Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label Geng blogger. Show all posts
Showing posts with label Geng blogger. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Ramadhan bakal menjelma,Jomm shopping Online

Anggun Solehah Shop



Daku pernah beli jubah dan tudung dengan peniaga online ini, usahawanita ini jua menjual pelbagai barangan tuppaware, biskut raya dan macam-macam lagi. Berminat? ala.... tak payah susah2, klik jer gambar diatas. Kalau nak cuci mata di FB sila ke https://www.facebook.com/anggunsolehahshop

HAPPY SHOOPING

Sunday, June 30, 2013

Satu penghargaan bila Dato Siti Nurhaliza mencuba resepi di blog Citarasa Rinduan

Instagram Dato Siti Nurhaliza pada jam 7.34 (30 Jun 2013)

(Daku copy semula Ayat Dato " Disinilah Ct dapat resepi puding oreo...siapa-siapa nak cuba silalah, thanks You Very Much ruhayurazali. luv it!)

Alhamdullilah, sebenarnya sudah hampir sebulan blog CR tidak bernyawa, kengkangan masa buat daku terpaksa membiarkan blog CR tanpa entry dan resepi baru, Syukur, kuasa Allah malam ini ku terima berita gembira. Buat Dato terima kasih kerana sudi mencuba resepi puding Oreo Bercoklat, klik SINI untuk sahabat- sahabat yang lain ingin  cuba membuat puding oreo ini.

Terima Kasih Allah, terima kasih kepada sahabatku blogger Jaja dan blogger-blogger yang memberi tahu akan berita terbaru ini, Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian.. Syukran!!

(thanks Jaja kerana sudi copy semula ke whatapss Ayu)


Monday, May 27, 2013

Kisah ke kenduri perkahwinan sepupu blogger Elly

Mukadimah? Opkos aku cerita tentang nasi minyak yang tersangatlah lazat. Serius memang aku dah kosongkan perut sejak di CR, jadi jam 12 tengahari jumpa nasi kenduri daku makan tanpa malu2. Bahahhaha
Kemudian aku cerita pula tentang tuan rumah yang mengundang daku ke majlis ini, (yang berbaju dan bertudung warna peach itulah ibu pengantin) Tahniah makcik sebab dapat menantu. Orang perak ko.. hensem pulak pengantin baru, kebetulan saat aku makan, pengantin lelaki sedang berarak ke rumah pengantin. Aku suka!!! Nampak depan mata.

Kalau korang nak tau, aku dapat 2 kad undangan untuk majlis ini. Satu sampai ke CR satu lagi sampai ke kediaman kami, dan paling special mestilah aku dapat undangan khas dari blogger Elly Nadyra (beliau pernah sampai ke CR, puas aku belek di blog Elly, mana entah entry beliau ke CR bulan febuary 2013)

Inilah penemanku pada majlis tersebut, Umai dan Cosinnya Aimi, depa berdua nie asyik usya khemah photo   booth jer,maklumlah ada pelbagai coklat, gula-gula dan macam2 props yang cute hasil tangan/kreatif blogger Elly dan cosin2 mereka.. Cantikkan? kalau nak tahu betulkah kak Elly punya idea? mai baca kisah di sini

Tara!!!!!!!!!!!!!
Inilah props yang mereka suka, layan.. Mujurlah handphone daku masih okey2 lagi, sekarang nie dah nyawa2 ikan.. sabar jerlah. Mahu rosak pertengahan bulan pulak, mana aku ada wang lebih? Harus berganti ke Note 2 ker 3?? auwwwww..
Inilah saat kegembiraan budak-budak dimajlis perkahwinan cosin blogger Elly, syokk sangat. Zaman aku masa budak2 kecik, dapat telur pinang dah cukup bagus dah, bunga manggar bling2 dapat sebatang sukanya macam dapat gula-gula 2 biji. Hahahhahah

Bukti daku dapat bersua blogger Elly (walaupun kak Elly macam ada sikit2 lupa wajahku, Heheheh) kak Elly, thanks tau. Sepatutnya kedatangan Ayu dengan blogger GB. Namun apakah daya, dan KALAUlah GB ada kompommmmm gambar yang cun2 pasti tersiar di blog ini. kannnnnn

ps: Apapun selamat pengantin baru buat sepupu Kak Elly dan suaminya, mudahan kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.
Jua, buat kak ELLY dan suami, happy aniversarry ke 12 tahun. Moga berbahagia selamanya

Sunday, May 19, 2013

Resepi Ais Blended Strawberry


Cuaca panas beberapa hari ini buat daku yang kesibukkan di kedai agak kepanasan. Memasak dan membuat air. 90% masaku berdekatan dengan bahan api. Wow!! air peluh deras ooooo...

