maaf permohonan anda ditolak
============================
Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang
diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Budin untuk meneruskan
baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada...
Pengarah tersebut mengarahkan Budin menolak semua calon yang tinggal.
Dengan yakinnya Budin melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon
dipanggilnya.
Budin : "Kamu memohon sebagai apa?"
Calon 1 : "Sekretari"
Budin : "Kamu merasa cantik ke tak?"
Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"
Budin : "Permohonan Kamu tidak diterima."
Calon 1 : "Sebabnya?"
Budin : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok..."
Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"
Budin : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 1 : "kenapa pulak ?"
Budin : "Buat sakit mata aje"
Calon berikutnya...
Budin : " Kamu ada pakwe?"
Calon 2 : "Ada.."
Budin : "Di mana?"
Calon 2 : "Di luar negeri."
Budin : "Permohonan Kamu tidak diterima."
Calon 2 : "Alasannya?"
Budin : "Nanti kamu hanya bermain telefon dengan pakwe.. dan bil melambung"
Calon 2 : "tapi Minggu depan pakwe saya sudah pulang."
Budni : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 2 : "Alasannya?"
Budin : "Laa.. nanti kamu selalu ponteng untuk berjumpa pakwe kamu.
Interview
=========
Daud sedang di interview di sebuah syarikat
Pegawai : Nama saudara siapa ?
Daud : "Daud..."
Pegawai : "Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...
Daud : "Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Kedah... Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..
Pegawai : "Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?
Daud : "Yes .. sir ... "
Pegawai : "now tell me about your family in English !!... "
Daud : "Sorry sir .. i don't have family in English ..., they're all living in Malaysia"
Friday, June 03, 2005
Pesanan di hari Jumaat
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
makan laksa johor time..
bagi memenuhi permintaan sume orang kat opis ni, akhirnyer semalam i've decided to masak laksa johor ari ni... lagi pun mmg dah lama pun tak buat laksa johor... ehehe... balik kejer semalam singgah pasar peladang kat skudai.. beli bahan² nak masak laksa... beli ikan, timun, bawang, lada merah, spagetti n etc yang sewaktu dengan nya untuk melengkapkan hidangan laksa.. so, sume org dpt la melantak laksa johor for lunch ari ni sampai kenyang n lepas tuh masing² dah berat mata... mengantuk coz perut dah fully loaded... wakakakaka... amacam sedap tak kekawan?? but one of the opismate tak makan laksa johor... aiseh... tak dapat nak tolong... ehehehe...
Thursday, June 02, 2005
Time never goes back...
an interesting article i've read ...
.:: Once upon a time, there was a teacher and his student lying down under a big tree near a big grass area. Then, suddenly, the student asked the teacher,
Student : Teacher, I'm confused, how can we find our soul-mate? Can you please help me?
Teacher : (Silent for few second, than he answer) Well, it's a pretty hard and easy question.
Student : (Thinking hard) Huh???
Teacher : Look on that way, there are a lot of grass there, why don't you walk there but please never walk backward, just walk straight ahead. On your way, try to find a beautiful grass and pick it up then give it to me. But just one.
Student : Well, ok then... wait for me... (Walked straight ahead to the grass field). A few minutes later...
Student : I'm back.
Teacher : Em, well I don't see any beautiful grass on your hand.
Student : On my journey, I found few beautiful grass, but I thought that I would find a better one, so I didn't pick it up. But I didn't realize that I'm at the end of the field, and I hadn't picked up any. Cause you told me not to go back, so I didn't go back.
Teacher : That's what happened in real life.What is the message of this story?
GRASS - IS PEOPLE AROUND YOU
BEAUTIFUL GRASS - IS PEOPLE THAT ATTRACT YOU
GRASS FIELD - IS TIME
In looking for your soul mate, please don't always compare and hope that there will be a better one. By doing that, you'll waste your lifetime, cause remember "Time Never Goes Back".
It applies the same in finding your ideal life partner, your suitable career or business, therefore the morale is LOVE & grab hold of the opportunity that you have now, don't waste time! ::.
Persahabatan
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.
Renungilah.......
Wednesday, June 01, 2005
first day of June
ari nih 1 jun.. ari ni gak duit gaji baru la nak float... kena tunggu esok la baru bleh kuarkan... org lain dah lama dah dpt gaji but for me, working at this company, situasi mcm ni dah selalu sgt.... dah tak bleh nak kata ape dah.. terpaksa lah terima... hmm, so what should i do?? ikutkan hati dan perasaan, nak resign jer... anyway, ramai gak antara staff yg nak resign this month... so, wait for my turn... ehehe... i'm commiiinnnggg.... (sebut style A-put)
melana holdings members.. miss u guys..
