Memaparkan catatan dengan label ice cream cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ice cream cake. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Disember 2015

Tempahan Kek Ais Krim Coklat

Salam sejahtera.
Hari nni saya belanja gambar tempahan Kek Ais Krim Coklat sahaja.Harap awak awak awak semua tak jemu.Saya tukang buat kek punya...










Kesemua Kek Ais Krim Coklat dalam gambar ni bersaiz 7" dan berat 1kg++
Berminat nak tempah,sila bagitau awal2 ya.
cari tukang kek Rahel Home Made atau Rahel Blogspot di Facebook.
Trima kasih


Jumaat, 20 November 2015

Kek Ais Krim Coklat

Salam sejahtera...
Lamanya nda upload apa2 dalam sini.Hari ni ada Kek Ais Krim Coklat yang ermmm...sedap banget.
TQ pada yg mengoder.

Berat kek 1.2kg
saiz 7''


berminat mau tempah,sila cari Rahel Home Made di facebook ya.
tempahan untuk area Tawau sahaja.
Terima kasih

Rabu, 24 April 2013

Kek Ais Krim Coklat

Salam.


Resepi sama dengan resepi yang pernah Rahel kongsikan sebelumnya.
Untuk tempahan Kek Ais Krim Coklat sila sms/call Rahel yea..Terima kasih.


Terima kasih kepada rakan FB Rahel iaitu Deana kerana sudi menempah Kek Ais Krim Coklat.Semoga berpuas hati dengan kerja Rahel.Ampun maaf dipinta jika ada kekurangan.

Rabu, 10 April 2013

Kek Ais Krim Coklat

Selamat pagi dan salam sejahtera.Semoga kawan-kawan semua sentiasa dalam lindungan-NYA.Pagi ni saja mahu share gambar kek ais krim coklat yang diorder oleh Farah sempena harijadi anak kembarnya Eiman & Eidlan.Terima kasih banyak2 Farah.Resepi macam yang pernah Rahel kongsikan dulu di Rahel Blogspot.com cuma kali ni Rahel guna kek span vanilla dan juga ais krim coklat.Untuk aising pulak Rahel guna non-dairy topping coklat plavour.
 
 
Kalau malas mahu buat di rumah dan rasa-rasa mahu makan kek ais krim coklat,vanilla,durian,yam bolehlah sms/call Rahel ya..jangan risau harga sentiasa berpatutan.
 
 
 Enjoi...


Sabtu, 9 Mac 2013

Kek Ais Krim Oreo

Salam...

Terima kasih El kerana sudi tempah kek ice cream oreo.

Khamis, 17 Januari 2013

Kek Ice Cream Coklat

Salam...

Thanks.
Untuk resepi sila lihat DI SINI.Selamat mencuba.
Untuk tempahan...sila call 012-8015195 (tempahan disekitar Tawau,Sabah sahaja).

Selasa, 30 Oktober 2012

Kek Ais Krim Coklat

Salam manis dan selamat bersiaran.Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan yang baik.Lama jugak saya tak kemas blog kek ni.Terima kasih kepada semua yang masih setia berkunjung ke dapur kek Rahel...cayang semuanya.Kepada yang sebok bertanyakan resepi Kek Ais Krim Coklat ni silahkan membaca resepi kat bawah tu....zazzz..

KEK AIS KRIM COKLAT

Bahan Kek Coklat

Bahan A:
4 biji putih telur gred A
1/2 sudu teh krim tartar
120g gula kastor

Bahan B:
1 sudu besar coklat emulco
30g serbuk koko
50ml air suam

Bahan C:
60g gula kastor
1/2 sudu teh garam
100g tepung kek
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D:
50ml minyak masak
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur gred A
50ml susu UHT

Cara-cara:
1.Pukul bahan A sehingga naik & kembang.Ketepikan dahulu.
2.Campurkan semua bahan B dan bancuh hingga sebati.Ketepikan dahulu.
3.Masukkan bahan C ke dalam mangkuk besar dan gaul sekata secara kering dengan pemukul telur.
   Perlahan-lahan masukkan bahan D dan bahan B dan kacau hingga sebati.
4.Masukkan 1/3 bahan A ke dalam campuran kek dan putar perlahan.Tambahkan 2/3 baki bahan A.
5.Tuangkan campura kek ke dalam acuan bersaiz 9 yang sudah digris.Bakar dlam ketuhar yang sudah
   dipanaskan pada suhu 180'C selama 45 minit.

