Pages

Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

7 March 2014

Cukuplah Allah Bagiku

Ada orang kata begini
Ye, aku tahu, statement tu pada orang yg dah ada anak.
Tak perlu aku dan kami2 yg TTC'ian ni sentap tak memasal kan.

Tapi kadang, terasa jugak la. Huhu.
Itu normal.. kalau tak terasa tu yg tak normal.
Yer, mungkin Heart kami Empty.
Tapi,

Mungkin "heart" kami "empty"
Tapi, cukuplah Allah ada untuk kami :)

30 August 2013

Kami Mahukannya Jika Kamu Tak Mahu!

Tahu tak betapa kami amat amat memerlukan kehadiran nya?
Tahu tak betapa sukarnya kami untuk mendapatkan nya ?
Tahu tak bagaimana kami menempuh kata-kata orang setiap kali ditanya tentang nya?

Tahu tak bagaimana perasaan kami bila melihat orang lain merasai nikmat rezeki itu ?

Tak tahu kan.

Tak pernah nak ambik tahu kan.

Dan kamu.
Bila dikurniakan Allah rezeki itu mudahnya di perlakukan sedemikian rupa.

Dibuang ke tempat yang paling sejijik jijiknya.
Mengapa di situ tempat terakhirnya?
Sedih perjalanannya. Sangat sangat tidak sepatutnya.


Kami ada. Kami perlukan dia. Kalau kamu tak tahu kemana nak dibuang, berikan lah pada yang memerlukan.

Kalau kamu berada di tempat kami, pasti kamu akan menyesal dunia akhirat dengan perbuatan kamu.
Kami menanti. Sangat sangat menanti kehadirannya.
Setahun, 2 tahun, 3 tahun, malah ada yang lebih 10 tahun menanti kehadirannya.
Tapi, kamu...
Mudahnya menyingkirkan dia dari dunia ini.

Anak.
Doa kami dari bakal ibu yang menanti kehadiran kamu, syurga lah tempatmu.
Pergi dalam keadaan tiada dosa. Bersih dan suci.

Walau kami tidak pernah merasai perasaan seorang ibu, tapi kami amat terhiris dengan berita begini.
Ada yang didera.
Ada yang dibuang tanpa belas kasihan.
Sedangkan kami, saban hari, saban waktu berdoa agar mereka bersama kami.

Anak kecil yg mati pastinya menanti ibu dan bapa di pintu syurga.
Ya Allah. Moga dosa kedua ibu bapa mereka juga diampunkan.

Al-Fatihah utk anak kecil ini.



*semalam aku tgk sepintas lalu. Tak boleh nak tgk. Sedih sgt. Tidak mahu menunding jari menyalahkan mana mana pihak. Apa pun, kita berdoalah agar tiada lagi berita menyayat hati seperti ini. Merdeka kah jiwa kita selagi ada kes kes tidak berperi kemanusiaan sebegini??


11 March 2013

Berhati Ais

Hari Jumaat lepas hari down bagi aku sebenarnya.
Kalo tgk update pun seme down2.
Tapi saja aku malas nak ikutkan sangat.
Aku g bawa lawatan berpandu (tak tahu pula memula tu bawa siapa, skali ada Puan Seri - isteri Ketua Audit Negara. Oh. Mujo dah terbiasa sbb mmg team protokol). 

Entah kenapa. Tetiba aku ber hati ais. Ber hati kristal. Ber hati kaca.
Rapuh je rasa semangat masa tu.
Aku rasa aku nak salah kan hormon. Tapi cam tak adil.
Bak kata rakan aku "kita yang menentukan hidup kita happy tak happy, Reen"
[Reen - kata ganti nama aku lah. Dulu masa ber porem, nama itu yg ku bagi. Memang, takde kena mengena pun dgn nama aku. Tp aku cam suka. Rakan2 UiTM pun panggil Reen]
Tu lah. Betul lah. Kita yang menentukan hidup kita kan.
Kalo nak happy, happy lah jadinya.
Kalo nak rasa tak happy, tak happy lah.
Tapi, kengkadang perlu juga ada rasa down nih.
Supaya ia jadi booster pada kita.
Kalo kita buat2 happy ja... kita rasa menda tu seme oke. Padahal tak oke.
Tup2 petang Jumaat tu ramai lak rakan2 kat FB yg share menda2 camni kat wall.
Jadi, macam 'terkena' kan.
Cam yang kat atas ni. Ye lah. Menda2 ni lah membuat kita happy. Tapi.... walo cemna pun, ada ketika nya kita akan rasa 'rebah' juga. 
Give up. Mungkin.
Aku tak suka perkataan tu. Aku taknak cakap aku give up.
Tapi terkadang aku ada rasa tu.

Entah. Pada yang rasa berkawan dgn aku ni menyusahkan, merasakan aku ni perlu dijaga hati, aku tak kesah kalo korang nak menjauh. Orang ada kekurangan ni mmg macam2. Sekejap begitu, sekejap begini. Jadi, dari terpaksa melayan kerenah aku ni, elok la aku berundur awal2. Senang begitu. Lebih selesa pada orang yang sempurna kehidupannya. Hidup aku tak sempurna.
Dan aku minta maaf, kalo ada yang terasa dengan aku pada hari Jumaat tu. Entah lah. Aku rasa aku tak boleh berfikir dah. Aku mmg down sgt2 masa tu. Terasa sungguh kekurangan diri ini. Terasa tak seharusnya duduk seiring dengan orang yang sempurna ni. *sebak la pulak*. Harap jangan lah dicerca pula aku ya. Janganlah dijadikan bahan umpatan pula. Tapi, aku tak boleh menahannya kalo ada yang nak buat begitu. Sebab mmg aku menyusahkan orang pun. Yang tak merasai mungkin tak memahami. Tentu ada yang ingat aku ni mengada-ngada. Over sensitif. Cakap sikit tak boleh. Sentap tak memasal. Tapi, itu lah hakikatnya. Sbb tu aku kata, aku ni dah menyusahkan orang. Ni baru sekarang. Sekiranya Allah memanjangkan umur, dapat menjangkau umur warga emas, siapa lah nak menjaga aku kan. Ke rumah orang tua2 la kot menumpang kasih. Lagi stress kalau difikirkan.
Tetiba aku terbaca ini pula. Mmg ni seme dalam lingkungan hari yg aku down sgt tu. Sabar. Ya, mmg selama ni aku bersabar pun. Apa lagi kita nak buat selain bersabar. Bunyi macam angkuh, tapi kalo hanya bersimpati dengan ayat 'bersabar lah.. berusahalah..' aku rasa dah terlalu cliche. Sebab tu aku disable komen kalo entry macam ni sbb semua akan suruh bersabar. Betul lah tu. Apa lagi nak cakap kan. Tapi sesekali cuba teruskan dengan empati. Mungkin bukan ayat tu akan keluar. Cubalah. Tapi, bukan senang nak mencapai level empati ni. Aku pun tak buleh juga. Nak meletakkan diri kita dalam kasut orang bukan mudah. Apatah lagi kalo kita ni pakai saiz 4,5 orang lain pakai saiz 6,7. Susah. Memang susah. Bukan je longgar, siap tertanggal kasut tu tinggal kat belakang, kita dah jalan berkaki ayam.
Jangan la kata tak berusaha. Jangan la kata tak berdoa. Jangan ingat dengan keadaan aku yg kekurangan ni aku hanya bergoyang kaki. Sekarang pun ada ikhtiar aku nak buat. Tp takkan nak cerita semua di sini. Sebab orang sempurna takkan berpeluang utk rasa kesusahan tu. Mungkin sbb tu ingat kita ni usaha ala kadar je utk mendapatkan sesuatu. Orang yang sempurna tak pernah rasa kecewa kan? Tak pernah rasa cemana nak ber BBT, nak tanda2 graf, amik suhu, cemna membilang hari, minum itu, minum ini. Tu tak masuk lagi bab ubat-ubatan. Nak kena cucuk tang sana, cucuk tang sini. Tup2 'sahabat' muncul juga. Tepat. Tanpa terlewat. Tak usaha ke tu. Tapi, usaha la keras mana pun, kalo Allah masih belum nak bagi, belum lah jawabnya.

Tapi, ayat yang atas ni memang mengembalikan semangat.
Believe.
Percaya. Setiap yang terjadi ada sebabnya.
Insyaallah. Allah akan memakbulkannya. Cuma kita tak tahu bila

Ada org d duga begitu. Ada org d duga begini. Sbg hamba Allah mmg kita tk terlepas dr dugaan. Yg membezakan adalah jenis dugaan tu dan cara kita menangani dugaan tu. Krn setiap dugaan yg dtg adalah sesuai dgn kemampuan kita. *berharap terus tabah dan kuat*

Status update aku sendiri di FB - 10 Mac 2013 (Ahad)
Dan di reply oleh seorang teman yang dugaannya cukup hebat juga.
Sesungguhnya dunia ini tempat ujian dan dugaan, bukannya tempat untuk bersenang-lenang

Bila difikirkan semula, aku harus berbangga kerana dipilih Allah utk menghadapi ujian ni kerana bukan semua terpilih. Kita terpilih kerana kita Allah tahu kita sanggup dan mampu


Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

8 March 2013

Kasut

kredit : Here
Memang sukar.
Simpati mungkin.
Empati. Sukar.

