bismillahirrahmannirrahim
alhamdulillah..mcm xcaya akhirnya dapat jugak merasa guna sendiri seterika steam generated
ingatkan n3 lepas aku pernah cerita hubby dok tagged aku dlm FB pasal seterika ni
sbb seterika ni xpernah msk dlm wishlist aku pun
bkn benda yg aku idamkan la
walaupun aku tau seterika ni mmg keperluan mingguan utk menguruskan baju2 sekolah n baju kerja
sbb aku rasa masih mampu berdiri n iron baju berejam2
yg aku aim pun jenis yg murah punyer je....
sekali mmg betul hubby belikan ko
kisahnyer Ahad lepas ke Harvey Norman IOI Mall Putrajaya
hubby sebenarnya nak bl aircond utk bilik anak2
dia cadang nak beli 2 bijik yg jenis 1.0HP je
kebetulan lalu pulak kat depan seterika ni...
aku pun saje la tegur...
terus SA ni cerita dan buat demo....
so....kami tgk la demo antara seterika brand phillips n tefal...
aku lebih tertarik pada generated steam iron jenama Tefal ni berbanding phillips.....
ni masa SA ni demo Tefal Pro Expert Generated Steam Iron
aku suka dgn function boleh kawal suhu berbanding philips yg hanya ada 1 suhu je....
means Philips suhu dia auto n xperlu adjust...
Berbeza dengan tefal..suhu boleh diadjust mengikut ketebalan kain..
Dan of course lebih byk penjimatan dari segi penggunaan elektrik...
Seterika ni jumlah penggunaan elektrik boleh cecah 2300kw ko...
Tu pun kalau pakai setting hi or maximum
Tp kalau pakai delicate or normal...
Mmg rendahla letriknyer...
Kalau xde kelebihan kat sini...baik xyah buat boleh laras suhu ye dak???? Ngeeee
bila tanya pendapat tentang kualiti n iron mana yg lebih bagus..
SA ni mmg cadangkan tefal sbb kalau dari segi jenama...
Tefal product dia lebih establish sbb dia import dari UK berbanding Phillip product dari China
1 lg dari segi penggunaan electric...
product Tefal lebih menjimatkan sbb bila kita boleh adjust suhu...
utk kain2 yg nipis seperti tudung or satin...
boleh guna delicate mood.. lagi rendah tahap steam dia...
lg kurang tenaga electrik yg digunakan....
Mcm aku cerita kat atas
selamat beli dah...
eceli ms ni aku bwk imran di berak...
sebok org tgh belek brg dia nak terberak lak
aku blk dr toilet dah siap bayar dah ko
ok ini produk dia
biar aku terangkan dengan lebih detail ye
napa aku pilih brand Tefal berbanding Phillips
kalau kita tgk yg Amway or byk seller online jual..
diaorg amik spec yg rendah sahaja....
generated steam iron yg aku amik jenama Tefal ni model dia GV-8962
Tefal Pro Express Total Control Steam Generator
utk model ni...
- 1.6 L detachable watertank boleh guna water tab terus
- 2 minutes fast set up.... on je nnt ada lampu berkerlip utk pemanasan...bila lampu stop berkelip bermakna dah ready to use
- ada clc collector utk perangkap kotoran/kerak ni....
- auto off dalam tempoh 8 minit jika tidak digunakan or terlupa nak off ke utk penjimatan tenaga
seterusnya fungsi lain...
- 6.5 bar pressure - sehingga 6.5 tekanan stim untuk menyerika dgn lebih pantas..lg tinggi pressure steam dia.....lg tebal kain dia boleh tembus...
- 450g steam boost - stim yang berterusan sehingga 120g/min dan penggalak stim sehingga 430g/min utk kain nipis..
cth smlm aku iron baju kurung sekolah syafiqah, aku boleh letak 2 helai terus n iron tanpa perlu terbalikkan...mmg berganda2 masa aku dapat jimat ko...haha..2 minit siap iron utk 2 helai bj terus
- smart technology with 3 straight forward setting iaitu delicate, normal and jeans- kalau xnak tekan2 or pening2 nak tekan mana...biasanya bila kita on je dia terus set up ke normal setting..... normal setting ni sama pressure mcm iron phillips yang boleh iron sebarang pakaian dari sutera ke linen, kapas dan kashmir....tapi kalau nak lebih pressure boleh la set ke jeans....baru penggunaan elektrik pergi ke maksimum..kat sini mmg sgt byk penjimatan dalam penggunaan elektrik... thats y aku n suami lebih prefer brand tefal ni
bila aku tgk pada kemasan buatan tefal ni pulak... tu yang buat aku rasa jatuh cinta
pertama sbb dia warna biru...haha i m blue lover
then wayar cored dia tersimpan kemas je
even plug dia pun tersimpan kemas..mcm vacum cleaner punyer plug cord la....
just tekan je tepi tu n otomatik dia tersimpan sendiri
see
dan paling penting dari segi eco energy setting
ramai yg komen dlm FB suruh aku pilih philips iron tp mmg aku saje je pilih Tefal
aku suka bab banyk function
Pressure stim mengikut setting iron
kalau normal...mmg dia punyer pressure berbeza
dan 1 lg.... aku perasan tefal ni xbising sgt bunyi dia...
and 1 lg part paling best adalah setting di bahagian powerzone
kedudukan dia di bahagian tajam tu....
katakan nak iron poket or kawasan yg sempit....
kita boleh tekan di bahagian hadapan powerzone utk iron kawasan tu je
xperlu tekan semua....
paling aku suka bila guna utk iron awning tudung ariani or waktu iron collar baju tshirt hubby.... mmg senang la keje ok...
so...ni conclusion aku tentang steam iron brand Tefal...
tp utk keseluruhan...
iron ni sgt membantu n cepat..
ahad lepas aku iron bj sekolah anak 8 pasang dan bj kurung keje aku 5pasang dlm tempoh 45 minit sipa
tu pun aku siap kejap2 ke dapur keluarkan ayam utk defrosed...
kang kejap ke depan n ke toilet layankan imran nak terkencing la....
paling suka sbb boleh tindankan baju anak n gosok sekali lalu je
tu yg 2 minit dpt 2 baju sekali gus...
pg td xpuas menggosok aku iron pulak bj tshirt hubby semua...
sementara dia ada kat KL sbb attend seminar COSH kat PICC
aku xtau dia nak pakai tshirt mana...
10 helai tshirt dlm tempoh 15minit....
terkejut dia tgk aku tetiba rajin gosok tshirt dia..xpernah pun aku gosok tshirt...
haha.....dah keje senangkan...
pada aku....kalau korang masukkan dlm wishlist mmg berbaloi la
nak bl jenama apa pun xkisah...
tp kalau bc review the best jenama Morphy Richards la...
lg mahal iron tu...
biasanya lg tinggi spec dia dr segi pressure bar, kapasiti tank, tank removable, function dll...
ok....selamat berseterika...
leh tgk video di sini