Showing posts with label tips bersalin normal. Show all posts
Showing posts with label tips bersalin normal. Show all posts

Tuesday, January 5, 2016

Cara Atasi Haid Tidak Teratur Khas untuk Ibu Lepas Bersalin

Segalanya tentang hormon!
Apabila kita mengandung, tubuh kita akan jadi bercelaru. Sebaik lepas bersalin, dan aras hormon berubah dengan mendadak, tubuh kita juga huru-hara. Nak-nak pula bila kita menyusukan bayi dengan susu ibu.

Sesetengah wanita, lepas bersalin, dia akan mengalami ketakseimbangan hormon (hormone imbalance). Bagi wanita yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu, haid nya boleh datang seawal minggu ke 10 selepas bersalin (boleh jadi lebih awal dari itu).

Memang agak susah nak beritahu bila waktu yang tepat haid sepatutnya datang semula selepas bersalin. Ini kerana ia bergantung kepada aras hormon dalam badan wanita itu masing-masing.








Tapi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, memang sesuatu yang normal jika haid datang agak lewat selepas bersalin. Bagi saya sendiri, haid hanya datang kira-kira lebih kurang 7-8 bulan lepas saya bersalinkan ahmad Iman

Yang menjadi masalah di sini ialah apabila kitar haid itu tidak tetap setiap bulan. Kerana haid yang tak tetap ni, kita susah nak tentukan waktu subur. Bila dah macam ni, takut terbabas dan termengandung lagi sekali.

Inilah yang saya alami dulu. Dah la risau haid datang tak menentu. Tempohnya pula kemain lama.

Sebelum-sebelum ni haid saya memang tetap 28 hari. Sejak dari zaman remaja sampai dah beranak dua. 


Mula-mula tak sampai pun 28 hari. Ok lagi lah. kemudian bulan depannya 35 hari. Lepas tu 40 hari. Risau la juga nanti adik iman nak dapat adik baru. Huhu...ye la Ahmad Iman baru 10 bulan..risau betul..

Bagaimana saya atasi masalah ini?

Saya tahu ini sebab hormon. Oleh itu saya mulakan pengambilan GLA Complex. Seeloknya GLA ni di ambil awal lagi. Tapi tu lah.. banyak sangat benda nak makan kan. Ada masalah baru cari GLA. :D


GLA Complex ni ialah asid lemak Omega 6. Ia di ekstrak daripada bunga borage yang tinggi kandungan GLA nya. Bukan tu saja, ia juga 3 kali lebih bioavaiabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada minyak GLA daripada tumbuhan lain.

Yang best lagi dalam 1 kapsul ni juga mengandungi minyak bunga matahari dan vitamin E yang berfungsi mengingkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

So saya ambil GLA Complex ni setiap hari. Ada juga lah skip sekali sekala. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, tepat hari ke 28 selepas itu, haid saya mula kembali seperti biasa.


Bagaimana GLA Complex berfungsi?

Asid lemak Omega 6 (atau ringkasnya GLA) ini akan membentuk hormon prostaglandin di mana hormon inilah yang akan mengawal selia hormon estrogen wanita. Jadi apa-apa masalah berkaitan hormon contohnya gejala PMS, sengugut, menopaus, mood swing, sakit pada payudara dan sebagainya akan dapat di atasi.

Dan, kalau nak tahu lagi, GLA Complex ni amat bagus untuk kecantikan kulit juga taw. Ia bukan saja dapat melembapkan kulit kering, malah dapat menghindar jeragat, dan menaikkan seri wajah.

Ye la.. hormon dah kembali sihat, insyaAllah semua tindakbalas dalam badan juga akan kembali sihat dan normal.

Jika ada ibu-ibu yang ingin mencuba GLA Complex untuk selesaikan masalah haid  tak teratur seperti saya, boleh hubungi:


Wednesday, August 12, 2015

5 TIPS MUDAH SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG


 Semalam duk scroll status kat fb..oopss..tetiba terjumpa tips suami yang menjaga isteri dalam pantang..biasa anak pertama balik kampung berpantang dengan mak atau mak mertua..tapi untuk anak seterusnya saya yakin ibu-ibu moden lebih suka berpantang sendiri..

setuju?..mungkin ada jugak keadaan yang memaksa mereka berbuat sedemikian tambahan lagi anak-anak yang lain perlu bersekolah..so, cara yang paling senang..berpantang dengan suami je lahh..



