Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Cruising 2014 : Krabi

7 Januari 2014 - Phuket to Krabi.
Cam biasa - pagi - breakfast. Lps tu amik sticker free n easy utk ke Krabi.
Sebenarnya, kami malas nak turun Krabi, as is kiterang dah pernah pergi kan. Lps tu pikir balik, hey, nak buat apa dalam kapal nih. Nak lepak kat deck 10 tu panas meghelit.. tak tahan... takkan nak tido je. Nak tido kalau, baik duk rumah saja. Jadi, mari lah turun.
Amik yg kul 11.10pg punya bot.

Da nampak Krabi - tp still tak dock.
Kat Krabi dia berlabuh awal. Tp akan naik semula ke kapal cepat. Pukul 5.30pm dah kena balik sbb malam ada Gala Dinner.
Orang yg amik pakej, suppose kul 9.30pg dah keluar.
Tapi, ada masalah tak boleh nak dock, dalam kul 11 baru 1st grup keluar.
Maka, kiterang pun jadi lewat lah.
Kul 12 baru naik bot utk ke jeti kat Krabi.

Begitu lah nak naik bot ke Krabi.
Aku pikir macam kat Phuket la, bebetul kat beach derang turun kan.
Skali kau.. jauh.. kat Nopparat Thara Beach tu.
Kalau siapa pernah ke Krabi, tpt dia yg dekat tpt naik nak g island tu (e.g Phi Phi Island), kita akan naik speed boat kat situ. Ha.. kiterang tahu la sbb dah pernah naik situ kan.
Jauh. Mmg la jauh nak ke Ao Nang Beach.
Tp entah cemna, rasa taknak naik tuk tuk. 
Lalu berjalan lah ikut tepi pantai. Jauh woi sebenarnya.

Long tail boat - Krabi
Nun.. nampak cruise.
Ingat nak la makan kat Chaba Rest tpt kami makan dulu tu. Skali dah takde kau. Hey.. pelik nya...
Tapi, sempat makan pancake makcik Yaminlah.
Yey! Sedap sedap sedap.

Muka penyek dah. Lantak ah. Janji dpt makan pancake.
Dan kami lunch pun situ jugak.
Dekat dengan hotel kiterang menginap masa kiterang datang sini 2 tahun lps.

Byk berubah gak la pekan Ao Nang nih.
Takde pun teringat nak massage kaki ke apa ke.

Kul 3.30 kiterang balik semula ke jeti.
Kali ni naik tuk tuk.
Kemain dia 'tekan' bila cakap jeti nak ke cruise tu.
Tu  yang nyampah. Mujo aku sempat jeling rate tuktuk masa turun dari jeti tu.
Tu pun kira dah mahal dia amik. Memula dia nak 120baht. Giler. Taknak aku. Ingat aku tak bole jalan kaki ke. Pastu dia kata 100baht utk 2 orang. Walhal 100baht tu suppose dari McD (orang pernah pergi tahu la McD tu kt mana kan. Paling hujung di AoNang tu.

Tapi takpe lah. Naik je. Dalam 10minit gak la nak ke jeti tu. Jauh rupanya kiterang jalan. Hihi. Tkpe lah. Bakar lemak sket yaw.
Siap utk dinner.
Kembali ke cruise - mandi2 n bersiap utk Gala Dinner.
Sebelum tu ada Gala Cocktail Party. Tp kami tak pergi.
6.45pm terus kami ke Spice-deck 10- utk Gala Dinner.
Cea.. konon dinner sgt la kan. Ada dress code bagai kan...
Tapi, makan buffet biasa jugak. Cuma makan bes sket la dari biasa. 
Sbb Spices ni restoran Halal kan, so makanan ala2 melayu sket la.
Suppose ada captain skali makan ngan kiterang, tp takde pun.
Mungkin kat restoran lagi dua tu ada la kot (ada 3 restoran serve Gala Dinner).