Kata lah mereka itu terlalu sensitif.
Cerca lah mereka itu kerna membuat keputusan melulu.

Selagi kita tidak berada dalam kasut mereka.
Jangan mudah membuat kesimpulan.

Yang merasai saja yang boleh memahami "nikmat" itu.

4 January 2013

Inner Peace

Bila bercakap ttg inner peace, aku terbayang org tgh buat yoga. Haha. Tatau pasal. Lagi satu, tingat Kungfu Panda sbb dlm Kungfu Panda 2 ada sebut pasal inner peace (see, citer omputih ni, even citer katon pun, sebenarnya mmg ada 'something' dalam penceritaan dia)
Bagaimana Pao yang digambarkan sebagai seorang (eh, seekor la) yg lemah, tp berjaya mengalahkan kuasa jahat hanya dgn inner peace.

Ketenangan dalaman - atau berdasarkan wikipedia, inner peace di define as - Inner peace (or peace of mind) refers to a state of being mentally and spiritually at peace, with enough knowledge and understanding to keep oneself strong in the face of discord or stress.

Yerp, dalaman kita - samada mental dan spiritual kita berada dlm tenang.
Kalo ditengok dlm web2 omputih memacam cara lah dia bagi utk nak mencapai inner peace nih. Contoh ini -  find inner peace in 10 ways

Betul lah tu, tp kalo dalam Islam, simple je sebenarnya - kembali ke jalan Allah. Rasa rungsing, rasa stress, rasa tertekan - dekatkan diri dgn Allah. Tp tidak bermakna bila ada masalah je baru nak dekat dgn Allah. Sebagai khalifah di muka bumi ni, mmg kita seharusnya lah -24 hours a day - berada dekat dgn Allah.

Inner peace. Mengapa tetiba aku bercakap soal ini.
Kerana aku rasa, inner peace aku lebih tinggi dari dahulu. Mungkin kah faktor usia? faktor status? Entah lah. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana aku berjaya menangani masalah tanpa rasa 'terbeban'.

Sebenarnya lately, aku mmg serabut. Hal kerja, hal keluarga, hal belajar. Mak asik keluar masuk wad, assignment tak siap - research tak siap - exam dah dekat, urusan pertukaran orang di ofis - urusan temuduga  jawatan baru. Phewww...! Seme tu kalo dipikir2 mmg boleh buat aku berat kepala woh. Dulu, kalo macam tu, aku dah rungsing giler kot. Pernah satu ketika, masa kat UiTM (diploma), nak final exam time tu - aku collapsed teruk - pening, tak bleh bangun beberapa hari - mungkin faktor stress nak maintan pointer utk DL.

Namun, skrg, Alhamdulillah. Aku berjaya mengharungi semua dugaan ni dengan rasa tenang - inner peace. Satu lagi, aku ikut 'instinct'. Kalo cam aku masih tak siapkan assignment, kalau instinct aku masih rasa tenang, takde kelam kabut, takde rasa cuak - itu aku rasa level dia masih tak menggangu kehidupan aku - so, pikir, amik satu jalan. Buat yg tu, then everything will be fine.

Satu lagi, mungkin faktor usia la kot. Org kata, usia ni mematangkan kita kan. Jadi, kita boleh hadapi satu persatu dengan cara yg terbaik. Then, salah satu sebab lagi adalah sebab 'my soulmate' lah. Kan... itu lah tujuan perkahwinan, hikmah perkahwinan. Rasa tenang tu ada. Insyallah. Sbb kita tahu, kita kuat disebabkan kita ada masih ada 'pasangan jiwa'. Utk itu terima kasih Ya Allah kerana menghantar dia dlm kehidupan aku. Apa pun, ini juga antara rezeki yang Allah bagi pada kita yang mana kadang2 kita tak sedar sbb dek tertutup mata kerana menunggu satu2 rezeki yg tak kunjung tiba tu.

Aku pun kadang rasa cam tak percaya aku boleh lalui semua ni. Perit sebenarnya. Mak admit hospital di kala aku sedang bergelut nak siapkan research, final exam semua. Baru 1st sem dah diduga pelbagai masalah. Knapa tak dulu semasa aku masih takde apa-apa komitmen? Tapi, perjalanan Allah tentukan utk kita tu, mmg dah terbaik. Tak perlu pertikai, kenapa, mengapa, bila, bagaimana semua tu. 

Terima kasih Ya Allah, utk kekuatan ini. Dan terima kasih myDH, kerana membantu memberi kekuatan ini.
-Tanda terima kasih yang tak terhingga-

p/s : Entry ni ditulis masa mak kat spital. Masa hujung December hari ni. Tapi tak publish. Pada masa aku publish ni, aku dah 'down'. Ada rasa nak give up utk teruskan belajar. Entah. Nak istikarah utk mencari jawapan.

3 December 2012

Edisi Aku Berat Hati, Kenapa Kau Susah Hati

Perbualan kosong. Sekadar berbasa basi kata orang. Nati dikatakan sombong pula.
A : "Beratnya rasa nak pegi course ni"
B : "Ala, tu berat tu pasal nak tinggalkan cik abang la tu"

Hek ele.
Mengapakah masih ada orang2 berpemikiran kolot begini di zaman2 globalisasi nih yer. 
Serius pelik. Ruang lingkup pemikiran masih tertutup.

Berlawak 'cliche' sebegitu dah lama orang tinggalkan la.
Taknak pegi kursus sbb tak sampai hati nak tinggalkan laki/bini.
Dan lagi la tak relevan kalo yg menuturkan orang dlm golongan PnP.

Our responsible.
Bukan taknak pegi atau berat hati ni sbb suami ke isteri ke apa.
Tapi cuba pikir. Orang yg taknak pegi tu mungkin ada tanggungjawab yg lain.
Perlu menghadiri kuliah contohnya. Lagi pula ada tugasan utk dibawa ke markah akhir (carry mark).
Bukan pasal berat hati nak tinggalkan laki ke bini ke.

Contoh la katakan aku la yg A tu (ke mmg aku? Muahahah)
Aku bulan ni je dah berapa tpt aku pegi. Dah berapa kali aku 'tinggal' laki aku.
Dari lps raya haji - seminggu aku di kampung temankan mak. Then aku trus ke Sabah. 3 hari. Then ke Terengganu. Then ke Marriot tu plak. Semua tu hasben aku kat KL, mmg tak pegi dgn aku. Apa kes plak aku berat hati kerana nak tinggalkan laki. Kita mmg bekerja. So, tanggungjawab tu bukan lah utk family semata-mata. So, takde masalah aku rasa kalo nak tinggalkan suami kerana kerja bila mana dia redha.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai Asma’ 

binti Abu Bakar yang  membantu  suaminya,  Zubair bin Awwam dalam  menguruskan
segala kerja suaminya seperti mengurus kudanya, menumbuk biji-bijian untuk dimasak,
dan membawa biji-bijian di atas kepalanya dari kebun yang terletak jauh dari rumahnya. 
Jika dinilai kisah Asmak binti Abu Bakar ini dimana beliau membawa hasil tanaman jauh 
dari rumahnya dan perlakuan beliau dilihat sendiri oleh Rasulullah  s.a.w dan baginda 
tidak berkata apa-apa bukti menunjukkan keharusan wanita keluar untuk bekerja. Di 
dalam hal ini Zubair ketika itu sedang sibuk berjihad untuk mengembangkan syiar Islam 
dan beliau tidak mampu mengupah pembantu untuk melakukan kerjanya. Dan dari satu 
sudut dapat dilihat bahawa Asmak walaupun bekerja dia tidak pernah mengabaikan 
urusan-urusan rumahtangga seperti yang diriwayatkan oleh Muslim didalam hadis yang
sama ) . Dan di dalam hal ini juga zubair telah memberi keizinan 

kepada isterinya untuk keluar bekerja. 

Persoalannya, bukan aku nak berhujah perihal hak hak isteri pula. Cumanya, tak perlu kot nak buat lawak cliche, lawak lapuk yg kata malas nak gi course sbb tak sanggup tinggal suami la apa tu. Tu lawak kat kenduri kawen kampung kampung boleh la. Ni lawak plak kat tpt yg kalo orang lain tengok mmg orang yang menyertai adalah golongan yg kononnya semua kategori 'profesional'. Eh. Malas lah nak layan orang camni. Anoyying. Se- annoyingnya. Orang lain mungkin senang dgn lawak lapuk camtu. Dgn aku, mmg tak la.. zaman dah maju nak buat lawak mengong camtu. Eh. Jap, tapi kalo yer pun aku berat hati kerana nak tinggalkan laki la kan, apa salahnya kan. Suami kita. Ko senak perut pasaipa?

