Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Muffin Pisang Choc rice

Banyak benda nak cite akhir2 ni. tp xsempat2 nak post. insyaallah sikit2 nanti. ni masukkan dulu menu minum ptg kami hrni, ni kes nak perabiskn pisang setandan yg dpt dr kg. dapat ilham dr blog k.hana, kebetulan bhn2 semua ade, terus je buat. Resepi asal dr mamafami, ni CnP dr umh k.hana leh tgk linkne kt sini muffin pisang choc rice. Suke bila muffin ni merekah tang atsnyer..baru ade crunchy sikit rasenyer. Okey mintak izin salin resepi disini yer..

Bahan-bahan (11saiz muffin sederhana)

1 3/4 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 biji telur- hana buh 2 biji size S-emi buh 1je
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan yogurt plain-emi gnti dgn susu segar
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan pisang lenyek
3/4 cawan chip coklat - ganti choc rice segenggam

Cara-cara

1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. 2. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
4. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit.

Friday, February 19, 2010

Oreo Cococrunch Muffin

Salam..ohaiyou~dah brkfast ke?hrni makan muffin sbgai bfst. Mood kureng sikit hrni bdn kurang sihat dr smlm. So xde nk cite pnjang jom layan muffin gabungan cmpuran bhn2 yg dah tinggal sikit ni yer. antaranyer emi bubuh white choc chip, cococruch versi bulat dan biskut ala-ala oreo..cuma emi terlebih ltk air pulk ptut 120gm jer..xpla jdi pedoman akn dtg.tu yg agk terbntut jer muffin ni. nasib rase msih ok. Ok,jemput mkn semua..cpat2 sebelum iman habis kn ni..hihi iman ke?

Bahan-bahan
Bahan A
170gm tepung gandum
2sk baking powder
1/2sk garam
Bahan B
1biji telur
65gm gula
55gm mentega cair
120ml susu
Bahan C
40gm white choc chip
40gm oreo-hancurkan
40gm kokocrunch

Cara-cara
  • Panaskan oven. Ayak bahan2 A.
  • Pukul bahan B dan masukkan bahan A yang diayak tadi sikit-sikit.
  • Kemudian masukkan pula bahan-bahan C. gaul sebati.
  • Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar suhu 190drjh selama 20minit.


Tuesday, February 2, 2010

Carrot Cup Cake (CCC)

Salam semua..lamenyer rase xbuat cupcake atau muffin. Memandangkan stok karot yg agak banyak dlm pti ais tu dan keinginan nk ghase carrot cake ni so hrni plan gak buat. Mmg best la kombinasi CCC ni dgn frosting cream cheese tu. Bg yang belum mencuba bolela mencuba yer..insyaallah xmenghampakan. tp bergantung gak la kat tekak msg2. Bg emi yg bru 1st time ghase carrot cake ni mmg sedap la. Kredit to Mr Mat Gebu atas resepinye..tp resepi ni emi copy dr umah k.hana..thnk you to both of u..mintak izin CnP resepinyer yer

Bahan-bahan
125 g mentega
2/4 cawan gula halus - klu tk suka manis leh kurangkan ye
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri-emi guna tepung biasa + 1sk baking pwder
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) - emi tk letak

Cara-cara

1.Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.

2.Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.

3.Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.

4.Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.

5.Note: klu wat cupcake, turunkan suhu 160 agar tidak membumbung kek tuh!

Untuk Frosting CreamCheese
125g creamcheese
60g butter
60g gula - leh kurangkan
sesudu kecil jus lemon - optional

> Pukul semua bhn hingga lembut dan gebu! sapukan ke atas carrot cupcake. kalau tak habih, bleh wat krim apa2 jenis swiss roll cake
cupcakeku berposing..hehe

versi cake pun ade..

Saturday, December 19, 2009

Cheese Cupcake

Selamat berhujung minggu..siaran tertunda..dessert ni buat smlm sekali dgn kek nyer. Lebih adunan buat versi cupcake dlm ramekin ni. dpt 2 biji. Adunan resepinyer emi guna resepi Slice cheese cake. Emi tgk resepi ni drpda Ros, mmg simple bhn2nyer n sedap resepi ni. Nnti emi CnP semula dientry seterusnyer bersama kek yg belum siap2 deco tu. Malas betul nk menyudahkan kek itu tp nk mkn gitu je xsedap pulak..Strawbery2 dlm "taman" tu pun dah naik lebam da..mm ok layan gmbr cupcake ni dulu yer..tp dah abis da.. ;)

Monday, June 1, 2009

Muffin Coklat Oreo

Buat tu minum petang harini..lembut jer..cume rse kurang manis sikit..pas tabur gula aising kt atasnyer tu ok la..nyum2x..resepi asal dari Ros@onigiri myr. Ni nk copy n paste yer..tq ros

Bahan-bahan ( sesuai untuk kanak-kanak )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula ( boleh dikurangkan 1/4 cawan gula jika tidak mahu terlalu manis )
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air suam (gnti dgn susu suam)
1/2 cawan minyak masak
Beberapa titik esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 keping biskut Oreo dicincang kasar


Cara-cara
  • Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan minyak masak, kacau hingga sebati. ( hanya menggunakan senduk kayu atau spatula)
  • Kemudian larutkan gula didalam air suam tadi dan curahkan dalam mangkuk adunan dan masukkan biskut oreo yang telah dicincang tadi, titik kan sedikit esen vanila serta kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
  • Sendukkan adunan di dalam mangkuk kertas, pastikan adunan kek hanya separuh acuan dan bakar pada suhu 170 darjah selama 15 hingga 20 minit bergantung pada saiz mangkuk kertas.