untung sape yang dapat suami yang ringan tulang dan jenis tak kisah dalam bab memasak, menjaga anak, mandikan bayi dan berkemas rumah..( dalam hati telah tanam kan satu niat nak ajar Ahmad Iman buat semua kerja-kerja rumah, nanti bila dah kahwin esok-esok mesti senang isterinya)..oopss..my son baru umur 6 bulan..kihkihkihh..

seriuosly saya pernah terbaca kenyataan dari seorang pakar motivasi..didik lah anak lelaki anda dengan kerja-kerja rumah hatta membasuh sendiri pinggan nasi yang dimakannya..PASTI akan menyenangkan kehidupan rumah tangganya...


 ok, saya kongsikan 5 Tips untuk incik bantu isteri dalam pantang.. berpantang ni kena betul-betul buat..mudah-mudahan tips ni amat berguna untuk suami isteri..

kekadangkan incik suami ni tak tahu nak buat ape, nak tolong ape..jom ikuti tips ini..


TIPS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG

Tips #1. Seawal pagi ketika bangun solat subuh dan bersiap2 utk pergi kerja, panaskan batu tungku/tuam dan rebus mandian isteri.

Tips #2. Budget masa anda. Batu tungku perlu dipanaskan 20minit dgn api sederhana besar. Mandian herba perlu direbus hingga mendidih.

Tips #3. Selesai solat,bungkus batu tungku/tuam dan berikan pada isteri anda. Sang isteri tuam dan tungku badan dahulu dalam tempoh 40min-1 jam.

Tips #4. Ketika isteri bertuam, suami siap2kan mandian herba isteri dalam baldi. Pastikan air panas2 menggigit,iaitu tidak terlalu sejuk atau panas, cukup2 kepanasannya nnti sehingga habis waktu isteri bertungku/bertuam.

Tips #5. Ketika isteri bertuam juga, suami boleh lap,atau mandikan baby.
Jadi dalam tempoh bersiap pergi kerja, isteri sudah mula bertuam, mandi,dan baby pun dh bersih, isteri boleh mula susukan bayi.

Oh ya....kepada suami yang sayangkan isteri, 44 hari breakfast on bed is highly recommended. Cukup air milo/horlick dgn oat atau roti. Dan sedikit buah epal merah.

Moga kasih dan cinta kalian bertambah, seiring dengan bilangan anak, sebanyak bilangan yang anda korbankan untuk berkhidmat pada isteri.

Hanya Allah membalas jasa2 tuan semua. Amin... ♡♡

~~ sila Share dgn suami


SUMBER : GROUP FB TIPS MUMMY OHSEM 

freel free to like & share!
 kebaikan untuk dikongsi bersama


Hubungi mama Set berpantang moden, bersalin : 

Nik Anna Othman
SID : 1092200
013-5265534
                                                                      

Thursday, August 6, 2015

5 Petua Luka Bersalin Cepat Sembuh..Wajib Buat!

Siapa yang boleh duduk selesa bila luka bersalin masih tidak sembuh. Hendak duduk salah, hendak berdiri pun tak selesa. Pendek kata buat apa pun serba tak selesa. 

 Selain makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, ibu-ibu boleh juga mencuba petua tradisional yang diajarkan oleh nenek moyang sejak zaman berzaman.





Jangan risau, kerana kebanyakan petua tradisional ini dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan






Petua #1 : Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh. 



Petua #2 : Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

Petua #3 : Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

Petua #4 : Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
 
 

Petua #5 : Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
 

Selamat mencuba!

sumber :  Pa&ma Karangkraf

Sunday, July 26, 2015

10 Tips Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat Untuk Elak Jahitan Terbuka

Kalau sebut bab bersalin ni, yang paling fobia lagi mengerikan ialah tang jahit-jahit ni. Bila ingat terus rasa tak berani nak mengandung. Kan?..hahaa..selalunya lepas jahit pun masih seriau lagi sebab nak jaga pun satu hal.

Mana taknya, ngilu je rasa mengingatkan doktor atau selalunya misi lah yang jahit tanpa sebarang bius. Hidup-hidup. Menggeletik la kita ni menahan. Kalau dapat misi yang kasar-kasar, yang mulut takde insurans tu, ai dekat ajer kaki tu dengan muka. huhu..



