Pages

Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

30 March 2018

Sekarang Semua Boleh Terbang Dengan Air Asia

Sebut sahaja tentang AirAsia semua orang dapat gambarkan bahawa ia merupakan syarikat penerbangan dengan tambang termurah yang kini tidak asing lagi di mata dunia. AirAsia merupakan syarikat milik Tony Fernandes yang diambil alih daripada syarikat kerajaan iaitu DRB-HICOM pada harga RM1 disertai dengan hutang sebanyak RM40 juta. Sejak pengambil alihan syarikat ini, AirAsia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat penerbangan yang lain termasuk MAS Berhad. Hanya dalam masa satu tahun sahaja Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan masalah bebanan hutang syarikat. Beliau telah berjaya memperbaiki prestasi AirAsia dan merekodkan keuntungan buat syarikat. AirAsia membentuk matlamat menjadikan penerbangan udara adalah mampu untuk semua orang.

Penerbangan AirAsia kini bergerak ke pelbagai destinasi di Asia. Syarikat penerbangan ini meliputi lebih daripada 15 buah negara dan banyak bandar penting. Ia mempunyai lebih daripada 10 hub di tiga negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia. AirAsia mempunyai armada pesawat Airbus A320 yang cekap, yang dicipta untuk keselamatan dan keselesaan. 

Me myself pun kerap jugak lah terbang dengan AirAsia ni. Takat ni paling jauh kami terbang ke Perth dgn AirAsia. Yang local – memang banyak kali lah. Sabah, Sarawak, Langkawi. Oh, kami ke Krabi pun dgn AA.

Pada tahun 2001, syarikat penerbangan AirAsia telah menawarkan tempahan penerbangan berkualiti dan murah. Ini kerana syarikat ini telah mencapai tahap syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Syarikat penerbangan ini mempunyai syarikat-syarikat bersekutu seperti AirAsia X, Thai AirAsia, AirAsia Indonesia, AirAsia Filipina dan AirAsia Japan yang menawarkan perkhidmatan kos rendah yang serupa. Oleh itu, ia telah menerima pelbagai anugerah seperti “World’s Best Low Cost Airline” by Skytrax dan “ATW Value Airline of the Year” 2012.

Anda mempunyai pilihan untuk pra-tempahan hidangan lazat dengan tempahan dalam talian AirAsia.

Setiap kali terbang, mmg kami buat pre-booked meal ni. Senang. Cepat je dapat, apatah lagi bila dah ada Rizq Iskandar ni. 

Pilihan tempat duduk boleh dipilih semasa mendaftar masuk.

Dulu masa takde anak, kami okay ja duk memana, tapi sekarang ni kami mmg booked sesiap tempat duduk. Pasti nya premium hot seat supaya lebih selesa dan mudah untuk Rizq Iskandar – heyyy… kami tak perlu rebut2 nak masuk, itu yang kami suka. Hihi.

Di atas kapal, anda boleh membeli-belah  untuk orang yang anda sayangi. AirAsia menawarkan cenderahati bebas cukai dan barangan, dari produk penjagaan kulit dan perhiasan hingga gula-gula dan hadiah lain. Untuk hiburan dalam penerbangan, anda mendapat PC tablet peribadi yang dimuatkan dengan muzik dan filem. Syarikat penerbangan ini juga menawarkan program kesetiaan global yang dikenali sebagai BIG. Sebagai ahli, anda boleh mendapatkan mata dengan setiap tempahan AirAsia dan menebus ianya untuk tiket penerbangan percuma. Anda juga boleh mendapatkan faedah lain seperti tempahan keutamaan, tawaran istimewa dan diskaun dan lebihan elaun bagasi AirAsia sebagai Ahli Kesetiaan AirAsia BIG.

Sektor utama bagi Air Asia Airlines ialah dari KL ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu ke KL dan Pulau Pinang ke KL di mana ia beroperasi 73,73,52 dan 52 penerbangan mingguan masing-masing. Sektor antarabangsa utama di Asia termasuk KL-Singapura, Singapura-KL, KL-Bangkok dan Bangkok-KL. Mereka juga mempunyai penerbangan sekali-sekala dari Bali ke KL, KL ke Phnom Penh dan Krabi ke KL.