Kita ni ada banyak lagi tanggungjawab untuk memajukan diri. Jangan la nak komplen sana komplen sini. Seronok menjaga tepi kain orang. Smpai bila nak maju kalo duk ada orang yg asik berpikir camni yer. Hurmm... kesian....

p/s : Kesian kat Lisa Surihani masa ML tu ari. Kenapa la AC tanya ke dia secara umum camtu. Mmg dia gelak2, tapi.. aku tau cemana dia rasa. Pulak bila AC kata 'sibuk, tak sempat jumpa kot' dan dijawab dgn hilai tawa para penonton. Bagi aku tak perlu kot tanya bila nak mengandung, apatah lagi secara terang-terangan camtu. Tp bagus pun dia bagi jawapan 'minta AC tolong doakan lah'. Bila bila ni bukan kerja kita. Apa yg dia nak cuba sampaikan? Eh. Aku plak emo. (T___T)

29 November 2012

Nak Tambah Atau Nak Let Go Saja?

Sebenarnya aku tgh dilema.

Smlm ada aku post kat FB yg tetiba aku sedih.
Oke la. Terus terang la kan.

Ini berkenaan tiket flight tu lah.
Yg ditakut2 sgt tu berlaku jugak akhirnya. 
Exam aku mmg jatuh dalam date yg aku pegi.
Satu subject lepas - mmg bes, a day before. Tp satu lagi tak lepas - a day before suppose aku balik KL>

Sangat sangat la terkilan.

Tapi nak buat cemana.
Sbb tu la aku tak suka beli tiket awal sgt. Maknanya kena tggu berbulan2 baru nak pegi. Ini la 1st time aku beli tiket yg tempohnya lama (HK tu lain la.. tu naik MAS). Bulan 5 ke bulan berapa tah aku beli tu. Bulan 5 la kot. Balik Krabi tu.


So, nak buat cemna?
Burnt?
Atau top up lagi?

Dilema lah. Nak let go 500 atau pun top up lagi dlm 700.

Biar rugi 500 dari beribu abis kut kan.
Mmg mahal la sbb change flight fee je sudah RM400. Lebih dari rega tiket asal. Bkn ada apa pun yg bes kat sana pun.
Patut lah hati aku ni macam tak excited je. Borang permohonan ke luar negara tak isi, tempat2 pun survey2 gitu ja. Mujor hotel tak book lagi. Tapi..sedih la.. sbb da berangan nak tempah dress kat sana. Sobsss... *eh, kata tak survey, tp tahu jugak kat sana buleh tempah baju bagai. Hoho :P


Tambah ke burnt?
Tambah ke burnt?
Mmg kalo ikut hati tambah je,

tp kalo ikut side yg 'putih' katanya let go je lah.
Nanti lain kali pegi.


Lagipun ujung bulan 1 nak ke Langkawi lagi kan.
Dari aku top up 700 lagi tu, better aku buat beli Vision segala tu kan.

Biar lah RM500 tu.

Kan?
Betul ke keputusan aku ni??
Oh delima btul. Kenapa harus jadi camni. Mungkin ada hikmah di sebaliknya kan. Pikir positif saja.. huhu

19 October 2012

Membebel Di Hari Hujan

Jumaat. Hujan.
Ni ada yg kena macam last week. Musibattt...tersumbatttt...

Lunch hour. Di ofis.
Mmg tak kemana2. Mmg lama dah aku tak kuar kalo ari Jumaat. Dulu yer. Eh. Bukan pun. Dulu dulu yer. Tp masa kat umah lama, aku sker balik rumah. So, leh rilek2 tido jap. Skang tak balik dah la. Walo rumah tu cam dekat gak, tp musibat jammed yg kat Bulatan Pahang dkt McD tu mmg boleh mengancam nyawa. Hoho.

Jadi, marilah kita buat entry jap.

Dkt2 lak dgn entry bola tadi yak. Itu autopublish. Sengaja aku publish lewat supaya lama sket entry 'Suka - tak suka' tu ada kat atas. Haha. Saiko. Entah. Apa kes suka tak suka. Bila aku citer kat MyDH, dia kata, tentah yg bawa cerita tu saja buat cerita. Atau pun kalo betul, suppose dia tak perlu cerita. Sbbnya akan memburukkan keadaan. Jadi, mungkin ada komplot tersembunyi yg dia perlukan. Enaff... lantak pi hang lah. Kuasa nak pikir dah. Kut yer pun kalo ada orang2 yg duk pening2 nak pikir hal aku, nak pening2 rasa tak suka aku, aku minta satu ja - tolong pikirkan skali masalah mesin basuh rumah aku tu. Dah 2 bulan ni aku hantar dobi baju bajan seme. Kalo dpt penyelesaian dia tlg bagi tau aku. Heh! Ada masa plak nak pikir2 hal orang, nak benci2 orang, tak suka tak suka orang, cam la orang suka, sayang, berahi, cinta kat dia tu. 

Hoi..hoi.. enaff okeh. Enaff!


Ok. Tadi kuar ofis jap (dgn kebenaran yaw) Gi amik kad matriks.
Yey! And now I'm officially a student. Cewah!
Eh. Since aku da start kelas pun, dah student la tu kan. Skang dah sebulan lebih pun (how's time flies). Tp skang dah ada kad matriks, baru rasa 'hai..saya dah ada kad matriks..saya dah ada kad matriks'. Gilers.
Ekceli da buleh amik start 8hb tu ari. Tp mana masa?? Ce kabo. Kursus la apa la.
Jadi, ari ni baru ada masa.
Amik kad matriks, then terus beli car sticker. Ate' susah nau nak masuk kat guard tu kalo pepetang. Asik kena tahan ja. Jenuh nak nunjuk kad matrik sementara tu kan.
Skang dah senang. Sticker ada, matrik kad pun ada. Yey!!
Tp.... sticker tu suppose kaler biru (utk IPS student), tp da abis. Dia bagi kaler purple. Tu utk student apa tah. UmCedd ke apa tah. Belasah je la..asal buleh lepas kat guard tu. Purple pun oke. My feveret kaler kan.

Bila aku up gmbr kat FB, ramai kata congrats.
Ha...no no.. it's too early to congrats me fren.. aku ni pun cam tak tetap pendirian lagi. Terkadang ada rasa nak give up. Terkadang ada rasa cam tak buleh nak bawak smpai 2-3 tahun lagi. Terkadang rasa nak bawak satu paper je (aku amik 2 paper sem ni). Susah wooo.
Tapi, di sekeliling aku sebenarnya seme nya amat supportive. My boss, my colleagues and tak lupa.. for sure myDH n my family. MyDH la esp. Takat ni dia tak pernah cakap apa pun. Kadang dia yg antar g sana. Really appreciate. Ye lah, aku sambung bukan atas desakan sesapa kan. Kerelaan sendiri. Jadi, mengapa perlu nak rasa give up ke apa.
It's been 10 years after aku grad for my 1st degree. Takkan aku nak sia siakan lagi masa kan.
Aku seronok nak belajar. Tp bila rasa terbeban sket mula lah pikir lain. Tau je lah. 10 years dah selesa hidupnya. Bila rasa cam 'tersepit' mula la rasa lain macam.

So, bila down sket, myDH akan beri support. Cakap itu ini. Oke la sket kan. Ye lah, slps degree, academic qualification lain bukan menjadi kelayakan utk dpt naik pgkt/naik gaji sebagainya kalo kat govt ni. Sbb tu aku mmg tak aim la kata nak further study utk dpt naik pangkat. Just utk kepuasan diri. If one fine day, Allah bagi rezeki naik pangkat ke apa, aku nak jadi seorang yg ada kelayakan akademi lebih dari sepatutnya. Mmg la ada orang cakap, orang tak belaja tinggi pun ada juga jadi CEO bagai. Tp itu orang lain. Bagi aku, ilmu is everything. Kalo jadi Pengarah pun, Pengarah ber-PhD, bak kata kawan aku sorang tu. Hihi. Tp bkn Pingat Hasat Dengki pula yer. Itu yg meroyan nak benci2, tak suka orang tu. PhD yg ada depannya Doktor la. Kuikuikui.

Memacam la kan. Ada orang pikir money is everything. Ada yg pikir love is everything. But bagi aku - knowledge is everything. Cara berpikir, cara beremosi seme akan datang dari knowledge. 

Eh. Ter membebel plak di petang2 hari hujan neh. Oke lah.. luahan rasa je ni. Aku pikir, mmg Allah dah tentukan aku belajar utk kali ni. Berapa tahun pun dah aku mmg niat nak belajar, tak tercapai. Skang baru tercapai. So, aku tahu, setiap yg aku buat, Allah akan permudahkan. Insyallah.

Doakan aku berjaya :)

*komen disable juga entry ini. Hihiks :P

18 October 2012

Ada Orang Suka, Ada Yang Tak Suka

Biasa lah kan.
Kadang kita rasa takde apa pun yg kita buat pada si polan si polan tu. Tapi tetiba dia tak suka kita. Tetiba je sampai ke kita "eh kau tau..dia bukan suka kau"
Ek eh.
Mengapa yer simply simply tak suka orang. Sentiasa tak puas hati dengan orang. Sentiasa rasa diri perfect.