Kalaulah dapat minum ABC kah!, cincau kah! Ais Blended kah! syokkkk ooooo.
Dan macam dirancang-rancang sahaja, adik iparku baru pulang dari Cameron Highland menghantar beberapa cendermata
Tara!!!

Syukur alhamdullilah, banyakkan.. Terima kasih Siti Hamizah Jamil. Moga murah rezekimu.
Tanpa buang masa, sebelum buah strawberry rosak, molek daku buat sesuatu. Hasilnya, seperti kehendak asalku, ais blended. TITIK. Bahahahhahaha

Jom, semak resepi
Bahan-bahannya

4 Biji Strawberry
1 cawan susu cair
2 sudu gula pasir
6 ketul ais
Hiasan : coklat rice berwarna warni

Cara menyediakan

  1. Masukkan susu cair, ais dan gula kedalam blender, blender hingga hancur.
  2. Masukkan buah strawberry, blander sekejap sahaja.
  3. Masukkan dalam mangkuk, dan hias mengikut kreativiti anda.
  4. Selamat mencuba




Horey!! stok banyak dalam freezer, esok-esok boleh minum sampai kenyang. Hahahahhah.

PS: masih kesuntukkan masa untuk berlamaan dilaman sosial, maafkan daku sahabat. Doakan daku sejahtera selalu ya, moga kalian juga baik2

Tahniah buat blogger SINAR RAUDAH dan suami diatas kelahiran zuriat sulung lelakinya pada 19 May 2013. (ku perolehi berita gembira ini dari beliau melalui SMS handphone) Beliau masih berada di hospital. Doakan supaya beliau dan baby cepat dcaj ya.

Wednesday, April 10, 2013

Bertuahnya

Cenderhati yang didatangkan dari bumi kenyalang.. Seriuss... ianya amat bermakna buat diri saya.
Tersusun indah FM dari luar negara juga adalah cendermata dari sahabat blogger yang sudi mengingati diri ini.
Terima kasih buat kesua-dua sahabat blogger tersebut.

Jujur.. bertuahnya saya.

Thursday, January 17, 2013

Blogger Sunah Sakura ke CITARASA RINDUAN

Durian Sarawak diterbangkan dari bumi kenyalang. Rata-rata entry WW semalam dan komen sahabat fb, tidak mengenali raja buah tersebut..Sebenarnya aku pong tak pernah jumpa!! jakun sekejap. Hahhahahha

Dan, kebetulan kunjungan blogger Sunah Muhamad ke teratak dan CR, dengan ole-ole durian dan 3 helai kain tudung pesanan online dariku. Akhirnya daku dapat merasai durian dari kampung beliau. Terima kasih Sunah

Kalau korang nak mengenali lebih dekat lagi durian Sarawak, korang klik SINI, blogger Sunah ada jawapannya. Kalau ikut tekak aku, rasa durian tidak lemak, tidak pahit, bijinya berwarna gelap dan baunya juga kurang. Bagi bukan peminat tegar durian. Korang wajib rasa durian kuning Sarawak.

Sejak jam11.30 pagi hingga jam 6 petang Sunah di F Sg Sayong, aktivitiku bersama beliau adalah bermain didapur, sempat menguli donut. Ku bekalkan donut dan roti manis buat Sunah dan rakan serumahnya di UTM. Sempat juga Sunah merehatkan diri, maklumlah perjalanan dari KL- Johor bukannya dekat.

Aktiviti shopping di pasar rabu tidak ketinggalan, setiap hari rabu, di Bandar tenggara seminggu sekali para petani berniaga. Dapatlah si Umai kakak angkat sementara lihatlah mereka berdua, seperti adik beradik bukan?, Sunah!!! kak Ayu winduu kamu.

