Showing posts with label Rakan blog. Show all posts
Showing posts with label Rakan blog. Show all posts

Sunday, February 7, 2010

Gadering at Sri Iman Part 2

Salam rakan2 semua..seperti yang dijanjikan ratna n3 beberapa keping foto semasa majlis hari tu...Acara utama sure acara makan2 dan sembang2 termasuk posing2...dan yang paling kemuncak acara exchange gift...siapalah yg dapat eg dr ratna yea..hasil lukisan folk art tu..
gambar bawah (dr kanan..kak yan, kak ara, anaknya dan aidura)
kak NJ, kwn eija (maaf nama lupa) dan eija


Inilah dia tetamu bertuah yang dapat eg dr ratna


ratna pulak dapat eg dr eija

kat bawah ni ada beberapa foto yg ratna sempat tangkap. setiap gambar ada cerita disebaliknya...tara...








yang last ni...cik puan eija begitu gembira mendapat goodies dr Aidura (hasil kreativitinya sungguh mengancam..kalau tak percaya cuba buka sini

oklah kawan2..sampai disini dulu..bye.

Sunday, January 24, 2010

Gadering Blogger, English & Antic Zon Selatan at Setia Tropika

Jemputlah masuk ke dalam...pintu telah terbuka...
di No. 2, Jalan Setia Tropika 3/20, Taman Setia Tropika, Jalan Kempas Baru, Johor Bahru, Johor

Salam rakan2 blogger semua..dengan berbesar hati Ratna nak jemput rakan2 blog yang berada di sekitar JB untuk bertemu dan berkenal-kenalan dalam perjumpaan simple di rumah Ratna di Setia Tropika pada 31 Januari 2010 antara jam 12.00 hingga jam 3.00 ptg.


Jemputan ni adalah rentetan dari permintaan adik2 yang teringin nak ke rumah hujung minggu ratna ni. Maaflah kalau rumahnya macam rumah tinggal sebab ratna tak duduk sini jadi kemaspun sekali-sekali je..apa2 pun ratna harap dengan majlis ini nanti kita akan dapat lebih saling kenal-mengenali..


Kepada sesiapa yang berminat harap dpt sahkan kehadiran dengan pengurus lawatan (Pn. Eija from eijacottage) melalui sms 0167525078 untuk tujuan logging (maaf, penginapan tidak disediakan).
Juga boleh confirmkan kehadiran dengan ratna (sms ke 019-7501700) sebelum Khamis 28 Januari 2010.
Da...jumpa di sana bye..





Monday, January 4, 2010

Kunjungan Eija ke Bandar Baru Uda dan Koleksi Antikku

Selamat malam rakan2 blog semua. malam ni walaupun dah lewat, ratna gagahkan juga mata untuk entry blog sebab baru happy bersama cik puan eija from eija cottage si toke pelita kita yang tersohor di seluruh malaysia. macam biasa ratna akan ajak member2 yang minat english dan minat mengumpul barang antik ni untuk bertemu dgn eija.

Di rumah harian ratna, jalan padi malinja 12, bandar baru uda
(eija, jiha, shima, ratna)
nampak tak teko dan cawan antik tu..hah..special untuk tetamu khas eija. buat yang jelous tu..malam ni eija dan kwn2 dpt mkan keropok terengganu, buah anggor dan aiskrim je tak ada kambing golek dan lain2 gorengan..kalau nak nanti kita gender2 kat setia tropika yea...
Posing lagi sekali di sudut 2 kerusi jati
Ha..inilah koleksi teko dan cawan antik yang eija dah test tadi..
Pinggan makan
(tak tahu nak panggil bunga apa. kalau tanya mat gebu tahu kot..tolong namakan cik mat...)

Piring cawan bunga ros 3 kuntum

Piring cawan bunga rose 2 kuntum (nama yang ratna cipta sendiri)


cawan kopitiam ni, shima yang kirim ratna untuk belikan di kluang. minggu lepas balik rumah mak di kluang baru belikan.

macam biasalah...beli barang kiriman orang terjumpa barang lain dan terpaksa rela untuk beli...enamel yang ratna minat dan tengah gian nak kolek..jelous tengok orang lain punya colection. periuk 4 tingkat ni datang satu set. kata toke tu dia ada 3 set je, 2 dah kena jual tinggal satu je yg ada..tp dah ada kwn booking lak lah...itupun kalau ada rezeki dia..(jelouslah tu...). Bye..jumpa lagi di lain post.



Monday, December 28, 2009

Sepetang bersama kak ina

Salam rakan2 blog semua..petang ni ratna sempat meronda dengan seorang jiran (kak anim, bbu) ke rumah kak ina (yg pernah masuk majalah anjung seri). sebenarnya kak ina byk jual barang hasil dari kreativitinya sendiri..nak tengok apa yg ratna dah beli....jom layan..



di hadapan rumah kak ina



kak inapun ada jual faux cake. yang ni cake besar...saje nak tayang..

(kak anim, ratna dan kak ina)



ni pula koleksi beg tangan bantal hiasan yg kak ina jual. saje posing sorang satu..wat promosi ni kak ina...



sempat tangkap brg yang kak ina jual kat rmh dia...
bakul sampah pun ada penutup. biasa org jual tak de tutupkan..bila dah bertutup mcam cup cake pulak kan...he3



zoom in bantal hiasan berbentuk beg. sesuai letak kat kerusi mcm ni kot..



ha..ni bantal panjang saiz giant..terpanjang di asia..acah je..yg ni ratna beli sebab berkenankan corak countrynya....gambar rumah2 dan kebun2...(kain beli kat singapura). cdg nak letak kat sini..atau kak ina kata kat atas katil..buat sementara letak kat sini kot.




bantal kecik nipun ratna beli tadi..tambah koleksi...



bantal terakhir yg ratna beli tadi..



cuba2 letak kat kerusi jati ni..tak tahulah sesuai ke tidak yea kwn2...



nilah sebenarnya kereta sorong yg ratna tempah dr kak ina. ambik barang ni terambik sekali barang lain..biasalah tu kan..kalau dah berkenan...kereta sorong ni bakal dicat putih dan dimake-up oleh tuannya...tunggu...
kalau ada sesiapa yg ada terbekenan barang2 yg kak ina jual sms kat ratna..nanti ratna tolong panjangkan hajat kalian...bye..

Tuesday, December 22, 2009

Sepetang bersama Eija Cottage

Salam semua..petang yang bertuah ni ratna dapat bertemu dengan rakan blog yang pertama..eija cottage yang menjual pelita..atas jemputan kawan (shima). Bertemu di restoren remaja makanan laut, bandar baru uda. Pas ni.. eija & shima nak gender2 pg rumah ratna kat tropika..n nak ajak kwn2 di sekitar jb..nanti ratna arrange kan yea....maklumlah nak sembelih lembu ni..nak pasang khemah kot...acah je..


shima, ratna dan eija

beberapa pelita yang dibawa oleh eija..ratna dah ambik 3, shima ambik 6 you...