Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

LoNtoNg + SaMbAL SoTonG KemBanG

Assalammualaikum...

hyee...bekpes ape hari ni..



hari ni moh kite bekpes menu orang johor...lontong atau sayur lodeh.. tapi ni versi orang pahang yang masak...kalau aku masak lontong ni mesti nak ada iringan sambal sotong kembang...biasa yang kite jumpa kat kedai atau biasa orang buat sambal ikan bilis je kan...cuba la nanti buat sambal sotong kembang ni..gerenti tambah 15 kali..kuikuikui

Ini resepi yang mak aku selalu buat..aku share kat sini..bagus untuk aku refer bila aku nak buat lontong lagi... resepi yang aku share ni boleh makan satu famili tau.. ada bahan bahan yang diperlukan dalam resepi ni yang aku tak letak pun masa masak..tapi aku masukkan dalam resepi...

Moh Masak Lontong + Sambal Sotong Kembang



Ketupat nasi secukupnya, direbus bersama sedikit garam
1/4 biji Kobis
1/4 biji Sengkuang, di potong panjang
1/2 batang Lobak merah, dipotong panjang
5 batang Kacang panjang, dipotong
2 keping fucuk, direndam dan dipotong kecil
sedikit suhun, direndam
1 keping tempeh, dipotong dan digoreng
2 keping tauhu, di potong dan digoreng
2 batang Cili merah dan hijau, dipotong serong
2 batang serai, diketuk
100 gm udang kertas, dibuang kulit
1 1/2 biji kelapa, diperah santan
garam

Bahan kisar

8 ulas bawang kecil
1 inci kunyit hidup
2 ekor ikan kembung, diambil isi
1/4 biji sengkuang

1. Tumis bahan kisar dan serai dengan sedikit minyak. apabila sudah naik bau masukkan udang.
2. Masukkan semua sayuran dan goreng hingga sayur lembut. masukkan fucuk dan suhun.
3. Masukkan santan dan sedikit air sekiranya pekat. sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
4. masukkan tempeh dan tauhu. perasakan dengan garam.
5. masak sehingga mendidih. tutup api. siap untuk dihidang.


Sambal Sotong Kembang

http://www.stdcoldstorage.com/usr/product.aspx?id=261
ini lah sotong kembang pada siapa yang tak kenal tu

1 ekor Sotong kembang, dipotong kecil memanjang
2 ulas bawang putih, ditumbuk
3 bj Bawang kecil, ditumbuk
1/2 cwn Cili kisar
1 bj bawang besar, dihiris
asam jawa, dibancuh dengan sedikit air
1/3 cwn Kacang tanah, dsangai dan ditumbuk kasar
gula
garam
minyak

1. panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
2. masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili garing.
3. Masukkan sotong kembang, tidak perlu tambah air kerana sotong ini akan mengeluarkan air dengan banyak.
4. Masukkan air asam jawa, kacang tanah dan bawang besar. masak sehingga sambal kering.
5. perasakn garam dan gula.

Selamat Mencuba!

Sunday, May 10, 2015

PaDpRiK SoTonG

Assalammualaikum...

Malam tadi aku buat padprik sotong...sebab itu je yang ada dalam peti ais...stok sotong yang bertimbun..kalau tak masak...siap la dengar en.azam membebel..pot pet pot pet sotong dah tak fresh pot pet pot pet..sotong lama pot pet pot pet...



macam tu la gaya nya...

nak senang cerita masak jer padprik sotong..senang sayur ngan lauk skali..aku hidang ala ala kedai gitu..letak nasi ngan lauk terus...