Entah. Bukan kata orang lain.
Kadang aku sendiri pun ada rasa macam tu. Rasa macam tak puas hati.
Tapi... muhasabah. Pikir semula. Untuk apa kita nak tak suka orang yg tak buat apa2 pun kat kita. Selesa ke kita bila berkeadaan begitu.
Aku salu berpikir, if aku tak suka orang atau tetiba nak benci kat orang, katakan lah one fine day orang tu yg akan tolong kita. Cemana? Hidup ni, bukan selamanya kita di atas. Terkadang kita akan terjatuh juga. 

"Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji"

Pelik kan. Tetiba nak tak suka orang.
Ni aku buat kerja2 yg menjaga orang ni, lagi la menjadi bahan keji dan umpatan.
Ingat aku tatau. Haha.
Lelebih lagi bila kita nak menguatkuasakan satu2 prosedur, satu2 peraturan.
Lelebih lagi bila kita uruskan hal2 berkaitan pengambilan, penukaran segala.
Pendekatan aku mudah ja. Lantak korang lah. Kalo aku ada bergantung hidup mati pada ko-yess.. aku akan sedih bila orang tu benci, mengkeji, mengata, tak suka ke apa. Tp kalo takde kaitan, aku tak pernah berhutang duit apatah lagi berhutang budi - lantak kau situ. Nak tak suka aku, sila kan. Nak benci aku, benci la kau sampai lebam. Nak ngumpat ke kata aku ni cam bagus bagus je - buat lah sukahati kau.  Ye lah, kita ni je buruk..dia tu, takde sebesar kuman pun kesalahan....perfect. Sifar kesalahan punya orang!

"Jika ada orang berbicara mengenai kita di belakang... 
itu tandanya kita berada DI DEPAN"

Entah. Aku skrg ni mmg tak bercampur sgt dgn orang.
Sombong? Berlagak? Perasan bagus? Atau mmg orang dah taknak berkawan?
Lantak lah kau nak kata apa.
Time ofis, mana masanya.
Kut kalo berkumpul pun duk cakap hal orang, aku dah malas. Zaman tu dah berlalu. Dosa sedia ada dah tak tertanggung, lagi mau nak tambah dosa bercakap perihal orang smpai senget2 mulut (tp ada keadaan yg mengizinkan aku amik tahu tu seme - atas dasar kerja)
Skang ni kawan je seme orang. Orang taknak kawan, tu lantak lah. Lagipun aku tak suka hipokrit.
Simple approach.

Cuma aku pelik betul mengapa boleh timbul tak suka lah orang tu, benci lah dia tu.
Padahal sekelumit pun aku tak pernah nak sentuh hal mereka.
Kalo pasal cara kerja lah yang menyebabkan aku dibenci, orang tak suka pada aku, aku redha je. Kembali pada fitrah - Allah yang menentukan segalanya. Mesti ada sebab mengapa kita diberi tanggungjawab ini. Kalau pasal lain... tu aku tatau. Tu mmg penyakit hati lah namanya.
Nak buat macamana. Yang nyata aku tahu aku mmg tak sempurna.

"Bukankah saat orang berbicara buruk mengenai kita,
padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka...
itu tandanya kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dibanding mereka"

Mengapa ada sikap tak suka. Ya Allah.... sumpah aku tatau. Aku tak pernah nak 'selak' hal orang pun. Lantak kau lah nak buat apa pun. Ko bukan siapa2 pun pada aku. Eii.. tolong lah. Tp kenapa nak jugak mengata, mengeji, mencela semua.
Tiada jawapan.
Aku akui, aku sendiri pun kadang terkhilaf. Berbicara mengapa orang tu begitu, mengapa orang tu begini. Tp sebenarnya, menda tu menyesakkan kepala hotak je. Ada kena mengena dgn kita kah? Takde kan? Lalu, kenapa mahu persoalkan. Biarlah orang tu beli rumah cemana, biarlah orang tu nak renovate rumah dia cemna pun, biarlah orang tu perasan bagus, biarlah orang tu beli baju rega 1k, ada kena mengena dgn kita kah? akan berkurangan kah duit simpanan kita? sakit tang mana kah kita?

"Dan saat orang berbicara dengan nada iri mengenai kita... 
itu tandanya kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka"

Sebenarnya simple je hidup ni. Tak payah la menyesakkan otak dgn membenci orang, tak perlu la ada rasa tidak puas hati dengan rezeki orang, tak perlu nak sentiasa rasa semua orang tak betul. Apa yg kita dapat?? Gaji bertambah?? takde pun kan. Kau rasa tak suka orang tu, jadi, kau nak buat apa dgn dia.
Senang je sebenarnya. Kembali kepada diri kita. Sempurnakah kita?

“Jangan resah andai ada yang membencimu, 
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. 
Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, 
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali


Bacaan menarik berkaitan suka tak suka ni :

3 February 2012

Bukan Loser

Byk lak entry ari ni yer.
Haha. Takpe. Esuk,esuk,esuk dan esuk adalah cuti.
Dan byk menda nak di settlekan.
Dan mungkin takde byk entry juga.

So, dari topik Loser.
Menulis sesingkat mungkin. Tp terima byk komen dalam masa yg singkat juga.
Lain kali nak buat topik camtu la selalu.
Itu baru dikatakan spontaneous topic rite?
Haha.

Ini lah komen dari mereka bila saya katakan
"Loser kah saya kerana tiada anak?"

Halus. Sila guna kanta pembesar.


Jadi, rata-rata dari mereka mengatakan bukan loser sekiranya takde anak. Tp keadaan sekeliling yg membuatkan saya rasa begitu.
Mungkin saya yang lebih terasa agaknya.  Orang tak maksudkan pun.
Maklum la... hormon org takde anak ni mmg over sensitif jika ternapak perkataan 'anak' mahupun disoal perihal anak.
Tp janganlah salahkan kami yg kadang2 over sensitif ni. Sesiapa pun, kalo ada kekurangan pasti tersentuh hati bila selalu dibicarakan perihal kekurangan itu. Memang, yg tak merasainya akan berkata 'apa lah sgt pasal tu, takkan tu pun nak terasa'. Jangan begitu mendabik dada. Selagi kita tak berada dalam 'kasut' org tu jangan mudah menilai.
Makanya, kadang2 kita yg ada lebih keistimewaan tu janganlah mendabik dada dgn anugerah yg ada tu (juga peringatan utk diri sendiri).

Kadang2 kita cuma bercerita perihal pergi bercuti, tp ada duk membalas yg beliau susah ke sana sini sbb anak, tetiba saya rasa loser, tetiba saya rasa kerdil kerana dia ada anak, saya takde. Dia tak pegi bercuti pun sbb anak dan saya seolah2 takde keja lain sbb takde anak.
Bila saya kata saya tengok drama itu, drama ini atau pun dah menonton wayang cerita terbaru, dan yg mendengar membalas, aku dah lama tak tgk wayang sejak ada anak ni. Tetiba saya rasa loser, sbb saya asik tgk wayang, dan padan muka saya sbb takde anak.
Bila saya kata saya sakan membeli barang-barang, shopping sana sini, Ariani, Fareeda, LV, Gucci *eh, ni cam tipu je tetiba masuk LV, Gucci, Prada segala ni* tetiba ada yg mencelah, kata aku tak kesah tu semua sbb skang ni yg penting keperluan anak. Tetiba rasa loser... rasa kelopak bunga-bunga berguguran tetiba, rasa retaknya sebuah cermin, rasa pegang gelas dan jatuh ke lantai simen, pecah berderai *oke, exaggerated sgt ni* Kerana memula kita dah happy dgn apa yg ada, tp bila disogokkan dgn seme tu, mula rasa org tu nak kata, apa guna semua yg ada tu, tapi anak pun takde. Losernya saya.

Saya bercerita bukan ingin mencari kemenangan. Tapi, bila saya bercerita, org yg membaca, org yg mendengarnya pula seakan ingin mencari kemenangan bagi pihaknya. Biarlah saya bercerita tentang apa pun, yg pasti ada satu yg tak boleh ceritakan iaitu perihal anak.

Sekali lagi, saya tau, mungkin, saya yang emosi, maafkan saya.

Saya tahu, bila dah ada anak, anak lah keutamaan. Pastinya saya juga begitu kelak.
Tapi terkadang, saya juga perlu mendengar cerita dari kalian selain dari anak. Bukannya apa yang saya perkata, apa ditulis dijawab segalanya perihal anak. Bukan tak suka, tp tgk la pada tempatnya. Dan janganlah kita living in denial. Melihat dia boleh ke sana sini, bersenang lenang, bersuka ria tapi kita tak dapat tu semua dan kita nak deny apa yg dia ada dan tiba-tiba kita mencari sesuatu yg dia takde, tp kita ada. Cuba nak counter attack perihal anak supaya napak 'kemenangan' itu. 

