan pada mereka yang terlepas entry aku pasal tauhu comel ni hari tu...

Steel Tofu

Berkisar tentang kisah kehidupan tiga bijik tauhu yang comel. Tauhu yang memakai baju besi, supaya tak mudah pecah atau rosak bila jatuh. So, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik SINI.
Tapi yang itu aku belum ubah watak si Tipa tu lagi.. hehe



Thursday, 15 May 2014

Kisah Tauhu Besi Yang Comel



Salam, aku tak ingat bila aku buat doodle ni, tapi tadi aku baru teringat tentang doodle ni. Apa yang aku fikir masa aku buat tu, ialah sekeping tauhu yang comel. Tapi, sifat tauhu kan lembut, jadi kalau jatuh terus rosak encik tauhu tersebut. Jadi, aku fikir, aku nak lukis tahu yang pakai baju. Baju besi !

Proses lakaran awal

Aku buat 3 bijik tauhu, dan aku namakan mereka sebagai...

Steel Tofu !! \(n_n)/


Apa jadahnya Steel Tofu ni?
Itulah yang aku nak kongsikan sekarang ni :)

Ini adalah siri pertama yang aku buat untuk kartun Steel Tofu ni, yang bertajuk :


Sedikit penerangan, tauhu yang berbaju besi ni, walaupun selamat bila terjatuh, bila dipijak, bila dilanggar, tetapi tetap lah jugak helpless...sebab diorang mana ada tangan~ Dan simbol air kat tepi kanan dahi diorang tu bukan sekadar letak je kat situ, ia menunjukkan 'kerisauan' (gulp!) si tauhu comel ini. Sebab...


Bila terlambung-lambung, tak tau sampai bila nak berhenti sebab takde tangan...


Bila kawan nak terjatuh, dapat tengok je lah...yang nak terjatuh tu pulak, sila pasrah je lah..



Lepas tu, lagi parah bila tengah berendam dalam pool...


Innalillah...hahaha...just for fun okay.. Hihi...so korang boleh memahami tak konsep kartun Steel Tofu aku ni? Terima kasih pada yang memahami, pada yang tak faham, memang korang bukan jenis yang suka kartun or baca komik agaknya...hehe

Owh btw, ada 3 watak tauhu yang aku buat, dibezakan mengikut color...dua jantan, satu betina (pink)..


Cuma nama je belum ada idea lagi...any idea?


Tuesday, 28 January 2014

Yeah this is my drawing...'real' drawing...


Salam. Baik gembira mahupun sedih, aku suka menconteng. Tapi, contengan
yang aku rasa paling bermakna dan paling 'cantik', adalah ketika aku sedang
bersedih. Memang laju je tangan aku menconteng demi melepaskan perasaan
aku tu. Ia seperti suatu karya yang 'ikhlas' kerana berbekalkan perasaan yang
sebenar. Ini antara yang terhasil daripada rasa sedih itu :










Ini bakal aku olah secara digital untuk dijadikan sebuah artwork aku..
itu pun kalau ada banyak masa...Hehehe
Ini pula link drawing-drawing / artwork lama aku :







Kliklah kalau nak tengok, hahaha...poyo betul sediakan banyak-banyak link :p
Okay tu je lah aku nak kongsi kat sini. Satu tentang aku, aku memang tak reti
nak lukis watak yang senyum. Bukan tak pernah cuba, tapi setiap kali aku cuba,
mesti gagal. Lagipun aku tak minat buat karakter yang senyum dan ceria je
memanjang. Tak feel~ gitu. Hehehe okay, that's all. Bye~

WARNING : TIDAK DIBENARKAN GUNA ILUSTRASI INI
TANPA KEBENARAN AKU. KALAU TAK, AKU MAKAN KAU~
HAHAHAHA ! 
(p/s: satu-satunya artwork aku yang 'senyum'..itu pun senyum misteri..
hehehehehehehehe....)

Saturday, 28 September 2013

Artwork Kegelapan Aku Dah Siap !! :D


Salam. Akhirnya...


Siap jugak artwork kegelapan aku nih. Aku ambil masa dekat 3 minggu nak betul-
betul dapatkan mood untuk siapkan tu. Fuhh, tak pernah selama itu before nih.

Pada aku, artwork aku kali ni, mengisahkan seorang perempuan yang hidupnya
dikelilingi oleh manusia-manusia yang hipokrit dan tamak, dikelilingi oleh manusia-
manusia yang berpura-pura menyayanginya, yang meninggalkannya tanpa rasa
bersalah, membuat dan membiarkan dia hidup dalam rasa yang 'sangat sendiri
dan sepi'.

Sakit. Sampai akhirnya dia berubah menjadi seorang yang liar, yang tidaj
pedulikan lagi manusia-manusia di sekelilingnya, dan dia menjadi seorang yang susah
untuk mempercayai walau sesiapa pun.

...

Jadi, oleh kerana rasional yang heavy ini lah yang membuatkan aku teramat susah nak
dapatkan feeling tu, sebab mostly perasaan aku 2,3 minggu ni gembira. Paling tak pon
tak sihat. Aku memang tak boleh buat artwork kegelapan dalam mood gembira,
segala bagai yang aku lukis even segaris helaian rambut pon akan rasa tak ikhlas.

Faham tak maksud aku? Hahaha, sebab tu lah artwork yg ni lambat gila nak siap :p

Okay, tanpa membuang masa, aku introduce to all, 


...


