Memaparkan catatan dengan label muffin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muffin. Papar semua catatan

Selasa, 26 Jun 2012

Mafin Pisang Bluberi

Selamat pagi dan salam manis kepada semua.Diharap kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu dalam rahmatNya.Agak lama jugak Rahel tak letak entry kek di sini..kesian blog satu ni..ditinggal-tinggal slalu.Oh ya..pagi ni Rahel hidangkan mafin pisang bluberi..sedap sangat mafin ni..korang boleh bayangkan inti dia..ada bluberi...

Mafin Pisang Bluberi
Sumber:Buku resepi Hidangan Roti Alaf 21

Bahan-bahan:
150ml minyak jagung
150ml susu segar
250g tepung gandum}
15g serbuk penaik}-diayak
130g gula kastor
100g telur
80g pisang ranum-dilecek

Inti pai bluberi secukupnya

Cara-cara:
1.Satukan minyak,susu,gula kastor dan telur dalam mangkuk.
2.Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.Kacau hingga sebati.
3.Tambah pisang lecek dan gaul rata-rata.
4.Tuangkan 1/3 penuh ke dalam cawan,sudukan inti bluberi.Tutup lagi hingga paras 2/3.
5.Bakar pada suhu 190'C selama 20-25 minit atau hingga masak.

Selamat menikmati Mafin Pisang Bluberi.

Rabu, 1 Februari 2012

Blueberry Muffin

Selamat malam semua..korang tengah on line jugak k? Malam ni awal lagi dah terasa mengantuk..tapi kena letak jugak resepi muffin blueberry yang sodap ni,so bolehlah korang cuba jugak..senang je nak buat tau..bahan-bahannya pun sangat simple..tapi hasilnya tersangatlah lembut dan enak..lagi2 ada inti blueberry,memang sedap la..


Okla,gue letak sini resepinya..mana la tau ada yang tercari-cari resepi muffin ni.

Blueberry Muffin
Sumber:Buku resepi/Chef Noraini Zakaria


Bahan:
250gtepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
150g minyak masak
150g susu segar/UHT
120g gula kastor
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A

Inti blueberry secukupnya

Cara:
1.Telur dipukul dengan garpu hingga sebati.Ketepikan.
2.Satukan minyak masak,susu segar,gula kastor,garam dan telur.
   Gunakan pemukul telur dan pukul adunan hingga gula larut.
3.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan.Tuangkan
   adunan telur tadi.Gaul hingga sebati tetapi masih kelihatan berketul.Terlebih
   gaul (overmixing) akan menyebabkan muffin keras.
4.Sediakan tin muffin.Alaskan dengan cawan kertas.Tuangkan adunan sehingga
   1/2 bahagian cawan.Letakkan 1/2 sudu inti blueberry.Tutup dengan sedikit
   adunan lagi hingga 3/4 penuh.
   Bakar selama 25 minit pada suhu 175'C atau sehingga masak.

Nota:Adunan ini menghasilkan 12 cawan muffin.


Selamat menikmati Blueberry Muffin

Khamis, 15 Disember 2011

Mufin Durian Kukus

Selamat petang semua..sesuai dengan janji pagi tadi..dah siap update resepi mufin durian kukus..so pada yang rajin mencuba tu..boleh la try petang ni kan..boleh jadi pelengkap hidangan petang..





Okes..resepinya Rahel letak aje kat sini...sila tengok-tengok ek..

Mufin Durian Kukus
Resepi:Rahel

Bahan:
250g tepung gandum*
200g gula kastor
2 biji telur saiz L,dipukul ringan guna garpu
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam halus
300g isi durian,dilenyek halus*
240ml minyak masak

sedikit pewarna hijau

Cara:
1.Ayak bahan bertanda* ke dalam mangkuk.
2.Kemudian masukkan bahan yang lain,kecuali pewarna hijau.Kaup balikkan
   hingga rata.Kemudian ambil 3 sudu besar adunan dan beri pewarna hijau.
3.Sudukan adunan warna asal ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
4.Beri masing-masing sedikit adunan hijau dipermukaan.
5.Kukus dengan api kuat selama 15 minit.



Selamat menjamu selera....daaaa..

Isnin, 14 November 2011

Cheesy Muffin

Selamat petang semua...pa khabar..dah siap buat kuih  utk minum petang? Rahel tak buat banyak kuih petang ni..buat mufin keju je utk minum petang.Oh ya..hari tu Rahel ada share satu resepi mufin keju gak kan..tapi yang tu resepi dari Chef Noraini Zakaria,memang sedap lemak mufin tu.

