Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts

Sunday, May 24, 2015

IkAn CeRmiN MaSak KiCaP PeDas

Assalammualaikum...

Mirror Mirror on the wall, who is the fairest one of all?

gitewwww...

Padahal nak masak ikan cermin jer...gaya nye macam nak buat cerita snow white kan...

Ni ikan cermin yang en.azam pancing. semalam tak tau dah nak masak apa. nak masak simple simple pasai seharian kemas umah ngah en.azam. penat wehhh..so x yah r beria sangat..

So aku masak r ikan cermin masak kicap ngan sayur kobis je. sedap! masuk bakul angkat sendiri.

Moh Masak Ikan Cermin Masak Kicap Pedas



1 ekor Ikan Cermin, dibersihkan dan dilumur garam dan kunyit
1 biji Bawang besar, ditumbuk
2 ulas Bawang Putih, ditumbuk
5 ulas Cili api, ditumbuk
1/3 cwn Kicap manis
4 sb  Sos tiram
garam
gula
minyak

1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Panas kan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sehingga garing.
4. Masukkan kicap dan sos tiram.
5. Masukkan sedikit air, perasakan garam dan gula.
6. Biarkan seketika sehingga kuah agak pekat. masukkan semula ikan yang digoreng. gaul rata.
7. Angkat dan hidangkan.

Selamat Mencuba!

Thursday, May 21, 2015

AsaM PeDas iKaN SeNaNgiN

Assalammualaikum...

Bertemu lagi...

huhuhuhuhu...busy sket minggu lepas so tak sempat la nak hupdate blog...

hari ni aku nak share resepi asam pedas ikan...tak kesah lah ikan apa pun yang kite gunakan.. sama je resepi nye...hari ni aku gunakan ikan senangin.. maklum lah anak beranak senangin kan banyak... 



Resepi ni memang faveret aku..memang sedap asam pedas nye..aku amik dari dapur kak yati sinar kehidupanku. terima kasih kak mintak kongsi kat sini pulak ek. cuma nya ada sedikit bahan yang aku tak letak..bukan derhaka tapi tak suka..contohnya lada hitam. dalam resepi asal kak yati ada meletakkan lada hitam tapi aku tak letak. so pada yang nak versi asal asam pedas ni boleh lah nengok kat sini

so, apa tunggu lagi

Moh Masak Asam Pedas Ikan Senangin



1 ekor Ikan senangin saiz sederhana, dibersihkan dan dipotong
2 biji Tomato, dipotong 4
Kacang Bendi secukupnya
secekak daun kesom
1 btg Bunga kantan, di potong 4
3/4 cawan Air asam jawa ( 3 sb asam jawa bancuh dengan 1/2 cawan air)
garam
gula
minyak

Bahan Kisar

1 cawan Cili kisar
1 inci Kunyit hidup
1 inci Halia
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1/2 inci Belacan, di bakar
Air secukupnya

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau. guna api sederhana. teruskan mengoreng hinga terbit minyak.
2. Masukkan air lebih kurang 1 cawan. masak sehingga air mendidih. apabila air sudah mendidih bolehlah masukkan tomato, kacang bendi, daun kesum, bunga kantan dan ikan senangin.
3. Masukkan air asam jawa. sekiranya kuah terlalu pekat boleh lah tambahkan lagi air. mengikut selera. 
4. perasakn garam dan gula.
5. sekiranya sayur dan ikan sudah masak bolehlah matikan api, dan siap untuk dihidang.


Selamat Mencuba!


Monday, May 11, 2015

KeRaPu BaRa MasaK 3 RaSa

Assalammualaikum...

selamat hari isnin..

Malam semalam ajak cik ina makan kat umah. ikan yang dipancing en.azam kerapu bara memang aku simpan nak ajak cik ina makan. ikan istimewa untuk orang istimewa ye dak? hehehehehehe my best friend...



