Nuffnang Ad

Showing posts with label coffeetime. Show all posts
Showing posts with label coffeetime. Show all posts

Thursday, 8 June 2017

Potluck pejabat

Seminggu sebelum puasa, we all satu office pakat-pakat untuk buat potluck sebelum puasa. So banyak makanan yang dibawa oleh kawan-kawan office sampai penuh meja dengan pelbagai jenis juadah makanan.

Tengok, banyaknya makanan samada yang beli, tempah ataupun buat sendiri. Semoga murah rezeki officemate ku semua sekali.

Lepas solat Jumaat, mencuba kopi baru di Shell MRR2, Costa Coffee yang popular di UK.


Tiada barista macam di Starbucks, so self vending machine. Senang aje nak membuatnya

Boleh buat air panas dan juga sejuk. Rasa pun sedap juga. Kena tunggu lepas bulan puasa la nak cuba lagi cos kalau malam-malam minum kopi, takut tak boleh tidur pulak nanti.

Friday, 2 December 2016

KLCC

Kalau malas mengopi kat kedai mamak, ke Starbuck la kita mengopi cara orang putih sesekali, kan.

Now kena rajin pergi sebab nak dapatkan stamp untuk dapatkan planner. Dah berapa lama tak mengumpul, last kumpul tahun 2008 agaknya.

Cuti-cuti sekolah ni kenalah rajin memasak. Dapur memang tak akan bercuti, sepanjang masa kena ada makanan at least roti sapu Nutella.

Cuti ke tak, aktiviti senaman tetap berjalan. Jangan lupa, gemuk senang aje tapi nak kurus tu makan masa sampai bertahun tu.

Dalam masa senang nak gemuk, bila lapar kena juga cari tempat makan. Bukannya tak boleh makan, cumanya kena beragak-agaklah dengan pengambilan makanan kita, jgn makan sembarangan nanti kita juga yang jenuh nak turunkan berat badan.




Tuesday, 4 October 2016

Weekend yang panjang

Weekend yang panjang sempena sambutan Maal Hijrah 1438H cuti sampai Isnin so kita menyukat la shopping mall, kalau hari tu ke Pavilion, Ahad kita ke KLCC la pulak. Itu ajelah tempat favourite kami anak-beranak.

Sebelum berjalan lama-lama, kita makan Chilli's dululah. The boys pun suka makan sini, sebab ada pizza cheese sedap kata mereka.

Dah habis makan, singgah pulak Kinokuniya, tengok buku-buku baru. Dah ada kat sini, haruslah tetiba semua ada minat nak membaca pulak, kan.

On the way nak balik, singgah kejap rumah kawan buat birthday anak dia. Makan mee sup yang sedap, sampai terbaring-baring Ryan makan sebab tak sampai makan duduk bersila. Tak kisahlah nak, janji makan.

Dah selesai birthday party, singgah pula Mwt untuk menggunting rambut. Rambut the boys masing-maisng cepat sangat panjangnya, baik potong dulu sebelum kena potong dengan cikgu disekolah nanti.


Barbershop di Melawati ni siap ada tempat lepak lagi sementara tunggu so taklah bosan sangat kan.

Settlekan the boys dulu, then baru turn Daddy Jack pulak gunting rambut

I pulak melayan la minum kopi and makan waffle di cafe kedai. Not so bad after all, sementara menunggu they all bertiga potong rambut, so bolehlah kita rileks sambil baca magazines and tengok TV kejap.

Monday, 22 August 2016

Hanging out with Ryan

Mencuba cafe yang baru dibuka di area rumah ni. Cafe yang pertama kali dibuka disini, kalau ada pun di area depan tu macam tak larat nak pergi cos sesak sangat dengan orang ramai. Playground Coffee jadi pilihan melepak minggu ini.

Just berdua aje dengan Ryan cos Danish and Daddy ada game bola. Ryan tak mahu ikut, nak duduk rumah tengok TV aje so bila bosan, keluar la kitaorang berdua aje.

Tak ramai orang pun disini, tempat pun selesa. Even the deco pun nampak rustic and moden.

Dah nama kedai pun Playground kan, kena la ada elemen-elemen itu di dalam kedai. Di bahagian belakang ada disediakan playland kecil untuk anak-anak bermain.

Buaian pun ada juga disediakan, tapi I takut la nak naik, takut roboh pulak.

Sambil melayan bercerita hal sekolah dan kawan-kawannya, mulut pun pot pet pot pet la jugak.

Singgah beli Nasi Ayam Uncle untuk tengahari nanti, malas dah nak masak kalau tinggal berdua aje ni.

Beli extra takut nanti Daddy Jack and Danish balik kelaparan pulak, I memang tak masak langsung la, mengisahkan kain baju yang bertimbun and mengemas almari baju. Asingkan mana baju yang tak muat tu, kumpulkan and letak dalam plastik untuk diagihkan ke dalam tong Makna.

Dah malam, baru Daddy Jack and Danish balik, muka pun semua kepenatan after seharian berkampung di padang. Danish pun dah legam nampaknya. Balik terus mandi, then keluar pergi makan. Makan pun yang ringan-ringan aje cos semua pun dah kekenyangan.

Wednesday, 25 November 2015

Berjalan berdua

Pagi-pagi Sabtu dah temankan Ayah dan Ibu ke Pasar Tani while Daddy Jack and the boys dah selamat ke padang bola di The Camp, One Utama. Lama dah tak menjenguk ke pasar tani, selalunya Sabtu berangkut ke padang bola. Ramai juga orang memborong ikan, mungkin cuti sekolah so masak untuk anak-anak aje.