Ada sebuah pepatah yang diamalkan oleh pihak AirAsia iaitu “ The more you give, the more you will get”. Banyak bantuan kewangan yang telah dihulurkan oleh syarikat ini untuk mengurangkan bebanan golongan miskin dan sebagainya. 

Air Asia juga menawarkan servis sampingan yang dirasakan perlu untuk pelanggan-pelanggannya. AirAsia sangat prihatin terhadap permintaan atau kehendak pelanggan. Tunes Hotel disediakan untuk mereka yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan.
Special rate untuk yang beli tiket AirAsia.

Kini anda tidak perlu lagi membuang masa untuk menunggu beratur di lapangan terbang, anda boleh mendapatkan jam perjalanan anda sebelum berlepas dengan  menggunakan daftar masuk ke Traveloka. Dengan Traveloka, anda boleh book AirAsia airlines pada tarikh yang anda rancangkan serta mendapatkan promosi penerbangan AirAsia . It is fast, easy and convenient.  Rancanglah perjalanan yang bijak ☺

Gambar terkini weols dgn AA.
KK - Disember 2017

24 September 2014

AirAsia : Urgent! Flight Cancelled.

2 hari cuti.
Masuk ofis, bukak emel, tetengok ada emel dari AirAsia.
Dah la tulis "URGENT ! AirAsia X Flight ......... on  ...... October 2014 is Cancelled"

Hey..hey..! Mau tak tanjat gegel jap. 
Like, "What..! Cancelled..?" Gitew..kononnya. Haha.
Tapi, memula ingat scam ke apa nih. 
Baca emel dia, katanya :
"the above flight has been cancelled and we have moved you to the next available flight "

Hey ko ni AA, buat aku urut dada je tau.
Hihi. Takut juga kan..kansel pasal apa pulak.
Tapi, tukar masa je.
Reason nya ini :
This cancellation is due to commercial reasons.

Pastu aku terpikir nak tgk booking aku. Log in kat web AA.
Tup2, rupanya flight balik ke KL pun kena jugak. Bukan je tukar masa, tukar date terus. Ha. Ambik kau.
Wah. Ini sudah lebih ni.

Carik no phone AA.
Wah.. kemahin mahal yer call AA ni. Siap dia tulis situ - RM1.95/minit. Ini utk AAX punya number. Mmg la kena kan. AA, kau tahu saja lah. Everything need single cent. 

Bila call, dia confirmed mmg tukar masa. Supposed flight aku tgh malam - dia tukar to pagi (kira masih hari yang sama).
Dan balik tu, supposed aku balik petang - dia tukar to pagi esoknya (sbb tu date bertukar).

Kalau kena macam ni, kita boleh tukar date lain yang kita nak tanpa dikenakan sebarang caj.
Dan kalau nak cancel anda request refund pun boleh.
Ini lah masanya. Aha!

Tapi, nak kansel ke? Dah berbunga2 hati nak pergi. Takkan kansel. Huhu.
On other side - kira oke jugak la tukar flight pagi instead of tgh malam kan, sbb takde la kelam kabut carik tmpt solat Subuh bila dah landing tu. Cumanya... aku kena ada kt airport sesubuh buta lah. Dan bila balik sini pun kena berkelana tido kat airport sana lah nampak gayanya. 
Kalau ikut date asal, aku smpai KL malam.. pun sebenarnya a lil bit renyah juga lah kan. Bila dah tukar ni, smpai KL tengahari which boleh la senang lenang naik bas je.. ada juga bagusnya.

Cuma, aku wonder gak lah. Dia tukar ni sbb mmg dah takde flight time tu ke. Atau mmg dia sengaja tukar. Memang lah  dia tulis commercial reasons kan, tp kalau masih ada lagi penerbangan masa tu, kenapa tukar plak. Kalau mmg dah takde, faham lah kan.