Moh Masak Padprik Sotong

2 ekor Sotong saiz sederhana
1 biji Bawang besar, potong nipis - baji
2 ulas Bawang putih, ketuk
1 batang Serai, dipotong pendek dan ketuk
2 biji Cili padi, diketuk
1/4 biji Lobak merah, dipotong nipis
2 btg Kacang panjang, dipotong pendek
2 btg Putik Jagung, di potong nipis
20 gm Bunga kobis, di potong kecil
2 helai Daun limau purut
3 sb Cili kisar
1 sb Sos tiram
1 sb Sos cili
sedikit kicap manis
sedikir air
minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula



1. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
2. masukkan bawang besar, goreng sebentar. masukkan cili kisar. masak lagi sehingga cili kisar garing.
3. masukkan sotong dan tambahkan sedikit air jika perlu.
4. masukkan sos tiram, sos cili dan kicap kemudian masukkan serai, cili padi dan daun limau purut.
5. akhir sekali masukkan sayur sayuran tadi.  tambahkan air jika perlu. masak sehingga sayuran empuk.
6. perasakan garam dan gula.
7. hidangkan bersama nasi panas.



selamat mencuba!


Wednesday, April 22, 2015

CaP CaP caP....SoTong MaSaK KiCap

Assalammualaikum...

Selamat Pagi semua...

sejak sejak GST ni..aku jarang kuar makan..tapi tak tau r berapa lama mampu bertahan...hehehehehe.. bukan nak berkira sangat pasal makan ni..tapi harga yang dikenakan kadang kadang rasa sangat x berpatutan... contoh nye hari tu aku ngan en.azam g makan thari..en.azam amik nasi, ulam, sambal, budu (orang ganu kang..hehehehehe) ngan ikan bakar kembong sekor. aku lak amik nasi separuh ngan kuah kicap je. air plak limau ais ngan sirap..tau berapa ringgit kena? tu dia rm12.. apa ke hal! haaaiiisshhhhhhh...tu la dia ..rasa x berbaloi.. keputusan nye buat masa ni masak je kat rumah..memandangkan en.azam pun rajin ke laut (nelayan kan..)boleh la buat lauk musim musim GST ni...huhuhuhuhuhu


Hari ni nak share resepi simple..sebab kena masak hari hari (aku kan wanita berkerjaya..kahkahkah)..so aku pilih menu yang tak sampai setengah jam pun nak memasakanya.. sotong masak kicap, sebelah mata pun boleh siap...tu dia..!

Ni sotong hasil en.azam candat..


untuk resepi kat bawah ni..aku hanya mengguna kan seekor sotong torak..banyak kan? mana taknye..besar bapak sotong aku ni..hehehehehe


Moh Masak Sotong Masak Kicap


3 -4 ekor Sotong, saiz sederhana, dibersihkan dan dipotong bulat
1 bji Bawang besar, dihiris
1/2 inci Halia, di hiris
2 ulas Bawang putih, dihiris
1/4 cawan Kicap manis
1 sb Cuka
sedikit air
minyak untuk menumis
garam dan gula


1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, bawang, bawang putih dan halia.
2. Apabila bahan hiris sudah layu dan kekuningan, masukkan sotong.
3. masukkan kicap dan cuka. masak hingga sotong masak. kalau perlu tambahkan air.
4. perasakan garam dan gula.
5. Ingat! jangan masak sotong terlalu lama, nanti liat.
6. siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba!





Monday, April 20, 2015

MuSim MeManciNg DaN MenCanDat

Sekarang ni kat dungun dah tiba musim mencandat. ikan ikan pun dah banyak kat pantai dungun ni. En.Azam dah mulakan pemburuan nya pada awal bulan march itu hari lagi. sejak sejak GST..aku lagi galakan en.Azam ke laut. leh gak jimat jimat dalam berbelanja.

kat sini aku nak share gambar gambar hasil dari memancing dan mencandat di laut dungun ni...sape sape yang memang kaki pancing dan nak mencandat sotong..ini lah waktunya...









Moh ke laut weeehhhhhhhhh!

Wednesday, April 15, 2015

UdanG LiPaN MasaK MeRaH

Assalammualaikum...

Selamat Petang...

Haaaa...seperti yang dijanjikan...aku cuba untuk menghupdate blog aku dengan resepi resepi yang terkumpul setelah 4 bulan menyepikan diri dari berbloging.. 


Hari ni nak share resepi udang lipan masak merah. pernah nengok or makan udang lipan tak? hari tu g pasar, ngah musim udang lipan. so, aku pun itu la kali pertama nengok udang yang berbentuk pelik tu..geli jer aku nengok. tanya pakcik yang jual tu dia kata udang ketak. balik rumah tanya en.azam nama lain bagi udang ketak. baru la aku tau itu sebenarnya udang lipan. so, en.azam tanya mananya udang lipan yang aku beli, aku cakap aku x beli sebab geli ngan bentuk macam alien tu. dia kata rasa udang lipan ni macam rasa ketam.