Walau sekejap, walau beberapa jam bersama beliau, buatkan waktuku dipenuhi cerita dan kisah yang pelbagai.

Moga tak serik, moga ada izinNya, datanglah lagi ke CR, Kak Ayu sentiasa nantikan kunjungan kamu bersama blogger yang lain.

Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday : Buah apakah?

Kunjungan seorang blogger ke CR pada 16 Jan 2012..

Raja segala buah, orang belah sabah sarawak pasti kenal..

Tuesday, January 8, 2013

8 january Birthday Cik Mat Gebu


Khas buat CMG pemilik blog tiffinbiru.com yang tersangat onsemmmmmmmm...
Happy Birthday ke 37 Tahun, moga diberi kesihatan yang baik-baik, moga sentiasa diredhai dan bahagia selalu, Ayu mendoakan agar ketemu jodoh yang solehah, Amin...

Jua buat adik lelakiku Muhamad Shahrul Nizam Bte Ab Rahman, yang menyambut hari kelahirannya pada hari yang sama ke 19 tahun, Kak Ngah mendoakan moga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan.

Buat, Shahida isteri blogger Eelobor, Suzita Kadir, Ahmad Safari (sahabat PSP Penang) dan sahabat FB Ain Ju's , Vhida dan sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 8 January. Happy Birthday, May Allah Bluess U.

PS: mengulangi kisah tahun 2011.. tahun ini, tidak dapat membuat kejutan untuk sifu masakku, Maaf CMG.. u the bestt

Monday, December 17, 2012

Rezeki kami bertemu di teratak Blogger Salina

Saat yang tidak dapat dilepaskan dengan begitu sahaja, pelawaan blogger Salina (teratak hati) untuk bertemu ke majlis putera sulung kesayangnya pada malam 16 DEC 2012 membuatkan saat malam tersebut yang indah-indah sahaja

Pada awalnya aku tidak dapat menghadirkan diri, namun apabila blogger RINA yang dari jauh menerima pelawaan tersebut, ku ada keberanian untuk memandu dimalam hari. Dan akhirnya kami bersatu di bandar Tenggara, Kota Tinggi.

Happy birthday Hakim, saat memotong kek XXXL buatan ibu Hakim... (tak sangka Salina pandai mendeko kek, cantik dan sedap
Sebelum kek kena potong, dan triffel dihabiskan dengan cepat, sempat juga aku merakamkan gambar dengan tangkas. Horeyyyy

Nasi tomato yang nyami dan mee hoon goreng, jua kesemua juadah hari lahir Hakim dibuat oleh Salina sendiri atas bantuan MIL beliau.. Cayalahhhhh

Nyamiii.. sedapppp
Risya dan Umai, yang lagaknya dah macam adik beradik, Maaflah Risya.. Umai suka buat gadget kamu macam haknya sendiri.... Hahhahah

Harus juga ibu Risya dan Ibu Umai berposing bersama, bak kata Ibu Umai, sebelum make up kita cair (walahemahnya kami memang tak bermake up, tapi nak kontrol wajah sebelum makan kesemua masakkan Salina yang terhidang atas meja)

PS: moga ukhwah kita kekal selamanya. Insyallah

Tuesday, December 11, 2012

Terpaku daku...


~  The Beginning  ~

Sweetnya bila memandang telatah sicomel dalam header blog tersebut.. Aduh.. kalau si anak secute macam itu, opkoslah si ibuayahnya lagi cute, kannnn....

Jom kekawan, kita beri semangat buat blog baru itu untuk berblogging... (macam biasa lah, pi klik gambar kat atas nun)

PS: ada entry khas buat daku pulak tu, wahhh!!! terima kasih ya... daku bukan sahaja terharu, malah terpaku tak boleh nak kata apa dahhhh..

Monday, December 3, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Kak Yati Sinar Kehidupanku




3-12-2012, hari ulangtahun kelahiran blogger yang lemah lembut, mempunyai jiwa keibuan yang bagiku terlalu menusuk dikalbuku, dari renungan matanya dan tingkahlakunya ku tahu beliau seorang blogger yang sangat dekat dihati pembaca.