MISS MISERABLE



"You'll never understand what that she's afraid of...
You'll never know why she's being like that...
and you'll never wish to know of what she can do when finally she's feel so weak..."

Okay, boleh klik Sini untuk lihat process artwork ni, thank you :)


Thursday, 12 September 2013

Sesuatu Yang Gelap Bakal Tiba...


(lakaran awal yang kasar)

Artwork kegelapan aku akan tiba tak lama lagi...


(sila bayangkan siap ada sound effect serigala menyalak sayu~ dari jauhh...)


Monday, 5 August 2013

Imaginasi aku tentang blogger-blogger ini

Salam. Ohoh tinggal berapa hari je lagi nak beraya. Aku baru dapat sekeping kad raya,
sebekas kuih raya samprit, dan 2 helai T-shirt raya yang istimewa. Chewahh~terima
kasih kepada pemberi2 sekalian ya. (n_n)

Owh ya, aku ada bagi kad raya untuk kawan2 blogger yang selalu singgah blog aku,dan
aku ada lukis2 dalam kad tu, mengikut imaginasi aku tentang apa yang tahu tentang blogger
itu. So, meh aku explain satu2 ya.



Apa yang aku tahu, zaza sorang yg ulat buku, suka membaca dan suka sharekan
info2 yg bermanfaat dalam blog dia. Dia juga minat dalam bidang felt craft. Sebab
tu aku lukis dia tengah baca buku, dan judul2 buku tu adalah buku yg dia suka baca.



Hah dia ni kalau baca segala penulisan dia dalam blog, hampir kesemua ceritanya
bernadakan melankolik dan kesedihan, kesayuan, kesepian dan segala bagai yang
macam sedih je. Even cerita gembira pon sometimes dia olah supaya bernada sedih.
Sebab tu aku gelar reenapple ni Melancholic Blogger, sedih je entry-entry nya.



Heh minah ni memang tak boleh nak dinafikan lagi keobsesan beliau terhadap
kamera. Dalam blog minah ni, berjuta-juta lemon pic dia dengan style-style fashionnya
tu. Hahaha, sebab tu aku lukis dia tgh berfesyen bagai tu, style baju tu pon antara yang
dia pernah pakai, belt love tu antara aksesori beliau yang aku minat. Dan hello kitty tu aku
lukis sebab aku ada baca entry dia pergi Puteri Harbour, tgk rumah hello kitty. Meroyan
sebab dia suka hello kitty tu comel. :D



Sebenarnya, aku tak banyak tahu tentang yui, jadi aku cari point lain.Jadi, aku
ketengahkan dia sebagai craft supplier, sebab tu lukisan aku macam tu. Dia ada
jual kain felt! And yang belah depan dalam tupperware tu adalah popia mini, sebab
yui memang ade amek order popia mini pon :D Try lah ! Haha



Haaaa ni antara blogger terawal yang aku kenal. Entry-entry dia memang ringkas tapi
padat, tak memenangkan otak ku nak baca. cuma aku memang tak tahu sangat pasal
fyfy ni, yang aku tahu dia minat art dan dia budak Sabah. Jadi, saje aku buat dia naek
belon panas tu, konon-konon balik Sabah naik belon, hihi :D

6. Blogger Gugu Soriano (permission denied)


Gugu ni pon sekarang entry-entry dia bernada melankolik pula. Paling aku ingat adalah
header dia gambar anime, ada tangan lelaki keluar daripada laptop, untuk lapkan airmata
seorang perempuan yang tengah menangis. Jadi, daripada situ, aku guna konsep yang
sama, iaitu keluar daripada laptop, dengan membawa kuih raya untuk beliau dengan
harapan beliau akan gembira. Hahahaa...(tak tahu lah berjaya ke tak)



Pada aku, penulisan Lana memang best. Aku suka sebab ringkas tapi padat, ayat dia
tak berat sebelah, mengambil berat semua pihak. Memang best baca! :D Cuma aku
memang tak tahu sangat pasal diri dia, aku tak pernah lihat dia expose wajah dia dalam
blog, haha jadi aku gelar dia adalah blogger yang misteri. Dan aku imaginasikan dia 
macam dalam lukisan aku tu. Err...lana, mana lagi cun? Kau ke lukisan aku? Hahaha :p
Gurau je~



Kakak ni aku baru je follow blog dia this year, best sebab dia cerita2 pasal daily life
dia. Tapi still aku belum kenal lagi kakak ni macam mana dan siapa, yang aku tahu
dia ada dua orang anak, lelaki dan perempuan. Jadi, aku lukis lah beliau begitu. Haha
maaf kak, kalau anak kau xcomel aku lukis....saya tak reti lukis kartun kanak-kanak
T_T haha



Yaaaaa ini lah Mommy Shinta !! :D hahaha antara blogger terawal yang aku follow, 
memang best, sebab banyak dia cerita pasal anak dia yang comel tu, Shinta. Hihi..
Jadi, lukisan aku untuk beliau adalah ala-ala scrapbook yang ada pic dia dan Shinta.
Sweet tak kak? Tapi, ketika aku menulis ni, aku belum poskan lagi....wuwuwu....
aku poskan petang ni, memang confirm sampai lepas raya. Ko dah lah duk sabah kak..

(-_-')


Hahaha okay jadi itulah imaginasi dan lukisan yang terhasil tentang blogger-
blogger ini. Harap apa yang aku lukis, apa yang aku imaginasikan tu tak menyinggung
mana-mana blogger ya. :D