Ikan nye memang dah simpan lama..tapi memandangkan cik ina x der sebab pergi menunaikan ibadah umrah aku simpan jugaklah walaupun hari hari en.azam tanya bila la nak masak ikan tu.. kuikuikui

Ikan kerapu bara ni memang jarang jarang jumpa, isinye sangat sedap dan lembut. boleh kira gak ikan ni antara ikan yang berkategorikan ikan mahal. harga sekilo anggaran dalam rm25 hingga boleh mencecah ke rm60. mahalkan? nasib la suami kite nelayan..kihkihkih

ikan kerapu bara ni sedap di masak dalam pelbagai cara masakan, seperti masak halia, masam manis, stim...tapi aku pilih untuk masak 3 rasa...



Moh Masak Ikan Kerapu Bara Masak 3 Rasa

1 ekor Ikan Kerapu Bara
garam
kunyit
tepung jagung
minyak masak

1. setelah ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam dan kunyit.
2. sapu rata tepung jagung sekeliling ikan.
3. apabila minyak telah panas, goreng ikan sehingga garing.

Bahan cincang halus

5 ulas Bawang kecil
3 ulas Bawang putih
3 cm Halia muda
2 bj Cili merah


Bahan hiris halus

1 kuntum Bunga kantan
4 helai Daun limau purut
5 biji Cili padi


Bahan potong dadu

1 bj Bawang besar
1 bj Tomato


1 btg Serai, di potong pendek dan di ketuk



Bahan sos

3 sb Cili kisar
1 sb Sos tomato
2 sb Sos cili
2 sb Sos ikan
1 sb Sos tiram
1 sk Kicap manis
1 sb Jus limau nipis
2 sb gula
garam



1. Panaskan minyak, tumis bahan cincang sehingga layu dan kekuningan.
2. didalam mangkuk lain, satukan semua bahan untuk sos kecuali cili kisar.
3. apabila bahan cincang sudah kekuningan, masukkan cili kisar dan serai. masak sehingga cili kisar tadi garing.
4. Kemudian masukkan bahan sos. perasakan garam. tambahkan air jika perlu.
5. akhir sekali masukkan bahan hiris halus dan bahan yang di potong dadu. masak sehingga semua bahan lembut.
6. apabila sudah siap, boleh lah tuangkan sos di atas ikan.
7. siap untuk dihidang.




Selamat Mencuba!

Sunday, May 10, 2015

PaDpRiK SoTonG

Assalammualaikum...

Malam tadi aku buat padprik sotong...sebab itu je yang ada dalam peti ais...stok sotong yang bertimbun..kalau tak masak...siap la dengar en.azam membebel..pot pet pot pet sotong dah tak fresh pot pet pot pet..sotong lama pot pet pot pet...



macam tu la gaya nya...

nak senang cerita masak jer padprik sotong..senang sayur ngan lauk skali..aku hidang ala ala kedai gitu..letak nasi ngan lauk terus...


Moh Masak Padprik Sotong

2 ekor Sotong saiz sederhana
1 biji Bawang besar, potong nipis - baji
2 ulas Bawang putih, ketuk
1 batang Serai, dipotong pendek dan ketuk
2 biji Cili padi, diketuk
1/4 biji Lobak merah, dipotong nipis
2 btg Kacang panjang, dipotong pendek
2 btg Putik Jagung, di potong nipis
20 gm Bunga kobis, di potong kecil
2 helai Daun limau purut
3 sb Cili kisar
1 sb Sos tiram
1 sb Sos cili
sedikit kicap manis
sedikir air
minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula



1. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
2. masukkan bawang besar, goreng sebentar. masukkan cili kisar. masak lagi sehingga cili kisar garing.
3. masukkan sotong dan tambahkan sedikit air jika perlu.
4. masukkan sos tiram, sos cili dan kicap kemudian masukkan serai, cili padi dan daun limau purut.
5. akhir sekali masukkan sayur sayuran tadi.  tambahkan air jika perlu. masak sehingga sayuran empuk.
6. perasakan garam dan gula.
7. hidangkan bersama nasi panas.



selamat mencuba!


