Nuffnang Ad

Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Sunday, 6 November 2016

Bertukar mengikut saranan

Ketika ramai orang mengambil peluang untuk bertukar ke Skim KWSP Shariah, we all pun tak ketinggalan juga. Well, just me la cos Daddy Jack dah lama bertukar kepada skim pencen so hanya I sahajalah yang masih ada KWSP ni. Tapi sebelum tu, kita makan la dulu, kasi bertenaga sebab nak beratur panjang.

Alhamdulillah, berjaya juga menukar walaupun ramai orang dan kini dah pun selesai urusan and Im officially under simpanan shariah untuk masa hadapan.

So masih meneruskan aktiviti biasa, berjogging satu padang bola setiap Isnin dan Rabu untuk kesihatan yang baik.

Dah lama betul tak makan satay, sesekali teringin juga nak makan satay. Selalunya we all makan Satay Melaka di AU5, sedap berbanding dengan Hj Samuri yang tak berapa nak kick macam dulu. Esok la nak beli and makan satay.


Friday, 7 October 2016

Jom bersenam

Lately dah terasa badan ni gemuk..hahaha baru nak terasa walhal mmg dah sedia maklum gemuk dah. So kerap jugaklah bersukan sekarang untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Selalunya ambil peluang bila Danish ada training petang-petang so dapatlah pusing padang dalam 10 round.

Kadang tu kalau larat join kelas kickboxing kat MMA gym disitu, ohh dia punya mental and fizikal kena kuat bila join, badan sakit-sakit sebab mmg agak keras la latihan dia.

Kali pertama join rasa serik dah nak join, tapi lama-lama rasa best pulak. Tak adalah duduk aje tepi padang atau kat cafe tunggu Danish habis, so bolehlah bersenam dan menguatkan fizikal dan mental.

Tetap pergi ke gym bila rajin, selalunya seminggu sekali la pergi. Kalau rajin 3 hari pergi untuk masuk kelas Zumba dan juga beberapa kelas yang ditawarkan.

Kalau tak ke padang atau ke gym, jogging aje depan rumah tu, pusing keliling 4-5 pusingan, janji keluarkan peluh. Okay dah tu. Selamat bersukan, semua !

Monday, 7 March 2016

Keep fit

Memang kena rajin menjaga kesihatan sekarang, maklumlah dah masuk 4 series ni so kesihatan kena jaga, tambah lagi if ada masalah dalaman kan. Kalau I tak pergi gym, memadai bersenam di rumah sahaja, gunakan Xbox sahaja, bersiram jugaklah peluh.

Banyak peralatan di gym yang masih belum berani lagi nak mencuba pakai. Kadang tengok orang lain guna macam best aje, nanti la kita godek machine satu-satu.

Seminggu 3 kali cukuplah habiskan waktu disini, hujung minggu sahaja pergi.

Sambil exercise, ditemani pula dengan jejaka panas, so lagilah bersemangat nak kurus.

Terpikir juga nak ambil personal training, kemudian la bila rasa perlukan panduan dan juga bimbingan.

Selalu sampai berlari-lari anak dululah selama 1 jam, then baru berbasikal ataupun gunakan machine yang lain. Itulah rutin setiap kali datang sini.

Makanan pun kena jaga, makanan yang sihat sepanjang masa. Tapi adakalanya cheat day jugak, kan tapi dengan kuantiti yang sedikit, taklah sampai membolok gayanya.

Tapi ini memang akan melemahkan jiwa, phuhhhh.

Kalau pergi pagi, orang tak ramai so taklah rasa malu sangat kalau berlari-lari, kan. If datang lepas waktu kerja sampai malam, memang ramai orang.

Rajin juga sesekali join kelas-kelas macam Zumba disini, tak ramai mana pun yang join and ada banyak waktu yang ditetapkan untuk kita join. Ehh, weekend ni nak gi join kelas kick boxing la, macam best aje.

Saturday, 17 October 2015

Lepak

Sesekali membawa bekalan memang best tak kisahlah nasi goreng kosong sekalipun, hanya bawang merah, putih, cili merah dan ikan bilis tumbuk, ditambah telur memang best sambil minum air kopi o.

Yeah, Naelofar Hijab dah ada mini outlet di Aeon, tak perlualah nak beli from agen ataupun kena pi jauh-jauh ke Taman Tun sana nun.

Sesekali lepas habis waktu kerja, pergi la melepak dengan member-member yang kerja di cafe sekitar area rumah aje. nak pergi jauh-jauh takut balik lambat pulak kan. New germ in our neighbourhood, Cafe Lapis. Sedap sangat Caramel Salted Brownies sambil makan dengan ice cream vanilla...walla !!!