Untuk petang ni..Rahel try pulak resepi mufin keju dari Agnes Chang,memang sedap jugak tapi kurang manis la..maksud Rahel..rasa tawar sikit.Time baca resepi tak prasan pulak yg kandungan gula dlm resepi tu sikit sangat..so ni la jadinya..tapi apa2pun memang sedap..cuma kena tambahkan sukatan gula lagi.


Oklah kawan-kawan..ini aje yang Rahel komen.... ini dia resepinya

Cheesy Muffin
Resepi:Agnes Chang

Bahan A:
250 tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
60g gula kastor
90g keju cheddar,diparut/sagat

Bahan C:
1 biji telur,dipukul sedikit
250ml susu segar
60ml minyak jagung

Tambahan:
50g keju cheddar,siparut/sagat

Cara:
1.Ayak bahan A ke dalam mangkuk.Kemudian masukkan bahan B.
2.Pukul bahan C guna hand whisk hingga rata selama 1 minit.
   Tuang ke dalam campuran tepung dan gaul rata.(jangan terlebih gaul).
3.Sudukan ke dalam acuan muffin yang dialas paper cup hingga 3/4
   penuh.Taburkan keju parut di atasnya.
4.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit
5.Setelah masak,angkat dan hidang.


Selamat mencuci mata...

Selasa, 8 November 2011

Mufin Keju

Selamat malam...jumpa lagi di sini..pa khabar semuanya? udah tidorke? Kali ni Rahel nak share pulak resepi mufin keju yang sodap ni,resepinya Rahel ambik dari buku resepi..jadi jom tengok apa yang perlu disiapkan untuk membuat mufin yang sangat sedap ni..


Oklah kawan-kawan..seperti biasa,sebelum keluar..Rahel share dulu resepi mufin kat sini..resepi sesuai dengan yang tercatit dalam buku resepi..tapi Rahel ada letak blueberry filing kat tengah2 mufin & memang sedap...

Mufin Keju
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan:
250g tepung gandum
150g minyak masak
150g susu segar kotak
70g keju cheddar}
50g keju cheddar},diparut
150g gula kastor
13g serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 biji telur gred B-dipukul

Cara:
1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk
   adunan.Kacau hingga sebati.
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk-
   kan 70g keju cheddar.
3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga
   sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing)
   akan menyebabkan mufin mengeras.
4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke
   dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan.
   Bakar selama 20 minit hingga mufin masak.


Selamat mencuba ..

Selasa, 1 November 2011

Mufin Pisang Coklat

Salam manis buat semua rakan-rakan yang sudi singgah jengah dapur Rahel.Apa khabar semua pagi ini? sihat k? harap semua sihat dan ceria selalu ye..Pagi ni Rahel kena hidang mufin pisang yg sodap sangat..lembut dan gebu je..


Untuk pengetahuan kawan2..resepi ni Rahel ambik dari buku resepi kuih kukus Chef Hanieliza..comel-comel kan mufin ni? pertama cuba terus menjadik,mekar setaman pulak..ada macam apam kan? hehehe..


Oklah kawan-kawan,seperti biasa..tuan tanah akan share aja resepi mufin pisang coklat kat sini..pas ni giliran kawan-kawan pulak mencubanya ye?


Mufin Pisang Coklat
Resepi:Chef Hanieliza

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
garam secukup rasa

Bahan B:
1 cawan pisang emas (sudah dilecek)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur (dipukul sedikit dengan garpu)

Cara:
1.Ayakkan bahan A ke dalam mangkuk.
2.Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata.
3.Masukkan ke dalam acuan kecil.
4.Kukuskan selama 20 minit ataupun sehingga masak.
   (Rahel kukus 15 minit je).

Selamat mencuba..semoga berjaya..daaa..

Ahad, 21 Ogos 2011

Banana Muffin




Banana Muffin
Sumber:Rahel 

Bahan:
3 buah pisang ranum,saya guna pisang rastali
9 sdb gula pasir
1 1/2 cawan tepung superfine/tepung gandum}
1/2 st serbuk penaik}
1/2 st soda bikarbonat},ayakkan
2 sdb minyak jagung/minyak masak
1 biji telur gred A
1/2 st esen pisang
sedikit cip coklat untuk tabur

Cara:
1.Panaskan ketuhar 165'C selama 15 minit.Siapkan loyang muffin dan lapik dg paper cup.

2.Satukan pisang dan gula pasir,hancurkan guna garpu.

3.Masukkan telur,tepung,esen pisang.Gaul rata.Tambahkan minyak.Gaul rata.

4.Sudukan ke dalam papercup 3/4 penuh.Bakar dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 165'C.



Selasa, 16 Ogos 2011

Mufin Pisang

Mufin lagiiii...sebenarnya ni gambar mufin pisang dari blog Rahel masak apa? Kalau ada yang mo try boleh tengok resepinya di sini  


Enjoiii..