Thursday, April 30, 2015

NaSi MinYaK + AyaM MaSaK MeRaH

Assalammualaikum...

Dah pun tiba hari yang di nanti nantikan..hari khamis...esok cuti..hari ni aku balik kampung.. makanya blog ini pun akan bercuti sama. jumpa nanti semula bulan may..hehehehehehe...

Semalam teringin lak tekak ni nak makan nasi minyak..tapi x der la beria sangat masak...nak makan dua orang je kan..kite buat la ala kadar..janji sedap...tapi iye sungguh memang sedap... hahahahaha masuk bakul angkat sendiri la ek...



Resepi nasi minyak ni sebenarnya mudah je nak sediakan..sekali sekala tukar selera..hari hari makan nasi putih..iye dak? 

Lauk sampingan pun aku buat yang simple..ayam masak merah bersama acar timun. Kebetulan memang dah ada beras basmathi parboiled so on je la. aku memang suka guna beras parboiled atau pusa gold keluaran jasmine ni. sebab berasnye memang panjang. lagi pulak x mudah hancur. seeloknye untuk mendapatkan hasil yang cantik..bila masak nasi memang akan panjang giler..beras hendaklah direndam paling kurang setengah jam. biar dia serap dulu air..nanti bila kite masak memang akan panjanggggggg...

Moh Masak Nasi Minyak + Ayam Masak Merah

Nasi Minyak



1 1/2 Cawan Beras Basmathi - aku guna parboiled (rendam selama setengah jam)
1/2 biji Bawang besar, hiris nipis
1 ulas Bawang putih, hiris nipis
1/2 btg Kulit kayu manis
1/2 kuntum Bunga lawang
1 biji Buah pelaga
2 sb Mentega
1 sb Minyak Jagung
1 cwn susu cair
1 cwn air
Garam
Pewarna kuning
1 helai Daun pandan

1. Panaskan mentega bersama minyak jagung.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. masak sehingga bawang layu.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Masukkan air dan susu cair. perasakan garam.
5. Masukkan sedikit pewarna kuning untuk mendapat warna nasi nanti.
6. Masukkan daun pandan. Biarkan sehingga nasi masak.

* semasa menumis periuk nasi boleh lah diletakkan diatas dapur bagi mempercepatkan proses memasak. apa bila semua bahan telah dimasukkan, bolehlah pindahkan periuk kedalam rice cooker.

Ayam Masak Merah



4 ketul Ayam
serbuk kunyit
garam
minyak

1. Peraskan ayam dengan garam dan serbuk kunit.
2. panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

1/2 biji Bawang besar, ditumbuk
2 ulas Bawang putih, ditumbuk
1/2 inci halia, ditumbuk
3 sb Cili kisar
1 sb Sos tomato
Garam
Gula
Minyak

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili garing dan masak.
3. masukkan sos tomato, perasakan garam dan gula.
4. Masukkan ayam yang telah di goreng.
5. Siap untuk dihidang



Selamat Mencuba!



Thursday, April 23, 2015

IkAn KeRiSi MaSam MaNis

Assalammualaikum semua...

Hye bersua lagi...nampak tu..rajin tak mellmerah update blog sekarang? hehehehehehe... mood ngah ada kan..layan je la... datang angin malas nanti...berkurun la blog ni kesepian..

Resepi kali ini pun resepi yang mudah untuk dikongsikan...pada mereka yang sangat sebuk resepi yang macam ni merupakan resepi yang sangat mudah dan cepat disediakan... kalau rachel ray tu ngan rancangan 30 minutes to cook.. jamie oliver ngan rancangan jamie's 15 minute meal...haaaaaa ngan MeLLMeRaH cuma 10 minute to cook with close eyes...tu diaaaaa...x mo kalah... keh keh keh



Resepi ni bukan lah resepi original...tapi yang telah di ubahsuai mengikut bahan yang ada dalam peti ais..senang cerita korek korek je apa yang ada... sebab tu la kaler nye sekata je. sayur yang aku guna kan hanya carrot dan ceri tomato je...tapi kalau resepi asal masakan masam manis ni mesti ada nenas, lada benggala, tomato bagi menambah kaler pada masakan.