Beriyani.
Goreng tepung 
Udang tu.. beso penumbuk laki aku kata.
Udang tu besar ya. Dah sama besar ngan ayam.
Tp nak makan lebih dari 2 tak boleh.
2 je le boleh hadap.
Kami duk meja sharing. Masa ni ada kenal2 couple Melayu dari KL gak. Oke je couple ni (dan aku suspect TTC'ian gak nih. Hihi). Sempat berkenalan. Kerja di TM.

Selepas tu - g solat jap dan lepak kat deck 10.
Malam terakhir kan. 
Ada farewell party kat Pool Deck.
Awal2 tu tak ramai. Sbb dalam kul 10 tu ada Gala Jackpot. Haha. Chinese seme ke situ la kan. Ekceli pun, main business mmg itu lah kan. Cam kat Genting - main (utama) dia casino lah. Sama la sini pun - Genting punya gak. Kalau kat Genting dia ada theme park, kat sini dia ada cruise la. Ada skali aku makan ngan chinese couple. Si wife dia siap tnya kiterang tak pergi Casino ke? Oh my..oh  my. Nasib la husband dia tahu kiterang tak boleh nak main. Kalau kat Genting mmg ada tulis Islam tak boleh masuk, sini mana ada. Bila dah masuk perairan International - mana terpakai law kita dah. Tapi, yang penting, kita takde niat tu semua kan. Niat kita nak menghayati keindahan ciptaan Allah SWT.

Malam tu mmg melepak puas2 kat deck.
Angin kuat.. dan bila duk tepi deck tu - mengadap laut yang luas - dongak ke langit - terpandang langit yang terbentang - perasaan tu tak dapat digambarkan. Terima kasih Ya Allah atas peluang ini. Mmg sungguh rasa bersyukur sgt. 

Masa cruising dari Krabi kembali ke Msia ni, nampak bot2 nelayan. Malam sebelumnya tak nampak. Banyak sgt. Mmg rasa seronok pun.

Malam tu supper kat pool deck jugak. Aku tak makan dah. Tak lalu dah...

Lps tu tido. Nak balik Penang dah.. Huhu...

Wednesday, May 16, 2012

Cuti Cuti Cinta Krabi : Edisi Last (But Not Least)

Oke. Gmbr2 je lah.
Dan sedikit tips.
Hari last before balik tu smpat la kami photo shoot sket. Dah alang2 bawak tripod stand kan. Guna je lah. Dah la susah payah masuk kat luggage. Pasal mendalah ni lah kami ke hulu ke hilir kat LCCT tu. Tu nati aku citer. Sabo..sabo. Geram btul aku sbb naik MAS tu ari sng je lepas ngan tripod ni. Hiii...


Kami berangkat pulang meninggalkan bumi Krabi tepat jam 2.25ptg waktu tempatan. Satu percutian yg indah. Yg memberikan banyak pengalaman baru. Mmg bes. Dan untuk itu, kami mengalu-alukan kawan2 seme utk bercuti ke sini. Tpt ni mmg tak byk keluar belanja dan tiket utk flight pun murah. Utk belanja, termasuk utk tour, makan, shopping, massage, kami peruntukan 1k (10,000baht) sahaja - tak termasuk tiket flight n hotel. Utk 2 orang. Sepanjang 4 hari 3 malam di sana. Oke la kan.

Roughly bajet kami kat sana :
Island Hopping : 2,200baht. Jungle Trekking : 1,500baht. Foot Massage : 400baht. Mani&pedicure : 300baht. Makan2 : 1,000baht. Airport Transfer : 1,200baht dan selebihnya shopping serta miscellaneous. 


Tips 1 : Bulan Disember - April adalah peak season. Mostly harga hotel akan lebih mahal sbb cuaca baik. Kalo pegi cam aku pegi ni, ikut nasib lah. Cuaca mmg tak menentu. Tetau hujan dah.
Ni gmbr dari Nikon
Tips 2 : Makanan halal senang nak carik kat sini. So, dun worry about food. Setgh hotel pun mmg ada certified halal. Tp tak salah la nak bawak maggi cup ke apa. Lapo trus masak air panas je kan.


