This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Note. Show all posts
Showing posts with label Note. Show all posts

12 February 2011

Apa itu G6PD

Pada 8/2/11 yang lepas my Frenz Iewan Mahfuz....telah menjadi daddy sebetul-betulnya......dia dapat baby boy seronok tu...kenapa entery kali ni pasal G6PD?.....sebab penyakit ni dah banyak berlaku pada baby sekarang.....untuk pengetahuan umum penyakit ni bukan penyakit berjangkit tau...dia penyakit keturunan...cuma penjagaan baby G6PD ni rumit sikit

Lyn tulis entry ni bukan nak tuju pada sesapa cuma kita berkongsi maklumat tentang G6PD...manalah tau lepas ni kita besalin ada baby mcm ni...so kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal.....

psttt:ada org kata kasi minum susu alpha lapid...guna sebagai suplement pada kanak-kanak yang ada G6PD...bagus sebagai antibodi...tapi boleh ke...apa-apa pun sila rujuk pada doktor kanak-kanak dulu ya


baby yg comel......tetap cute


putih bersih je baby2 ni kan....mata sepet...


baby G6PD biasanya ada kena jaundis gak...mcm baby biasa...so comelkan dia tido menagkup mcm tu



info ini khas utk rujukanku sebagai ibu kepada seorang anak pengidap G6PD!!!
G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Bagaimana masalah ini dikesan?
Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.
Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.
Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.
Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.

Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.
Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan “rantai perubatan” yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.
Rawatan
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.
Larangan yg umum diketahui:
# kacang parang
# ubat gegat
# anti malaria
# ubat gatal
# sulfonamides
# dapsone
Tanda:
# kencing berdarah
# kuning

Jika ada tanda/kesannya berikut kemungkinan ya tp saya tidak ketahui dgn jelas kandungan apa yg terdpt didalamnya:
# sesak nafas
# pitam
# demam
# sakit belakang
# pening
# menggigil
# pneumonia


apa pun anak yg dikurniakan adalah anugerah allah...setiap penyakit ada ubatnya...so kepada ibu bapa yang ada anak G6PD...pemerhatian dan keperihatinan adalah penting...apa pun buat Baby Umar Riezky...aunty lyn doakan baby umar bila besar nanti akan jadi orang yang baik budi pekerti...bijak pandai dan aktif sentiasa(sama mcm daddy awak ya)....tq iewan kasi kongsi gambar baby yg comel tu...hope info ni boleh membantu semua ibu bapa di luar sana

28 January 2011

KENALI PASANGAN anda....betul ke?

Tahun 2011 adalah tahun arnab...kawan-kawan tahu ke kawan2...lahir pada tahun apa dalam kalander cina....Lyn lahir pada tahun KAMBING....wah kambing tu....walaupun binatang ni di katakan malas mandi...tapi harganya mahal woooo....

Terdapat 12 zodiak dalam kalander cina, maka ada 12 perwatakan yang berbeza-beza yang dimiliki oleh setiap individu. Namun begitu usaha TERLALU PERCAYA kerana ini hanyalah sekadar suka-suka yek...Jom kita layan panduan tahun kelahiran dalam kalander cina....nanti lyn cuba usahakan pulak panduan tahun kelahiran dalam kalander jawalah pulak yek...hahahah



TAHUN ARNAB

Born in 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011

- percaya pada kesucian cinta
- tutur kata yang lembut & boleh jadi teman sejati
- kemarahan yang sukar di kawal
- suka pamer sikap mengikut perasaan
- pandai mencari keuntungan (Business,pelakon / pengacara)
- pandai bergaya, bersolek & membawa diri
- penyabar & marahnya tidak lama
- jika berkahwin dengan zodiak yang sama hidup akan mewah

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN ANJING, KAMBING & ARNAB


TAHUN NAGA
Born in 1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000.

- seorang yang bertenaga & bersemangat tinggi
-sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru
- ramai teman baik
- seorang pembengis namun mudah simpati dgn orang lain
-seorang yang pendendam dgn org yg mencampuri urusannya
- sesuai jadi artis, ahli politik atau penulis

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN AYAM, TIKUS, HARIMAU & MONYET



TAHUN ULAR
Born in 1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001.