Ikan nye pula..biasa orang guna kerapu, siakap atau ikan bawal.. tapi sebab aku banyak stok ikan kerisi dalam peti ais tu.. jadi aku guna jer ikan kerisi untuk menyediakan hidangan pada kali ini... pernah ke makan ikan kerisi masam manis? x rugi mencuba pun...sedapppppp!



Memandangkan resepi ni ada lah versi mudah dan cepat..so guna jer apa yang ada tanpa perlu ke pasar untuk membeli bahan bahan...hehehehehehe

so..apa tunggu lagi...

Moh Masak Ikan Kerisi Masam Manis



2 ekor Ikan Kerisi, dibersihkan, dan dibelah tengah, ikan boleh dikembangkan. (butterflied)
Garam
Tepung Jagung
Minyak untuk menggoreng

1. Perasakan ikan dengan garam.
2. Lumur kan ikan dengan tepung jagung.
3. goreng ikan sehingga kekuningan dan garing. pastikan ikan dikembangkan semasa digoreng.

1 ulas Bawang putih, dicincang
1 bj Bawang besar, dipotong dadu
1/4 batang Lobak merah, dipotong dadu
1 bj Ceri Tomato, dibelah dua ( kalau guna tomato besar, buang biji dan potong dadu)
1/4 cwn Sos Tomato
1/4 cwn Sos Cili
garam
gula 
air

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan. masukkan bawang besar.
2. masukkan sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air. masukkan lobak merah.
3. masak hingga lobak merah empuk, kemudian masukkan tomato.
4. perasakan garam dan gula.
5. apabila sos sudah siap, tuangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi.
6. siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Wednesday, April 22, 2015

CaP CaP caP....SoTong MaSaK KiCap

Assalammualaikum...

Selamat Pagi semua...

sejak sejak GST ni..aku jarang kuar makan..tapi tak tau r berapa lama mampu bertahan...hehehehehe.. bukan nak berkira sangat pasal makan ni..tapi harga yang dikenakan kadang kadang rasa sangat x berpatutan... contoh nye hari tu aku ngan en.azam g makan thari..en.azam amik nasi, ulam, sambal, budu (orang ganu kang..hehehehehe) ngan ikan bakar kembong sekor. aku lak amik nasi separuh ngan kuah kicap je. air plak limau ais ngan sirap..tau berapa ringgit kena? tu dia rm12.. apa ke hal! haaaiiisshhhhhhh...tu la dia ..rasa x berbaloi.. keputusan nye buat masa ni masak je kat rumah..memandangkan en.azam pun rajin ke laut (nelayan kan..)boleh la buat lauk musim musim GST ni...huhuhuhuhuhu


Hari ni nak share resepi simple..sebab kena masak hari hari (aku kan wanita berkerjaya..kahkahkah)..so aku pilih menu yang tak sampai setengah jam pun nak memasakanya.. sotong masak kicap, sebelah mata pun boleh siap...tu dia..!

Ni sotong hasil en.azam candat..


untuk resepi kat bawah ni..aku hanya mengguna kan seekor sotong torak..banyak kan? mana taknye..besar bapak sotong aku ni..hehehehehe


Moh Masak Sotong Masak Kicap


3 -4 ekor Sotong, saiz sederhana, dibersihkan dan dipotong bulat
1 bji Bawang besar, dihiris
1/2 inci Halia, di hiris
2 ulas Bawang putih, dihiris
1/4 cawan Kicap manis
1 sb Cuka
sedikit air
minyak untuk menumis
garam dan gula


1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, bawang, bawang putih dan halia.
2. Apabila bahan hiris sudah layu dan kekuningan, masukkan sotong.
3. masukkan kicap dan cuka. masak hingga sotong masak. kalau perlu tambahkan air.
4. perasakan garam dan gula.
5. Ingat! jangan masak sotong terlalu lama, nanti liat.
6. siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba!





