Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Monday, April 26, 2010

~PnStoberi Di Perlis 3~

**Makan Malam di Jeti Kuala Perlis




Sebelum makan.
Order Ikan Gerut bakar. Tom Yam. Kerang bakar.
Sup Sayur. Kerang Rebus. Dan apa tah lagi. Lupa dah.

Tatau la betul ke tak namanya jeti. Tp makan seafood yg macam fresh gitu. Yang guna konsep pilih-timbang-masak-makan-bayar-terkejut dan berpeluh masa nak kuarkan duit yg mmg thp beratus lah [kalo mkn lebey 5 org la...].


Ok, makan secara berjemaah.

Lps tu trus balik.

**Ada buah mangga

Dan ini habuan memasing. Ini gmbr bila da smpai KL. Dpt satu family satu Malaysia satu guni 'sala' and 3 kilo Harum Manis berharga emas tu. Huhu. Harum Manis yg dlm bakul kuning n pink itu. Setap gilers.


So, esuknya perjalanan kembali ke KL. Sgt mencabar sbb memula tu follow je signage tunjuk hway ke KL. Tup2 smpai ke Arau. Then follow je. Tup2 tak jumpa da arah KL. Mula cemas sbb napak dia tulis Bukit Kayu Itam. Lps tu u-turn balik ke Kangar. Padahal rasanya mmg da betul jalan tu. Aku menyampah tul. Management PLUS sila amik perhatian. Tolong la bagi direction clear sket. Memula ada tulis arah ke KL, lps tu da lost. Tulis Bkt Kayu Hitam je. Cemas la org tatau jalan nih.

Tp ada hikmahnya. Sbb smpai simpang yg nak masuk Kangar tu ada simpang ke Alor Setar. So, decide lalu Alor Setar je. So, kami lalu ikut Alor Setar. Nxt entry adalah entry "Ada Apa di Alor Setar" pula ya.

Abis dh entry di Perlis. Laju2 buat sbb byk lagi entry jalan2 pas ni menyusul. Tk sgka bulan ni aku berjalan2 pada tiap2 minggu. Tpt2 yg jarang2 pegi lak tu. Emm...best sgt walo pun penat.

PnStoberi : seronok bila bersama keluarga.

Tuesday, April 20, 2010

~PnStoberi Di Perlis 2~

** Ada pantai yg utk jalan atau bersiar2.

Ptg Sabtu tu lps rest2 kami jalan2 kat tepi pantai. Smbil nak pi tpt jual belacan. Kakcik yg nak beli utk kenduri kawen adik dia nati. Aku tidak lah kan. Sbb seketui belacan yg mcm CD tu mau setahun tk abis. Retu yg abg Ajak kasik masa dia gi Melaka retu pun tk abis lagi. Jadi lalu ikut jalan tepi pantai. Benti kejap. Kasik tgkp gmbr.
-kami sekeluarga-

-kami lagik-

**Ada pasar malam yg jual udang sanggul.


Aku tatau la kat KL ni ada jual ke tak mendalah ni. Sbb aku jarang gi pasar mlm area KL ni selain jalan TAR. Sbb tak penah jumpa aku beli lah. Seketui singgit. Sedap juga. Udang yg disalut tepung tp aku rasa dia balut juga dgn mee sanggul tu kut.

Tpt ni nama dia pasar tani ke pasar malam pelancongan. Cam gitu la lebey kuang. Bes sbb dia buat tepi pantai. So, lps beli2 buleh makan tepi pantai. Bes!


**Ada laksa Perlis.

Ini kat umah mak mentua adik kakcik tu. Derang jamu laksa. Sedap. Tp laksa derang tak letak daun salad. Pakai daun Putat.

** Ada Padang Besar utk shopping.

Macam Pn. Zatul ckp, Perlis ni jalan sket da smpai Bandar lain. So, Kangar - Pdg Besar tk la jauh sgt. Kurang sejam je da smpai. Aku kalo tk, nk pi tpt yg leh buleh masuk kawasan Thai tu kan. Tp kak cik kata kat sana skang H1N1 teruk. So, mcm takut. Satu lagi, kat mana ye yg buleh cross sempadan tu. Padang Besar aku da penah pi la masa outstation dulu. Tkde yg bes pun. Aku pun tk beli apa sgt. Just T-shirt ngan key-chain utk bebudak opis. Murah woh k/chain dia. Singgit seketui. Tp kalo beli kat dalam yg bazar bulat tu jadi 3=5inggit. Lps tu beli t-shirt Liverpool-sama-sebijik-konon-sehati-sejiwa dgn my dear.