Buat Blogger Sinar Kehidupanku, moga dipanjangkan usiamu, moga dimurahkan rezeki jua berbahagia bersama keluarga tersayang.

(gambar yang ku ambil dari blog beliau, bersama suami tersayang dan anak Ben Ashaari (Qhaliff) di teratak CMG)


PS: jua buat sepupuku Mohd Fikri, sahabat FBku, Mia Kiff Azlisha, Norsiah dan Noor Kadijah yang menyambut hari istimewa pada hari ini, Happy Birthday.. Moga kalian diberkati

Saturday, December 1, 2012

(ENTRY PENUH) Jelajah Blogger KL - Selatan


Alhamdullilah, akhirnya hasrat Blogger Akuzle Ayu (salah seorang ahli kelab Kita-kita Aje) untuk berkunjung ke selatan akhirnya terlaksana, 1 Dec 2012, adalah tarikh yang beliau nanti-nantikan, daku di selatan menerima selebarnya gerbang pintu untuk menyambut kehadiran mereka.

Photo: Kami semua di teratak Che Mat Gebu, Dapur Tanpa Sepadan.. Terima kasih semua.. Moga jumpa lagi semua <3

Teratak CMG di Sedenak, Kulai, Johor menjadi saksi, daku terlewat sedikit dari masa yang ditentukan, namun syukur kerana blogger Selatan berkonvoi bersamaku untuk ke Sedenak...

Kredit untuk kesemua blogger yang terlibat

Blogger KL yang terlibat adalah:

  1. Blogger Akuzle Ayu, Abe Zam, Anak-anak dan anak saudara Kak Ayu
  2. Blogger Daddy Ziyyad, Fiza dan kedua ZZ
  3. Blogger Riben Merah

Blogger Selatan yang terbabit adalah


  1. Blogger KakZakie dan ketiga-tiga puterinya
  2. Blogger Cik Mat Gebu dan keluarganya
  3. Blogger Nur NBA
  4. Blogger Rina dan anak-anaknya
  5. Blogger Gadis Bunga (asalnya beliau adalah blogger KL, namun rezekinya diselatan, akhirnya menjadi keluarga Blogger Selatan)
  6. Blogger Sis Lin
  7. Blogger Oh Oeya dan anaknya
  8. Blogger Salina (teratak hati) dan Hakim (anak)

Blogger Popular yang sudi meraikan gathering ini adalah

  1. Blogger Ben Ashaari, Qhaliff dan Zla.

Terima kasih buat semua yang terlibat secara lansung atau tidak, ku mengambil kesempatan memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa dan terlepas kata-kata, moga ukhwah kita kekal selamanya. In Shaa Allah.

Photo: Di teratak Che Mat Gebu, Dapur Tanpa Sepadan :-)
(blogger Akuzle, Daku dan Blogger Oh Oeya)

ps: Entry tanpa Gambar, gambar akan di tambah apabila mendapat belas kasihan dari blogger yang terlibat dalam edisi Jelajah ini (daku tak membawa kamera, apa pun tak boleh)

Dimanakan blogger Zakie?


Salah seorang blogger Johor yang ingin ditemui oleh blogger KL sudah semestinya blogger KakZakie, blogger yang amat lemah lembut, rajin singgah ke blog kita-kita Aje, dan semestinya seorang blogger yang sangat dekat dihati...

Kalau korang terro, carilah sendiri dimanakan blogger KakZakie pada kedua-dua gambar dibawah?

( Kredit to blogger Oh Oeya)

(kredit to blogger Nur Nba)

PS: Hadiah?? ada!!

Gathering blogger KL ke Johor (Teratak Mat Gebu)



Syukur, pada jam 1 Tengahari  1 Dec edisi jelajah ke selatan yang selama berbulan-bulan di rancang oleh seorang blogger KL untuk bertemu secara nyata dengan beberapa kenalan blogger selatan akhirnya tercapai jua.

Siapakah blogger KL yang merealisasikan impian menjadi nyata?

Siapakah pula blogger johor yang berjaya ditemuinya?

Jua, betulkan blogger popular turut serta?

Entry selanjutnya selepas entry ini.