Maafkan saya. *acapkali aku tulis 'maafkan saya', aku tingat Nabil dalam citer Bujang Terlajak tu. Memang salu dia cakap maafkan saya tu n dia siap buat suara cam Detective Conan. Hahahha. Nak seyes pun rasa nak tergelak. Hahahhahah*

Dan ini cuma apa yg ada dalam pemikiran kami, yg sedang berusaha untuk memiliki anugerah terindah itu. Maaf juga jika ada yg terasa dengan coretan kali ini. Tidak menuju kepada sesiapa, cuma mungkin salah satu untuk menyampaikan perasaan kami. Saya tau bukan seme, tp ada setghnya yg masih in denial. Masakan tidak seronok melihat org pergi bercuti ke luar negara,  masakan tidak seronok melihat rakan-rakan yang boleh merasa makan itu ini, masakan tidak seronok melihat rakan2 yg kelihatannya membeli sesuatu yg dirasakan 'membazir', sedangkan itu juga salah satu keinginan kita, tp terhalang oleh beberapa sebab.

Tapi, terus terang saya katakan bukan semua hidupnya beralasankan anak. Saya ada kawan, yg join saya ke Bandung last year. Bersama anak kecilnya yg kalo tak silap baru setahun lebih. Masa kami pergi tu, rata-rata pegi tanpa ditemani suami. Begitu juga kawan saya ni, hanya adik beradik serta kami yang membantu. Tiada masalah dan tiada terkeluar kata 'susah nak gi oversea ada anak'. Juga ada kawan, yg masih boleh berkaroke bersama. Anak tinggal?? Eh. Dibawa skali. Mengapa ada yg nak living in denial. Ada sesuatu yang kamu tak boleh lakukan sebenarnya, tp still living in denial dgn mengalasankan 'anak..anak'.

Bukan, sumpah bukan saya tak suka. Demi Allah, saya tak kesah pun ada org bercerita perihal anak. Ya. Kebanggaan kamu seisi keluarga. Mungkin satu hari nati saya pun begitu. Tapi, tak perlu la setiap bait kata dibalas dengan sesuatu yg kamu tak buat tapi dialasankan kerana anak.

Anak itu anugerah Allah, sama seperti anugerah dan rezeki yang lelain. Masing-masing dengan rezekinya. Jangan kerana ada terselit rasa cemburu dihati melihat pasangan yang belum dikurniakan anak ni ke hulu hilir, maka yg boleh dicounter attack adalah perihal anak. Apa saja dicerita, pasti kita nak alihkan perihal anak. Ya. Tak perlu salahkan org yang macam tu. Mungkin hidupnya berpaksikan anak semata. 100%. Titik.

Tp saya bagi contoh begini. Mungkin ada yg mual sekiranya sedang rakan-rakan bercerita, atau menulis blog perihal dia masih bujang, belum berkahwin seronok balik kampung tetiap minggu, tetiba saya membalas 'aku tak bleh buat tu seme sejak kawen ni, kejap2 nak pegi umah mentua bla bla bla' Eh. Macamkan ko sorang la kan yg da kawen, org lain elok je sempoi hidupnya. Mual kan.

Begitu juga sekiranya ada yg kawan yang sdg bercerita mengenai percutiannya atas Cruise, tetiba saya membalas, eh, aku sejak jadi pegawai gred 52 nih (sekadar contoh), asik dok dipejabat je. Kejap2 KP panggil, kejap2 KSU call, nak cuti jgn harap la. Kadang-kadang PM pun call. Dulu aku tgh lepak kat Pantai Cenang, bos call suruh balik. Mujur tiket flight ofis bayar. Ha...ko daya?? Mual oh kalo dgr org duk mencanang-canangkan 'anugerah' yg dia ada, tp kita takde. Padahal dia tak mampu nak naik Cruise tu. Sket pun kita tak bertanya perihal keja dia. Dia plak lelebih. Kadang kita bercerita perihal drama Gigit Gigit Cuping Telinga tu, tetiba dia berkata 'eh, citer apa tu, sejak naik pangkat ni, nak tgk tv pun tak sempat. Rugi je beli tv 90 inci kat rumah tu'. Haibat...

Sebenarnya saya patut menulis di 'rumah' sebelah. Tp di sana rata2 berperasaan sama, dan kami  berkongsi rasa. Dan dgn menulis di sini, sedikit sebanyak, yg tak pernah berkongsi rasa, dapat memahami hati kecil kami.

Saya terpikir juga, sekiranya saya ada anak, saya tetap bercuti, saya tetap membeli barang-barang yg biasa saya beli, saya masih boleh berhuha bersama rakan-rakan, apa agaknya apa la agaknya komen mereka ya???  Mungkin begini 'eh, ko ada anak kecik pun sempat buat seme tu ya...' (dgn nada sinissssss pastinya. Hahah.

Sekali lagi, saya minta maaf.

*Disable komen utk entry emosi ini.


5 October 2011

Feel Lonely

Hidup.
Pasti ada up and down nya.
Pasti ada pasang dan surut nya.

Entah kenapa.
Tetiba aku terasa hati.
Tetiba aku rasa jauh hati.
Tetiba feel lonely.

Mungkin yg terbaik boleh dilakukan adalah
'bercakap bila perlu'

Seriyes.
Tatkala menjalani kehidupan rutinku.
Hati ku makin gloomy.

Mujur masih ada insan yg sudi mendengar keluhan ku ini. Yang memahami apa yg ku rasakan.
Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan dia dalam hidupku.


All anime pic : kredit to google.

30 September 2011

Miserable Certificate

Aku tengok2 mcm eh, ramai nya jiwa kacau/kecamuk/serabut/takde mood skang.
Mcm musim plak.
Haha.


Maka, utk sapa2 serabut2 tu.
Nah amik certificate nih.


Kredit : Here


p/s : Eh. Cam byk je balik entry kat blog ni. Tak serabut dah la kot aku ni. (T_____T)
p/s2 : Kadang kawan 'alam maya' lebih concern dari kawan 'alam realiti' yer. Hurmmm. Kena sayang kawan 'alam maya' lebih la napaknya camni. Huhu.

28 September 2011

Kecamuk

  • Kecamuk napaknya masih belum kurang. Mode : menyampah dah.
  • Perlu rehatkan minda ni. Gi tepi pantai bes juga ne.
  • Tapi every weekend start dis week rasanya mmg tak bleh nak slot in dah.
  • Maka pepandai la tune minda ini.
  • Masa course stress retu, penceramah ada kata - cari punca stress (stressor) and then leave it or avoid from it - so, I'll try.
  • Mungkin da terlalu kurang membaca Qalamullah lps Ramadhan ni.
  • Dan mungkin jugak sbb PMS!

L.O.N.E.L.Y



Do you ever feel lonely. Like when you need someone to pay attention to you, like you’re sick or you need to share your feelings, that there’s no one there that really cares. No one to check up on you if you’re really happy, or if you want to go out at night. 
What do you do?

When the heart get weak is the weakest time just hold myself tight ,that’s fine whatever happen,goodness or worth my heart still has the loneliness . 

Although, there are always someone with me , but I feel they are invisible, no more feeling, no more understanding ,no more real happiness… 

I have to keep those feelings inside because even you said several times ,no one understand what exactly you want,they only care about themselves. the most terrible fact is someone keep telling you that he is understand you and care about you a lot but he never really dose or never understand what you want.I have to carry on walking, with loneliness. I want to end it but I don’t know how because I don’t want to get hurt …. Personality never change and always the problem,the terrible thing is you don’t want to talk about that anymore and it means things will goes wrong never have chance to be good. hopeless ending….

I don’t know how long it’s going the end. Although
I don’t know why but I still feel lonely
May be because of the world is too big so, the heart is getting a bit lonely but I still smile and happy to hold the loneliness with me.  

I want to tell you I am smiling dose not mean I am happy!

When the winter comes or the rain pass by the time pass , keep going with the loneliness in your heart

Credit : http://gulistan1207.blogsome.com/2009/10/24/i-feel-lonely/

11 September 2011

Gurauan Itu Terlalu Sakit


Imej : google

Kenapa kengkadang ada orang yg bercakap tanpa memikirkan perasaan orang dan percakapan tu 'dihalalkan' atas dasar 'aku bergurau je, itu pun nak ambik hati'.
Entah.

Situasi yang pada mulanya mood aku nak happy happy bertukar jadi mood yang menyakitkan hati.
Sesedap rasa bergurau tanpa memikir perasaan orang.
"Abis la Lan da kena control. Abis la..."
hanya kerana suami ku duduk di sebelah aku, isterinya!
Kata-kata yang menyebabkan aku sepanjang jalan jadi sebal. Malu pun ada kerana satu bas dengar dan mentertawakan aku.
Kalo aku tau jadi macam ni, sumpah aku tak ikut rombongan naik bas tu.

