Sape Suke Dengar Kisah Ku

Islamic Calendar

Kursus 3T (t.o.t) pusat koko 2019

Bismillah..
Saje nak simpan kenangan gi tot pusat koko utk tahun 2019 ni
Kursus ni utk sesi 2019/2020..standar pusat koko akan buat kursus tot setiap 2 tahun
sijil akan expired dlm tempoh 2 tahun
dan kursus ni wajib..
xpergi..
xleh mengajar
thn ni byrn agak mahal.....rm150 weh
tapi tahun ni pkpp buat di Felda Trolak
best jugak tempat dia...

ok jom tgk masa nak pergi..


aku as usual mmg suka dok dgn ayu je...
ni dlm bas...
lama xnaik bas mmg nak rasa nak muntah je aku
jam 9.30 pg kami bertolak dari UPM
jam 11 sampai trolak
felda residence trolak

lepas samapi taklimat dan ice breaking
abis tu jam 12 baru gerak utk lunch n ke bilik
kami kursus jumaat sampai ahad
23 - 25 ogos 2019
sebelum kemasukan pelajar baru


kat sini tempat mmg berbukit2 weh
hostel pun naik tangga xde lif tingkat 5
aduhai... fenat ok

 
tapi sampai kat bilik tgk selesa walau pun bilik agak berusia
tp besar n selesa..rasa lega la jugak



ada tv walau pun siaran xde


berehat jap
ptg tu dah stat lg aktiviti n ptg tu kena siap pakai seluat track sbb ada suakneka
tp nasib baik hujan ko..haha

taklimat 

mcmmana nak jadi fasilitator yg berkesan


buku program kami 3hari 2mlm

malam tu kami dah buat keje ikut group
aku group teras kesukarelawanan dan lain2
jumpa la geng memancing, pengakap, basikal dll

habis kat tghamalm la jugak.. jam 11.30 abis
aku xleh bukak mata dah
balik bilik terus tido

esok pg2 senaman lak,,,,
layankan


then sesi bersambung lg..
mmg sepanjang sabtu n ahad dok dlm bilik diskus pasal projek komuniti dan rancangan pen gajaran
pkpp lebih fokus tentang knowledge transfer la kali ni
xde lagi aktiviti merepek2 fasi buat



alhamdulillah..
this semester aku dpt cari partner utk kelas bsmm
dpt bukak 2 kelas bsmm
dgn partner aku en wahab dari bsmm chapter uitm shah alam
sgt sporting n byk idea

ni hari last day nak balik
aku share la rupa dewan makan dia
mknn ala2 hotel gitew
sedap2 semua

majlis penutup hari ahad last day

pakai baju pkpp bagi..
aku lupa bwk inner
lantak la disitu

adalah gamabr seketul dua..
tq pusat koko
bagi aku..selagi larat aku cuba buat terbasik utk bsmm dan curahkan ilmu yg aku ada
kalau xlarat nnt
aku perlahan2 tarik diri
tp ada kwn2 yg support n boleh bantu,,
insyaallah..aku akan cuba buat terbaik utk bsmm c upm




Resepi Laksa Johor yang sgt sedap n kompom jadi

Bismillah...
Lama xshare resepi masakan kan
Selalu masak benda yg sama je
Jadi xde rasa best pun nak share resepi
Tp kali ni aku nak share resepi Laksa Johor ni
Aku ambil dari blog Azie kitchen
Even kak azie ni pun amik resepi dari blog kak jee..tp apa aku boleh ckp...
Resepi laksa johor kak jee ni mmg sedap ok
Yg penting senang sgt nak buatnya
Org kata 1st time buat mmg jadilah
Mcm aku dah 2 x buat pun 
1st time tu mmg xberani nak share la
Tu pun derhaka resepi sikit..terletak serai 2 batang...rasa kurang padu
2nd time ni mmg betul2 ikut resepi yg kak azie ni tulis..mmg umphhhh👍👍👍

Ok...
Kisahnya aku mmg xpernah msk laksa johor
Kalau x pasal sbb suami yg beriya2 nak mkn
Asyik sebut..siap amik resepi dari kenalan dia jumpa ms buat transplant darah kat wad dulu
Hntr resepi kat aku... then menyebut lg
Alahai... aku ni xleh kalau orang asyik la sebut benda yg sama...lama2 mmg kalah la
Kena pulak yg request laki sendiri..
Dlm dia nak recover ni..xleh mkn sana sini
Nak homemade je... maka gigih cuba..