Ps:
rasa seakan mimpi.. namun ku tahu ianya reality, terima kasih buat tuan rumah iaitu blogger Cik Mat Gebu yang sudi menerima kunjungan kami.

Friday, November 30, 2012

Picasa Album Penuh, aku binggung!!


Dup...dap...dup... dapppp
Dadaku jadi penuh...
dadaku mahu meletop, dek gara-gara blog daku kepenuhan gambar.

(kredit to en google)

Gitulah, suka benor upload gambar banyak-banyak, last-last satu entry pun tak boleh nak ku taip hari ini, alhamdullilah..

Berkat doa dan ku jenis tak reti diam bila sesuatu berlaku, terus aku meluru tanya blogger yang pernah menghadapi masalah sepertiku untuk memuat turun gambar di setiap entry.

Blogger Azie Azah membantu, blogger Murni juga membantu, akhirnya bergoleklah aku ke blog sahabat yang ini.. Qaseh Honey terima kasih sangat2 kerana memberi tunjuk ajar tutorial untuk memudahkan daku berblogging semula.

Kalau blogger lain menghadapi masalah yang sama, klik gambar blog beliau ya..
Qasey Honey
Dan. terima kasih buat blogger Nur NBA kerana pujukan beliau dalam whatsApp, membuatkan jiwaku tenang.. Awak, esok kita gather-gather di SEDENAK ya..

PS: ada blogger yang ingin meramaikan edisi jelajah blogger KL ke Selatan? sila klik blog AKUZLE

Thursday, November 29, 2012

Masa untuk ?


Sejak minggu lepas ku banyak terlepas entry kawan-kawan blogger.

Memandangkan malam nie daku free... masa untuk BW ke blog kalian ku ingin lakukan.

(jika ku tak sampai, tolong ingatkan ya)

Monday, November 19, 2012

Bertemu blogger Linda Maniss buat kali kedua dan blogger Kasawari untuk kali keberapa entah?


Kalau korang baca entry yang ini korang pasti terkejut kerana buat sekian kalinya diri ini bertemu untuk 2 hari berturut-turut dengan blogger Linda Manis. 
Kali ini rezeki kami bukan hanya bergathering berdua, namun ditemani anak-anak blogger Linda yang cantik manis seperti uminya juga..

(berdiri dari kanan, blogger Kasawari bersama anak-anak blogger Linda Manis,
duduk kiri Cikgu Linda, CR dan Blogger Linda Manis)

Bertambah meriah dan ceria 4 Muharam 1434 H di Citarasa Rinduan apabila kunjungan dari blogger Kasawari bersama isteri tersayangnya Cikgu Linda, malah dibawanya juga seorang sahabat dari negara Iraq.

(blogger Linda, Cikgu Linda, anak-anak Linda Manis dan Pak Arab)

Terima kasih daun keladi buat mereka yang sudi bertandang ke CR, walaupun sekejap sebab masing-masing ada hal. Namun ianya meninggalkan kenangan yang sangat bermakna buat diri ini khasnya.

Gelagat kandid dari lanser kamera Blogger Kasawari yang hingga kini tawaku masih bersisa adalah:

  • Linda dan Azman fasih berbahasa English, malahan kami juga belajar berbahasa Arab, aku?? terlopoh sahajaaaaaalahhh


  • Terpinga-pinga aku tak faham, Linda tertutup-tutup mata tanda dia memahami dan asyik dengan suara pak Arab ituuu. Huhuhuhu (habis aku kena piat kat peha oleh Linda)


  • Mula-mula kami seriuss

  • Ku gelak tak hingatttt, sampai kedua-dua Linda ketawa geli hati...

  • Suka yang amat, hingga tak kering gusi kami gelak...

  • Soal jawab blogger Linda buat diri ini, hingga tekanan telah ku lepaskan pada tiang yang tak bersalah ituuuuuu.. huhuhuhuu (mujurlah ada kamera dari Azman, buat kenangan kami)



PS: Kredit to Blogger Kasawari a.k.a Azman Ahmad diatas gamabr-gambar yang disyerkan di FB, juga ucapan ribuan terima kasih atas kenangan yang terindah di pagi hujung minggu 18 Nov 2012