Lepas drop kan anak-anak di Sunway Putra Hotel untuk rehearsal mereka, we all berdua bergegas pula ke Shah Alam cos officemate Daddy Jack menjemput majlis kahwin anak mereka di Tasik Shah Alam. Lama tak tak jejakkan kaki ke sini, dulu keje sini hari-hari lalu masjid negeri ini.

Konsep open wedding di tepi tasik. Mujur tak hujan and suasana pun tak panas sangat. Tersenyum melihatkan konsep minuman ala pasar malam ini. Sekarang ni macam-macam benda baru di majlis kahwin, tak tahu lah zaman anak-anak kahwin nanti, jangan makanan sampai dibungkus and take away ajelah sudah.

Kemudian singgah ke SACC pula cos faculty Daddy Jack ada buat pameran disitu, something related to keusahawanan rasanya. Ada jualan lukisan, hasil seni, urutan kaki malahan mendi session pun ada juga.

Dah nak balik tengok awal la pulak nak balik KL, so kita lepak di salah satu cafe yang terkenal di Shah Alam ini. Lama juga berpusing-pusing mencari rupanya di atas Ani Sup Utara di Seksyen 9 tu.


Banyak baca review this cafe is the bomb. Ada beberapa lagi cafe hispter yang berada di sekitar Shah Alam. Even salah seorang kawan di IG pun ada buka cafe juga di Shah Alam. Tunggu la nanti satu masa nak lepak sana juga, support kawan-kawan, kan.

Tak putus-putus pelanggan yang masuk ke dalam ini. Me and Daddy Jack tercengang juga bila tengok tempat ni sentiasa penuh dengan orang, mana yang datang secara berkumpulan ataupun just nak lepak sorang-sorang aje.

We all order Salted Caramel & Chocolate and also Saudagar Coklat cake berserta latte and air. The place memang happening sangat-sangat, really cosy untuk melepak. Cake pun sedap sangat, even masa we all duduk situ terus dah habis cake. maybe weekend so orang nak habiskan masa santai melepak dengan kawan-kawan. nanti akan datang and cuba lagi beberapa cake yang nampak sedap aje kalau tengok IG mereka ni.

Saturday, 17 October 2015

Lepak

Sesekali membawa bekalan memang best tak kisahlah nasi goreng kosong sekalipun, hanya bawang merah, putih, cili merah dan ikan bilis tumbuk, ditambah telur memang best sambil minum air kopi o.

Yeah, Naelofar Hijab dah ada mini outlet di Aeon, tak perlualah nak beli from agen ataupun kena pi jauh-jauh ke Taman Tun sana nun.

Sesekali lepas habis waktu kerja, pergi la melepak dengan member-member yang kerja di cafe sekitar area rumah aje. nak pergi jauh-jauh takut balik lambat pulak kan. New germ in our neighbourhood, Cafe Lapis. Sedap sangat Caramel Salted Brownies sambil makan dengan ice cream vanilla...walla !!!

Simple deco and nice ambience, nanti nak melepak lagilah disini

I like the mural, simple and taklah berserabut sangat. So if anyone yang berminat nak melepak disini, bolehlah berkunjung ke:

Cafe Lapis
Jalan Wangsa Delima 1A, 
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
+60 3-4141 8297

Tuesday, 27 January 2015

The Flavourist

Lamanya tak berjalan-jalan sekitar Jalan TAR, rasanya dalam setahun hanya 2 kali aje berkunjung ke sini, samada raya ataupun musim cuti sekolah untuk membeli persiapan barangan sekolah. We all ni semenjak anak-anak nak masuk sekolah, ke Jalan TAR la membuat persiapan. Keluar seawal jam 9am, then sampai terus menyinggah dulu mana-mana yang patut. Alhamdulillah, taklah ramai mana orang waktu ni.

Dah settle serba sedikit, perut pun mulalah terasa lapar, so singgah makan di Insaf kejap la kan. Restoran yang wajib dikunjungi kalau ke Jalan TAR ni, tapi tak bolehlah pergi selalu, kang keluar terus insaf seinsafnya.

Selalu I akan order nasi beriani dan juga ayam madu aje, tapi since anak-anak request nak ayam goreng biasa aje. Jus tembikai and mangga adalah diantara minuman wajib juga.

Orang cakap, Kamdar ni bermacam-macam jenis warna baju sekolah ada, so we all pun singgah kejap untuk membeli baju sekolah the boys. Ada dijual di kedai buku tapi terlalu besar untuk Ryan so kat sini adalah pulak saiz yang ngam-ngam dengan Ryan.
 
Then, singgah pulak Minerva untuk mencari buku-buku latihan sekolah untuk anak-anak buat ulangkaji.

Dah settle semua hal, petang tu we all berdua lepak kejap di cafe tersorok yang baru dijumpai di area Melawati, The Flavourist. Cool konsep, macam ala-ala tak siap aje kafenya but nice environment untuk melepak.

Cafe yang baru beroperasi beberapa bulan ini dah memang best. Cakes pun dah banyak even tak lama lagi nak set up their own bakery.

Di samping menjual coffee and cakes, ada satu section juga yang menjual rempat ratus. Antaranya rempah gulai cap bunga ros yang famous di Terengganu ni so nanti tak perlulah bersusah payah  kirim pada kawan di sana, beli kat sini aje senang.

 Pertama kali pergi, terus jatuh cinta dengan cafe ini.

Susun atur meja pun sangat simple, the deco pun taklah serabut sangat dengan pelbagai hiasan.

Mencuba soto, not so bad juga. Ada juga beberapa pastries tapi soto ni nampak lebih menyelerakan pulak.

Organic section, so tak perlulah nak pergi AEON Big untuk organic products, singgah beli kat sini ajelah. Ada berjenis-jenis makan organik disini, tapi belum berkesempatan nak membeli lagi sebab stok dirumah ada lagi.