Showing posts with label SET MENYUSU IBU. Show all posts
Showing posts with label SET MENYUSU IBU. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

ESP Shaklee untuk Wanita Hamil, Bersalin, Berpantang dan Menyusu..KHAS untuk Wanita yang bergelar ibu..

Masa mengandungkan anak pertama..tak pernah kenal apa Shaklee itu..apatah ESP Shaklee..alangkah rugi nye masa tu..T_T..alhamdulilah..lepas ambik set menyusu..ESP dengan ALFALFA..wow..best sangat pengalaman nya..

susu badan mencurah-curah tak hengat..gitu la penangan Set Menyusu basic Shaklee..ESP ni yang buat saya nak kenal lebih lagi dengan Shaklee..alik-alik saya terjebak nak cuba, amal dan kongsi kebaikan nya dengan menjadi pengedar Shaklee..

better late than never..sekarang ni hampir 2 tahun dalam bisnes ni..ternyata ESP masih menjadi salah satu supplement wajib saya..anak kedua saya..dari set ibu hamil, ibu berpantang dan menyusu..fully dengan set Shaklee..

HASILNYA..anak nombor 2, Ahmad Iman dapat kulit bersih, tak kena eczema, montel..tak macam kakak..maafkan mama sayang, tak alert bab-bab tu..kakak Safrina kena eczema..mengaru je keje nya..sedih mama tengok..T_T




KENAPA PENTING ESP ni?

Entry Khas ni untuk wanita yang bakal bergelar ibu..

Percaya lah..anda tak akan rugi amalkan ESP SHAKLEE..

Kehebatan ESP terletak pada teknologi ramuannya. ESP Shaklee diperbuat daripada Non-GMO soya yang sangat selamat. Non-GMO soya adalah soya yang tidak diubahsuai genetiknya yang berkemungkinan membahayakan kesihatan penggunanya.

ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Protein adalah asas pada pembentukan sel bayi. Oleh itu, ESP Shaklee yang diasaskan oleh Non-GMO soya akan membekalkan protein terbaik bagi proses itu. Ia natural dan selamat.

Bayangkan keadaan daging ayam/ lembu daging yang selalu disuntik dan diganggu ginetiknya semata- mata untuk menjadikannya besar dengan cepat. 

Tidak di Shaklee., soya ini tidak diubah genetiknya untuk memastikan produk yang selamat bagi semua penggunanya. 

Jadi, protein yang baik adalah sumber terpenting untuk pembentukan kulit, otot, tulang, organ bayi dan sebagainya. 

Selain itu, untuk si ibu, mengandung sangat memenatkan. Nak bawak perut lagi, nak jaga anak- anak lagi, nak kemas rumah lagi, nak masak lagi. 

 ESP Shaklee dapat membekalkan tenaga tambahan bagi si ibu untuk menjalankan aktiviti harian. Saya sendiri mula jatuh cinta dengan Shaklee melalaui Set Hamil yang mengandungi ESP ini. 

kelebihan lain ESP Shaklee ini
  • Ia memulih dan memelihara keadaan rahim wanita agar sihat.
  • Kandungan asid aminonya memberi sumber nutrien lengkap untuk bayi dalam kandungan.
  • Menyokong pembentukan otot dan tumbesaran bayi.
  • Memperbanyakkan pengeluaran susu badan.
  • Memberi tenaga bagi wanita hamil, ibu menyusu dan ibu berpantang.
  • Isoflaven yang terdapat dalam kacang soya dapat  memperbaiki keadaan hormon wanita.
  • Bagi wanita lepas bersalin, ESP akan menggantikan protein rosak akibat bersalin dengan portein yang baru.
  • Memberi rasa kenyang pada mereka yang ingin kurus.
  • Melengkapkan nutrisi bagi tubuh badan.
  • Untuk kulit, ESP akan mencerah dan menganjalkan kulit dengan kehadiran protein baru yang cantik.
  • Membantu mengatasi masalah kulit seperti ekzema.
  • Membantu menganjal dan membesarkan payudara.
  • Memudarkan jeragat pada wajah melalui penghasilan sel baru yang menggantikan sel mati yang gelap.
 

ESP Shaklee Tahan Berapa Lama

1 balang ESP Shaklee tahan untuk tempoh masa 2 bulan.

Sukatan Pengambilan

Ini penting, untuk kesan yang optimum dan selamat, jangan mengambil ESP melebihi 3 sudu sehari. Anda yang menghidap Cyst, Fibroid dan masalah buah pinggang dilarang sama sekali menganbil ESP kerana jumlah protein. Untuk lebioh penerangan sila hubungi saya.


Antara testimoni ESP Shaklee


esp shaklee cerahkan kulit bayi

********************
PROMOSI ESP BERLANSUNG SEPTEMBER 2015..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MERASAI KEBAIKAN ESP... 


Hubungi mama untuk dapatkan harga ESP promosi:

Nik Anna Othman
SID : 1092200
013-5265534  

 ********************************************
Feel free to like & share
 kebaikan untuk dikongsi bersama



Saturday, March 22, 2014

susu ibu jadikan anak lebih bijak

Sabtu yang indah..mak aiii tinggal berapa hari lagi promosi ESP berakhir...nampaknye mana yang belum grab lagi..nak cuba ESP Shaklee..inilah masanya..klo nak tunggu harga promosi ESP tahun depan la kot..

Iklan jap..ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Manfaat nya :
♥nk kulit cantik awet muda
♥menghilangkan parut jerawat
♥memberi tenaga, cergas dan kurang letih
♥slimming, cepat kenyang..kenyang lebih lama
♥penghasilan susu ibu yang pekat dan meriah
♥memperkuatkan rahim bg yang nak hamil,sedang hamil
♥dan banyak lagi kebaikan ESP dengan 1canister..utk 2 bln lebih guna..