Kita terus tgk resepi ye...
Mudah giler uolls...
Bak kata akak opis aku...org buta pun leh masak..haha

RESEPI LAKSA JOHOR

Bahan- bahan:

1 paket spegeti - makan 10 orang (aku tukar dengan bow pasta)
1kg ikan sardin/ selayang/ kembung
3/4 cawan rempah kari ikan Babas
1/2 cawan cili kering yang dikisar
3/4 cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
garam
Serbuk perasa


Bahan Kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar


Ulam-ulaman:
Timun Taugeh
Daun kesum/dauh selasih
Kacang panjang
Limua kasturi
Lobak Asin

Cara-cara memasak: 

1. Bersihkan ikan dan kukus. Selepas itu carik isinya dari tulang dan kisar isi ikan dengan air rebusan ikan tadi. Asingkan letak tepi.

2. Seterusnya panaskan 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama 1 minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira2 5 minit.

3. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi. kacau rata.



4. Seterusnya masukkan 2 cawan air dan 2 cawan santan. Macam aku xmasukkan air terus masukkan santan je sbb suami nak kuah yg pekat. Setelah mendidih masukkan  udang kering dan kerisik.



tudia... kuah laksa johor
pada aku sgt mudah nak buat.



Tu dia kuah laksa johor yg pekat likat

Spegeti :

Didihkan air. Letak sedikit garam. dan rebus.

untuk ulam ulaman,,, boleh la potong kecil2..
aku tambah sikit dgn bunga kantan... lagi sedap rasanya.



disebabkan aku pakai pasta bow..
so inilah rupnya. 

oh ye.. 
sambal belacan :

Cili Kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cilik bersama belacan bakar sehingga lumat







puas makan laksa johor ni
seperiuk aku masak untuk sekilo ikan
alhamdulillah

Ni masa 1st time aku masak laksa johor ni

2 mangkuk en suami makan...
Seronok tgk dia makan...


Alhamdulillah

My 39th birthday celebration with family

Bismillah...
Kisah 7hb september lepas
Sebenarnya lupa nak masuk blog
Ni tetiba baru teringat
Maka gigih taip cepat sebelum bertangguh lg dan akhirnya lupa 😅


.
.
Alhamdulillah... genap dah umor 39 tahun
Tua bangka dah.... alhamdulillah..
Bgn pagi 7hb september..ucap syukur pada Allah sebab masih diberi kesempatan untuk beramal dan memohon keampunan Allah...
Semoga di umor yg kian menigkat ni dot buat lebih byk amal
Eceli tarikh 7.9.19 ni mmg aku sibuk sgt
Dgn bazar persatuan pg tu..
Pastu ada pulak kursus 1st aid utk MTM kolej upm anjuran pusat sukan upm .

Nak tolak xde pengajar...
Kalau tolak rugi pulak...
Sape nak bg rm420 kan
Maka... mmg sibuk betul hakak pg birthday tu
Maka tugas harian utk anak2 xpernah dilupakan..
Anak2 dah besor2 kan.. macam murai tercabut ekor ikut mama dia jugak kalau xcukup makan..
Maka... dah siap masak sarapan n mkn lunch b4 tinggalkan anak2 utk bertugas...
Lepas mandi..nak bersiap n solat..
Tgk kat atas meja solek anak dah letak kad birthday
Terharu wei...entah bila diaorg letak
Nmpak tu kad...sila buka mama dia tulis

Inti pati ucapan anak2...
Ucapan paling utama..
"Semoga mama dan papa bahagia buat selama- lamanya"
Then diaorg mintak maaf...
Alahai sedih... biasa org tulis kad mohon semoga panjang umor dan murah rezeki..
Tp anak2 tulis dari hati mereka...doa moga mama hidup bahagia bersama papa...
Diaorg pun sayang sgt papa...
Mama pun doa mama n papa kekal bahagia n papa panjang umor dan sentiasa dimurahkan rezeki

Akak majni tupperware top dealer aku siap buat kad ucapan khas utk aku..
Tq kak majni


Lepas ucap tq kat anak2..
Aku ke opis n bazar persatuan uruskan booth bsmm n mengajar...sib baik imran dah blk ke rmh parogon dgn papa since hari jumaat..
So aku ber3 dgn budak2 ni



Settle bazar persatuan
Memgajar lak...
Penat weh...sampai jam 5 ptg la baru balik
Ingatkan papa buat dek...
Tanya dia kek birthday utk mama ada x?
Dia kata..jomlah gi beli..
Wah..hepi sgt.... tq sayang papa don

Dlm penat2...mandi n bersiap..
Jam 6.30 kami ke aeon equin bl kek kat secret recepi n mkn di kenny rogers equin

Kami sefamily


Mkn kat kenny mama belanja sbb birthday mama

Mlm tu dah kenyang...tp budak2 nak sgt mkn kek birthday mama yg papa belanja
Maka..mlm tu kita potong kek pulak


Haaa bersusun ko lilin
Ayat tu kakak yg letak

Potong kek sama2... tu guna tripod..haha

Tq papa nak suapkan kek kat bday girl

Anak2 pun nak suapkan mama kek

Alhamdulillah..seronok sgt thn ni
Bila papa sporting n anak2 gembira sambut birthday
Badan penat pun xrasa apa...
Doa aku agar diberi kesihatan yang baik untuk jaga anak2 dan uruskan keluarga dan kerjaya kerana Allah taala,
Diberi keluarga bahagia, rezeki yg berkat dan mencukupi utk aku dan keluarga, disayangi oleh semua orang  dan dimudahkan segala urusan supaya dapat beramal kepada Allah dan berbakti pada keluarga dan masyarakat...amin...
Happy 39th birthday to me😊😊


Bazar persatuan BSMM Sesi 2019/2020

Bismillah
Rasa kejap je ms berlalu kan
Tiba2 dah masuk semster baru dan sesi pelajaran baru untuk pelajar universti
Cerita last week...
Betul2 on my bday day...7.9.2019
Diadakan bazar persatuan putra souk sesi 2019/2020 utk pelajar baharu
As usual bsmm c upm mmg akan join program ni...
Aku ni sedaya upaya apa yg boleh aku nak up kan semula bsmm c upm di upm
Alhamdulillah..dah 2 tahun aku dpt pelajar bsmm yg sangat rajin dan sgt komited dlm melakukan tugas
Terutama pelajar sem lepas..
Thn ni boleh kata diaorg buat semuanya utk bazar ni...
N pendaftaran pelajar pun boleh thn ramai ok...

Just nak share gambar2 kami jelah
Aku ni ms tu dgn kursus 1st aid utk mtm kolej pun berlansung jugak pd hari yg sama..
Mmg kena bahagikan masa lah mana yg mampu..
Sejenis semua xsampai hati... org mintak tolong kalau boleh nak buat semua...
Ok...
Jom tgk gambar sekitar bazar persatuan bsmm 2019/2020...









Imran 1st time Warded Bronchitis Asthma

Bismillah
Catitan utk tatapan 1 hari nnt..
lama aku peram certia ni..tp gambar dah lama upload dlm blog ni
just utk catitan...
kira semua anak aku mmg dah pernah warded la
n kesimpulannya semua ada asma lah
eceli kejadian ni pun x disangka
hanya sebb imran batuk2 je almost seminggu gak la dia batuk
dari batuk2 berkahak..aku bwk dia ke klinik dan dr. bagi dia ubat batuk dan antibiotik sbb tonsil dia bengkak sikit




tp lama2 dia makin lemah dan mula demam
tarikh 28 jun 2019 (jumaat) adik mula demam
disebabkan batuk... dr suruh amik nebuliser
then
1st time imran warded sebb Bronchitis Asthma
adik demam n tido mengerang2 mlm khamis tu..

sian imran... dia betul2 penat..
mmg amik MC utk dia dari hari khamis  hingga jumaat
then hari sabtu ahad tu aku ke kenduri kawin dan open haouse
dia stil batuk2 n asyik merengek2...
aku ingatkan normal... tp mlm ahad tu dia batuk non-stop 
silapaku jugak sbb xbwk terus ke hospital serdang..
sbb kata doktor utk adalah reaksi elergik dan asma..
aku boleh bwk bslik rmh n tido lagi.. mmg teruk aku kena marah dgn doktor masa dah warded tu
then 1 julai 2019 (isnin) tu aku bwk imran utk jumpa doktor n amik ubat lg
tp bila mlm tu imran stat muntah2 dan xboleh nak mkn..
aku rasa makin risau pulak
even bg mkn ubat panadol pun dia muntah blk
so pg selasa terus bawak dia ke PKU semula n doktor suruh buat xray

masa ni buat chest xray
then lepas buat xray.. nurse masukkan ubat panadol supp ikut bontot sbb demam imran sgt tinggi 39.7 degree n suruh dia sedut nabuliser ventolin


dalam 1 jam..keluar je result xray..
rupanya imran ada jangkitan kuman di paru-paru n ada bunyi krep sikit
terus doktor decided suruh pergi hospital serdang
nafas dia pun xnice.. SPO2 dia rendah dlm 94% je

bila doktor ckp imran kena refer..
terus aku balik rmh kejap utk pack beberapa benda penting - hp charger, tuala, biskut, air kosong  dan sweater utk aku..serta beberapa baju persalinan utk imran
mmg dah boleh agak kompom berejam dok kat emergency nnt
so aku merimpit ke h. serdang dgn imran sbb ambulans semua penuh
cuma kesian kat imran kena jln jauh sbb aku parking moto jauh..
dlm xlarat dia gagah jugak dia berjalan tp berhenti berkali2 la..
aku xlarat nak dukung dia
dari jam 10am kami duduk di semi kritikal zone imran ambil nebuliser back to back



melepek je imran sbb demam, xmakan dan semput
nasib baik kerusi kat area asma ni selesa sgt..siap boleh naikkan kaki lg..
dok 12 jam xterasa sgt

sebab  aku dah siap bawak novel sebijik utk bahan bacaan sambil2tunggu anak
masuk jam 6 ptg imran dah kena ambil darah berkali2 dan doktor dah set line utk masukkan drip
n doktor dah order wad utk imran
kami naik wad jam 11.10 mlm...

imran masuk wad 5A
bayangkan dari jam 10 pg.. 11.30 mlm baru naik wad..12 jam weh
anak2 yg di sekolah aku harapkan pada papa dia utk uruskan

kondisi imran esok pagi tu


dlm jam 12.30 tengahari papa dtg lawat anak
kalau ikutkan dia xleh naik pun.... sbb naik wad kan banyak jangkitan kuman
kata dia tp dpt tgk anak kejap pun ok..
imran pun happy sbb dpt games...
papa hntrkan nintendo utk imran main..
kalau x mmg kebosanan budak ni


kami warded sama2 4 hari la jugak
sepanjang minggu dari 3hb julai  hingga 6 julai kami dok bermalam kat wad 5A


memula dok bilik betul2 depan kaunter nurse sbb imran kena neb setiap 2 jam dan oksigen 2l 100% takleh cabut... mmg xlena tido wei....
tp aku selesa dok kat bilik ni sbb katil dia boleh bukak penuh...
tp tirai kena bukak 24 jam sbb dalam pemantauan nurse kan... 
mmg xselesa part situ jelah...


kat sini aku mmg pakai sweater 24 jam weh..sejuk weh..

oh ye...masuk hari ke 2 imran kena makan potasium byk sikit sbb dia buat neb yg kerap buat potasium rendah
imran kena makan ubat air.tp rasa dia teruk sgt..sampai muntah2 budak ni
so option lain imran kena mkn pisang...
nak memujuk imran suruh mkn pisang gantikan ubat punyerlah susah
..sampai satu tahap nurse siap ugut
kalau imran xnak mkn pisang atau mkn ubat...nurse suruh mama balik
biar imran dok sorang2 dgn nurse je
risau mama kena balik.. terus dia nak mkn pisang...tp ubat mmg dia xnak
sampai muntah2 la kena mkn ubat

alhamdulillah...
masukhari ketiga imran makin pulih

comel mama... masing2 darjah 1 semua kena warded hai la anak

mlm ke 3 kami kena pindah katil jauh sikit dari kaunter nurse
tp dlm wad 5A jugak
kat sini aircond rosak...so bising giler... tp xleh buat apa... lama2 xperasan bunyi bising aircond
masa ni imran dah boleh la nak buat latihan sikit
bayangkan seminggu xgi sekolah


tu pun penat memujuk suruh buat latihan
cikgu sekolahdalam hospital pun ada dtg bagi latihan sikit..
monyok je muka dia

ahamdulillah..hari jumaat tu kami dpt discharge
suruh la kakak syafqah dtg sbb dia dok mneyebut lama x dok hospital kan ma..
tgk.. mulut dia masin...bukan dia dok hospital...
mama dgn asdik yg dok
dah akhir2 ni imran pandai demand
xmau mkn mknn hospital dah...
nak mkn mknn lain 
nasib baik ada la sikit duit2 org dtg ziarah bg utk imran


adik nak mkn kentang goreng..maka mama order foodpandaminta tlg hntr kentang goreng A&W utk adik..
skrg ni mana2 hospital dah xsusah nak mkn mknn luar
sbb wad bg abg foodpandaor grab food utk masud wad n hntr mknn
mmg xlalu weh mkn mkn hospital



ni aku menunggu ms utk discharge
dok 4 hari... beg beranak jadi 4 beg..sabar jelah
blk tu imran still kena mkn ubat utk 5hari n dia nak mkn semua ubat pil
xnak ubat air sbb xlalu mkn
lg pun aku pujuk.... org lelaki xmacho aa mkn ubat air..
dan dan tu terus telan ubat pil..haha
alahai anak..seronok melayan..
tp bila bab dia sakit mmg kita kelam kabut dibuatnya

utk kes imran ni aku akui perubahan gaya hidup kami mendedahkan anak2 dgn habuk dan udara
dgn duduk kat rumh tingkat 5..budak3 naik turun tangga..
tp aku rasa setakat naik turun tangga ok lg kot..excersice jantung..
tp bab naik moto setiap hari...
mendedahkan budak2 dgn udara kotor..kena lak rmh sebelah mrt construction....
mmg berdebu je memanjang
lg 1..faktor cuaca yg kerap hujan n panas..mmg anak2 mudah sakit
bkn kata budak2..dgn mak budak ni pun ha kuat mc n sakit skrg
tp bg aku...sakit ni salah satu cara penghapus dosa2 kecil
bersyukur Allah sentiasa bg ujian sbb itu tanda Allah sayang kita kan
aku sentiasa husnuzon dgn apa yg aku lalui skrg...
semua yg Alah aturkan itu cantik sgt...
doa aku selalu..Allah jaga kami sekeluarga...
dari sakit2 kronik, dari gejala sosial dunia dan irihati org2 yang membenci kita serta fitnah2 luar...
insyallah...niat baik utk keluarga..Allah akan tolong kita..
Sayang Allah, sayang Nabi Muhammad, sayang family serta kerjaya...amin

ok...sekian catitan utk kenangan Imran

Related Posts with Thumbnails