Tuesday, April 21, 2015

AsaM ReBus IkAn KeRisi

hye...

memandangkan ikan yang dipancing en.azam banyak nye ialah ikan kerisi...mungkin minggu ni resepi yang banyak akan aku kongsikan berasaskan ikan kerisi..hehehehehehehe..


Boleh dikatakan hampir lah hari hari dok meratah ikan ni... alhamdulillah..itu pun dah bersyukur.. kalau nak g beli kat pasar.. belum tentu lagi segar..harga nye pulak bukan seringgit dua ringgit ye dok..?

untuk permulaan nya aku nak kongsikan resepi mudah dan malas..kihkihkih.. asam rebus..

Moh Masak Asam Rebus Ikan Kerisi


3 ekor Ikan Kerisi
1/2 bj Bawang besar
1 bj Cili merah
4 ulas Cili padi, kalau nak tambah lg x de masalah..
Sedikit Daun kesum
beberapa batang kacang bendi
2 keping asam keping
serbuk kunyit
garam secukup rasa

1. Kisar bawang besar, cili merah dan cili padi hingga haklus.
2. tuangkan kedalam periuk dan tambahkan air.
3. masukkan daun kesum dan asam keping dan serbuk kunyit, didihkan.
4. Apabila air sudah mula mendidih boleh masukkan ikan dan bendi.
5. masak sehingga ikan dan bendi tadi masak, perasakan garam.
6. taaadddaaaaa...dah siap.


Selamat mencuba!

Wednesday, April 15, 2015

UdanG LiPaN MasaK MeRaH

Assalammualaikum...

Selamat Petang...

Haaaa...seperti yang dijanjikan...aku cuba untuk menghupdate blog aku dengan resepi resepi yang terkumpul setelah 4 bulan menyepikan diri dari berbloging.. 


Hari ni nak share resepi udang lipan masak merah. pernah nengok or makan udang lipan tak? hari tu g pasar, ngah musim udang lipan. so, aku pun itu la kali pertama nengok udang yang berbentuk pelik tu..geli jer aku nengok. tanya pakcik yang jual tu dia kata udang ketak. balik rumah tanya en.azam nama lain bagi udang ketak. baru la aku tau itu sebenarnya udang lipan. so, en.azam tanya mananya udang lipan yang aku beli, aku cakap aku x beli sebab geli ngan bentuk macam alien tu. dia kata rasa udang lipan ni macam rasa ketam.

Pastu bila pergi ofis, ada gak member kat ofis bagitau yang udang lipan ni sedap. adoiiiiii rasa menyesal plak tak beli itu hari. then, bila pergi pasar lagi dah tak der. esok nye pergi lagi..tak der jugak..pergi lagi..x der...haaaaa kan dah menyesal.

Satu hari tu member aku g pasar ada,,so dia belikan untuk aku. akhirnya dapat gak aku mencuba masak dan makan udang lipan ni. memang sedap..macam isi ketam..hehehehehehehe...

mula mula mari kite nengok dulu rupa bentuk udang lipan ni...


haaa yang bawah ni pulak anak beranak udang lipan.


kalau nengok bentuk udang ni boleh confius mana depan mana belakang. dah la rupanya macam mentadak mentadu...

nak bersihkan udang lipan ni x susah manapun...just gunting je kesuluruhan badan dia. tinggalkan part yang ada isi je. nengok gambar tu lagi paham. 


dah siap gunting..gunting pulak bahagian tengah udang, nanti nak makan senang.

ok..dah tau dah cara nak bersihkan..moh kite masak pulak udang lipan masak merah. tapi yang sebenarnya udang ni lagi sedap kalau kite masak jenis berkuah macam masak lemak... tapi aku saja nak cuba masak merah...ok gak!