- seorang yang lemah lembut, berfikiran waras
- mereka tidak begitu disukai org kerana dianggap suka berbohong, namun begitu itu bukanlah sifatnya
- kaya dalam kebijaksanaan dan ramah
-sangat romantis
-sesuai menjadi guru,penulis dan tukang ramal

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN LEMBU



TAHUN KUDA
Born in 1918, 1930, 1942, 1954,1966, 1978, 1990, 2002, 2014

- seorang yang menghiburkan
- seorang yang bijak dan pantas berfikir
- mempunyai nafsu yang kuat dan sukar di kawal
- gemar menambah cerita supaya mendapat perhatian ramai
- seorang yang bekerja keras
- boleh menjadi ego tapi perlu menjaga diri agar tidak terlalu mementingkan diri sendiri

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN HARIMAU, KAMBING & ANJING




TAHUN KAMBING
Born in 1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015...

- seorang yang lemah lembut, tukur kata yang lembut & berfikiran kreatif
- mempunyai jiwa yang keras
- sikap buruk suka mencuri barang orang namun kemudian akan mengaku
- kejujuran tetap dalam jiwa nya
- duit sentiasa tidak cukup, elak bertemu dgn zodaik yang sama kerana akan 'muflis'
- sifat pemurah apabila kewangan berada dalam keadaan baik.
- paling tidak suka orang yang suka membebel dan cakap besar
- mereka mahu org mempercayai cerita mereka walaupun cerita itu karut
- dapat manjadi seorang kawan yang menyenangkan
- sesuai menjadi pelakon, penata rias

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN ARNAB, BABI, MONYET, HARIMAU & NAGA



TAHUN MONYET
Born in 1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016

- suka kepada keseronokan dan bijak pemikirannya
- terpaksa bekerja keras untuk menjadi kreatif
- berjaya dalam perniagaan
- adakalanya sedikit kedekut dan mementingkan diri sendiri
- mudah naik angin, gemar memaksa orang
- seorang pemikir yang tinggi dan fizikal yang sihat
- kamu sangat pintar, karana sifat kamu yang luar biasa dan personaliti yang menarik, kamu sangat disukai.
- berjaya disegala bidang yang kamu cuba.

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN NAGA, TIKUS, ARNAB, HARIMAU & BABI



TAHUN AYAM
Born in 1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017

- bijak, bersemangat tinggi & tiadak kenal erti penat
- rajin bekerja, tidak perlu disuruh & tidak suka dipaksa
- berkira dalam segi kewangan
- suka menolong org yang dalam kesusahan
- kreatif dan teliti
-tidak pernah lupa diri terhadap orang yg pernah menolongnya
- adalah pekerja keras; tegas dalam mengambil keputusan juga jarang mengutarakan pemikiranya
- sesuai menjadi pemilik restoran, penerbit, tentara

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN NAGA, ULAR & AYAM



TAHUN ANJING
Born in 1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, 2018

- seorang yang realitstik, boleh dipercayai dan suka berterus-terang
- suka mencurigai orang lain & sukar mempercayai orang lain dgn mudah
- seorang yang setia apa bila menemui cinta sejati
- agak degil, bermulut cabul, bising dan akan menjadi celupar apabila marah
- suka mengungkit
- boleh berasa banga bila bersahabat dengan mereka
- menjadi businessman, aktivis, guru yang baik.

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN KUDA, HARIMAU & ARNAB



TAHUN BABI
Born in 1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019

- seorang yang pemurah, jujur, mudah dipercayai dan agak degil
-boleh berkongsi minat terhadap benda mahal dengan org yg lahir pada tahun kambing
- mereka ramai peminat
- akan mendapat kesusahan kerana seseorang, namun begitu org tersebut akan dapat balasannya kemudian
- periang tetapi dlm masa yang sama mudah merajuk dan menangis
- watak bengis ada dlm jiawanya
- Kamu adalah kawan yang baik, orang yang pintar dengan jiwa yang kuat untuk mencapai tujuan apapun.
- Kamu sangat baik, toleran dan jujur namun juga mengharapkan hal yang sama dari orang lain,
- sesuai menjadi penghibur atau juga pengacara.