Tapi, alhamdulillah, setakat beranakkan dua orang ni, sakit macam mana pun tak pernah lagi mama terajang misi. Dia membebel apa pun, buat pekak aje la...anak ke dua hari tu 1 jam jugak jahit...katenya kulit mama jenis 'fragile'..ALLAH..ingat barang je fragile..ngeri..ku tahan jua..

dan nurse dengan doktor pelatih siap belajar cara menjahit lagi..wadududuuu..sabor je la..T_T..

Dah balik kang satu hal pula.. ibu tak boleh lasak sangat. Nanti kang terbuka jahit, ko mengadapla misi tu semula..kisah sepupu saya, katanye mengurut 1 minggu dalam pantang...sah-sah jahitan belum kering lagi..dahtu si ibunya terasa jahitan terbuka..g klinik terus dijahit balik tanpa bius ye..hidup-hidup..ngeri..=.=

kisah mama lak, pengalaman anak ke 2..ahmad iman kena jaundise hampir 40 hari..kisahnya di sini..KLIK LINK..buat mama ngeri nak bersalin sebab bayangkan lah umur ahmad iman 6 hari, mama melangkah naik ambulance nak g wad..jahitan x kering dah g jalan sne sni (sbb jaundise ni lah)..rase x pantang pun ada mama ni..nak makan ape ubat, vitamin dicegah misi yang datang rumah sebab takut kuning makin tinggi..T_T

sudahnya..luka lambat kering sebab vitamin cepatkan sembuh luka x berani nak ambik..kuning pun berpanjangan..dugaan kan..lain-lain anak, lain-lain ujian


Jadi, untuk ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi, siap sedialah dengan apa yang patut supaya nanti luka jahitan cantik serta cepat sembuh.

Lazimnya luka akan sembuh dalam tempoh dua minggu lepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung kepada apa yang ibu-ibu buat dan makan.

Tips #1. Sebelum bersalin, iaitu dalam trimester ketiga.

Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Ini untuk  melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses melahirkan kelak.

Tips #2. Senaman Kegel selepas bersalin

Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ini dapat membantu meransang peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga dapat membantu menurunkan risiko kencing tak lawas, dan meningkatkan kembali daya seksual.

Tips #3. Guna ubat luka yang dibekalkan

Doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning. Sama ada letakkan ubat tu pada pad, atau minta suami tuangkan pada luka.

Tips #4. Jangan lasak dan banyak bergerak

Jaga cara duduk, jangan sampai terasa sakit. Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan kerana sebarang pergerakan yang kuat akan menekan otot di bahagian vagina. Silap haribulan boleh terbetas jahitan tu.

Tips #5. Cara kencing yang betul

Kadangkala terasa sakit semasa kencing. Beradalah dalam posisi yang kita sendiri rasa selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa kencing.

Keringkan vagina dengan tuala atau tisu. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan.

Tips #6. Elakkan sembelit

Sembelit yang teruk boleh sebabkan jahitan terbuka. Oleh itu jaga pemakanan, cukupkan pengambilan air kosong dan serat. Ibu boleh cuba pil kalsium seperti Ostematrix untuk meransang pergerakan usus yang sihat dan lancar.

Tips #7. Jangan sentuh dengan tangan

Tak perlu nak rasa-rasa, pegang-pegang dengan tangan. Biarkan luka sembuh dengan sendirinya. Sama ada tangan yang kotor, atau kawasan vagina yang tidak bersih, kedua-duanya pun tidak sesuai untuk di buat main. Kita tak nak kuman di pindahkan antara satu sama lain pula.

Tips #8. Jaga kebersihan vagina

Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah, sentiasa pastikan vagina bersih untuk elakkan sebarang jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula nak cuci kuman. Basuhlah dengan air suam selalu.

Tips #9. Cukupkan keperluan nutrisi

Badan kita akan selalu sakit-sakit, dan luka pun lambat sembuh kalau kita tak dapat cukup nutrisi. Nutrisi tu ialah protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya orang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.

Untuk mempercepatkan baik pulih luka, boleh ambil Zink dan Vitamin C. Kedua-dua ni sangat membantu untuk luka cepat sembuh, mencegah jangkitan, dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan cedera.

Tips #10. Kurangkan tekanan

Ibu berpantang jangan stress stress. Mesti happy dan ceria selalu barulah luka cepat baik.