Ni dari S2. Lagi sharp dari Nikon.
Tips 3 : Shopping. Mmg kat sini takde price tag. Jgn beri harga kalo derang tanya nak berapa. Biar derang letak harga dulu. Atau kalo derang nak jugak, bagi harga yg langsung tak masuk akal. Tekan je kalkulator dia tu.



Tips 4 : Harga tour adalah berbeza mengikut syarikat. Kalo rajin survey dulu. Kalo tak rajin, rembat je apa yg berkenan. Sama lebih kurang je setiap tour. Boleh naik speed boat atau long tail boat.
Speed boat gini - Kredit : Here
Long tail boat gini - Kredit : Here
Tips 5 : Kat sini boleh je sewa moto. Banyak. Tp kami tak sewa pun. Sebab? Mydear adalah fobia naik moto lps dia xciden dulu. Huhu. Alah, lagipun nak kemana pun kan. Sbb asik sibuk ngan tour. Lps tu hotel pun dkt je ngan pekan. So, better jalan kaki sbb leh cuci2 mata (dan cuci2 poket juga). Haha.

Tips 6 : Kat Krabi ni mmg seme tpt ada kotak "tip". Jadi terpulang la kita nak bagi ke tak. Cam masa buat massage tu, mat saleh mmg dia bagi la tips pada org yg massage dia. Then kiterang masa nak balik tu baru bagi tip pada budak hotel yg islam tu (kira sedekah je lah). Sbb dia sgt nice. :)


Tips 7 : Sila bawak travel adapter sbb plug pin kat sini adalah berbeza.

Tips 8 : Waktu kat sini lewat sejam dari Malaysia. Lewat yg tepat yer. Katakan M'sia pukul 8.30pg, maka kat sana baru 7.30 pg. Tp sini cepat terang. Makanya subuh adalah jam 4.30pagi. Kul 6pg sudah terang. Mmg dah waktu syuruk pun.

Last, but not least, tips dari kami :
Tanak napak gemuk, sila la tangkap gmbr dari jauh camni. Haha. Sebetulnya ada tulis '  Krabi' atas pasir tu, tp tak napak. Hihi.

p/s : Ada beli sandal kat sana. 200baht. Cantik. Ringan je. Lps tu aku slot je kat poket bag. Masuk dlm luggage. Tercicir la kot. Atau org amik tatau la. Sedih sgt. Mana nak carik sandal camtu kat sini. Huwaa... sobssss :(

Maka, berakhir sudah cerita Cuti Cuti Cinta Krabi saya.  Kita jumpa lagi di lain cuti cuti cinta. Eh..?? Hahaha.

Kalo ada apa2 nak tanya berkenaan Krabi ni, feel free to do so. Bleh tnya kat sini atau emel je saya. Mana boleh saya jawab, Insyaallah saya jawab. Kalo kat emel tu mmg laju je lah jawab :)

*****
Entry lain - Cuti Cuti Cinta Krabi :
1. Permulaan
2. Penginapan
3. Jalan2 dan Makan2 di Ao Nang
4. Jungle Trekking : Emerald Pool & Elephant Trekking
5. Island Hopping : Phi Phi Island

Cuti Cuti Cinta Krabi : Island Hopping

Paling ditunggu tunggu - ayuh melompat pulau - Island Hopping. Kalo kat Krabi ni ada 3 jenis 'lompatan pulau' yg famous iaitu Phi Phi Island (full day : 9pg - 4ptg), 4 Island (9pg - 3ptg) and Hong Island (9pg-3ptg). Seme tu harga berbeza dan tempat yg berbeza. (Sbb tu aku kata tak cukup kalo duk sana 3 hari 2 mlm cuma).

Paling bes tentu lah yg Phi Phi Island. Aku amik yg tu lah. Yg aku kata reganya 1100baht/person. Aku amik ngan AoNang Photo Travel. Semua pakej dia pakai speed boat. Tp kalo lelain sykt ada juga pakai long-tail boat. Oh. Aku rasa aku tak berani guna longtail boat. Ala-ala sampan gitu. Oh.. tidak...