Moh Masak Udang Lipan Masak Merah


1 kg Udang Lipan
sedikit Garam sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

campurkan garam dan kunyit bersama udang lipan. goreng sehngga masak tapi jangan terlalu garing.

4 ulas Bawang putih, ditumbuk
5 ulas Bawang merah, ditumbuk
1/2 inci Halia, ditumbuk
1 btg Serai, dititik
1 1/2 cawan Cili Giling
1/3 cawan Sos tomato
garam
gula
minyak

1. Panaskan miyak, Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. masukkan bawang merah.
2. Apabila bawang sudah naik bau, masukkan cili giling. teruskan memasak sehingga cili garing kemudian masukkan serai. 
3. masukkan sos tomato dan perasakan garam dan gula.
4. masukkan udang lipan yang telah digoreng dan gaul rata.
5. siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Thursday, January 23, 2014

ReNDaNg UdAnG GaLaH

Assalammualaikum...

hye semua...hari ni aku nak share resepi rendang udang galah. En.Azam si kaki pancing tu g mancing plak udang galah. jadi dah selalu sangat bawak balik udang tak de idea dah nak masak apa. so, try la masak rendang. Memang tak rugi, sedap betul udang galah masak rendang ni. sehingga menjilat jari...

Resepi Rendang ni aku guna sama je macam aku buat rendang ayam atau rendang daging. moh kite nengok bahan bahan untuk membuat rendang udang ni.

Moh Masak Rendang Udang Galah

1 kg udang galah 
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
10 bj Cili api

Kisar bahan bahan di atas

100 gm Cili kering kisar
2 sk Serbuk kunyit
2 btg Serai, dititik
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
2 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
Gula secukup rasa

1. Masukkan bahan kisar, cili kering, serbuk kunyit, serai dan asam keping ke dalam kuali.
2. Tambahkan sedikit air.
3. Masukkan santan.
4. Masak sehingga kuah rendang hampir kering, kemudian baru masukkan udang dan kerisik.
5. Masak lagi sehingga udang masak dan kuah rendang hampir kekeringan. (Terpulang sekiranya suka betul betul kering atau berkuah)
6. Perasakan garam dan gula.
7. Siap untuk dihidang.



Selamat Mencuba!

Thursday, August 29, 2013

SoTonG MaSak MeRah

Selamat pagi

haaaaaa jangan marah...resepi sotong lagi...jangan jeles sebab masih lagi sotong segar yang di pancing oleh en.azam di parairan terengganu ni. Kali ni sotong yang ditangkap adalah jenis sotong torak. di mana sotong torak ni bersaiz besar dan lebih panjang. Macam dalam gambar tu. panjangkan. sepanjang sinki tau. Kalau di pasaran, harga sotong torak ni boleh mencecah sehingga RM24 sekilo. Tapi kalau pada musim sotong harganya boleh dapat dalam RM18 sekilo.


Aku masak sekor pun sudah cukup untuk makan berdua. itu pun berlebih lebih lagi. Diatas permintaanya aku masakan lah sotong masak merah. sedap! segar dari laut! untung laaaa...hehehehe

Moh Masak Sotong Masak Merah


1 ekor Sotong Torak
Garam
serbuk kunyit
Minyak masak
4 bj Bawang merah, ditumbuk
3 ulas Bawang putih, Ditumbuk
1 inci Halia. ditumbuk
4 sb Cili kisar
2 sb Sos tomato
Garam
Gula

1. Bersihkan sotong dan potong bulat. Lumurkan garam dan kunyit. Goreng sotong sehingga masak.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak.
4. Masukkan sos tomato dan perasakan gula dan garam.
5. Masukkan sotong dan gaul sehingga rata.
6. siap untuk dihidang.


Selamat mencuba!

Monday, August 26, 2013

AyAm PeRcik PemanGGanG AjaiB!