Jadi, kepada ibu-ibu yang tak lama lagi nak bersalin, dah boleh mula cara nombor 1. Kemudian ikut cara yang saya dah bagi ni.

Saya doakan ibu-ibu semua dipermudahkan urusan bersalin nanti, sentiasa sihat walafiat dan luka pun sembuh dengan begitu cepat sekali. Amiin insyaAllah.


feel free to like & share!
kebaikan untuk dikongsi bersama



 

Monday, February 2, 2015

Persiapan Beg Bersalin ke Hospital : Pengalaman Sendiri

Alhamdulilah..diberi kesempatan untuk taipkan entry ni..persiapan beg bersalin ke hospital..walaupun penulis baru nak bergelar ibu anak 2..harapnya sedikit perkongsian/info ini dapat membantu ibu-ibu muda tentang kelengkapan yang patut/wajib dibawa masa ke hospital..

alhamdulilah..usia kandungan penulis sekarang ni 38weeks..memang tak sabar tapi tetap rasa takut,berdebar..walaupun penulis dah pernah ada pengalaman bersalin sebelum ni...normal la kan..=.=..sebenarnya persiapan kelengkapan beg bersalin ke hospital dibuat semasa minggu ke 36..kebiasaannya, nurse akan ingatkan kita..

in case, bersalin awal...kelengkapan beg ke hospital yang paling mustahak..

mama Safrina, 38w
Jom kita tengok senarai kelengkapan beg bersalin berdasarkan pengalaman penulis sendiri...kelengkapan beg bersalin ke hospital saya bahagikan kepada dua bahagian..untuk baby newborn dan untuk mama nya..

susun sesiap, termasuk beg ke labour room..


# Kelengkapan 1 : Beg ke labour room..asingkan sesiap..
  • Kain batik
  • pampers 1
  • tuala
  • kain lampin
  • sepasang mitten dan booties



# Kelengkapan 2 : Keperluan baby newborn

  •  Pampers newborn 8-9 unit
  • 2 pasang baju newborn : 1 pasang pun dah cukup sebenarnya : incase baby tiada masalah dan tak perlu stay lama-lama kat hospital
  • tisu basah


  •  2 pasang mitten dan booties
  •  blanket untuk baby 1 dah cukup dan 1 kain lampin
  •  Bantal karipap -1
  •  feveret ever minyak bayini..Mestika..sangat sesuai untuk baby


# Kelengkapan 3 : Keperluan ibu 
  • 2 Pasang baju
  • 2 helai kain batik
  • 1 pasang stoking
  • plastik 2,3 :untuk letak uri dll
  • disposal maternity panties letak sesiap pad/tuala wanita 2,3 helai 
  • tudung 





brand pad/ tuala wanita yang biasa saya pakai :

tak pun guna kotex yang overnight pun boleh..sebab tuala ni panjang.


  • Charger telefon jangan lupa bawak ya - mustahak jugak ni
  • nursing bra untuk breast feeding, dll yang difikirkan perlu
dah siap buat checklist semua?

jangan bawa banyak sangat barang..nanti beg kecil akan jadi besar..ehee..ambil yang penting je k..diharap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang dah nak sampai due untuk membuat persediaan kelengkapan selengkap yang mungkin.

mudah2-han kita dipermudahkan urusan bersalin nanti..aminn..

p/s : doakan penulis juga yaa..tq

Saturday, March 15, 2014

TIPS CARA MUDAH BERSALIN NORMAL


Semua ibu yang mengandung mesti rasa takut bila tiba minggu2 terakhir kn..sakit ke nak bersalin?sakit cm mn?//mesti banyak yang fikir dan di luar jangkaan fikir pon ada..T_T

sebenarnya banyak kita piki..rasa takut makin kuat...dari banyak duk piki yang bukan2..better baca Quran, doa..surah Maryam tu, yusuf dan ali imran..saya x pernah miss..tiap2 malam baca.. 

saya alhamdulilah bersalin normal.sini..de beberapa tips saya nak kongsikan..


1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan
2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. suami juga patut rangsang bayi dalam kandungan.."minta mudahkn mama nnt"..

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri..saya sempat sms bgtau..minta halal kn semua..sms tu saya simpan lagi..ehee..=)

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu =).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :


  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .  

credit