Sunday, May 3, 2009

Muffin Jagung Strawberry

Trainning3x..so harni la kemuncaknya.. Hari ni B ade perlawanan bola sepak kat Hiroshima.Pukul 430 pg tdi bertolak. Harap semua berjalan dgn baik.. perjalanan dan permainan. Semoga berjaya TT FC!! (Tokushima Tersayang Fan Club..lawak tul nama team hihi) bawa pulang kejayaan yerr!.


Bosan2 di pagi hari ahad ni buatlak pulak muffin. Tengok jagung tin lebih apam balik smlm ade lgi trus wat muffin. Deco sikit dgn cklat masak n strawberry. Yerr..Strawberry hasil kebun kecik ku itu..beberapa hari lepas dapat petik dlm 4 biji. So Resepi ni cuba2 je hasil godek2 resepi muffin sweet corn dr Mat gebu .

Muffin jagung strawberry

1biji telur
25gm gula halus
60gm mentega
80gm tepung gandum
45gm tepung jagung
1/2sk baking powder
60ml susu segar/susu tepung
130gm jagung krim
Cara-cara

  • Pukul mentega dgn gula, kemudian masukkan telur dan pukul lagi.
  • Ayak tepung ,tepung jagung dan baking powder.
  • Masukan selang seli dgn susu sambil kacau hingga habis
  • Masukkan dalam acuan muffin 3/4 penuh
  • Bakar pada suhu 180drjah 25 minit.
  • Sejukkan di atas redai. Piping dgn coklat masak dan tabur dgn strawberry yg dipotong kecik.

Saturday, February 28, 2009

Menu semalam & dessert hri ni..

Semalamnyer dinner masak ayam masak terayaki..jumpe resepi ni kt blog k.hana.. nmpak menyelerakan so try la..

TERAYAKI (masakan jepun)

Bahan-bahan:

5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tsp lada hitam di ketuk
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus


Cara-cara :

1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.
4. Hidangkan bersama nasi panas.

Plan harini nak wt kek coklat sempena esok n lusa adik ipar n mkayah mertua ku akan dtg..hehe.. time nk strt wt kek jer..alamak susu pekat abissSs daa..so godeK punyer godekK..jumpela resepi fendi my resepi ni..yg xguna susu pekat so try la..cuak gak mula2 nmpak adunan cairr jer.
Kek coklat

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A

1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B

2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Tarra..


Yg ni pulak muffin kopi yg di decorate bersama coklat n strwberry. dapat la jdi hidangan minum petang bersama mkayah mertua ku..


Thursday, November 6, 2008

cooking time..Resepi oktober

MUFFIN COKELAT
(Nak habiskn mentega cokelat)

Bahan2

1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
2 biji telur
1 cwn gula custor
2 sb butter
mentega cokelat /coklat masakan (150 gm)
2 - 3 sb susu cair/ssu tepung


Cara-cara

1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Dalam bekas berasingan campurkan telur dan gula kacau hingga sebati - tak perlu kembang.
3. Cairkan mentega cokelat atau coklat masakan dicairkan bersama butter. Kacau sebati.-kaedah double boiler
4. Masukkan telur ke dalam coklat sambil di kacau rata.
5. Campurkan tepung dan susu sedikit2 ke dalam bekas yg berisi coklat tadi dan digaul sebati.
6. Tuangkan ke dalam acuan/bekas muffin.Bakar selama 15-20 minit atau masak.
7. Tarraa....Siap untuk disantap..




CHICKEN CHOP SPECIEL
(4 my hubby besday..hepi besday hubby)

Bahan2

4ketul daging ayam tnpa tulang
sedikit tepung
sedikit garam
carrot/timun/brokoli

bhn kentang putar

2biji kentang
setgh cwn susu segar/ssu tepung
1sb mentega

bhn sos cendawan

3sb sos tomato
3sb sos cili
3sb sos tiram
3sb air rebusan aym/air biasa
sedikit cendawan

Cara-cara

1. Ayam dibersihkan dan dimasak atas non panstick. Biarkan 1/2 masak.
2. Balik2kan ayam atas tepung yg ditambah sedikit garam. Goreng seketika supaya tepung menjadi rangup. Angkat dan hidangkan.
3. Kentang direbus sehingga empuk. Lecek kentang hingga hancur.
4. Masak kentang bersama susu dan mentega. Susu letak ikut mane nak pekat kentang putar tu. 5. Hidangkan bersama ayam tadi.
6. Sayur-sayuran direbus. Timun dipotong utk dimakan bersama chichen chop.
7. Masak ke 3-3 sos dan tambah sedikit air(ikut kepekatan).
8. Masukkan cendawan dan msak seketika.
9. Tuang sos ke atas ayam tadi.
10. Sedia untuk dimakan..nyum nyum..