Jahat sangat kah aku hingga di label meng control suami?
Teruk sangatkah perangai aku hingga dikatakan meng control suami?
Tau sangatkah mereka perihal rumahtangga aku sehingga bergurau berunsurkan tohmahan mengatakan aku control suami?
Tapi kalo ye pun aku control, sakit bahagian mana pada dari mereka.
Salahkah aku sebagai isteri duduk di sebelah suami?
Apakah duduk di sebelah suami sendiri dikatakan meng control suami?
Bukankah sememangnya tempat isteri mmg di sisi suami?

Dan sekiranya, aku tidak disebelah suami, pastinya ini terjadi pula
'eh. kenapa tak duduk sebelah Lan, gaduh ke malam tadi'
Pasti..itu pasti.

Sebaknya rasa hati aku bila dikatakan meng control suami, hanya kerana aku duduk dalam bas di sebelah suami sendiri. Terhiris.
Lantas, tindakan aku, aku bangun dan duduk di kerusi hadapan. Seorang diri. Sepanjang jalan. Pergi dan balik.
Sesal. Sebal semuanya bercampur baur.

Bukan aku nak sangat join rombongan naik bas tu, cumanya malas la nati dikatakan tak bercampur dengan orang plak. Asik berdua ke sana ke mari.
Tp rupanya... elok lah kami ber kereta saja kalo camni jadinya. Dan pastinya orang yang mengatakan begitu akan defend dirinya dgn mengatakan 'aku bergurau'. Mudahnya kehidupan mereka. Memohon orang tak mengambil hati kerana dia hanya bergurau.

Kalo ikut rasa, mmg aku menangis dah, tgh tulis ni pun aku sebak dah. Kenapa aku dikatakan meng control suami? Tahukah mereka perjalanan hidup kami sepanjang hampir 3 tahun hidup sebagai suami isteri? Dugaan kami yang masih tidak dikurniakan anak ini, amat mengeratkan kami, tak pernah terniat di hati aku nak control suami aku. Demi Allah. Takde langsung. Sbb apa kami lalui ni membuatkan kami makin saling sayang menyayang, semakin kuat kasih sayang antara kami. Sbb tu seboleh bolehnya di mana saja mmg kami nak sentiasa dekat bersama. Tak pernah wujud antara kami siapa control siapa, tp kenapa ada yg menjatuhkan hukuman pada kasih sayang kami?

Walo aku diandaikan mereka jahat, Insyaallah, aku tahu tanggungjawab aku sebagai isteri.
Walo mereka mengatakan perangai aku teruk, aku masih sedar dan tahu apa balasannya jika aku men control suami. 
Walo mereka memandang hina pada aku, tp Insyaallah, aku cuba utk jadi isteri terbaik utk suami ku.
Tak pernah langsung terniat di hati ni utk aku control suami aku. Untuk apa? Untuk apa aku nak control suami?? Ya Allah..sakitnya masa menulis ni.

Aku tahu, aku dipandang negatif oleh mereka dan dikatakan men control suami kerana; jawatanku yg tinggi dari suami ku, pendidikan ku yg sememangnya tinggi dari suami, dan sifat ku yg agak agresif berbanding suami ku, tp perlu ke aku ditohmah sebegitu rupa hanya kerana semua itu.

Aku ada hati, aku ada perasaan, dan aku hormatkan suami aku. Itu pasti. Biarpun jawatan ku tinggi dan pelajaran ku tinggi melangit, tp aku masih tahu, perjalanan hidup aku dan segala yg aku buat adalah dari keredhaan suami aku. Aku sendiri di pejabat tak pernah merasakan jawatan aku lebih tinggi dari suami. Walau apa keadaan pun, dia adalah suami ku. Tk kira di mana pun.

Begitu lah susahnya jika sepejabat. Aku sebenarnya mmg dah lama berpikir utk berpindah kerja. Tp sukar. Dgn kedudukan aku yg bekerja di Perbadanan, menyulitkan aku utk bertukar agensi lain. Hanya yg ada adalah utk meletakkan jawatan dan carik keja lain! 

Aku tau, aku mmg jadi bahan spekulasi mereka. Dikatakan meng kontrol suami dan entah hapa lagi. Mungkin mereka lagi suka tgk kami pergi balik kerja secara berasingan, duduk jauh2, makan tak bleh skali bersama. Atau mungkin mereka lagi bersorak gembira bila kami bergaduh. Nauzubillah.

Tuhan, demi Allah, aku tak pernah terpikir utk control suami. Demi Allah... tolong la jangan tohmah aku begitu walau cuma gurauan, hati aku terhiris. Tolong lah... aku merayu sgt sgt jgn bergurau begitu.

Kalo aku control, mesti saban hari, setiap masa aku bersama laki aku. Aku bleh je buat begitu, tp takkan aku nak buat mcm tu. Hampir 3 tahun kami kawen, rasanya tak pernah sekali pun, waktu hari bekerja kami breakfast, lunch bersama di kantin pejabat. Di pejabat, aku dgn hal aku, dan dia dgn hal dia. Cuma kengkadang, mungkin aku akan kirim lunch pada dia kalau dia dah ada keja kat luar. Takkan itu pun dikatakan kontrol. Salahkan seorang suami membelikan makanan utk isteri? Salah sbb aku adalah Ida, yg life nya mmg suka orang nak perhatikan. Kalo  orang lain, org tak kisah pun.

Di pejabat, tak pernah pun aku nak melekap kat laki aku, nak tersentil sentil dgn laki aku sepanjang waktu opis tu. Kengkadang, dari jam 8 pagi - 5 ptg tu, ada kalanya kami tak berjumpa pun, call pun tidak. Lps pukul 5 baru lah dia call, tanya nak balik pukul berapa. Itu pun control ke?? 

Kenapa aku harus lalui semua dugaan ini. Dugaan tidak dikurniakan cahaya mata, dugaan di tohmah itu ini.

Satu jalan je utk aku keluar dari seme ini. Mmg aku yg kena berambus dari sini. Tp kalo masih ditohmah pun, tatau nak cakap apa lagi. Sbb tu aku  nak sgt sambung Master, sbb itu saja jalan yg ada utk aku keluar dari sini. Tapi, sbb aku bertangguh, skang peluang tu aku tgk makin sukar. Ditambah plak bulan Oktober ni aku start bayar duit rumah, kewangan aku mmg jadi kekangan utk smbg belajar. Dan kalo nak smbg aku mmg kena guna loan ofis, which mmg aku terikat utk keja di sini smpai abis loan tu. Kalo pun loan tu dijadikan biasiswa, lagi  menyukarkan keadaan kerana terikat utk beberapa tahun lagi.

Ya Allah... sesungguhnya aku tahu, tohmahan itu sebenarnya utk mengingatkan aku. Dan ini sebahagian dari dugaan yg aku perlu lalui selain dugaan yg masih belum dikurnia rezeki zuriat. Terima kasih Ya Allah kerana dipilih utk dugaan ini.
Dan terima kasih juga pada yg mengatakan aku control suami ku. Kerana itu akan buat aku lebih berhati hati.

Aku tatau macamana lagi aku perlu buat supaya mereka tak tohmah, fitnah aku begitu. Sebenarnya,, memang aku terpikir2 utk melakukan satu perubahan. Aku rasa dah tiba masanya. Umur makin meningkat. Cuma aku perlukan sedikit masa lagi. Byk yg perlu diambil kira tapi itu adalah kewajipan kepada Allah. Dan aku juga tak mahu juga membebankan suami ku dengan dosa dosa. Mungkin dgn perubahan ini juga, tohmahan dan gurauan kasar itu akan berkurangan. Mudah-mudahan.

Buat masa ni, mmg aku masih teringat lagi kata-kata 'gurauan' yang dihamburkan kepada ku.  Sukar utk aku luputkan dari ingatan.

Aku terpikir juga, mungkin ini balasan utk aku juga yang pernah menyakiti hati orang juga. Dan bila terbaca entry ini, pasti ada yg 'memadankan muka aku' dgn kejadian ini.

Imej : here

Tkpe lah. Aku redha jika mmg ini dugaannya. Dan mungkin dengan tragedi ini juga, niat aku untuk berubah akan dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Insyallah.

*Pada yg membaca entry ini, aku amanahkan biarlah takat bacaan di sini saja. Tk perlu disampai-sampaikan pada pihak lain. Mulanya mmg aku nak buat protected password entry, tp aku rasa, aku perlu sampaikan terus, supaya orang tahu apa sebenarnya yg aku rasa. Cuma jangan lah disampai sampaikan. Biar lah takat bacaan saja, tidak di print mcm kes dulu tu. Kalo disampai-sampaikan nati makin byk plak duit Nuffnang aku masuk, korang jugak yg dapat 'masuk angin keluar asap'. So, bleh kan pegang amanah aku ni sayang??

13 March 2010

~Permata Yang Dinanti : Thanks Korang~

11 March 2010

~Permata Yang Dinanti : Entry Ber password~

4 September 2009

~Tetiba Terasa Ati~

Ni citer masih 'panas' nih.