Mohh..lekaihh..apa tunggu lagi..sementara promosi masih berlansung n banyak kebaikkan untuk kesihatan berpanjangan.pm/whatsapp : 013 - 5265534..special for u..


Aturan ALLAH cukup indah untuk susu ibu




Tahukah Ibu?

~ Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih. Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.

~ Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (igA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang, mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.

~ Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna da
n anda tidak perlu memberikan air tambahan.

~ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!

~ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.

~ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.

~ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah, curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.

~ Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun).

~ Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.

~ Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.

Wednesday, February 5, 2014

SET MENYUSU UNTUK SUSU YANG PEKAT DAN BANYAK

Susu merundum?risau x dapat berikan keperluan susu badan ikut demand baby?..Set menyusu dari SHAKLEE untuk para ibu yang ingin buat stok susu.

Saya sendiri seorang ibu yang mengamalkan set menyusu dari Shaklee..sebelum bersalin, saya memang risau susu badan ada ke x?cukup ke x?...walaupun agak lambat menggunakan SET MENYUSU Shaklee ini..alhamdulilah susu badan memang banyak..BONUS lagi susu bertambah PEKAT..

anak saya tidur lebih lena..sehingga 5 bulan kini..susu memang melimpah ruah..dari 2-3oz kini jadi 8oz untuk sekali pam...pernah sekali je pam..sebab anak dara saya xnak susu botol..demand nk direct je..nasib saya x keje..alhamdulilah.itu yang terbaik..

Nur Azwa Safrina susu ibu sepenuhnya
 SET BAJET MENYUSU bagi ibu yang dikurniakan susu badan yang banyak dan pengambilan suppliment basic ini untuk memekatkan lagi susu...saya kongsi kan tips saya masa mengandung dulu,pengambilan susu ibu setiap hari mungkin salah satu faktor susu badan banyak..
 SET BASIC
  • ALFALFA
  • ESP
KELEBIHANNYA GABUNGAN MILK BOOSTER YANG HEBAT INI.
  • Meransang pengeluaran susu badan
  • Memekatkan susu badan dan membuatkan bayi kenyang lebih lama
  • membekalkan tenaga
  • mencantikkan kulit mama n baby : bonus..suke!
  • memberikan kesihatan menyeluruh kepada mama n baby
  • menurunkan berat badan mama selepas bersalin..memang turun..suke!
 



bagi ibu2 yang bekerja patut ambik set lengkap penyusuan ini..simpanan stok susu amat diperlukan..


saya kongsi kan juga cara pengambilan Vitamin untuk banyakkan susu ibu ini..

Sebelum sarapan- ESP 1 sudu dibancuh bersama air suam/ sejuk - 2 kali sehari..

Selepas sarapan- Vitamin B complex, Vita C, Vitalea

Selepas sesi mengepam- Alfalfa Complex 2 biji

Sebelum tidur - Ostematrix 2-4 biji.



UNTUK HASIL YANG MENAKJUBKAN :

  • Pastikan anda minum banyak air kosong. sekurang2 nya air kosong anda 2-3liter sehari.

  • Jika tidak dapat mengikut jadual diatas, ambil lah masa anda, jarakkan pengambilan Vitalea dan Alfalfa dengan ESP serta Ostematrix kerana kalsium dalam ESP dan Oste akan menghalang penyerapan maksimum mineral dalam Vitalea.



Untuk kesihatan dan PULANGAN LUMAYAN SUSU BADAN yang meriah ..saya menawarkan harga yang terbaik dan menjimatkan...jika nak harga yang murah anda boleh pergi ke mana2 branch Shaklee berdekatan anda dan guna ID saya 1092200 untuk dapatkan harga ahli..



kebaikan untuk dikongsi bersama

pls2,jgn SEGAN jgn MALU..saya sedia membantu anda..


khidmat konsultansi berterusan secara PERCUMA..


pm/contact : FB NIK ANNA OTHMAN
id                :1092200
phone/sms/whatsApp:013-5265534
fanpage : LIKE Vitamin4Life
Email : nikshahana@gmail.com

 
COD : Kota bharu.kubang kerian.bachok.peringat.ketereh


 


 

Tuesday, January 14, 2014

Kombinasi Vitamin Ibu Menyusu yg SANGAT POPULAR!

Mengapa anda sebagai ibu memerlukan vitamin untuk ibu menyusu?

Pada umumnya, ramai para ibu yang kini sudah sedar tentang kebaikan susu badan untuk bayi. Biasanya, ramai yang menganggap pengambilan vitamin susu ibu ini terhad untuk si ibu yang ingin menambah susu badan supaya sentiasa mencukupi untuk bayi mereka (biasanya bagi ibu bekerjaya) ATAU si ibu yang menghadapi masalah susu badan tidak dapat menampung ‘demand’ dari si comel tersayang.

Namun begitu, untuk pengetahuan anda semua, vitamin susu ibu ini sebenarnya bukan sahaja memfokus kepada keperluan menambah susu badan semata-mata malah ia sebenarnya bertindak seperti serampang 2 mata iaitu membantu ibu-ibu yang menyusukan bayi untuk terus kekal sihat, cergas dan berstamina tinggi. 

Si ibu perlu kekal sihat dan cergas bukan sahaja untuk menjaga bayi malahan juga untuk melayan keperluan suami supaya si ayah tidak rasa diabaikan kerana alasan letih menyusukan si comel!

Ingin saya kongsikan 4 set penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Empat set itu ialah:

1. Kombinasi 1
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.

2. Kombinasi 2
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
  •  

3. Kombinasi 3

  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

4. Kombinasi 4


  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama….

” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”. 

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang kombinasi mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian  dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.