Selamat pagi

Orang lain dah berzaman to kadok guna pemanggang ajaib. aku ni hah baru la terhegeh hegeh nak guna. serius senang guna pemanggang ajaib ni. Kalau takat nak buat ayam bakar, ayam percik, ikan bakar... ermmmm petik jari jer. tak yah lagi dah nak bakar bakar arang nih. sempoi.

Mula mula ari tu macam tak caye je, macam mana nak dapat kan kesan hitam kat ayam tu macam kite bakar guna arang. ye la kan sebab pemanggang nye di tutup. kalau kite tutup bukan ke di steam ke kat dalam tu. mesti la banyak air nanti. itu lah yang aku terpikir. so aku rasa macam tak logik. Then first time aku wat ikan bakar aku biarkan je pemanggang nye terbuka. konon konon nye nnt jadik ikan steam plak kalau tertutup. so kaedah yang aku gunakan berjaya la. tapi bila fikir balik buat apa beli pemanggang ajaib. guna pemanggang biasa pun boleh. 

Bila kali kedua nak wat ayam percik, aku tutup pemanggang. tawakal je. jadik ke idak aku tak kesah. lagi satu senang nak terbalik kan ayam tu. pusing kan jer pemanggang ajaib, tak perlu nak terbalikkan ayam satu persatu. mudah kan! 

then bila aku buka jer pemanggang ajaib tu.... taaaddaaaaaaa...kesan effect kat ayam tu sama macam kite bakar guna arang. ada kesan hitam. cuma bau arang je la tak ada. tapi memang puas hati. buat masa ni baru guna untuk buat lauk, kalau untuk buat kek ke pai ke, tak pernah cuba lagi. siapa yang tak de pemanggang ajaib ni tunggu apa lagi. gi la beli satu. hehehehehehe. macam dealer plak.


Moh Masak Ayam Percik Pemanggang Ajaib

1 ekor Ayam, terpulang nak potong berapa

Bahan kisar
2 bj Bawang besar
2 inci Kunyit hidup
2 btg Serai
2 inci Halia
4 ulas Bawang putih
Sedikit air untuk kisar


200 ml Santan
2 btg Serai, diketuk
2 keping Asam keping
Gula secukupnya
Garam

1. Campurkan bahan kisar dan ayam di dalam kuali.
2. Masukkan santan. serai, asam keping dan masak sehingga ayam separuh masak.
3. Perasakan gula dan garam. biar manis siket baru sedap.
4. Susunkan ayam dalam pemanggang ajaib dan tuangkan sedikit kuah tadi.

5. Bakar lagi sehingga ayam masak sepenuhnya.

6. Apabila ayam sudah masak angkat dan tuangkan lebihan kuah tadi.

7. Siap untuk dihidang

Selamat mencuba!






Tuesday, August 20, 2013

AyaM SeRai BeRemPah

hello...



Ayam serai berempah yang aku kongsikan disini merupakan antara hidangan wajib ada kalau ada keraian di rumah. Pasti mendapat pujian ramai orang. hehehehehe. Resepi ayam serai berempah ni aku ambil dalam rancangan ketuk ketuk ramadahan bersama shiela rusly tu. Dalam resepi asal shiela rusly menggunakan kepak ayam. tapi aku guna ayam biasa yang di potong 16 atau 12. Moh kite nengok resepi ayam serai berempah yang meletups ni...

Moh Masak Ayam Serai Berempah



12 ketul Ayam
5 bj Bawang merah
3 bj Bawang putih
6 tangkai Lada kering, di rebus
3 inci Halia
3 batang Serai
1 sk Jintan manis
1 sk Jintan putih
1 sk Ketumbar

Semua bahan diatas dikisar.

2 tangkai daun kari - diracik halus
4 sb Serbuk kari
1 sk Serbuk pati ayam
3 sb Tepung jagung
Garam
Gula
Minyak

1. Gaulkan semua ayam bersamabahan kisar dan daun kari, serbuk kari serta serbuk pati ayam. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.