Memblog di waktu lunch ari Jumaat.
Mcm tak percaya pada diri sndiri je bila aku berada di opis di waktu rehat yg pjg nih.

Haha.Penyebab aku melepek ajek kat opis :-
-Keadaan adalah ujan ketika ini.leceh.jln komprom jem lah.
-Kawan takde-adik clerk aku tu kena duty jg kaunter kad kredit.
-M.A.L.A.S-lgpun mlm kang my dear kata nak gi Jalan TAR. Wah..ni pun statement mcm tak percaya sbbnyer....dia yg ajak..slalu aku je ajak. [Emm...tak pikir lg nak beli apa nih]

Ok..dah byk alasan dah tu. So..back to d story ~Tetiba Terasa Ati~ tu.

Aku terasa ati dgn statement ini -

"ida: awek saya la....takkan awak lak???"

Ha..kalo tatau ujung pangkal mmg la la takkan terasa dgn ayat tu. Tp kalo tgk mcm ni mungkin leh detect la kan..

Abdul replied after your comment on Norzuzila Md Salim's photo:

"ida: awek saya la....takkan awak lak???"


To see the comment thread, follow the link below:

http://www.facebook.com/n/?photo.php&pid=30637703&id=1264942912&comments&alert&mid=10a56e1G552491e7Gbf901cG10

Thanks,
The Facebook Team

Iya.Aku ttiba terasa ati dgn komenan sesorg di fesbuk.

Citernye gini.
Si Ila,bes pren aku masa kat uitm dulu tu tlh merajinkan diri mengupload gmbr2 kitorg dulu. Makanya adalah gmbr aku ngan Ila, juga ngan bf aku [ketika itulah] masa konvo dgn memegang bunga2an.
Jd si ex aku [ketika ini] mengomen lah di gmbr tersbut : "dapat bunga la..."
Aku pun bls komen tu : "dpt dari sapa la tu"
Dan dia pun bls balik dgn ayat kat atas tu.

Tersirap okeh [err...tetiba rs teringin sirap bandung bila tulis tersirap tuh]
Apahal tah aku tetiba sensitip,emosi,sentap dan sewaktu dgn nya lah.
Oleh krn opis aku block mendalah fesbuk tu,aku pun sms jek ke dia.
Aku ckp la aku terasa.Aku ckp juga aku tau dia tak maksudkan nak malukan aku ker.
Dia balas. Katanya dia gurau2. Dia kata juga kan suma org tau yg bunga tu awak yg bagi.dan kita asik berkepit ajek ms tu.
Itu org yg tau. Org yg tatau.

Mcm aku dpt komen kat gmbr kawen aku.
Slh sorang kawan komen "aku terkejut tgk gmbr kawen ko, aku igt ko kawen ngan xxx (ex aku tu la)
Aik...tak sgka..kawan aku tu tak smbg degree..tp cemna dia leh wat gosip ttg aku. Pelik.Pelik.
So,kat sini la relate nyer perasaan "terasa" aku tu.
Bila si ex aku ni buat statement camtu kan mcm mengundang spekulasi yg aku ni mcm terhegeh2 ke dia.Mcm si ex aku ni tak anggap pun aku ni awek dia. Ha.Gitu. Aku ni mmg sker pikir2 camtu..tp aku buleh je neutralkan balik perasaan aku tu. Tkde la aku pikir negatip smpai ke sudah. Cuma aku slalu mengandaikan sesuatu yg negatif at d 1st place atau secara legal term dipanggil secara prima facie. Ha..gitu..dan bila aku dah andaikan perasaan tu aku segera menzahirkan dia pada org yg aku tak puas ati tu. Not good kan?? Lps tu aku rasa mcm 'eh..tkde apa lah menda tu.Apahal aku beria nak terasa' Tp tak leh nak undur dah la..sbb aku dh msg/ckp. Ha...

Tah..pesal aku amik berat sgt tah.
Tp...serius..tak sker.
Si ex aku pun mintak maap. Ditmbh lak dia tulis 'sayang awak' kat last SMS dia. Apa kesss??? napak kat laki aku kang mmg jadi kes. Tp..aku tau dia saja tulis gitu.

Err...aku kena citer gak lah bahawasanya aku mmg still berkawan dgn ketiga2 ex aku.
(sbb kawan gchat aku ada nanya...hehe..aku geram..aku stori je kat member gchat aku tu.haha.itu pun nak citer..tp itu lagi tabiat aku iaitu mudah menceritakan masalah pada org.sgt mudah dan aku mmg perlukan sesorg bila aku ada poblem.itu mmg AKU)

Iyer. Aku hanya ada 3 ex sahaja yakni yg aku penah kategorikan sbg KEKASIH. Ada gak mcm kawan kejap2 tu..itu tak masuk list sbb aku mmg tak penah suka pada mereka..hanya stok geli2. Pada 3 ni mmg penah ada perasaan la.

Dan dgn mereka bertiga aku still contact. Suma tu da kawen. Derang kawen, derang jemput aku, aku kawen pun aku jemput mereka. No hal.

Slh sorang tu kat Mara (which yg wat statement aku terasa tu la), siap leh mintak tolong emel kan akta MARA la,carikkan no. fon ke apa ke. Tkde masalah. Sorang tu mmg rakan sepejabat. Dulu kat cawangan, skang da sama kat HQ ni..pun takde poblem nak sembang2 ke apa ke. Dan sorang lagi..tu tak berapa sker sgt sbb dia ni mcm tak matang ajek..buleh la berkawan..tp takde menda pun nak mintak tolong ke dia.

Aku buleh je berkawan dgn derang ni sbb aku clash dgn derang bkn sbb gaduh ke apa. Suma secara baik je. Mmg suma tak penah la ada term "kita clash lah" tp..mmg takde jodoh..dan menda tu pun berlalu gitu je. Dgn yg 1st aku clash sbb takde sebab. Boleh??? Entah..bodo2 masa tu terus clash. Tp aku rasa mcm aku kena 'tulah' gak lah.Sbb- takde sebab aku takmo kawan ngan dia. Tak gaduh..tp takmo kawan dah. Haha. Kena tulah ko..berapa kali aku berkawan ngan lelaki pastu asik tak menjadi je (tu yg aku kata aku tak iktiraf mereka itu ex aku)
Sehingga la sethn kemudian..aku ter ber couple ngan ex aku keja MARA tu. Ter..mmg ter ber couple ngan dia sbb tetiba je. Kawan..kawan..kawan..smpai la abis degree. Tp hub mcm tak berapa nak kukuh la..tatau sbb apa tah. Smpai la masa dia propose nak kawen aku takmo. Ada permintaan dia yg aku rs aku takleh fulfill. Jadi..perpisahan terjadi lah. Tp mmg takde gaduh2.
Masa aku clash tu aku da keja..jd lps clash tu aku mula rapat dgn ex ke3 aku yg sama tpt keja tu. Owh..dgn yg ini aku takleh citer lelebih sbb aku sedey nati. Perpisahan mmg sbb 'takde jodoh'. itu je aku leh ckp kan.*tskkkk..... (haihh..mengada..babap gak kang)

Aku rs aku penah citer lah pasal ni kat blog lama.

Buat masa ni aku pun tak rasa apa dah pada mereka2 tu. Let's it goes by je. Yg berlalu jd kan kenangan. Memasing da ada kehidupan sendiri. Cuma mereka itu menjadi sedikit daripada kisah lalu aku. Mereka mmg [pernah] ada dlm life aku. Itu shj.

Dan mmg Tuhan dah tentukan yg my dear lah soulmate aku..sbb nya bila dikumpulkan watak2 baik mereka ber3 tu..suma tu ada pada my dear. Tu sbbnya I LOVE YOU hanya utk my dear.

Oklah..nak rest jap lah..citer mcm tergantung je.Hua Hua Hua [bes lak lagu apek nih..nak download lah]

Puanstoberi: Pernah ckp ngan ex kedua yg nak jadi besan dia nati. Haha. Giler ke hapa? Aku ni anak pun tak mandang lagik.

25 June 2009

~ini semua kerja ALLAH~

Slalu aku tulis tajuk tu urup beso uruf kecik..tp reni aku rs aku nak tulih kemas2 ler. Napak teratur sket penampilan blog ni..haha..

Entry ni mcm ada kesah berulang..jd kalo ada yg terbaca mcm kisah berulang (mcm drama kat Ria la..yg duk ulang patplohlapan kali seminggu tu) harap maklum la..

Dulu aku tak la amik port sgt menda2 camni..sbb ms tu aku tak hadapi lagi..aku rs kalo aku dh hadapi..aku buleh tangani lagi..takde la meroyan+emosi kan.

Manusia kan..nak wat camana..terlalu prihatin ( cam aku la..pasal bunga juntai dlm drama pun aku leh prihatin) tp ini prihatin ter lebey suda namanya.

Sblm kita kawen..sibuk tnya bila nak kawen..
Bila dh tunang..sibuk tnya bila majlisnya..
Bila aku dh bagi kad..tak datang pulak...
Manusia..