Mas, mariah, mona, mareq, belle, anie, anne, nique, che merrie n me (iezah)... All the melana holdings members since 1999... i guess.. gambar atas kanan nih masa graduation night kat eden garden hotel.. Makan best sieh.. ala² chinese style gitu.... masa nih sume org melaram abis... gambar tgh plak masa jejalan around jb... gambar ni masa kat masjid sultan abu bakar... gambar kiri atas plak kat tasek utm... masa ni sebenarnyer kat umah kitorg kat melana tuh tgh buat semburan nyamuk aedes, xtahan ngan bau asap semburan yg busuk tuh, we decided to get fresh air kat tasek utm sambil posing²... Bawah kiri plak gambar kat muzium johor.... ambik gambar nih sama hari ngan gambar yang kat tgh atas... n last skalik, gambar bawah kanan ni still lagik kat tsek utm... Kenangan yang takkan dilupakan...
Tuesday, May 31, 2005
a day in cosmo jb
ni gambar beramai² sume lect cosmo jb yang tinggal... actually, ader lagi sorg tapi takde dlm gambar coz masa tgh ambik gambar ni dia tak masuk kejer lagik... gambar ni masa kitorg sume ader mkn beramai² @ sambut birthday 2 of the staff (amad n fazila).. Maybe this is the last mkn² event for some of the lecturer.. guess who???
What a life
hmm, byk betul yang berlaku dlm kehidupan aku kebelakangan nih... apa yang dpt disimpulkan ialah kadangkala kebenaran itu amat pahit untuk di telan... namun begitu, sebenarnya yang pahit itulah akan menjadi penawar... so, apa yang aku belajar skrg ialah segala kesilapan dan apa yang berlaku dalam hidup ni adalah pengalaman yang amat berharga n tak ternilai dan perlu sebagai pengajaran utk menempuh hari yang mendatang... Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.. dan belajarlah untuk menerima kenyataan.. What a life...
Madagascar. . .
Filem ini mengisahkan kehidupan empat sahabat baik - Alex si singa (Ben Stiller), Marty seekor kuda belang (Chris Rock), Melman si Zirafah (David Schwimmer) dan Gloria si badak air (Jada Pinkett Smith) tinggal di sebuah zoo di kota New York. Kehidupan mereka tentulah dijaga dengan cukup makan minum dan keselesaan. Namun begitu si Marty teringin untuk menikmati dunia luar dan dengan bantuan sekumpulan penguin yang licik dia berjaya keluar daripada Zoo dan bercadang untuk kembali semula pagi keesokannya. Di tengah malam, Alex, Melman dan Gloria menyedari yang Marty telah hilang dan mengambil keputusan menyelinap keluar untuk mencari rakan baik mereka itu dan membawanya pulang ke Zoo sebelum sesiapa menyedari kehilangan di kuda belang itu. Di kota metropolitan New York mereka menjumpai Marty namun tahu-tahu sajalah apabila seekor singa, zirafah , kuda belang dan badak air serta si penguin-penguim yang licik itu menyusur jalan-jalan sibuk di Kota New York sudah tentu menjadi perhatian dan mewujudkan suasana kelam kabut. Malang sekali keempat-empat sahabat baik ini tertangkap dan dimasukkan ke dalam sebuah kapal yang akan berlayar ke Afrika. Maka berlayarkan empat sahabat dan si penguin- si penguin menuju ke Afrika. Ketika di samudra, kumpulan Penguin yang licik telah mensebotaj kapal menyebabkan kesemua mereka terdampar di sebuah pulau yang dikenali sebagai Madagascar.
Monday, May 30, 2005
f|rSt DaY of nEw seMeSTer
well well well.. Arini first day of new minor semester... Boringnyer... Mana tak boring, kena masuk opis dari kul 11.00 pagi sampai 9.45 mlm... hangin satu badan... Dah la tu, nak login utk masuk kelas xbleh la plak... Ada ke patut... Kite penat² masuk kelas tp tak masuk dalam CAS System... lagi la tensen.... dah la kelas kul 11.30-1.30... then kelas balik kul 6.30-9.45.... Penat jer dok kat opis nih.... For the first class, Business Maths abis dah ajar 2 chapter... Next week bagi kuiz sajaa... eheheh... ambik ko bebudak.... Baru second class dah ader kuiz... Malam ni skali lagik kelas Business Maths gak... Haruslah, abiskan 2 chapter gak... ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)