Pastu bila pergi ofis, ada gak member kat ofis bagitau yang udang lipan ni sedap. adoiiiiii rasa menyesal plak tak beli itu hari. then, bila pergi pasar lagi dah tak der. esok nye pergi lagi..tak der jugak..pergi lagi..x der...haaaaa kan dah menyesal.

Satu hari tu member aku g pasar ada,,so dia belikan untuk aku. akhirnya dapat gak aku mencuba masak dan makan udang lipan ni. memang sedap..macam isi ketam..hehehehehehehe...

mula mula mari kite nengok dulu rupa bentuk udang lipan ni...


haaa yang bawah ni pulak anak beranak udang lipan.


kalau nengok bentuk udang ni boleh confius mana depan mana belakang. dah la rupanya macam mentadak mentadu...

nak bersihkan udang lipan ni x susah manapun...just gunting je kesuluruhan badan dia. tinggalkan part yang ada isi je. nengok gambar tu lagi paham. 


dah siap gunting..gunting pulak bahagian tengah udang, nanti nak makan senang.

ok..dah tau dah cara nak bersihkan..moh kite masak pulak udang lipan masak merah. tapi yang sebenarnya udang ni lagi sedap kalau kite masak jenis berkuah macam masak lemak... tapi aku saja nak cuba masak merah...ok gak!

Moh Masak Udang Lipan Masak Merah


1 kg Udang Lipan
sedikit Garam sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

campurkan garam dan kunyit bersama udang lipan. goreng sehngga masak tapi jangan terlalu garing.

4 ulas Bawang putih, ditumbuk
5 ulas Bawang merah, ditumbuk
1/2 inci Halia, ditumbuk
1 btg Serai, dititik
1 1/2 cawan Cili Giling
1/3 cawan Sos tomato
garam
gula
minyak

1. Panaskan miyak, Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. masukkan bawang merah.
2. Apabila bawang sudah naik bau, masukkan cili giling. teruskan memasak sehingga cili garing kemudian masukkan serai. 
3. masukkan sos tomato dan perasakan garam dan gula.
4. masukkan udang lipan yang telah digoreng dan gaul rata.
5. siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Tuesday, April 14, 2015

uDanG HariMaU BaKaR

Assalammualaikum...

hehehehehe..orang tganu kate berat nangnang.. 4 bulan sunyi sepi.. malas nak berblog..ishhh macam mana la nak capai azam gini...azam tahun baru x tercapai..dapat nye en. azam je la gamaknye...hehehehehehe..

memandangkan sekarang ni tak berapa sebuk.. in shaa Allah aku akan sambung semula setelah lama membiarkan blog ni bersawang. untuk permulaan resepi bagi tahun ini..tu diaaa resepi pertama dalam tahun 2015..hehehehehehe...aku nak share resepi udang bakar ala western..gitu...x de nama sebenarnya...hentam saja lah labuuuu...


Sebenarnya aku teringin nak makan lobster..tapi apakan daya..mana pulak nak cari lobster kat dungun ni hah..jadi aku cari jer udang besar ala ala lobster...boleh la dari x de. aku tak igt pulak harga udang ni..tapi kalau x silap sekilo rm70.. kalau x silap la...


apa tunggu lagi..moh kite nengok resepinya..

Moh Masak Udang Bakar Ala Western

3 ekor Udang Harimau yang bapak besar
125 gm Mentega, dilembutkan
4 sb Chilli flakes
2 ulas Bawang putih, dicincang halus
1/4 cawan Keju cheddar, di parut halus
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit minyak.

1. panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. toskan bawang putih tadi.
3. dalam mangkuk lain, lembutkan mentega, masukkan bawang putih yang telah digoreng, chilli flakes, garam, lada sulah dan keju.
4. Udang dibersihkan dan dibelah dua. tetapi tidak putus. cucuk kan lidi memanjang dan melentang. ini bagi mengelakkan udang bergulung bila sedang masak.