Aku dh hdpi stage ni thn lps.
Aku igt lagi lps aku tunang sibuk dh rata2 rakan prihatin aku ni tnya..bila..bila..
Aku pun kata la..sabo..nati aku bg kad
(mmg tak buleh langsung nak suprise derang ni..sibuk sgt nak tau..aku mmg tau dh date aku kawen sbb dr tunang aku dh ada date..tp..apa hal lak derang nak tau sgt majlis aku tu)
Bila smpai masa..aku pun bagi kad..sorang satu dapat..tak terkecuali..baru lama suma dpt kad aku. Opis kat HQ ni ada dlm 200 org..suma dapat.
Dan org2 yg sibuk2 tu aku smpat kata.."ha..skang da tau kan..sila lah datang"
Dan bila da tiba hari nyer tu mereka yg "prihatin" sgt ni..tak napak muka pun..
Ok..aku tau nak dtg umah aku mmg la jauh..tak pe la..aku phm tu (ada bas okeh dr KL ni..buleh je kalo nak dtg..)
Tp..umah incik suami aku kat sini aje..incik suami aku pun org opis ni gak..tak blh dtg umah aku,dtg la umah incik suami..ini..yg sibuk tu takde gak napak mukanya..geram tak???
Ok..aku masuk je keja..aku carik balik org2 yg sibuk tu..aku nak tnya apsal tak dtg.. tp derang lari2 bila napak aku..ha..tau pun..
Aku nak je ckp "org tu beria tnya bila majlis..dh bagi kad takmo lak datang.." sgt geram tau dgn perangai org "prihatin" nih.
Tp..ada gak..sorang... yg sibuk2 tnya tu datang.kat Perak lagi..dan aku rs bersalah amat bila aku takleh gi kenduri dia awal bulan ni retu..dan aku pun memberi adiah 'mega' kat dia utk menebus kesalahan aku..haaaaa....
Takpe la..da lepas pun..ramai tak ramai pun..ada gak yg dtg umah aku..umah my dear aku. Dan aku amat menghargai esp yg dtg majlis kat Perak..aku sgt2 appreciate.

Ok..lps tu..tak smpai sebulan..lagi skali..rakan2 prihatin..sibuk nanya..aku dh ngandung ke belum..pantang ckp pening..makanya berterabur la soklan "hai..dh ada isi ker?"
Dan smpai la ke hari ini itu lah soklan feveret org..samada di dlm opis mahu pun di luar opis.
Mintak maaf la..mmg aku rimas dh dgn soklan tu.. tolong korang weii..nak wat cemna..ikut che sue la duk Algeria.

Mlm td..dlm kul 9 gitu..shbt lama call..mula cam malas je aku nak pick..lg pun aku mamai2 baru nak tido (aku tido awal smlm sbb letih puasa..haha..tido secara marathon smpai kul 6 pagi..bangkit solat isyak kul 12..lps tu smbg tido tak ingat dunia..hahaha)
Tp aku angkat la..dia bla..bla..bla.. ajak kenduri suma..lps tu da nak last2 tu dia tnya
dia : ko bila nak ada anak?
aku : takde lagi... (apsal la aku tak terckp..ada ni..2 bln dh..bos aku ajar ckp camtu..)
dia : cpt2 la wei..umo dah tua ni..dh 30 dh ( ko la..aku blum..aku ujung thn kang baru 30..haha)
aku : tak pe la..ct nurhaliza tu pun takde anak lagi (dulu ms ct lum kawen pun aku slalu letak alasan dia..huhu..sowi la dato' ct..)
dia : dia tu mmg tak dpt anaknye (eh..mandai je ko kan)
aku : tak pe arr..shila majid tu ha umo 40 lebey pun dpt anak.
dia :: (ulang lagi skali) wei..umo da tua da wei..baik cpt2..nati anak masuk sekolah ko da tua.
aku : (rs mcm nak off je tipon) takpe arr..takkan aku nak buh budak masuk dlm perut aku ni.. da takde rezeki lagi.

Ha..aku sedih sebenarnya..sbb org sekeliling buat org yg takde anak ni mcm "alien" / makhluk pelik..tpt derang momok2 kan..dh tua la apa la..
dan lebey bes..lelaki okeh yg ckp macam tu.slalu aku igt "kak nap" je yg sibuk.
Rupanya ada "abg nap" gak..hemmmm

Aku sedar..aku pun dh tua utk beranak time ni. Dlm umo yg nak cecah 30 ni org patut ada anak da masuk sekolah..aku masih lagi takde apa2.
Aku sedar...aku kawen pun lmbt..tak mcm derang..cpt je kawen..cpt je bertemu jodoh.
Aku sedar...nati kalo aku ada anak umo aku dh tua..mungkin dh bertongkat anta anak sekolah.
Aku sedar..smpai tika ini aku masih takde rumah sendiri..masih menyewa
Aku sedar life aku tak se perfect derang..dpt laki/bini gaji besar..pulak tu terasa diri hensem dan compare lak ngan suami aku..aku terasa sgt..
Aku sedar.. amat2 sedar yg life tak spti derang2 tu..sbb tu derang slalu underestimate org2 camni..

Tp..derang tatau ke tu suma kerja ALLAH..
tentu ada hikmah nya Allah tak bagi lagi rezeki yg satu itu.
Aku pinta...korang2 yg dh ada "perfect" life..jgn la buat kami mcm "org luar biasa"
Jgn la momok2 kan aku ni dh tua..nati anta anak masuk sekolah dah tua.
Aku nak tnya..itu kerja aku ke??
Jodoh,Pertemuan,Ajal, Maut bukan ke keja Tuhan.
Siapa kita mahu jadikan ia cpt ke lambat.
Ko mempertikaikan aku lambat beranak sama mcm ko pertikaikan bila aku nak mati.
Sama kan..ko tatau bila aku nak mati..dan mcm tu gak la aku tatau bila aku nak beranak.

Nati bila dah beranak..ko tanya lagi bila nak beranak no. 2
Kalo dh cpt sgt beranak pun..ko sibuk gak kata aktip bebeno..
Arghhh....naper korang nih...?????Cemana nak puaskan ati suma org...

Sapa yg kawen takmo anak..cuba bagitau aku?? Ada la..tp amat sedikit.kes terpencil..

Emak aku..emak mertua aku pun tak penah kesah..kenapa korang kisah..Aku pun tak penah kesah idup korang..ada takde aku bc kisah org dlm blog je..itu pun majoriti nyer aku tak kenal pun.
Aku sedih sgt..baru 6 bln aku hadapi menda ni aku dh rasa down..aku tatau cemna org 3 thn,6 thn tak beranak tu.. Kenapa perlu pertikai Anugerah ALLAH ni..

Korang bersyukur je la yg life korang dh perfect..

Tp..kenapa ye family affairs a.k.a hal dlm kain org suka korek..
tp hal2 memajukan diri..tak sapa kesah..
Naper tak penah ada org tnya kita dh amik Master ke blum??
Naper tak penah ada org tnya kita grad dgn kelas kepujian ke berapa??
Naper org tak penah tnya bila ko nak naik pangkat??
Naper org tak penah tnya ko lulus berapa A masa UPSR??
Naper org tak penah tnya cemna ko nak majukan diri ko..apa visi dan misi dalam idup ko??

Sbb menda ni mesti didapatkan dgn usaha..kalo tak usaha..mmg ko sendiri tak buleh tolong diri ko..
Tp..bab anugerah Allah ni..jgn la pertikaikan "ko tak pandai..sbb tu ko tak beranak lagi" "umo ko dah tua nati bila anta anak sekolah" suma tu.. Aku mintak tolong sgt2..tolong lah aku.

Dalam hal ni aku ada satu menda nak di citer kan..nati lah.my dear aku da ajak balik..mlm nati aku citer ok..

Aku sedey giler..rs nak nangis ms tulis entry nih..emosi ker??? bkn la emosi sgt..tp aku rs down sbb derang buat mcm aku ni...entah...aku pun tatau..
Ke ini blsan utk aku..tah..sepjg aku kenal erti hidup ni bkn fiil aku nak sibuk2 hal org..aku buat hal aku sndiri je..tak penah aku nak tnya org ko nak kawen bila,nak beranak bila,bini lawa ke tak,suami ko hensem ke tak.. takpe la..aku redha..tp aku perlukan ketabahan..

dan masa solat kul 12 tu buat pertama kali nya aku berdoa agar aku ditabahkan hati menghadapi org yg asyik bertanyakan ttg zuriat..aku mohon agar aku tabah dan sabar.. sbb sblm ni aku rasa aku kuat..tp..aku dh tak kuat..aku takut nati makin lama aku makin stress.Dan jgn smpai aku tak ikut family aku beraya di hari raya nati..full stop!

Pnstoberi : kdg mereka mcm tak sedar soalan mereka tu seolah tak percayakan rezeki datangnya dari Allah..dan qada' dan qadar Tuhan

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign