This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
16 April 2012
15 April 2012
Jom Kenali WANITA....
29 September 2011
Anda di kedudukan MANA?
28 September 2011
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
27 April 2011
Petua Pelembut Hati
Petua Pelembut Hati
Boleh juga digunakan kepada suami yang panas baran atau yang suka marah-marah
03 April 2011
Petua Ayu & Jelita PART 2
HILANGKAN JERAWAT
Gilingkan beberapa helai daun pucuk jambu batu sehingga halus…kemudian sapukan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat….boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk untuk kesan yang lebih mujarab…pakailah pada setiap waktu malam dan sebelum tidur….
MENAIKAN SERI WAJAH
Dapatkan kunyit muda yang segar dan potongkan nipis-nipis…jadikan ia sebagai ulam semasa anda menjamah makanan…jika anda rajin wajah anda akan kelihatan lebih berseri dan menawan
RAWAT TUMIT KAKI
Sediakan buah betik yang masih muda dan hiriskan bahagian hujungnya bagi mendapatkan getah…kemudian sapukan di bahagian tumit….amalkan untuk beberapa hari secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang berkesan
ELAK BULU KETIAK LEBAT
Cabut semua bulu ketiak…kemudian celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan sapukan di bahagian ketiak…lakukan untuk beberap minit dan selepas itu bilaslah dengan air bersih….
MILIKI BETIS HALUS
Sapukan betis dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urut perlahan-lahan…boleh juga urut dengan menggunakan hampas kelapa….lepas beberapa ketika bersihkan ia dengan air biasa…
ELAKAN KEDUTAN
Ambil sedikit lobak merah yang telah diparut halus…kemudian campurkan sesudu tepung jagung dan sebutir telur yang di ambil merahnya…kacau campuran tersebut sehingga sebati…kemudian sapu pada wajah seperti ‘mask’…apabila kering bilas menggunakan air suam…amalkan selalu
28 March 2011
Petua Dari Dapur....PART 2
Atasi sinki tersumbat
Ambil segenggam garam kasar dan letakkan di lubang sinki…gunakan air yang sedang mendidih dan tuangkan ke dalam sinki tersebut…Insyallah sinki tidak akan tersumbat lagi
Hilangkan kesan kunyit pada pengisar
Gunakan 3-4 titis peluntur ke dalam pengisar…kemudian gosok pengisar dengan hampas kelapa atau kulit limau…insyallah hasil yang diperolehi amat memuaskan..
Peti sejuk dan kipas syiling bersih berkilat
Ambil sedikit ubat gigi…sapukan pada bahagian yang mahu dibersihkan dengan menggunakan kain…kesanya pasti memuaskan…
Bawang jauhi semut
Semut suka berkerumun di dalam bekas gula…bagi mengatasi masalah tersebut…masukan bawang merah bersama bunga cengkih di dalam bekas gula yang kedap udara…hasilnya pasti memuaskan.
Menghalau lalat
Ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan di atas meja makan atau kawasan yang sering menjadi tumpuan lalat…insyallah masalah ini akan dapat di atasi….
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN
13 March 2011
Tip Ketika Bertengkar
1. Jangan sesekali mencari atau mengungkit kelemahan pasangan tujuan pertengkaran itu hanyalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan ingin mencari jalan penyelesaian, bukan mencari kemenangan
3.Jangan sesekali menggunakan kata nama ‘kau’ atau ‘aku’ sebaik-baiknya gunalah nama yang selalu digunakan….jika biasa panggil ‘sayang’ teruskan guna perkataan itu semasa bertengkar
5.Jangan sesekali bertengkar di tempat tidur atau di hadapan rezeki
7. Sentiasa membatasi kesabaran, jangan bertindak sehingga menggunakan fizikal seperti memukul, menampar, melempar barang dan sebagainya
8. Jangan sesekali membenarkan orang ketiga masuk campur dalam pertengkaran anda, seperti ibu bapa, mertua, adik beradik dan sebagainya kerana kehadiran mereka akan menyebabkan situasi semakin sulit
9. Jangan sesekali cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menjadikan pertengkaran yang lebih hebat
10.Jangan sesekali membiarkan emosi menguasi diri
11. Mungkin anda tidak dapat mengegakkan kebenaran atau tidak mampu memberikan hujah yang betul-betul kukuh, itu buka bererti anda tewas….Cuma anda perlukan sedikit waktu untuk membuktikan bahawa pendapat anda betul
12.
Jangan sesekali menganggap pasangan anda dapat membaca apa yang terkandung dalam pemikiran anda…jadi anda perlu luahkan dalam bahasa yang mudah dan jangan sesekali mengharapkan si dia akan mengerti…
14. Selepas bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri atau pun keluar meninggalkan pasangan…ia tidak mendatangkan manafaat langsung
15. Selesai bertengkar, peluklah pasangan anda seerat yang boleh…ungkapkan perkataan maaf dan minta agar perkara begitu tidak akan berlaku lagi
BERTENGKARLAH JIKA IA BOLEH MENDATANGKAN KEBAIKAN YANG AKHIRNYA MAMPU MENYELESAIKAN PERSELISIHAN….SELEPAS ITU ANDA AKAN MENJADI LEBIH MESRA DAN AKRAB
Petua Jelita PART 1
- Ambil lendir lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir bnga litup bumi...masukan ketiga-tiga lendir bunga ini ke dalam satu bekas dan campurkan sedikit minyak zaitun...selepas membasuh rambut terus sapukannya pada rambut bancuhan tadi...balutkan kepala anda dengan tuala selama 1/2 jam...keesokkan paginya boleh lah dibilas dengan sebersih-bersihnya...
- Ramas buah pinang sehingga hancur dan sapukan terus pada rambut dan biarkan selama 30 minit...selepas itu bersihkan rambut dan bilas...lakukan 2 kali seminggu insyallah berhasil..
- Tidak perlu ke salun, parut sebiji kelapa tua dan ambil santannya...kemudian perah limau nipis ke dalam santan tersebut dan simpan ke dalam peti sejuk...setelah bancuhan tersebut menjadi krim, sapukan ke rambut secara perlahan-lahan...cukup masa basuh rambut dengan air bersih....amalkan petua ini selama seminggu insyallah berhasil....
- Sediakan buah nona yang sudah siap dibasuh, tumbuk ia sehingga halus dan campurkan sedikit air...setelah di gaul, sapukan ramuan itu keatas kepala...tutupkan kepala dengan tuala suam dan biarkan selama 15 minit...kemudian bilaslah rambut seperti biasa...
- Ambil sedikit sabun mandi dan lenyek bersama sedikit minyak masak...kemudian ratakan ke seluruh rambut dan bungkus rambut menggunakan tuala....biarkan semalaman...esok pagi bilas dan cucilah rambut menggunakan syampo...
- Ambil kelapa tua dan parut kelapa tersebut...perahkan untuk mendapatkan santan...basahkan rambut dengan perahan santan tersebut dan biarkan selama 15 - 20 minit...kemudian bilas dengan air bersih...amalkan selalu insyallah berhasil...
- Ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis ysng direndam bersama secawan air dan juga garam...embunkan semalaman bancuhan tadi dan keesokan paginya perahkan limau...basuhkan rambut dengan menggunakan bahan ini dan biarkan selama 3 jam...bilas dengan air bersih...insyallah rambut akan tumbuh lebat dari sebelumnya...
- Ambil segengam daun kari lalu lumatkannya dengan mencampurkan sedikit air hingga menjadi pes...campurkan pes tadi dengan 2 cawan minyak kelapa kemudian panaskanya di atas api sehingga airnya sejat...sejukan dan simpan di dalam bekas yang kedap udara supaya mudah digunakan...sapukan ke rambut dan biarkan selama 15 -20 minit kemudian bilaslah
Petua Dari Dapur....PART 1