2. Panaskan minyak untuk menggoreng. Apabila ayam telah sedia untuk digoreng, baru gaulkan tepung jagung sehingga rata.


3. Goreng sehingga garing. siap untuk dihidang.


Mudah je kan...selamat mencuba!

Tuesday, July 16, 2013

SoTonG GoReNg TeLur MaSin

Sotong Lagik!



hehehehehe...jangan marah yea. Macam yang aku cakap la. stok sotong banyak. tak leh nak letak benda lain dalam peti ais tu dah.

Hari ni moh kita masak sotong goreng telur masin. dengar ceritanya makanan ni famous kat chinese restaurant. aku tak tau, tak pernah lak aku g restaurant cina. Resepi ni diambil dari sini, boleh la kalau nak nengok resepi asal. Tapi aku ubah siket. mengikut selera.

Moh Masak Sotong Goreng Telur Masin


5 bj Cili api, hiris
3 ulas Bawang putih, hiris
4 biji Cili kering, hiris
2 tangkai Daun kari
200 ml Susu sejat
3 biji Telur masin, direbus. - ambil 3 biji kuning dan 2 biji putih - hancurkan
2 sb Mentega
2 ekor Sotong - saiz besar dipotong bulat
Tepung jagung atau tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Goreng Sotong dengan tepung. aku guna tepung yang sama aku buat untuk sotong goreng rangup disini. lebihan tepung itu aku gunakan untuk sadur sotong. tak perlu letak telur. caranya begini, masukkan sotong didalam bekas, letakkan tepung kedalam bekas tersebut. tutup dan kocak kan sahaja. semua tepung akan sebati dengan sotong. kemudian goreng. 
2. Didalam kuali yang lain, panaskan mentega, tumis cili api, bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga garing. 
3. Kemudian, Masukkan susu sejat. masukkan pula telur masin yang telah dihancurkan tadi.
4. Apabila kuah semakin pekat, boleh lah masukkan sotong yang telah di goreng. goreng sehingga kering.
5. tambahkan garam jika perlu.
6. Siap untuk di hidang.


Selamat mencuba!

Monday, July 15, 2013

AyaM PaDpRiK

Assalammualaikum...

Puasa tak hari ni...haaaaa...mesti terliur liur kalau nengok gambar makanan kan...hehehehe. itu lah dugaan orang berpuasa iye dak? Pagi pagi ni aku nak share resepi ayam masak padprik. Biasanya aku ngan En.Azam makan satu lauk je waktu berbuka. tak nak membazir. satu lauk tu pun kadang2 tak abih gak. Tapi kalau lauk tu tak der sayur, aku masak sayur plak. Aku pun tak gi bazar ramadhan, bukan apa takut tak kuat iman...abis nanti borong sakan.


Biasanya kami buka kurma, air satu jenis je, nasi dan satu lauk. Kadang kadang aku buat satu kuih. buat makan lepas tarawih. itu je..tapi kenyang melampau. hehehehehe

So, hari ni nak share ayam masak padprik. memandangkan lauk ni dah ada sayur, tak perlu la aku buat 2 lauk. ini kategori makanan 2 dalam 1. senangkan...

Moh Masak Ayam Padprik


Ayam secukupnya, di potong kecil
2 ulas Bawang putih, diketuk
1 bj Bawang besar, dihiris 
5 ulas Cili api, diketuk
5 helai Daun limau purut
1 btg Serai, diketuk
2 sb Cili kisar
1 sb Sos tiram
1 sk Sos ikan 
Sedikit air
1/4 btg Lobak merah
50 gm Bunga kobis
3 urat Kacang panjang
Minyak untuk menumis
garam

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau. masukkan bawang besar dan cili api.
2. Masukkan Cili kisar. goreng sehingga cili garing. kemudian masukkan ayam, serai dan daun limau purut. 
3. Tambahkan air jika perlu, kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan. masukkan sayuran.
4. perasakan garam. apabila ayam dan sayuran telah masak, angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!