So, hari ke3, 8 Mei (Selasa) kami buat island hopping ni. Cam biasa. Dia amik kat hotel. Tp agak terlewat lak dia amik. Dah dkt kul 9 time tu. Naik kenderaan cam lori. Huhu. Lps amik kiterang, tu yg aku kata dia masuk Krabi Resort yg cantik tu. Merasa pun  masuk dlm area situ. Dlm 'lori' tu gak la ada orang Thai yg duk sebelah aku duk kompiden cakap Thai ngan aku. Aaaa.... Haha.

Seme kami dikumpulkan kat pantai yg namanya Nopparat Thara Beach. Jadi dia bagi ikut grup dan ikut hotel jugak. Memula tu kami dah terpinggir dah. Seme orang ada grup dah. Nak sedih dah ni. Kang aku cakap Thai kang baru tahu. Huhu. Tp rupanya guide kami lambat sket. Lps tu baru ada naik nama hotel kiterang. Memula tu grup kami ada la dlm 15 org camtu. Campur2 la, ada Thai, ada omputih, Brazil, Mexico dan memacam lah.


Lps tu dia benti 2 tpt, amik orang. Memula tu aku oke je. Siap sonok2 dah amik gmbr. Skali bila dia dah benti amik org tu, aku mula dah pening2. Aaa...kenapa dia amik orang uolsss.... Peningg.....


Kat tpt ni, jeti tu bersimpang siur cam ulau. Start situ la aku da mula pening. Mengong btul.

Dlm boat tu, tour guide tu ada la gitau itu ini. Lps tu dia bagi peralatan snorkeling. Cuma kena bagi cam deposit la. 200baht/unit. Kalo rosak ke apa, dia amik la duit kita tu. Kalo kita pulangkan dlm keadaan baik. Oke, dpt la balik duit tu.
Pompuan Thai yg tak napak sgt muka dia tu sgt cantik.
Aku sik tgk je dia. Igt nak amik gmbr ngan dia. Tp tk smpat.
Guide kiterang Alex namanya. Oh. Pandai bukak penutup botol coke hanya dgn botol air mineral. Huhu. Dlm boat tu dia dah bagi coke (air botol) and air mineral. Aku tak minum pun. 
Tetiba dah jadi orang local.
Lama yer atas boat tu. Dari tpt mula naik nak menyampai ke hentian pertama tu pun ada 45minit. Hentian pertama dia bawak open sea snorkeling. Yer. Open sea. Kt sini aku makin pening. Mood nak amik gmbr mmg ntah kemana. Mydear je gi snorkel. Aku cuba gagahkan jugak la. Skali lagi, time Alex tu nak ajar pakai peralatan snorkeling tu dia pi ckp bahasa Thai ngan aku. Adoi.. mmg derang igt aku local lah. Huhu.

Tp cannot. Dgn pening segala. Tak payah lah. Tp napak je pun ikan2 dari atas boat. Aduyy..... select btul lah. Boleh lak pening.

Dlm 30minit la dia bagi snorkel tu. Lps tu gi tgk Viking Cave. Tpt itu sgt cantik. Dia bentikan boat. Ha.. time benti boat lagi aku pening, rasa nak termuntah belahak. Giler. Langsung aku tak menghayati oke. Kalo tak dia bagi kita amik gmbr hujung boat ala-ala Titanic gitu. Aaaaa....aaa...dan aaa... aku da lembik time ni sbb pening. Mengong. Tu yg aku kata kelaka lahabau. "Darat" sgt pasaipa tah. Aku tak suspect langsung aku pening sbb aku tak penah mabuk laut. Aku gi Pangkor oke, aku gi Island Hopping Langkawi oke, jadi aku tak prepare langsung minyak angin ke, asam ke apa. Skali kau... Dlm hotak ni asik pikir bila nak cecah darat ni.

Jadi utk tidak menghampakan diri sendiri, aku tepek gmbr Viking Cave yg dipinjam dari google. Yer, begini lah. Cantik.
kredit : Here
Lps tu baru dia gi bawak kat Maya Bay. Tpt lokasi film The Beach tu. Situ mmg amazing, stunning beach hokey. Pun takde gmbr sbb aku tggl kamera dlm boat! Haha. Kalo dah pening tu apa pun tak boleh. So, aku mandi je lah situ. Bes amat. Aku sker. Tp tepian pantai dia cam kecik. Jadi berderet2 orang tepi2 tu. Tu bukan hari wiken ke apa. Kalo tak lagi la ramai agaknya. Tp aku tak napak seorang pun umat melayu kat situ. Oh. Mungkin dah jadi 'thailand' cam aku gak gamaknya. Haha.

Lagi gmbr utk tidak menghampakan. Maya Beach. Aku suka sini. Ombak kuat time aku pegi tu.
kredit : Here
Kredit : Here
Seterusnya gi lunch kat Phi Phi Island. Ha, sini cam pekan kecik. Ada kedai makan, ada kedai2 jual cenderamata. Kiterang lunch secara bufet - termasuk dlm pakej. Tp aku tatau pun ada lauk apa tah. Sbb aku tak makan. Tgk cam paprik je. Tak kelaluan dah. Kang aku muntah belahak lak situ. So, minum, makan buah temikai je. Lps tu jalan2 kat kedai2 situ. Beli baju I Love Phi Phi Island. Sbb situ je ada jual t-shirt camtu. Limited edition oh. Harus la kena beli, igt senang nk smpai Phi Phi. Siap muntah belahak baru smpai. Haha. Nangeessss... (T____T)


Kat Phi Phi Island ni orang naik beskal je. Jadi bila beskal nak lalu derang akan buat 'phi phi.....phi phi'. Jadi, mungkin nama island ni pun berasal dari situ la kut. Souvenir kat sini cam mahal je dari AoNang. Beli kat AoNang lah lagi bes. Sempat la aku beli asam kat 7 Eleven situ. Takut balik kang pening lagi. *ops.. toksah nak speku aku pening sbb ada isi ke apa yea. Sbb kalo pregnant mmg tak boleh naik speed boat tu. Giler kuat hentakan dia. Mmg boleh buat terberanak kalo pregnant naik menda tu. Aku baru je pas peyed ni. Eh...*

Lps Phi Phi suppose ada open sea snorkel lagi. Tp bila ditanya suara ramai, seme taknak open sea snorkel. Phew... good then. Aku pun tak sker buat open sea. So, kiterang trus ke last pit stop. Bamboo Island. Lepak situ sejam. Bleh gak snorkel. Tp takde la ikan sgt pun. 

Bamboo Island ni dari kata guide kiterang tu tpt tu dulu byk buluh. Tp skang derang dah tebang seme, letak pokok pine. Lps tu ada mat saleh tu kutip kulit2 kerang yg cantik2. Bila naik bot, guide tu tak bagi bawak balik. Sbb katanya kalo bawak pun, nati kat immigration tak lepas. Satu kulit kerang tu katanya 2000baht ke cemtu lah. Sbb derang nak kekalkan nature pantai tu lah. Jadi seme kulit2 kerang tu dicampak balik dalam laut. Huhu. Mujo aku takde keinginan nak kutip pun.



Sblm balik dia bagi makan buah. Settle tour dalam kul 4pm. And naik balik lori yg amik tadi dan dia drop la kita kat hotel kita. Dlm boat nak balik, aku tak pening dah. Aku berdiri, jd tak terasa sgt hentakan tu. Bila da turun boat, ada orang jual gmbr sbb sblm pegi tu derang amik gmbr. Alah... cam island hopping Langkawi tu gak lah. Ter beli gak. Gmbr siap ada frame skali lah. Satu gmbr 100baht. Kiterang beli je. Buat kenangan katanya. Hihiks.

Masa kiterang pegi ni cuaca tak panas. Jadi mmg tak sunburn lah. Walo sblm tu dah di sunblock kan segala muka. Lagipun aku pakai swimming suit muslimah tu, jadi tangan kaki seme terpelihara lah dari sunburn. Lain  lah kalo pakai 2-piece kan. Hihi. Eh. Kata 'local', kalo pakai pun orang taktau. Ngeeee... :P

Tips : Kalo sekadar nak rilek2 kat beach, better amik Hong Island. Dia benti kat tepi pantai dan boleh rilek sambil snorkeling. Ada lunch kat tepi pantai je. Bes kan. Kalo pakej 4 island ada pegi Chicken Island. Yg bentuk ayam ni. Masa nak turun, dari atas flight pun dah napak chicken island ni sbb bentuk dia unik.
kredit : Here
And also picnic kat tepi pantai jugak. Bes gak utk rilek2. Tkpe. Next time boleh pegi amik yg ni plak. Idak la aku nak naik speed boat yg terlambung2 lama-lama tu lagi.

So, nak settle dah pun entry Cuti Cuti Cinta ni. Ada satu je lagi before kita launch Giveaway Cuti Cuti Krabi.
Terima kasih la sudi baca citer panjang berjela-jela ni ye :)

****
Entry lain - Cuti Cuti Cinta Krabi :
1. Permulaan
2. Penginapan
3. Jalan2 dan Makan2 di Ao Nang
4. Jungle Trekking - Emerald Pool & Elephant Trekking

Cuti Cuti Cinta : Jungle Trekking

*Entry sebelum ni pjg giler. Yg ni pun pjg. Tkpe.. taknak baca takpe. Tgk gmbr je yer. Tp kang ada soklan utk Giveaway kang dlm citer2 ni. Huhu.

Kat Krabi mmg memacam tour ada. Jungle trekking lah, island hopping lah, rock climbing lah. Mmg memacam. Sepanjang2 jalan tu ada je kedai2 dia. Hasil dari perikian aku baca kat blog n porem, yg bes ada lah Baraccudas Tour, Anna Travel. Tp aku tak amik pun yg tu.

Masa 1st day tu dah siap carik. Jadi, ada satu kedai tu bagi diskaun, terus la amik. Utk island hopping - Phi Phi Island : 1800baht/person. Tp dia bagi diskaun jadi 1100baht/person. Sebenarnya masih mahal ni sbb ada je aku baca dpt kurang 1000baht. Kalo tak aku nak amik 2nd day la utk island hopping. Sbb cam sempat la baju kering ke apa kan. Tp dah penuh utk Phi Phi Island, so, amik la jungle trekking.

Wahhh.. tetiba nak jungle trekking. Motip la sgt kan. Aku amik jungle trekking tour yang pegi Emerald Pool + Elephant Trekking. Rega sebenar 900baht/person tp dia kasik diskaun (katanya lah), dpt 750baht/person. Yer, sbb aku nak sgt gi Emarald Pool tu. Dia ada la pakej lelain, tp aku rasa pakej yg ni better. Tak perlu nak masuk2 gua tgk berhala seme tu (tiger cave temple).

Jadi, kami buat jungle trekking ni hari kedua kat sana - Isnin (7 Mei). Seme tour mmg akan amik kita kat hotel. So, tggu je dpn hotel. Nati dtg la setiap tour tu pick kita. Dia cuma sebut nombor bilik je. Dlm kul 8.30pg tu seme da ready dpn hotel.
Antara kenderaan yg amik orang. Aku naik van :)
Utk jungle trekking yg aku amik ni tak ramai. Kat hotel aku duk tu, kiterang berdua je dia amik. Dlm van tu ada 4 mat saleh yg aku rasa satu family la.

1st pit stop - Emerald Pool. Tpt ni mmg jauh dari Krabi mahupun Ao Nang. Naik van pun sejam. Pulak tu berpusing pusing. Aku advise toksah la kot naik moto. Jauh. Tp kalo nak naik juga, silakan lah. Tp signboard kat sini aku rasa tak byk membantu. Kalo nak jalan kaki pun boleh. 14 jam la tapi. Tu google map yang kata. Haha. Better amik pakej la. Sng.

Sini ada entrance fee. Tk silap aku 200baht sorang. Tp sbb da amik pakej, takdak la kena bayar. Kan... senang kalo da amik pakej. Takyah pening2. So, dari pintu masuk nak ke Emerald Pool ni kena jalan kaki 800meter. Kiri kanan adalah hutan, jln tanah merah. Sbb baru lps ujan, maka bila berjalan, air merah2 tu abis terpercik kat seluar. Haha. Nice. Tp takpe lah. Bila masa lagi nak trekking camni kan. Kat Malaysia mmg tak la kan.

So, bila je smpai... mmg terpersona, mempersona tgk air yg kolam yg cantik amat. Biru. Ya Allah. Cantik dan uniknya ciptaan mu Ya Allah. Aku gi takat sini je lah. Boleh naik atas atas lagi. Tp tak kuasa. Situ pun air cantik dan jernih. Tp batu batuan kat situ seme berlumut. Licin amat. Kena jalan berhati hati.


Sedikit info mengenai Emerald Pool ni (tpt ni juga dikenali sbg Sra Morakot). Gmbr lagi bleh tgk sini : asiaexplorer
Bacteria and algae in the water, along with the water temperature, determines the colour of the water of Sra Morakot. Where the water temperature is high, the water is greenish blue; where the temperature is lower, it is pale green. Visitors are advised not to use detergent, shampoos and soap when bathing in Sra Morakot, as these substances may affect the algae and the colour of the water of Sra Morakot.

Aku tak mandi kat sini sbb mmg aku tak bawak baju mandi. Tau tpt ni boleh mandi, tp aku malas nak lecak basah basah. My dear je mandi.

Kat luar tu ada jual2 makanan. Aku beli jagung tu. 25baht.

Kat sini kami diberi masa sejam. Lps tu turun la balik. Elok je nak naik van, hujan lebat. Oh. Alhamdulillah. Kata lah tgh berjalan nak masuk/keluar dari pool tu hujan mmg taktau nak nyorok mana. Dlm van tak henti2 berdoa agar hujan berenti dan Alhamdulillah, matahari kembali memancar :)

Next pit stop : elephant trekking. Jauh jugak la dari Emerald Pool tu tadi. Sblm naik gajah tu derang bagi makan buah nenas n air mineral (sbb da termasuk dlm tour pakej)

Haa... mmg gigil naik elephant ni. Lebih kurang sejam. Jadi derang bawak naik bukit (tinggi woh) dan turun bukit (curam giler), mcm rasa nak terjun je dari gajah tu dah. Dah la time tu baru je naik. Badan kita tak biasa lagi dgn rentak gajah tu. Adrenalin pun bergerak pantas. Giler. Rasa nak terkucil pun ada. Haha.
Baru turun dari bukit curam. Huiii..gigil oke
Dia lalu yer lopak2 air tu. Hadappp...
'Atok' tu rilek pegang payung lagi.
Gajah tgh makan pokok pisang utan.
But, it was enjoyable moment. Aku tak pernah naik gajah kat Kuala Gandah, tp aku tak rasa dia bawak camni. Bila dah turun naik bukit tu, gajah tu pegi kat air. Dia main sembur2 badan dia. Tp kita tak kena la. Kena sesket je. Lps tu dia makan. Cabut pokok2  hutan situ. Lps tu, dia bawak tpt lapang sket, 'gembala' tu tangkapkan gmbr kita.



Bes la. Mana nk dpt kat Malaysia ni oih. Smpai kan my dear kata 'kita suh abgcik beli gajah seko, buat camni kat kebun kelapa sawit kita' Haha. Yer, kawasan aku naik gajah ni pun mmg area kebun la. Ada kelapa sawit seme.
Takut nak bagi gajah makan pisang.
Dah turun dari gajah, beli pisang 50baht, kasik la gajah tu makan. Ngeee.. syok..

Settle seme tu, maka berakhir lah jungle trekking tour kami. Half day je tour ni tp penat jugak rasanya. Berjalan kaki, naik gajah. Dlm kul 2 lebih smpai hotel semula. Balik pun mmg rasa penat. Tp penat penat pun takkan nak tido. Harus la lps tu jalan-jalan carik pancake kan. Teheee..

So, pas ni citer pasal Island Hopping - Phi Phi Island pulak. Ada citer "klaka lahabau" time tu. Stay tune!

*****
Entry lain - Cuti Cuti Cinta Krabi :
1. Permulaan
2. Penginapan
3. Jalan2 dan Makan2 di Ao Nang