Simple deco and nice ambience, nanti nak melepak lagilah disini

I like the mural, simple and taklah berserabut sangat. So if anyone yang berminat nak melepak disini, bolehlah berkunjung ke:

Cafe Lapis
Jalan Wangsa Delima 1A, 
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
+60 3-4141 8297

Saturday, 3 January 2015

39 today !

Thank you, Allah, for giving me another year of life.
Thank you for all the people who remembered me today.

Thank you for all the experience of this past year;
for times of success which will always be
happy memories,
for times of failure which reminded me of my own weakness 
and of my need for you,
for times of joy when the sun was shining,
for times of sadness which drove me to you.

Forgive me
for the hours I wasted,
for the chances I failed to take,
for the opportunities I missed this past year.
Help me in the days ahead to make this the best year yet,
and through it to bring good credit to myself,
happiness and pride to my loved ones,
and joy to you.

Amin.

3 Januari 2015

Thursday, 11 December 2014

Baking again...

Ke kelas baking with Kak Yani again, tapi kali ni tak jauh mana..dekat dengan rumah aje. Since Kak Yani dah ada studio sendiri so senang la lepak sini aje nanti. 

Ramai juga yang menyertai kelas Kak Yani ni. Selalu terlepas beberapa kelas Kak Yani tapi untuk kelas kali ini mujurlah Kak Yani ingatkan awal-awal lagi. 

 Preperation menyiapkan creme brulee oleh Kak Yani, yang ini demo aje.

Seterusnya hands on secara berkumpulan, membuat Victoria Sandwich Cake yang popular kalau tengok IG Kak Yani. Dah berbiji-biji dah Kak Yani buat. So kita belajar dari mula.


Strawberry compote resepi from Kak Yani, selama ini ingatkan untuk VSC tu guna jem strawberry straight from the jar aje, so kena buat sendiri lagi sedap rupanya.

Garam kegemaran Kak Yani untuk digunakan di dalam semua hasil cakenya. Salah satu rahsia kesedapan cake Kak Yani. Ada dijual di KL ni, I nampak di Presto, Citta Mall, satu tub harganya RM31 !

 Ohhh the Devil Chocolate Cake looks so devilicious

Berjaya membuat 2 biji cake hari ini, The Devil Chocolate Cake dan juga Victoria Sandwich Cake.

Ingatkan senang aje buat cake ni die punya topping aje sampai 3 jenis..chocolate buttercream, chocolate ganache, salted caramel dan the deco. Phuhhhh, berpeluh jugak nak menyiapkannya.

VSC agak senang nak membuatnya, cumanya masa nak sediakan the compote agak lama sikitlah. 

 Creme Brulee, demo by Kak Yani yang terasa-rasa di tekak dah ni. Lepas kelas ni, dah mencuba buat Devil Chocolate Cake, rasanya tak mengecewakan. Sama seperti apa yang Kak Yani ajar, nanti nak cuba buat VSC pulak.


Monday, 11 August 2014

J in the house

Seperti yang dijanjikan, berjaya tahun ini memakai baju koleksi Jovian yang diidamkan sekian lama. Tahun lepas tak sempat nak merasa pakai cos semuanya sold out and tahun ni Alhamdulillah berjaya juga memakainya dengan saiz yang agak kecil dari sebelum ini. Pendek kata lain, ada peningkatan la sikit hasil pergi gym dan juga mengurangkan makan dan minumnya semenjak balik ke Malaysia ni, badan pun dah hampir sama besar dengan peti ais dah ni.

Masih banyak pilihan lagi, dan cantik-cantik semuanya tapi kenalah ikut warna tema keluarga. Biru muda atau biru yang seangkatan dengannya.

Okay dah settle apa yang berkenan dihati, balik denga keriangan di hati di hari raya ini..ceh wah berpantun kita yer

 Putu piring tetap menjadi pujaan hati ku

Siang malam tak  sudah-sudah dengan channel bola, dah lama dah I ni tak menengok channel lain. Dulu dengan channel world cup and now apa-apa hightlights pasal bola mmg tengok jugak, tanpa rasa jemu.

Wednesday, 9 July 2014

Spa session

Dah lama tak memanjakan diri, last rasanya tahun lepas. Kali ni bila Ibu ajak pergi spa, tak ketinggalan nak ikut juga. Spa yang selalu Ibu pergi di area Ampang, so far memang best and the price pun not so bad.

Berlulur dan mandi herba terasa sangat segar dan ringan kejap badan ni. Bila kena urut sampai tetidur-tidur dibuatnya.

Lepas dah berurut dan mandi lulur, minum pula teh halia madu ni lagilah bertambah-tambah keluar angin satu badannya. Have to repeat the session again, maybe after Raya.