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN TIKUS, ANJING, KUDA, AYAM & HARIMAU



TAHUN TIKUS
Born in 1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008

- seorang yang sangat menarik, mudah bergaul dan bersifat pemurah kpd org tertentu sahaja
- seorang yang ringkas dan cepat
- agak pengotor dan malas berkemas
- tidak tahan sejuk walaupun utk mandi pagi & sukar terima ubat yg pahit
- kamu cenderung mudah marah dan terlalu kritis.
- sesuai bekerja dalam penjualan atau penulis, atau penerbit.

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN LEMBU, ANJING, MONYET, BABI & NAGA



TAHUN LEMBU
Born in 1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009

- seorang yang rajin bekerja, merendah diri, praktikal & boleh dipercayai sbg pemimpin
- sesuai manjadi sahabat dan kekasih kerana sifat jujur dan ikhlas
- ramai peminat namaun sifat setia & keluhuran hati mereka mengatasi segalanya
-Dilahirkan sebagai pemimpin, kamu menjadi inspirasi untuk orang di sekitar kamu.
- sangat sesuai menjadi doktor, jenral atau pereka rambut.

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN TIKUS, ARNAB, AYAM, NAGA, HARIMAU & MONYET



TAHUN HARIMAU
Born in 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010.

- seorang yang berani, bersemangat tinggi dan penuh kasih sayang
- seorang penasihat yang baik
- tidak mementingkan diri sendiri serta ringan tulang
- mudah mendapat pertolongan daripadanya
- Kamu sensitif, emosional dan mampu menciptakan cinta yang luar biasa.
- Namun, kamu memiliki kecenderungan mengambil semua dan menjadi kerasa kepala dengan apa yang kamu anggap benar; lebih dikenal dengan istilah pemberontak.
- sesuai manjadi boss

PASANGAN YANG SESUAI ADALAH TAHUN BABI, AYAM & MONYET




Macam mana dah habis baca semua...so dah puas hati ke....tak payah marah-marah...or senyum memanjang...coz semua tu kita jangan percaya sangat betul tak....ALLAH yang menentuka semuanya......balik pada ayat 82 surah yaasin yang bermaksud " sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya 'Jadilah' maka terjadilah ia"....amin

26 January 2011

Meroyan...or Gila Meroyan

Kenapa masih ada manusia yang bersikap dan bersifat demikian....adakah dia layak bergelar sorang ibu....ataupun dia mempunyai masalah.....korang ada dengar tak pasal gila meroyan? Gila meroyan ni sebenarnya sinonim dengan penduduk asia tenggara je....ada juga yang kata gila meroyan ni hanya orang melayu je yang kena...pada hakikatnya tak kira bangsa, agama tetapi wanita je lah boleh mengalami gejala ini....namun begitu jika penyakit gila meroyan tidak di kawal, ia akan mengakibatkan seseorang ibu yang baru lepas bersalin akan mengalami tekanan perasaan....or Maternity Blues

kredit dari Hmetro

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.


BERIKUT DI TERANGKAN SEDIKIT APA ITU GILA MEROYAN

Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues ataupuerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.

Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?
Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.

Apakah gejala gila meroyan?
Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.

Gejala Maternity Blues
  • Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
  • Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
  • Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
  • Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
Gejala Kemurungan
  • Berlaku sekitar 10% - 15% dalam masyarakat
  • Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
  • Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
  • Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
  • Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
Gejala Psikosis (Gila Meroyan)
  • Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
  • Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
  • Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
  • Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
  • Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
Rawatan dan cara mengatasi
  • Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
  • Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
  • Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya

Bila lyn baca semua ni...rasa-rasanya masa bersalin anak pertama ada rasa mcm nak kena kemurungan....coz sebelum bersalin tu ada perkara yg berlaku yg amat menyedihkan..terbawa sampai lepas bersalin...masa tu dok menung je...mak pun tanya "ko ok ke long"...tak sempat jawab...aku terus nangis je....mak suruh aku istifar bnyk2....mak pujuk lyn...alhamdulillah ok...esok n hari seterusnya tak dah lagi....

so pada kengkawan yang akan bersalin nanti..jaga diri yek...jgn dok sorang cari teman utk berbual-bual kalau ada masalh...terutama pada waktu maghrib...walaupun sukar nak percaya...mencegah lebih baik dari merawat...betul tak