5. sapukan bahan campuran mentega diatas udang tadi.


6. Panaskan oven pada suhu 180, bakar udang selama 15 ke 20 minit atau sehingga udang masak.
7. siap untuk dihidang.


Selamat mencuba!

Sunday, April 13, 2014

SoTonG GoRenG TepuNg VeRsi 2

Assalammualaikum...

ooooohhhh...cuaca pagi tadi sangat tidak menyehatkan..jerebu sungguh...bila lah keadaan ni nak pulih..nampak gaya makin ke teruk plak..Tempat lain dah hujan...sini jer tak hujan hujan...kalau mintak hujan nanti banjir pulak..hehehehehe...anyway...aku tak payah dedahkan diri dengan cuaca yang tidak baik so, dok dalam umah jer...

Semalam aku ada kasi tau yang en.azam g mancingkan...ermmm ni la hasil nya...itu pun dah jual separuh...rezeki allah dari laut. 
Senyum semua...nak masuk blog nih!

Maka gembira lah ibu mertuanya...menantu kirim ikan dan sotong segar dari dungun. Minggu lepas dikirimkan ikan tenggiri. besarkan ikan tenggirinya. 7 kg. dibahagikan dua dengan kawan nya, masih lagi besar. aku lak bahagi dua ngan mak aku. aku amik bahagian ekor ke hujung so kecik la sket. yang mak aku pulak aku bagi bahagian badan. ermmm besar peha. gembira sungguh orang tua tu dapat ikan tenggiri. kalau beli kat pasar tu brapa hinggit plak kan.Yang aku nye baru berjaya masak berlada 2 keping. ermmmm nampak gayanya, bertapa la ikan tenggiri aku dalam freezer. tak abih lagi yang tu, ni dah sampai lagi.

Kaki Pancing Tegar


ooooo jangan lupa...watak utama untuk hari ni...encik squid.


Musim sotong di dungun sudah kembali. kepada sesiapa yang ingin mencandat..tunggu apa lagi. mai la ke terengganu. pasti tidak mengcewakan.

Ok la berbalik kepada resepi hari ni, dah siap siap simpan semua ikan, aku pun nak masak simple jer memandangkan aku memang malas nak masak. so aku hanya nak goreng je sotong tu. aku pernah kongsikan resepi sotong goreng tepung yang rangup disini. Tapi sebab nak cincai cincai jer aku pun try buat resepi baru. dan hasilnye tidak mengecewakan. tapi mesti makan panas panas tau!

Moh Masak Sotong Goreng Tepung Versi 2

Sotong secukupnya
1 biji Telur
1/4 cawan Tepung gandum
1/4 cawan Tepung Beras
1 sk Serbuk penaik
2 sb Serbuk paprika
2 sb Dried Oregano
garam
serbuk pati ayam
minyak menggoreng

1. Bersihkan sotong dan tos sehingga kering air. campurkan bersama telur.
2. didalam bekas yang lain, campurkan ke semua bahan kering.
3. Panaskan minyak, ambil sotong yang telah bersalut telur tadi  satu persatu kemudian di golek golekkan ke dalam bekas tepung. apabila tepung sudah bersalut keseluruh sotong boleh lah di goreng sehingga perang keemasan.
4. Makan bersama sos cili thai. sedap!


Selamat Mencuba!

Monday, January 27, 2014

ToM YaM pUtiH

Assalammualaikum...

Selamat Pagi...Selamat hari isnin...tak payah nak monday blues sangat eh..

Semalam aku masak tom yam putih...tak pernah pernah wat tom yam putih alih alih teringin lak nak makan... tapi memang tidak mengecewakan...memang sedap dan lebih sihat kerana tidak menggunakan pes tom yam. En.azam pun suka. sedap katanya. len kali pun aku nak wat tom yam putih ni lagi. Untuk kali ni aku hanya menggunakan ketam dan sotong. korang boleh gak tambah ayam, daging, udang, kupang...senang kata segala bagai apa nak letak la.