**Ada Gua Kelam

Kami gi Gua Kelam lps mkn kat Tok Nek eh. Tok Mek. Eh. Tah la. tatau la nama kedai tu. Lupa dah. Ni kali ke2 aku makan situ. Dulu bes skang udah tak berapa bes. Kebetulan masa kiterang masuk kedai tu ada satu bas rombongan turun. Air kami order langsung tk sampai. Org kedai yg kira makanan kami yg aku suspect tokeinya sudah rasa bersalah bila kiterang kata "takpe..takpe..takyah la air..makan pun dah abis" Kelam kabut ramai org ni katanya,. Owh. Ok la, kalo ramai org, air org order tak sampai pun tkpe lah. It's ok. Aku ngan mak pun da minum cendol pulut yg manisss...gilersss..

Lepas tu kami pun berpisah. Abgcik, Kakcik n Mak balik umah. Aku bwk anak2 buah aku. Derang sukarela nak follow sbb nak arapkan bapak ea mmg tak la kan nak ke gua2 nih. Masuk sana kena singgit utk keta then tatau la plak ada ketapi leh masuk dlm gua. Sekali masuk 5 inggit tp tgk la signboard tu. Dah takde perkhidmatan ketapi tu. Aku plak rasa mmg takde langsung dah ketapi nih. So, naik titi gantung masuk dlm gua tu sudah. Bayau singgit je sorang-tp takde tiket dia kasik. Eishh..

Tpt tu gak ada tpt mandi manda. Tp air tak berapa jernih. Bes jugak mandi manda tp kami tak la bawak baju segala. Panas woh. Melekit2 rasa masuk dlm gua tu.

**Ada Wang Kelian-smbg shopping lagi kalo perlu. Huhu



Wah..masa ni panas thp rasa menggelegak otak. Jadi beli la topi ini. Seratus Baht. A'ah. Derang guna baht jugak kat sini. Belikan jam utk Am 80baht. Pjg jugak gerai2 kat sini tp aku da surrender. Tk menahan aku. Panasss gilerssss...
Jalan pi Wang Kelian ni mmg mencabar. Naik bukit, jalan belok2 mcm ular kena palu. Urup S tu. Ada keta da terbabas ke lorong kiterang masa nak turun ke Wang Kelian tu. Aku da jerit da.. tp being my dear yg cool je, dia leh tak honk apa ke kat keta dpn tu. Kut tak..entah la. Tk buleh nak pikir.
Lps tu napak tpt yg bertulis "Taman Negeri Perlis". Ingat kut ada la menda2 menarik kat situ. Tp rupanya tpt yg ditinggalkan. Seram giler.. eiiiww... apa kes la buat menda2 camtu tp tak digunakan. Rugi jer.

Lps Wang Kelian kami gi Chuping. Owh. Aku tingin sgt nak tgk ladang tebu yg luas alam tu. Tp malang nya elok smpai kat ladang tu kami disambut dgn ujan melebat yg hamat. Langsung tk buleh turun keta, langsung tk buleh tgkp gmbr. Sedih. Tskk.. Tkpe la. Tkde rezeki la tu. Lenkali okeh.

Emm..nk story pasal makan malam d Kuala Perlis pulak. Tp da pjg dah ni. Entry lain pula ya.

PnStoberi : Mmg seronok bila tgk negeri org.


~Pnstoberi Di Perlis?~

Wah..trus soklan kat tajuknya.
Mood melancong ke Perlis masih kuat. Ceaa...
Ya! saya suka Perlis. Apa Ada Di Perlis smpai pnstoberi suka nih?
Sbb ada byk buah pelam kah? Sbb ada pantai kah? Sbb buleh makan laksa kah? Sbb buleh masuk Gua Kelam kah? Sbb boleh shopping kat Padang Besar kah? Sbb buleh tgk sempadan Thailand kah? Sbb boleh tgk jelapang padi yg meluas kah?

Tp mmg bes ah Perlis. Tpt yg buleh dilawati la kiranya. Maybe utk 2,3 ari buleh la kut. Kalo kena transfer sana..mati kutu jugak gamaknya. Apa pun, percutian bersama keluarga ke Perlis ujung minggu ari tu mmg besh la bagi ku.

Dlm sibuk2 tatau nak naik keta ke ketapi sudahnya kami naik keta je. Mmg la pnt tp berbaloi2 katanya. Sbb apa?? Ha..nati kita citer yer. Biasa kalo pasal trip2 ni sure ada 2,3 part. Malas nak buat byk2 part tp kalo citer skali harung sure berjela. So..tkpe la. Rajin baca..tak rajin buleh tutup je.

So, entry ni mcm preview dulu lah.
Kiterang dr KL ari Sabtu tu dlm kul 5.30pg [konon nak gerak kul 4pg..nan ado..]. Singgah solat Subuh kat exit Sungkai. Mula ingat smpat la smpai Tapah ke tp masa tu da 6.45. So, benti solat dulu then trus lalu jalan lama sbb nak bekpas megi goreng kedai mamak. Ha..masa ni ler mcm geram je. Sbbnya..masa kita taknak carik kedai mamak mmg sng je napak kedai mamak tu tepi2 jalan, tp masa nak carik ni..takde la plak. Geram sgguh rasa. Nun..lps Tapah tu baru jumpa. Ingat kalo jumpa b4 Tapah leh la masuk hway Tapah balik. Megi goreng nyer pasal masuk kat Gopeng. Hoho. Jd ada terlewat la disitu tp kurang la sket tol.

Then benti kejap kat RnR Taiping. My dear memula nak suh aku drive. Lps dia basuh2 muka da segar agaknya dia tak kasik plak. Aku ok je. Nak bwk smpai Juru ke kan. Kat sini ada insiden sket. Buleh plak aku terpecah kan air asam jawa kat kedai RnR tu. Bongok tul. Tp aku rasa botol tu lagi bongok sbb aku terlepas je dr tgn masa nak amik dr fridge tu dia leh pecah dua. Mean, atas tu terbelah dgn bhgn bawah. Cis..giler. Tu aku da malas nak amik air tu, amik air mineral je. My dear kata kalo org tgk mesti takut ngan awak sbb ada ilmu thp tinggi nih. Pegang botol air asam jawa leh terpecah. Cisss...ciss..nak ngenakan aku la. Kiterang nak bayar je yg pecah tu, tp adik tu kata takpe..huhu..mekasih ye adik. Sengal tol aku rasa..!!

Jauh giler la Perlis nih. Tk dpt bayang org Perlis yg balik masa raya. Tu tkpe lagik. Masa raya cina. Yg jem kat hway tu. Hui..giler..nak balik Perak pun leh 7jam apatah lagi yg sememangnya Perlis amik masa 7-8jam kalo tak jem.

Tp aku suka. Sbb leh napak jelapang padi yg luas. Tp tidak menguning sbb padi masa tu baru nak tanam. So, napak la org membajak sawah. Tp tidak pakai kerbau. Guna mesin pembajak je. Kalo smpai waktu padi menguning lagi la cantik. Isk..rugi.

Smpai Kangar dlm kul 1.30pm. Trus tuan umah jamu makan tghari. Ekceli kiterang gi ni umah adik Kakcik aku. Kakcik tu akak ipar aku. Anak buah aku iaitu anak Kakcik ada blaja kat Vokay Kangar ni, so..dia mmg duk umah mak sedara dia tu. So, kami suma mmg ke sana lah. Mak, abg aku nyer family da smpai dulu ari Jumaat tu. Then kami dar KL n sorang lagi abg aku dari Ipoh smpai ari Sabtu. [tp kiterang smpai dulu dr abg yg kat Ipoh tu sbb dia sesat. Huhu. Katanya guna GPS tp terpusing2 jugak. Biasa la tu. Ditambah dgn signage kat M'sia ni. Kalo tk pandai bc jalan mmg sesat ke barat la. Kami pun tersesat juga kat pekan Kangar tu. Haishh..].

Dah makan2 suma order buah pelam harum manis pada suami adik Kakcik tu. Pelam Harum Manis masa kiterang pegi ni limited edition. Tk buleh jual pd org luar sbb dia nak simpan utk Hari Keputraan Sultan dia nati. Bulan 5 ke tah. So, minta org local belikan. Memula tu buleh beli 2 kilo jer, tp dpt juga lebih. So, memasing beli 4 kilo. Tp rega harum manis mmg rega "emas" lah. Sekilo RM8. Huhu. Ya..kalo kat Cokit, mangga siam tu leh dpt 4 kilo kalo 8inggit.

Ptg Sabtu after solat Asar tu gi jalan2 tp pantai. Apa nama tpt tu tah. Nak pegi juga beli belacan kat Kuala Sg Bharu [Melaka??]. Eh. Kg Sg. Bharu kut. Cemtu la lebey kuang. Mlm nya gi makan laksa umah mak mentua adik kakak ipar aku tu. [saja bikin korang kompius dgn ayat hubungan kekeluargaan nih. Mueheheheh]. Tp betul la, perkahwinan tu akan merapatkan lagi silaturahim antara sesama manusia. Sbbnya dari ipar duai ni leh kenal org itu, org ini.

Kami bebtul jalan2 cuma di ari Ahad. Gi Padang Besar, Gua Kelam, Wang Kelian, makan2 kat jeti Kuala Perlis. Mmg all-out la sehari tu. Syukur dapat my dear yg tak byk ckp. Ok je nak pegi mana pun. Kalo abgcik aku mmg tak dapek la. Kiterang berpecah lps ke Padang Besar tu. Aku bwk anak2 buah aku, derang balik umah. Hoho. Takkan nak lepak umah kut. Dah beratus2 km dtg memandu, lps tu smpai duk lepak umah. Hoho. Baik ko balik kg je kalo camtu.

Owh. Aku sedikit keciwa sbb aku nak sgt pi amik gmbr kat ladang tebu. Tp eluk je smpai Chuping tu leh plak ujan selebat2 nya. Thp tk napak jalan tu. Waa...giler sedih aku ha. Tpnya tebu pun rendah lagi, tp cantik juga amik gmbr saujana mata memandang tu. Eluk je kuar dr kawasan tu ujan pun berenti. Emm..mmg bukan rezeki dan Allah tak izinkan. Mungkin kalo pegi pun ada 'sesuatu' kan. Tkpe. Redha. Nxt time je lah cuba lagi.

Mlmnya kami sekeluarga makan 'busat' kat Kuala Perlis. Kat tepi pantai. Makan ikan fresh2 kat situ. Rega agak mencekik la kat situ. Ptg tu sementara nak tggu derang smpai aku, my dear n 2 anak buah makan la dulu. Mcm tea-time la kan. Amik bihun sup, kerang bakar, air laici, fresh orange, tea-o ais ngan milo ais. Smpai 15inggit. Pitam. Kejadah mahal giler. Aku suspect air buah tu yg buat jd mahal. Dh la kerang bakar tu cicah sos je. Kerang bakar tu bergolek2 je dlm pinggan yg bentuk daun pisang tu. Langsung tk kretip. Siap my dear panggil budak kedai tu tnya kerang ni cicah apa. Huhu. Yelah kat KL kan ada pencicah dia, yg ada tabur kacang tu.

Balik plak bes jugak sbb kami ikut Alor Setar. Sbnr tkde intention pun nak lalu A.Setar. Sbb ingat da slh masuk jalan, takut ter pegi Bkt Kayu Hitam lalu kami berpatah balik, so trus la lalu A. Setar. Ok. Signage di lebuh raya lagi fail. Sbb nya memula ada tulis arah pi KL. Tup2 dia lost. Takde. Yg ada hanya Bkt Kayu Hitam. Cemas la kami ni. Patah balik. Padahal mmg itu la hwaynya. Nati kang dia ada la tunjuk arah ke KL. Tp tkpe..kami suka sbb kami singgah Muzium Padi, Pusat Sains dn juga dpt makan ikan bakar kat gerai tepi sawah. Ai loikee..

Tk bes lah cerita tkde gmbr ni. So..next entry ada citer bergambar.
So, apa lagi..jum la pi Peghelih.. hihowww...

**Kos perjalanan [utk rujukan bebila nk pegi lagi nati]

Pegi (tol)
Jalan Duta - Sungkai : RM14.10
Gopeng - Juru : RM19.90
Juru - Sg. Petani [ini kuar sbb nak isi minyak] : RM3.60
Sg. Petani - Hutan Kg. : RM10.10
Hutan Kg - Jitra : RM1.60 [motip ada hway pendek je ni?]
Kos tol : RM49.30

Pegi (Minyak )
Full dari KL : RM50[utk jarak 370km]
Top up di Sg. Petani : RM42.00
Top up di Wang Kelian : RM30 [jalan2 di sekitar Perlis]
Kos minyak : RM122

Balik (Minyak)
Top up di Alor Setar : RM30
Top up di Tapah : RM30 [tak abis..half je utk smpai KL]
Kos Minyak : RM60

Balik (Tol)
Alor Setar - Sg. Dua : RM12.20
Juru - Jln. Duta : RM43.40
Kos Tol : RM55.60

Kami jimat utk penginapan. Tp in case sesapa nak jalan2 kat Perlis buleh la duk kat hotel kat Kuala Perlis- Brasmana Putra Hotel. Dlm RM145/night. Atau di Bandar Kangar-Putra Palace [ni tatau rega]

PnStoberi : Memang gemar jalan2.