Nuffnang Ad

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, 9 September 2018

Sunway Pyramid sekali sekala

Well, we all jarang nak ke mana-mana shopping mall selain KLCC, ataupun Pavillion, sesekali menyinggah jugalah One Utama, tapi Mid Valley atau The Gardens dah makin jarang pergi. Bila Daddy Jack ajak pergi Sunway Pyramid, semua rasa hah, jauhnya nak pergi mall, but layankan ajelah. Sebelum tu singgah Starbucks dulu, the boys nak Frappe dan juga me nak jugak Iced Latte.

Iced Latte yang sedap, depan ni ada Family Mart tapi tak jumpa pulak Iced Latte yang diviralkan di FB tu.

Patutlah beria ajak ke Sunway Pyramid, ada makna rupanya....

Nak yang besar sekali tu untuk hari jadi dia, walhal hadiah LEGO besar ni tahun lepas pun tak buka kotak lagi, alasan almari dah tak muat. Dah tu, takkan nak tambah lagi, pening jugak ni

Menyinggah masuk Popular, nampak pula ada beberapa buku yang best juga tajuk-tajuknya

3 beranak ni masuk kedai game pula, mencari game yang terbaru tapi hasrat ditangguhkan kerana exam dah makin dekat.


Jersey World Cup dah makin murah sekarang, tapi team kita dah kalah, so tak perlu belilah. Tunggu Euro 2020 then baru beli itupun kalau masuk la kan. Kalau tak, kita tengok kat kedai ajelah.

Monday, 15 January 2018

Pavillion kita

Hujung minggu biasalah hari bola untuk anak-anak, tapi untuk Ryan la kalau Danish weekdays training daynya tapi sekarang ni tak ada game lagi, kalau tak hujung minggu memang penuh.

Kadang sambil tunggu Ryan main bola, sempat la tapau breakfast dulu, tempat baru ni belum ada kafe lagi, sedang dalam pembikinan so sementara tunggu, makan yang ringan dululah.

Petang sikit, dah settle hal sekolah barulah boleh pergi merayap di shopping mall. Kali ni merayap ke Pavillion pulak cos Daddy Jack teringin nak makan You Tiou pulak.

So nilah yang Daddy Jack idamkan sangat tu, beef kuay teow dia yang super duper sedap, kata Daddy Jack while the boys makan chakoi cicah dengan bubur aje, sedap juga.

Singgah Adidas Kids mencari kasut sekolah Ryan, dah berjenuh mencari saiz yang tak jumpa di Bandar Utama dan juga KLCC. Mujur ada saiz disini, so terus beli. So dah selesai semua hal sekolah dah.


Monday, 4 December 2017

Mid Valley

Mak berdiet, so makan pun kena berhati-hati memilih sekarang ni. Tapi jangan tak tahu, sedap juga tau makan eat clean ni, serius, kena cuba.

Habis exam UPSR yang lepas, terus la Daddy Jack mengangkut Danish ke Mid Valley untuk suprised dah habis exam.

Dah buat pre order game FIFA '18 rupanya walhal ada lagi exam besar PSRA yang menanti.

Lama tak membeli blazer, semenjak kena jadi Advisor ni, kenalah pulak berblazer. Jumpa satu yang cantik di MNG, tapi tak ada warna hitam pulak, ada blue black sahaja.

Allahu, LEGO lagi ???? tapi kali ni katanya tengok aje, compare price


Sesambil jalan tu, Daddy Jack pun mencari baju-baju kerja di Zara Men

The boys ni, balik aje terus la main game terus. Itupun pukul 10pm dah perambat masuk bilik, kalau dibiarkan mau sampai pagi main game aje.

Friday, 25 August 2017

Melawati Mall



Tarikan baru di Taman Melawati sekarang ini adalah Melawati Mall yang dibuka pada 19 Julai yang lepas. On the opening day, we all tak menjenguk pun cos Danish ada Trial UPSR, so hanya dengar and lihat ajelah orang lain yang pergi.

Memang ramai orang tertunggu-tunggu mall ni cos dah lama sangat dah Melawati ni bertapak, tapi kawasan sekitar pulak yang ada mall mcm Wangsa Maju, AU2 tapi Melawati masih kosong lagi. Now, dengan adanya Melawati Mall ni semua orang tertumpu ke sini.

Interior menarik, ada 5 level. Mostly ada banyak juga kedai yang dah mula beroperasi ada yang masih belum buka lagi. Antara kedai yang menarik disini ada Toys R Us, Mothercare, Brand Outlet, Kaison dan pelbagai lagi kedai. Tempat makan p[un banyak juga so masa we all pergi tu semua tempat hampir penuh semuanya.


Agak malas mencari tempat makan yang lain cos orang agak ramai so we all sekeluarga menyinggah la ke Restoran Baba Nyonya ni. Nampak menu pun sedap aje semua.

Menu pun ala-ala Madam Kwans juga, ada la Banana Fritters ni tapi mmg tak boleh lawan MK punyalah. Even ni no 3 dalam senarai my Banana Fritters. No 2 jatuh pada Serai Restaurant.

Menyinggah dulu di Village Grocer, wah..tak tahan tengok all vegetables yang segar-segar dan juga buah-buahan. Memang sebijik rasa macam di Coles atau di Woolies dulu. The boys pun seronok dapat tengok barang-barang Australia kat sini.


Danish paling suka this kind of sausages, dia tak begitu suka yang Ramly punya tu. Dulu kalau duduk Adelaide ini lah salah satu bekalan ke sekolah, dikepitkan dengan roti. Memang sedap.

Bulla adalah ice-cream kegemaran we all dulu di Australia, time summer memang selalu beli ice cream ni untuk penyejuk tekak. Dulu harga kalau offer tub tu AUD5 aje, lebih kurang RM15, now kat sini satu tub dekat RM30 !!!

Bawang yang dulu sering digunakan di dalam masakan sewaktu di Adelaide dulu, now tengok harganya sekilo dekat RM47 !!! Mak aii, dulu we all beli sampai 5kg tak sampai pun RM20 di Sunday Market.

Butter section yang sangat best, ada pelbagai jenis butter untuk masak dan buat kek terutamanya Lescure dan juga President yang tak perlu lagi ke Isetan atau Cold Storage nak belinya.

Salah satu product rumah yang paling I suka, digunakan di Adelaide juga dulu..Methods. Sangat best especially multi-purpose cleaner dan juga hand wash dia. Wangi sangat-sangat. Sekarang tak perlu cari-cari lagi dah, semua dah lengkap dan ada di Village Grocer.


Boost yang paling dekat adalah di Wangsa Walk, so kali ni tak perlu lagi berjalan jauh. Belakang rumah aje dah. Untuk hari pembukaan yang lepas, all Boost dapat 1/2 price, beratur memang panjang.

We all pergi on Friday, dalam pukul 10 malam tengok parking lot dah banyak lori-lori parking untuk persiapan Pasar Tani esok harinya. La, baru tahu they all selalu set up malam sebelum. Tidur dalam lori aje semuanya. Allahu, demi mencari sesuap nasi untuk keluarga, kan.

Saturday, 22 July 2017

Sempat lagi sebelum balik

Sebelum balik KL, sempat lagilah menyinggah untuk last minute shopping. Pergi awal-awal, so dapatlah parking space yang dekat sikit then orang pun tak ramai lagi.

Daddy Jack cakap, tak boleh lama-lama takut jalan jem balik KL tapi anak-anak dok cakap, rileks la, sekolah bukak lambat lagi.

Perut minta diisi walhal dah kenyang dah breakfast sebelum datang JPO so light snack ajelah pun dah cukup. Ke Starbucks lagilah mencari roti and kek.

Konon tak nak membeli, udahnya tersangkut juga satu sling bag from COACH yang agak murah walaupun last season punya collection. Dah lama mencari sling beg ni, senang nak bawa di kala nak pergi santai-santai aje.

Menyinggah Polo mencari baju lagi for the boys, tapi sayangnya saiz dah agak limited. Cukuplah dah beli masa sampai hari tu.

Masih mencuba juga di Tory Burch mencari kasut yang ada saiz but masih hampa lagi. Lain kali hopefully ada rezeki lah disini.

Thursday, 2 February 2017

The Legoland Theme Park - Part Two

Semua nak merasa naik roller coaster Dragon's Apprentice ni, lepas naik pastu semua mintak ampun tak nak naik dah sebab kecut perut dah masing-masing. Janji dah cuba, kan.


Then cuba pulak Beetle Bound ni. Yang ni I tak join la, takut termuntah pulak

Nak merasa basah di Dino World ni tapi tak ada siapa pun nak layan I nak naik ni, sebab masing-masing malas nak basahkan baju.

Then, kita explore pulak di Imagination World, nak juga tengok apa yang baru disini

Mencuba juga naik Merlin's Challenge ni, berpusing-pusing sampai pening

Nak masuk di Miniland Star Wars ni tapi tak dapat cos tak ada elektrik, kena tangguh dulu

I dah tak mampu dah nak naik Technic Twister ni, mana dengan pening naik roller coaster pun tak habis lagi, maunya muntah kat situ jugak.

Lepak kejap di Cool Hut, mencari makanan untuk dimakan cos dah lapar balik dah 


Simple aje makanan kali ini, beef lasagna dan juga chicken sandwich aje pun dah kenyang dah sementara nak tunggu makan malam.

Cakes and sweet treats pun ada disini, nampak sedap-sedap semuanya

Main lagi bot di Boating School ni, sebab tengok tak ramai yang beratur panjang

Dah letih jalan and main all the attraction, so nak cuba untuk naik train pulak. Badan pun dah berminyak and ketibas semua ada dah.

Muka masing-masing pun dah lemau aje tapi demi Legoland, semua nampak bertenaga aje lagi


Nampak ramai orang beli botol minuman yang pa njang-panjang, rupanya beli di beberapa kiosk yang ada di sekitar then boleh refill lagi. Best betul.

Dia sorang ajelah conquer air tu, letak pulak Iced Lemon Tea, lagilah seronok

Mencuba beberapa aktiviti di Imagination.

Inilah tempat yang Daddy Jack nak sangat pergi, his favourite Lego character...NINJAGO