Untuk sayuran nye pulak, aku sekadar letak cendawan tiram, saleri, bunga kobis, lobak merah dan tomato. boleh jugak di pelbagaikan dengan meletakkan sayuran kegemaran korang. Dalam resepi ni jugak aku menambah sedikit susu pekat manis ala ala resepi tom yam sebelum ni...boleh lihat disini. Dengan menambah susu pekat manis, ianya memberi sedikit perbezaan rasa dan menambahkan lagi rasa sedap tom yam ni. Tak caya? cubalah...

ok..moh kite nengok resepi macam mana nak masak tom yam putih ni...

Moh Masak Tom Yam Putih


Air secukupnya
1 bj Bawang besar, dipotong baji
4 bj Cili Padi, diketuk
1 inci Halia, di ketuk
1 inci Lengkuas, dipotong nipis, diketuk
2 btg Serai, diketuk
2 ulas Bawang putih, diketuk
Beberapa helai Daun limau purut
1 bj limau nipis, di ambil jus
2 ekor Ketam, dibersihkan dan dipotong dua
2 ekor Sotong, di porong bulat
1 sb sos ikan
1/2 batang Lobak merah
50 gm Cendawan tiram
1 bj Tomato
100 gm Bunga Kobis
1 btg Saleri
1/2 sb Susu Pekat manis
Garam secukup rasa

1. Didalam periuk, masukkan air, bahan bahan yang diketuk, bawang dan ketam.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan daun limau purut, sos ikan dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sayuran (kecuali tomato) dan sotong. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis. Jangan guna semua kalau sudah cukup rasa. 
4. Masukkan susu pekat manis.
5. Apabila sayuran sudah empuk boleh la masukkan tomato. Biarkan seketika dan boleh lah padam kan api.
6. Siap untuk di hidang.

Selamat mencuba!



Thursday, January 23, 2014

ReNDaNg UdAnG GaLaH

Assalammualaikum...

hye semua...hari ni aku nak share resepi rendang udang galah. En.Azam si kaki pancing tu g mancing plak udang galah. jadi dah selalu sangat bawak balik udang tak de idea dah nak masak apa. so, try la masak rendang. Memang tak rugi, sedap betul udang galah masak rendang ni. sehingga menjilat jari...

Resepi Rendang ni aku guna sama je macam aku buat rendang ayam atau rendang daging. moh kite nengok bahan bahan untuk membuat rendang udang ni.

Moh Masak Rendang Udang Galah

1 kg udang galah 
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
10 bj Cili api

Kisar bahan bahan di atas

100 gm Cili kering kisar
2 sk Serbuk kunyit
2 btg Serai, dititik
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
2 cawan pati santan
2 camca besar kerisik
Gula secukup rasa

1. Masukkan bahan kisar, cili kering, serbuk kunyit, serai dan asam keping ke dalam kuali.
2. Tambahkan sedikit air.
3. Masukkan santan.
4. Masak sehingga kuah rendang hampir kering, kemudian baru masukkan udang dan kerisik.
5. Masak lagi sehingga udang masak dan kuah rendang hampir kekeringan. (Terpulang sekiranya suka betul betul kering atau berkuah)
6. Perasakan garam dan gula.
7. Siap untuk dihidang.



Selamat Mencuba!

Thursday, August 29, 2013

SoTonG MaSak MeRah

Selamat pagi

haaaaaa jangan marah...resepi sotong lagi...jangan jeles sebab masih lagi sotong segar yang di pancing oleh en.azam di parairan terengganu ni. Kali ni sotong yang ditangkap adalah jenis sotong torak. di mana sotong torak ni bersaiz besar dan lebih panjang. Macam dalam gambar tu. panjangkan. sepanjang sinki tau. Kalau di pasaran, harga sotong torak ni boleh mencecah sehingga RM24 sekilo. Tapi kalau pada musim sotong harganya boleh dapat dalam RM18 sekilo.


Aku masak sekor pun sudah cukup untuk makan berdua. itu pun berlebih lebih lagi. Diatas permintaanya aku masakan lah sotong masak merah. sedap! segar dari laut! untung laaaa...hehehehe

Moh Masak Sotong Masak Merah


1 ekor Sotong Torak
Garam
serbuk kunyit
Minyak masak
4 bj Bawang merah, ditumbuk
3 ulas Bawang putih, Ditumbuk
1 inci Halia. ditumbuk
4 sb Cili kisar
2 sb Sos tomato
Garam
Gula

1. Bersihkan sotong dan potong bulat. Lumurkan garam dan kunyit. Goreng sotong sehingga masak.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak.
4. Masukkan sos tomato dan perasakan gula dan garam.
5. Masukkan sotong dan gaul sehingga rata.
6. siap untuk dihidang.


Selamat mencuba!

Tuesday, July 16, 2013

SoTonG GoReNg TeLur MaSin

Sotong Lagik!



hehehehehe...jangan marah yea. Macam yang aku cakap la. stok sotong banyak. tak leh nak letak benda lain dalam peti ais tu dah.

Hari ni moh kita masak sotong goreng telur masin. dengar ceritanya makanan ni famous kat chinese restaurant. aku tak tau, tak pernah lak aku g restaurant cina. Resepi ni diambil dari sini, boleh la kalau nak nengok resepi asal. Tapi aku ubah siket. mengikut selera.

Moh Masak Sotong Goreng Telur Masin


5 bj Cili api, hiris
3 ulas Bawang putih, hiris
4 biji Cili kering, hiris
2 tangkai Daun kari
200 ml Susu sejat
3 biji Telur masin, direbus. - ambil 3 biji kuning dan 2 biji putih - hancurkan
2 sb Mentega
2 ekor Sotong - saiz besar dipotong bulat
Tepung jagung atau tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Goreng Sotong dengan tepung. aku guna tepung yang sama aku buat untuk sotong goreng rangup disini. lebihan tepung itu aku gunakan untuk sadur sotong. tak perlu letak telur. caranya begini, masukkan sotong didalam bekas, letakkan tepung kedalam bekas tersebut. tutup dan kocak kan sahaja. semua tepung akan sebati dengan sotong. kemudian goreng. 
2. Didalam kuali yang lain, panaskan mentega, tumis cili api, bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga garing. 
3. Kemudian, Masukkan susu sejat. masukkan pula telur masin yang telah dihancurkan tadi.
4. Apabila kuah semakin pekat, boleh lah masukkan sotong yang telah di goreng. goreng sehingga kering.
5. tambahkan garam jika perlu.
6. Siap untuk di hidang.


Selamat mencuba!

Monday, July 15, 2013

SoToNg GoReNG TepUng RanGup

Anak beranak sotong

Aik! MeLLMeRaH ni tak de benda lain ke nak masak..? Balik balik sotong...balik balik sotong...





Adoiiii nak wat macam mana...En.Azam tu g mancing lagi kat tepi pantai...bawak balik sotong bapak bapak...dah tak muat peti ais..jadi nak mengurangkan kadar kepadatan dalam peti ais tu terpaksa la aku ni seminggu menghadap sotong...

Sotong yang besar tu sama panjang ngan cutting board IKEA..kalau termasuk janggut..lebih panjang.

Moh Masak Sotong Goreng Tepung Rangup


Sotong, dipotong bulat
1 cwn Tepung gandum
1/2 cwn Tepung Jagung
2 sb Tepung beras
1 sb Serbuk lada sulah
Sedikit gram
sedikit serbuk kunyit
1 bj Telur
Minyak untuk menggoreng

1. Campurkan kesemua tepung bersama garam, lada sulah dan serbuk kunyit. kacau rata
2. Didalam bekas lain, pecahkan telur.
3. Ambil beberapa sudu bancuhan tepung tadi dan campurkan ke dalam telur yang di pukul.
4. Pastikan sotong telah ditoskan air nye. ambil sotong dan gaulkan ke dalam bancuhan telur.
5. Kemudian masukkan pula sotong tadi kedalam tepung. 
6. Gorengkan sehingga garing. kalau sotong meletup, tutup kuali dengan penutup periuk.
7. Apabila sotong telah garing. letakkan sotong ke dalam penapis. biar betul betul tos kan minyak nye barulah di letakkan di atas tisu. ( aku tak letak atas tisu pun).
8. Boleh la dihidangkan bersama sos cili thai.

Selamat mencuba.!