*Setelah masak biarkan kek sejuk,kemudian potong kepada lapisan nipis.

BAHAN KEK AIS KRIM COKLAT

1 lapisan kek coklat diletak dalam loyang 8''/9''
1.5 liter ais krim coklat
350g non-dairy fresh cream-diputar hingga gebu (chocolate plavour)

Cara:
1.Tuang ais krim coklat ke dalam loyang yang diletak kek tadi.Ratakan permukaan.
   Bekukan dalam peti sejuk beku semalaman.
2.Bila ais krim dah betul-betul beku,keluarkan dan hias dengan fresh cream.
3.Setelah dihias bekukan kembali sebelum dihidang.

Selasa, 31 Januari 2012

Kek Ais Krim Oreo

Selamat bertemu kembali..hem..ada k yang nunggu gue  pulang dari Giant? hehehe..ok la tu..gue akan tepati janji..tadi dah cakap nak letak resepi kan..so skarang la kita lepak2 sambil cite dia punya resepi,tapi kan..resepi & cara2nya lebih kurang macam yang ice cream cake yang pernah gue  tayang sebelumnya..sangat  mudah disediakan.



Baeklah tuan2 dan  puan2..mula-mula kita kena  siapkan sponge  cake dulu untuk dinding ais krim nanti..cuba tengok  dalam gambar ni..kek span yang merah bright,tapi itu terpulang pada selera korang la kan..nak kaler apa pun boleh je..yg penting suka..oklah kite teruskan dulu pada resepi sponge cake...


Sponge Cake
Sumber:Buku Resepi/Alex Goh


Bahan (A):
4 biji telur (gue guna telur gred B)
120g gula kastor
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan (B):
110g tepung (gue guna tepung gandum,diayak)

Bahan (C):
70g mentega cair (gue guna minyak masak je)


Cara:
1.Pukul bahan (A) hingga ringan dan gebu.

2.Masukkan bahan (B) dan sebatikan dengan rata.

3.Masukkan (C) dan gaulkan.Warnakan adunan.Bahagi kepada 2 bahagian.

4.1 bahagian adunan di bakar dalam loyang bulat 8" inci (yg ni utk base ais krim)
    selama 20 minit pada suhu 175'C.

5.1 bahagian lagi dibakar dalam loyang empat segi 8"x8" (yg ni untuk alas tepi)
    selama 20 minit pada suhu 175'C.

*Setelah kek masak,segera keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
*Kek ni sangat lembut dan gebu,jadi tak perlu bagi baking powder dlm adunan.


Naa..siap sudah buat sponge cake kan..so skarang kita siapkan pulak bahan-bahan yang lain untuk membentuk kek ais krim.

Bahan Kek Ais Krim
Sumber:Rahel

1.5 liter ice cream vanilla (pilihan)
50g coklat masakan,disagat
16 keping biskut oreo yg sudah dibuang krimnya,potong kecil2

Sponge Cake
acuan spring foam 8",lapik dasarnya dengan kertas plastik

Cara:
1.Ambil kek yang dibakar tadi dalam loyang bulat 8",letak dalam acuan spring
   foam 8".

2.Kemudian ambil kek yang dibakar tadi dalam loyang empat segi 8"x8" dan
   potong ikut ketinggian tepi loyang,alas tepi loyang dengan kemas agar adunan
   ice cream tidak meleleh keluar.

3.Satukan ice cream vanila dan potongan biskut oreo,kaup balikkan,kemudian
   tuang ke dalam acuan yang berisi kek tadi,isi sampai penuh,taburkan coklat
   sagat di permukaan atas.Bungkus kemas dengan kling wrap,kemudian simpan
   dalam peti sejuk beku selama 6 jam atau sebaik-baiknya simpan semalaman
   baru hidang.




Selamat menikmati Kek Ais Krim Oreo..