Entah. Ini 1st experience aku kena tukar date n time nih. Sebelum ni tak pernah pulak. Kita tgk dan lihat je lah. Aku belum beli seat, luggage and meal nih. Since flight pagi - dah kena makan pulak dalam flight. Pergi je lah kot. Balik kita makan kat KL je. Haha.

Itinerary kena ubah lah ni since smpai lewat dan balik pulak masa pjg lagi selepas check out tu. Ini baru bebetul backpack traveller nih namanya. Haha. Aduyai. Ada ada je lah. 

2 June 2014

Free Seats!


Nampaknya ramai dah booking ye.
Huhu.
Aku rasa, aku takde la kot.
Kot la.
Tapi, mmg serius.
Takde booking booking dah.
Sbb dek ini segala plan aku selalu tergendala.
Settle kan this coming Oct punya plan.
*alamak! tak ready lagik ni. Kena buat visa dulu, pastu baru bule booking penginapan.
Lps raya sempat lagi kot.

Then, rehat lah dulu.
Tapiii..... cam rasa bes nya kalau dapat gi Bandung.
Shopping baju raya tahun 2015.

Eh.
(>_<)

26 February 2014

Kisah Air Asia dan Menepati Masa

بِسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمٰÙ†ِ الرَّحيمِ


Oke mari celoteh sket. Lama tak bebel bebel kan. Huhu.

Tadi terbaca citer pasal Air Asia. Sebelum ni ada adik aku, si Mar dah bagi link tu kat w.app tapi aku tak bukak lagi (data plan dah nak out. APTB). Mar kata dia risau2 lepas baca citer tu sbb dia nak naik AA bulan 3 nih.
So, bila baca tu baru la cam oooo.. pasal orang tak boleh naik flight dan kena beli tiket lain.
Aku baca kat forum pun. Pastu majoriti kecam budak tu. Huhu. Sadis.
Ye lah. Punca nya masa kan. Naik flight bukan boleh buat sambil lewa, lenggang kangkung.
Kesian mmg kesian lah sbb kena beli tiket baru.
Tapi, aku rasa memana airport pun camtu. Tak boleh lewat.

Aku mmg ada pengalaman hampir tertinggal flight.
Dan ada pengalaman tertinggal flight.
Kedua dua tu dengan MAS.

Yang hampir tertinggal tu - nak pergi Kelantan - urusan kerja.
Memang seram sejuk dah. Lewat sbb tunggu sorang lagi tak smpai. Masa tu Naik ERL dr KL Sentral.
Oleh kerana lambat, dah tak boleh check in kat KL Sentral (masa tu takde lagi online check in/self check in). Maka, kami terus naik ERL ke KLIA. Smpai KLIA gi kaunter, derang macam dah tak boleh bertolak ansur. Luckily, aku pergi masa tu ngan lawyer. Lawyer tu kata dia ada kes perbicaraan kat Kelantan. So, derang bagi. But, u know la KLIA kan. Berpeluh tiak berlari nak carik pintu dia. Hoh. Mujo day trip yang tak bawak banyak barang! Smpai dalam plane orang lain pun dah senyap duduk, kita je terhegeh. Dan mmg rasa merah muka time masuk sbb orang mesti cam 'hek eleh, tggu bebudak ni rupanya jadi lambat'. Tu mujo Kelantan. If international - rasanya mmg tiada maaf bagi mu. Sudah la kena naik tren lain lagi la apa la nak ke international punya gate kan.

Yang tertinggal flight tu - pun urusan kerja - hehehee.. mmg my fault. Kihkih. Masa tu dah la dgn bos. Mujo bos super sporting. Sudah la bulan puasa. Sebabnya aku kata flight pukul 1 lebih, sebenarnya 12 lebih. Gitu lah lebih kurang. Pergi bertiga dan semua pun cam percaya je la timing aku cakap tu. Tak de la nak check tiket balik ke apa pun. Aku pun tak ingat dah. Sudahnya kena beli tiket baru (mujo bos tak suh aku yang bayo. Huhu). Dan tunggu flight petang. Dan berbuka dalam flight. Huhu (T_____T).

Itu pun satu kes gak. Sbb nampak aku ni cam proper n organised person kononnya kan (ye lah, nak pergi memana mesti ada checklist, survey, research bagai), maka kalau aku cakap tu orang percaya dah la. Kata kul 2, kul 2 lah. Takde la nak re-check ke hapa. Kompiden. Tu ari masa nak ke HK tu pun nyaris2 gak la. Tapi mujo masa masih byk, jadi tenang la sket. Bila sedar salah gate, kita boleh la lagi carik dengan tenang semua kan.  Sebab tu kena pergi awal. In case apa2 hal, senang nak tanya orang ke apa. Takde la kelam kabut.

Kesimpulannya. Masa mmg kena jaga. Naik la apa pun. Flight ke bas ke. Takkan la derang nak tunggu kita kan. Flight delay tu mmg ada terjadi. Jangan kata AA, MAS pun ada. Pernah terjadi tunggu 4 jam kat Sarawak nun akibat delay. 

Kita pun tak tahu cerita sebenar benarnya perihal budak yg gi Medan tu. Cuma, kalau nak naik flight tu, bersedia lah awal. Takpe la kaunter tak bukak pun lagi. Nak cepat - online check in - then smpai sana check in luggage je. Takde masalah. Cuma kat AA ni announcement dia cam celaru. Aku tu ari gi.. gi mana ah.. aaa gi Krabi. Ingat kot naik kat tpt international. Rupanya domestik. Pastu tempat c.in luggage pun cam pepelik. Pastu bila bawak tripod kamera tu kena masukkan tempat lain. Pendek kata - mmg rasa ah, takmo naik AA dah pasni. Tapi tak jugekkk.. itu jugak kita carik. Kalau orang semua dah bebetul boikot takde la bila nak beli masa promo tu asik kat waiting room je berejam kan. Huhu.

What u pay is what u get. Tapi tak sepatutnya la pun staff dia pun rasa 'kau bayar murah, perkhidmatan murah kau dapat' Tapi, tu lah... nak kata cemna kan.
Kita pun kalau boleh nak pilih yang selesa. Cam aku gi HK tu ari - aku naik MAS - sbb perjalanan agak lama. Dan masa harga tiket MAS sgt murah. Kalau domestik - pilih AA atau pun firefly. Malindo Air tak pernah cuba lagi. Ofis kiterang pun, pilih mana yang lebih ekonomi. So, takde la kata boikot..boikot. Entah, tak reti la aku nak boikot2 ni. Takut terjilat ludah sendiri. Eiuuuu.... cam dulu tu kan - sebok kata boikot McD. So, skrg amacam??? Tumpang gelak je lah. Eh. Tu citer lain.

Dan... tara...

Kihkihkih.
Tu aku kata - tak boleh nyer nak cakap boikot, takmo naik. Takde nyer.. harus ter naik jugak. Dah itu pun pilihan murah. Yang ni aku terpaksa gak amik walau perjalanan lama - sbb bila compare dengan MAS mmg sekali ganda harganya. No choice lah. Nak berjimat punya pasal. Yang sekali ganda tu boleh buat duit penginapan kat sana. 

Kesimpulannya - tepuk poket, tanya bajet. Haha. Oke, tak relevan. Bye. Ada rehearsal nih. HKK dah start - jom la memeriahkannya!

2 April 2013

Edisi Tempat Duduk Percuma



Amacam!
Ada yg dah booking?
Tgk kat FB ada yg nak tido dulu and bangkit kul 2 pagi sbb nak beli tiket yer. Hihi.
Aku mmg takde plan pun nak beli. Lagi la menda bertahun lagi nak nunggu.
Takmo lagi terjadi cam kes HCMC tu lagi. Tidak. Tidak.

Cuma, aku nak tgk yg ni ja.

Yg tarikh nak pegi tu around d corner. Dalam bulan 5 ni.
Panggilan Pulau!
Haha.
Tapi cam takde je rega promo.
Cis!
Tak pe lah.
Panggilan Pulau, tetap Panggilan Pulau.
Tapi kita switch Pulau lain lah.
Naik bas ja. Haha.

Pada yg dapat tiket tu... selamat menanti kedatangan 2014 lah.

p/s : Tapi sesaja gak la masukkan date utk gi somewhere yg kat sini. Konon cam sambut anniversary ke5 la kan. Haha. Macam berbaloi. Kalo rajin carik, carik, carik mungkin dpt dlm 1000++ return 2org. Tapi, mmg tak la.. saja ja. Haha.


29 November 2012

Nak Tambah Atau Nak Let Go Saja?

Sebenarnya aku tgh dilema.

Smlm ada aku post kat FB yg tetiba aku sedih.
Oke la. Terus terang la kan.

Ini berkenaan tiket flight tu lah.
Yg ditakut2 sgt tu berlaku jugak akhirnya. 
Exam aku mmg jatuh dalam date yg aku pegi.
Satu subject lepas - mmg bes, a day before. Tp satu lagi tak lepas - a day before suppose aku balik KL>

Sangat sangat la terkilan.

Tapi nak buat cemana.
Sbb tu la aku tak suka beli tiket awal sgt. Maknanya kena tggu berbulan2 baru nak pegi. Ini la 1st time aku beli tiket yg tempohnya lama (HK tu lain la.. tu naik MAS). Bulan 5 ke bulan berapa tah aku beli tu. Bulan 5 la kot. Balik Krabi tu.


So, nak buat cemna?
Burnt?
Atau top up lagi?

Dilema lah. Nak let go 500 atau pun top up lagi dlm 700.

Biar rugi 500 dari beribu abis kut kan.
Mmg mahal la sbb change flight fee je sudah RM400. Lebih dari rega tiket asal. Bkn ada apa pun yg bes kat sana pun.
Patut lah hati aku ni macam tak excited je. Borang permohonan ke luar negara tak isi, tempat2 pun survey2 gitu ja. Mujor hotel tak book lagi. Tapi..sedih la.. sbb da berangan nak tempah dress kat sana. Sobsss... *eh, kata tak survey, tp tahu jugak kat sana buleh tempah baju bagai. Hoho :P


Tambah ke burnt?
Tambah ke burnt?
Mmg kalo ikut hati tambah je,

tp kalo ikut side yg 'putih' katanya let go je lah.
Nanti lain kali pegi.


Lagipun ujung bulan 1 nak ke Langkawi lagi kan.
Dari aku top up 700 lagi tu, better aku buat beli Vision segala tu kan.

Biar lah RM500 tu.

Kan?
Betul ke keputusan aku ni??
Oh delima btul. Kenapa harus jadi camni. Mungkin ada hikmah di sebaliknya kan. Pikir positif saja.. huhu

31 October 2012

Owh. Boleh Tukar Rupanya

Aku sebenarnya tak print pun lagi aku nyer travel itinerary dari AA.
Lama giler dah aku beli rupanya.
Aku pikir bulan 7. Rupanya bulan 5 dah beli.
Ini selepas aku balik Krabi kot.
Biasa aku begitu lah. Kalo dah balik bercuti, sure aku tercari2 kemana lagi nak pegi.
Tapi ini la paling lama aku tunggu. Almost 1 year. Gilos!

So, sbb da dekat. Persiapan apa pun tak buat.
Tak macam selalu tu. Awal2 aku da tgk forum2, blog orang. Ini selamba saja.
Hotel pun tak book.
Malas aku, kut kang jatuh date exam. Pitam!

Tapi aku godek2 balik emel (dah lupa bulan bila, search je AirAsia)
Mujo ada lagi travel itinerary tu. Kut kalo dah di-trashbin kan padan la muka kan.
Hoi. Aku siap amik meals, seat, and luggage rupanya.
Semua tu terpaksa add on RM128.80.
Kalo tidak, rega adalah RM330 utk 2 orang - return (yer, mmg aku dapat 0 fare masa tu - harga tu hanya utk airport tax dan fuel surcharge)

Dan aku kembali happy bila dalam fare rules ada tulis
"is allowed to do a flight change up to 48hours ........"
Ye lah, depends pada flight tu jugak kan. Penoh ke idok. Lps tu harus la kena top up lagi tu.
Yang not allowed adalah tukar nama.
Takpe, apa pun, mohon doa agar tak jatuh pada date exam. Amin.Amin.Amin.
Kalo jatuh juga. Itu lah alternatifnya.

*baru tgk balik, 3 mlm aku amik. Lamanya. Nak buat apa tu? Malas rasa nak jalan2. Nak soping je nih.
*jadi, mari kita survey dan riki2 dulu. 

18 May 2012

Edisi Free Seats AA

Uols harus ada yg grab tiket ni kan?? Uols amik g mana??

Aku memula mmg tak tau dah nak kemana. 
Domestic tatau kemana, international lagi lah.... 
Mmg dah rasa takkan grab lah.

Tp duk berlegar2 dlm tu. Macam mencari2 plak kemana nak pegi.
Lalu ter enter satu date, dan tetiba dpt 0 fare plak.

Lalu ter beli... mmg TER yer.. Terbeli...   Sungguh tak memasal. Aku igt kalo dia lewat ke, masuk waiting room ke, maleh la aku nak proceed. Skali smooth je pulak smpai la step yg bayar tu. Kenapa senang je? kalo kita bebetul nak siap 'hang' la apa la. Haih.

Jadi, mmg kena beli la napaknya. Tu pun masuk nak bayo, duk kelip2 mata pikir, apa kes aku ni...? sukahati je kan. Padahal bln 9 ni suppose ada trip lain (baru plan, blum confirm)

Tambang mmg 0 lah.
Tp airport tax n fees lelain kena la bayo. Tu pun aku dah ter silap. Baggage utk balik smpai 20kg. Apa kes?? Dah rugi 5 ringgit uols. Tu la pasal... haih! Suppose pun tak yah beli lagi luggage ngan meal tu sbb lambat lagi kan. Aku pun tak pasan. Sbb biasa beli tak lama pun tempohnya. Yg ni lama giler lagi oii.. bulan Januari thn dpn!!! Bila si Dee cakap dlm emel baru aku cam perasan. Btul lah. Nati nak pegi la baru add-on. Ni kalo kansel ke apa, kan dah rugi. Hishh.... tp doa agar jadi je lah.. (",)

Kemana kita?
Rahsiakan dulu.

Yg nyata ianya adalah tpt utk post- 4th wedding anniversary. Kan salu extend kan anniversary celebration aku ke bulan Januari.

Mmg tak jauh pun. Masih tak menggunakan AirAsia-X.
Tp mmg tpt tu tak penah ada dlm list pun.
Sukati aku je beli.
Haha.

Ni la paling lama giler aku nak tggu kot.
Sila lah bersabar dan buat tatau je. Huhu (T____T)
Lagipun takde apa pun sgt tpt tu kot selain shopping (bkn Bandung).

# lps tu baru tingat. Eh, kata nak sambung blaja. Cemana nak gi jalan2. Kalo ada kelas?? Aiyark.. (eh, tp aku ni pegi ni hari biasa. Hihi)

# Jom join I LOVE KRABI Giveaway. Boleh menang gift dari Krabi (",)

13 May 2012

AirAsia : Santai Di Hujung Minggu

Kredit : Metro
Pakaian Kasual Pramugara, Pramugari Air Asia pada hujung minggu.

Last week masa aku g Krabi (Ahad) pun derang pakai camni. Memula cam eh, naper lak derang pakai jeans. Tu terpikir mungkin weekend derang dah pakai santai camni. Tp rupanya btul la pun. Pakaian baru katanya. On weekend sahaja. Santai. Oke la dari skirt pendek ketat tu kan. Tp dah macam kan penumpang pun ada. Huhu.

28 March 2012

Tak Dapat Pun 25hinggit

Haha.
Mengong. Nak tgk yg AAX mmg la tak dpt RM25.
Big tak berapa nak big sale kali ni yer.
Takde kuar gmbr bee bee tu pun.

Aku saja ce-terai-acu-test-tgk.
Golkos.
Yer. Begitu reganya. Aku rasa kalo aku saja ce-terai-acu-test-tgk sblm sale retu cam lagi murah je. Hoho.

Lagi, ce try hok ni plak
RM295 - lowest fare. Mmg la lumayan. Area sana sana ni yg buat mahal adalah airport tax. Even dpt tambang sekupang pun still kena bayar mahal. So, mari kita menyimpan duit dalam tabung buluh (yg beli kat HKK) sehingga penuh.

Kalo camtu celebrate anniv kat Labuan je lah.

Teeeeeheeee....

Calling for Elina..calling for Elina.

#haha. Tak beli pun, saja gatai2 tgk. Takde plan ke mana dah. Cukup2 la berjalan2. Skang tumpu deco2 umah plak (yg entah bila la tahun nak merasa jejak kaki. #menyampahhh!)

27 March 2012

AA Big Sale

Aaaa....Aaaa....speechless.
Travel period is within my 4th anniv.
Apa kata???

Aaaa...Aaa... speechless skali lagi.
Nak merasa naik AAX la plak kan. Ngeh.ngeh.ngeh.
Kredit : FB AA
Tp sebenarnya Big tak berapa nak big la pun kan. Rega starting RM25 pun.
Takde la kot. Bukan mudah nak grab rega2 murah tu.

Tp kalo p Labuan bes gak kan.
*smbil kelip2 mata kat Elina a.k.a Carmello. - akak tumpang umah bleyyyy???? Teeheeee :D

10 January 2012

Perihal Web Check-In : Air Asia

Eh. Syok juga kalo guna 'perihal' kan. Dulu guna 'pasal'. Tp napak cam nak carik pasal lak. So, kalo rajin nak guna perihal lah. Ke da ada org guna? Nati marah lak org lain kang.

Dlm duk weng kepalahotak ni smpat lagi aku sebuk nak ber web check in.
Hampagas kan.

Haha.
Dahtu pepagi dpt emel yg camni.


Terus la buat.
Tu pun jenuh godek. Sbb aku nak tukar seat.
Igt bleh tukar sblm check in tu.
Rupanya kena tukar kat Manage My Booking.
Maknanya kena sign in balik, then gi kat Manage My Booking.
Tukar kat situ je.

Tp kalo tak bleh tukar, apa fungsinya dia meletakkan menda2 tu seme sblm bleh check in.
Ce kabo. Ce kabo.

Sebelum ni gi Sabah last year pun mmg aku buat web check in. Sonang. Masa tu tak silap aku blum lagi kena seploh hinggit kalo check in kat kaunter. Lps tu tolong check in kan opismet aku outstation Sarawak dlu pun, oke senang ja. Skali aku ni plak yg 'gado gado'

Tp tkpe. Dah settle.
Cuma utk peringatan diri sendiri web check in ni bleh dibuat sebaik saja booking dah confirm.
Katakan hari ni dah confirm, tp nak pegi 10 bln lagi, bleh je nak web check in dah.
Tp sapa berani tanggung risiko ye dok?
Tggu la da dkt2 nak pegi baru web check in.
Dan bleh juga check-in selewat-lewatnya 1 jam sebelum (AK/FD/QZ) atau 4jam sebelum (D7) berlepas. Tp again - sapa berani tanggung risiko ye dok??
Dari AA
You’ll be able to check-in upon booking confirmation and up to 1 hour (AK/FD/QZ) or 4 hours (D7) before the scheduled departure time.


Dan kalo nak buat web check in tu, jgn lupa tick kansel utk insurans tu. Kalo tak, ia akan menggangu gugat hidup ko nak proceed next step tu. Pandai dia. Halus je tpt nak klik tu. Tp kalo korang mmg intent nak amik travel insurance tu no hal la kan.

So, itu saja lah. Suara sengau sengau itik ni, cemna la nak buat xtvt pantai.
Aduhai nyer pun.

Eh. Korang da tgk Eguide dari AirAsia ni? Ke aku lambat. Haha. Aku mmg sker buku2 pelancongan cam gini. Hikss. Ce klik
http://www.airasia.com/travel360/wp-content/themes/Travel360/download/assets/ds/Malaysia/AirAsiaTravelEGuideMalaysia.pdf

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign