Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Sotong Mentega Rangup

Salam bersiaran..salah satu sajian juadah untuk hari ni. Ternampak kat umah k.hana tdi kebetulan mmg ade beli sotun mlm td so trus siap2kan bahan. xyah nk funing2 kepala pk nk masak ape. okey, tuan punye resepi ialah dr cik Mat ni copy dr umah kak Hana Kanazawa terima kasih ye buat penyumbang2 resepi..

Bahan-bahan
500 g sotong
1 pack tepung gorengan berperisa
1 putih telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar mentega
1 ulas bawang putih
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya

Cara-cara

  • Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengan paper towel. Ketepikan.
  • Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
  • Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.

Friday, February 26, 2010

Hot Honey Prawns

Errkk betul ke tajuk tu..suke suki je bg nme..xkisahlaa salah ke betul ye..Makan same2 dengan gulai tempoyak itew..sape yg belum mkn tu jemputla makan sekali layan dri senduk nasi sendri yer..saje buat sambal udang stail gini..main campur2 je..

Bahan-bahan
1mangkuk kecil udang-bersihkan
2sb serbuk cili/cili kisar
1/3biji bawang merah dan 2ulas putih di blend
2sb air asam jawa
1sb madu
garam secukup rase.

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
  • Masukkan pula serbuk cili yang dibancuh dgn sedikit air.
  • Masukkan udang dan air asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan madu dan sedikit garam. Masak hingga pekat.
  • Hidangkan.

Monday, February 15, 2010

Sotong Goreng Tepung

Lunch ape hrni?malaysia msih cuti lagi ni kan smpena CNY. Sini pulak asyik hujan jer 1mgu ni. Makin sejukk je rase. Okey..Menu tuk lunch hrni goreng sotun makan dgn tomyam. Lame gak xbuat sotun goreng tpg gini. Cuma xde sotong besar guna sotong tecik2 ni jer jdi laa, mkn cicah sos n mayonis. Simpel mimple je..tp klo nak tgk resepi gk leh check resepi ni

Bahan-bahan
Sotong dibersihkan dan lap dgn kitchen towel
1biji telur
tepung gandum
tepung katakuriko/tepung beras
sedikit rempah kari-option
baking powder
sedikit garam

Cara-cara
  • Sotong dibersihkan dan dilap dengan tisu.
  • Pukul telur dan golek2kan sotong.
  • Satukan tepung2 dengan baking powder bersama serbuk kari dan sedikit garam. Gaul rata
  • Panaskan minyak.
  • Celup sotong dr dalam telur tadi ke dalam campuran tepung.
  • Goreng hingga keperangan.
  • Sedap dimakan panas2 bersama sos cili dan mayonis.

Monday, January 18, 2010

Nasi Goreng Ketam

Gara-gara terliuq tgk rncgn mskkan kt tv jepunni asyik buat mkn2 ketam je so jumaat hrtu en hubby belikan kani(ketam) beso smpi 7ekor..hahaha leh mkn sampai pengsan pasni. 5ekor kani tu kami rebus tuk amik isinyer dan air rebusannyer tu buat nabe kani jumaat lps. Salah satu menu yg digunakan hasil isi2 kani tu ialah nsi goreng ni. Tgk cara msk yg kt tv tu guna miso kani yg fresh tu..leh tgk kt picture bwh dlm bowl merah tu..biasenyer kita akn buang bila siang/bersihkan ketam kan..tp org jpun sllu guna skli dlm mskn. ingtkn nk cuba la ltk..tp last2 minute xjdi huhu..xlalu tgknyer. kang xtermkn lak nsi grg tu. okey ni resepi nsi grg ketam yg ringkas sbgai dinner kami smlm..layann..

Bahan-bahan
nasi putih
isi ketam
1/4labu bawang besar-blend
2biji telur
1sb lada hitam
daun bawang
cili api potong-option
bawang goreng
garam secukupnya

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik aroma. Pecahkan telur dan kacau rata.
  • Masukkan nasi bersama isi ketam. Gaul sebati.
  • Kemudian masukkan pula lada hitam, cili, daun bawang dan garam.
  • Kacau hingga masak. Tutup api.
  • Hidangkan bersama bawang goreng. Sedap dimakan panas-panas.
Gambar kat bawah ni gambar ketamnya.
1. tgk besokan beza dgn tgn iman hihi..
2. miso ketam-lalu ke nak mkn??
3. Isi ketam yg dan dikeluarkan..cepat ngangaa..manis nie..
4. Penuh isi kat kaki ketam ni.

Dapat 1besen kecik isi2 dr 5 ekor ketam.1/2 hari bergelumang dgn ketam2 ni semata2 nk kuakan isinyer jer..pastu bila makan kena tutup mata menikmati isi ketam ni hhehe..sape nak??amik2..nk 1sudu?1senduk?sila2..

Saturday, January 16, 2010

Kani Nabe

Akhirnyer terasmi gk bekas nabe ku..semalam b blikn kani (ketam) memenuhi permintaan isterinyer ni. So mlm td kami pun plan tuk bernabe. Sejuk2 gini bila dpt bernabe mmg syok. Lagi2 klo dpt mkn rmi2 msti lg seronok kn.. Ni pun xlrt kami nk habiskn..NABE merupakan salah satu makan Jepun yg famous time samui (winter) ni. Ianye ala-ala steamboat yang mengandungi sayur-sayuran dan makanan laut yang direbus (ade juga yg buat guna dgg slice). Kuahnyer tu pulak boleh pilih dgn aneka macam jenis sup readymade. Emi guna air rebusan ketam dgn miso.

Thursday, December 10, 2009

Sotong goreng kunyit

Entry ni untuk slh satu menu dinner kami mlm td. Resepi yg mudah senang dan sedap. bg kami laa..kalo sape2 nk try sila la tgk resepinyer ni yer..

Bahan-bahan
2 ekor sotong saiz besar-bersihkan dan potong
1/2 labu bawang besar-diracik halus
4biji cili api-lagi byk lg sedap
1sk serbuk kunyit
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara
  • Gaulkan sotong dgn serbuk kunyit dan perap seketika.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
  • Masukkan cili dan sotong perap tadi dan masak seketika.
  • Tambah garam secukupnya. Pastikan sotong xdimasak lame untuk elakkan dr liat. memadai dlm 1minit jer.
  • Sedia tuk dihidang.

Wednesday, December 9, 2009

Mee Udang

Mee udang ni menu lunch kami hrni..asal tgk kt blog ros dulu. Lame dah masuk list, tp hrini bru sempt nk buat. Amat di alu-alukn bg peminat udang tuk cuba resepi ni. boleh tgk kat blog ros tu Mee Udang Lalaport atau tgk yg emi dah CnP ni..selamat menjamu seleraa..

Bahan-bahanya
2 ikat spagetti -emi gnti dgn mee
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)-emi lbih kan jdi segengam
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus-emi guna sawi jer
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan

Monday, December 7, 2009

Asari msk lemak cili api

Menu kat bawah sinun tu emi msk skli dgn lauk ni. Asari ni kire adik beradik angkat dgn spesies lala kot klo kt mesia tu. Bila msk lauk ni ingt kat mama. Memang lauk fav famlily ni. okey la..emi msk ni ikut cara yg simple jer..
Bahan-bahan
400gm asari
7biji cili padi- ditumbuk
1mangkuk santan pekat (drpda 1paket santan serbuk)
1batang serai
1keping asam keping
garam secukupnya
Cara-cara
  • Masukkan cili api dgn sedikit air kemudian masukkan asari yg dah dibersihkan bersama serai.
  • Godek2kan seketika bg cili2 tu diserap ke dalam lala.
  • Masukkan santan dan sedikit garam.
  • Tunggu sehingga mendidih dan masukkan asam keping.
  • Kacau dan tutup api.
  • Sedia tuk dihidang.

Friday, December 4, 2009

Squid Oyster Souce

Ermm..mls betul nk msk hrni..bila selsama melanda ni mkn pun xde rase so selera pun automatik tertutup. tp xkn xisi perut kn..gastrik pulak nnti spe yg ssh??dri sndri gk ..haa ku gagahi jua la ke dapur..ala selsema je pun huhu..blik semaysng jumaat td en hubby bli asari n sutun beso2..bersih2kn terus msk ikut tangan yg bergerak..haha..tarra ni la menu nyer..mkn 1lauk jer mlm ni bleh x??...
Bahan-bahan
2ekor sotong
1/4labu bawang besar
2ulas bawang putih
1sb sos tomato
2sb sos tiram
1sb kicap
1biji lada hijau
sedikit air
garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  • Bersihkan sotong. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan lada hijau hiris.
  • Masukkan pula sos tiram, sos tomato dan sedikit air.
  • Kemudian masukkan sotong dan balik2 kan. Tambah garam dan gula. Jgn lama2 masak sotong ni nnti liat.
  • Angkat dan hidangkan..

Sunday, November 29, 2009

Homemade Takoyaki

Akhirnyerr termakbul n terlaksana juga hasrat n buat sendri takoyaki. Terasmi sudah acuan takoyaki ku itew!Seronok rase sbb buat tu sme2 b n dpt mkn dgn byk n puasss ;) mmg xdinner lain mlm smlm tu. smbil2 tgk movie letak meja kecik dpn tv n msk atas tu. Bahan2nyer pun xdela susah mne nk buatnyer..pasni boleh la buat kat msia nnti mkn2 dgn fmly ptg2 kn..;) tuk resepi leh rujuk/tgk sini.. thnks k.hana.

Bahan-bahan (30biji)
*250g tepung takoyaki(blh didapati dijusco section japanese food)
*2 biji telur
*600ml air
Bahan Isi
tako@sotong - potong kecil2
keropok tempura
negi/daun bawang
red ginger
Bahan Topping
mayonis
sos okonomiyaki - klu tk jumpa leh gune kicap manis+sos tiram
fish flakes @ ikan parut
nori halus

Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2 *hingga sebati dan pastikan tak berketul2.
  • Lenserkan acuan takoyaki dengan sedikit minyak.
  • Tuang adunan tepung ke dalam acuan sampai penuh, melimpah2 pun xpe. Tgk gmbr.
  • Cepat2 masukkan bahan2 isi ke dalam tepung. Potong tepung yg melimpah tadi mengikut garisan empat segi setiap takoyaki tu dan kaut ke dlm tepung tu.
  • Bila da agak2 masak, terbalik2kan menggunakan lidi sehingga jadi bulat dan cantik.
  • Angkat bila masak dan tuang sos okonomiyaki dan mayonis.
  • Taburkan nori dan juga fish flakes.
  • Siap utk dmakan! sedap makan panas2!

bahan2 takoyaki lepas tuang adunan tepung selepas diterbalikkan siapp dgn topping..

Kalau tak jumpe tepun takoyaki tu boleh la try resepi yg ni yer..Takoyaki malaysia

Wednesday, November 11, 2009

Kaki Fry

Semalam pegi ke Kitajima bwk iman ke klinik knk2 tuk amik injection triple antigen, pastu singgah la kt Midvalue (suppa) kbtulan pulak hrtu tgh buat BIG sale..mmg byk gk la brg dapur beli smlm..kbykan syur2 dlm 87yen. Carrot, bawang dan Kentang pulak 9yen sbiji..fuh mmg murah giler tu..byk la borong simpan tuk stok dapur.Before ni pernh mkn kaki fry ni kt kedai jepun, bru-bru ni nmpk dapur umh ros pulak buat. So smlm mse sale tu ade la beli kaki tp yg da siap kopek so tinggal goreng jer. Mmg sedap la bnding msk cara lain. Bila kena coatingnyer tu tebal2, mkn pulak pns2 cicah sos n mayonis fuhhh~ mmg sedap je rase. okey ni emi goreng cara emi yg simple je..cuma xcantik cam ros atau kt kedai buat sbb kakinyer xsme beso ade yg kecik ade yg besoO..jdi laa asal dpt mkn kn..

Bahan2
10ketul kaki/tiram/kupang
1biji telur
3sb tepung gandum
serbuk roti

Cara-cara
  • Panaskan minyak penuh, golek2kan kaki dgn tepung-telur-serbuk roti.
  • Ulang salut telur dan serbuk roti tuk lebih tebal.
  • Goreng hingga garing, angkat dan lapik tisu serap minyak.
  • Hidangkan

kaki yg belum masak..

Thursday, November 5, 2009

Honey Prawns

Selamat malam semua..dah dinner ke semua? Entry utk slh satu menu kami mlm ni. Pernah tgk resepi ni kat blog kak ummi dgn k.dayang. ni amik dr dapur umah k.dayang. Leh klik kat sini Honey Prawns. Rasenyer mmg walla~ bg yg dah mencuba ttu tau.. jemput mkan semua~

Bahan-bahan
•400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
•1 labu bawang besar*
•1 biji cili merah*
•3 ulas bawang putih*
•3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
•2-3 biji cili api (diketuk)
•1 sudu makan sos cili
•1 sudu makan jus lemon
•sedikit daun ketumbar (dihiris)
•1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara :
  • Kisar bahan2 bertanda *.
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  • Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit.
  • Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  • Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

Monday, July 20, 2009

Udang masak Tempoyak


Juadah untuk lunch harini..

Bahan-bahan
udang-jgn buang kulit-kekalkan kemanisan
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
4 helai daun limau purut
5 tangkai cili padi -tumbuk
sedikit serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar tempoyak


Cara-cara
  • Masukkan santan, cili, serbuk kunyit. Kemudian masukkan udang dan masukkan garam secukup rasa. kacau selalu dan bia api kecil shja.
  • Masukkan tempoyak dan biar kuah pekat sedikit.
  • Masukkan daun limau purut. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.

Thursday, July 9, 2009

Sotong Pedas Masam Manis

Menu berbuka puasa tadi..resepi asal drpda Dayang jack sifu yg femous kt my resepi tu. Mmg sedap lauk sotong ni..mcm2 rse ade. cukup laa xde yg kurang dr segi rasenyer..emi tambah timun potong sikit. okey jom tgk resepinyer..mohon copy paste ye k.Dayang..

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
6-8 ekor sotong saiz M
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sb cili kering kisar
2-3 biji cili api (diketuk) - optional
1 sb sos masam manis
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1/2 inci halia (ditumbuk)
1/2 sdt garam dan gula
1 biji bawang besar dan cili merah (dihiris)


Cara-cara
  • Panaskan kuali dgn 2 sudu besar minyak masak/corn oil. Tumis bahan2 yg ditumbuk dan cili kisar hingga terbit bau.
  • Masukkan sos tiram, sos masam manis, sos tomato dan kacau hingga sebati. Masukkan sotong yg telah digoreng tadi. Kacau lagi.
  • Kemudian masukkan cili api(jika suka), garam, gula, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga kuah agak pekat.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Friday, June 12, 2009

Sotong goreng tepung


Harini xde benda nk entry laa..so msukkan la menu yg simple mimpel ni..ni pun tgk resepi gk ni hihi..yela klo xkne gaya nyer tepung xmelekat kt sotong. xpun sotong jadi liat. Menu ni menjadikan sotong anda garing diluar lembut di dalam..resepi dr che'iza.. ni yg dah di c+p..ok slmt mlam~

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah


Cara-cara
  • Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  • Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  • Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
  • Gaul tepung dgn baking pwdr. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  • Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Monday, June 8, 2009

Lala tumis telur

Lauk lunch harini lala tumis telur,Makan dengan pajeri terung. Erm.. tapi tak ingt la amik dr mne resepi ni. Tau2 da masuk list. Mintak halal resepi yer pd empunya resepi. Lala ni dah lme "berhibernasi" dlm freezer tu..Nasib perasan terus msk. Resepinya lebih kurang gini laa..

Bahan2
1Paket lala
1biji telur
1/4 labu bawang besar di racik2
1sb cili boh
1sb sos tiram
garam secukup rasa.

Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili boh. Masukkan garam dan sos tiram.
  • Masukkan sedikit air. Apabila mendidih masukkan lala dan pecahkan telur.
  • Gaul hingga sebati. Hidangkan.

Wednesday, May 27, 2009

Tak Sihat

2hri ni xsihat sgtla..demam sakit tekak selsema. Risau gk ..dgn virus H1N1 tu. ikss mintk jauhkan la. Dah xlrt nk bgn ni, b offer tuk msk..hureyy la.. lme tul b xmsk.. hihi. Siap msk gulai udang ngan kubis grg belacan. skill memasaknyer msh lum ilang walaupun lme xpegang sendok. bertambah2 bininyer ni mkn dlm xsihat..ni la menu yg b msk..TENKIU very muchhhh B..!! lenkli leh msk lg yerr


Saturday, May 16, 2009

Udang Sweet Sour

Berselera betul B mkn mlm td mkn lauk ni. Udang pulak jenis yg besoO & fresh2 pulak tu. Ala2 udang harimau gitu. Msk 4 ketul pun daa puas hati mkn ber2. Resepinya pun ringkas jer..

Udang Sweet Sour

Bahan-bahan
4 ekor Udang yg buang kpla
4biji tomato belah 2
1sb cili boh
4sb sos tomato
1/4 labu bawang besar
gula dan garam secukupnya

Cara-cara
  • Goreng udang hingga kekuningan dan angkat.
  • Tumis bawang dan cili boh. Kemudian masukkan sos tomato dan sedikit air.
  • Bila mendidih masukkan udang dan tomato. Masak seketika dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Sedia untuk dihidang.

Thursday, May 14, 2009

Lala Goreng Kantan

Kat sini org panggil binatang cam lala ni "asari". Semalam b beli sampai 3 paket. Jualan murah..tp da siap kopek da..tgk2 freezer bunga kantan tu xterusik2 jer..lme tul dia membeku dan membatukan dirinya disitu. So potong2 masak campur2 bubuh halia sikit..sos tiram n tepung jagung sikit. Masak main campur2 jer..yg sedapnyer bau bunga kantan tu..fuhh~ mkn dgn nasi pns lunch td.

Monday, April 6, 2009

Rendang Kerang Warisan

Lameeenyerr xmkn rendang kerang..dulu mse kecik2 sllu arwah wan iti jiran sebelah umah bg lauk rendang kerang tiap2 rye..mmg sedap kaw2 dgn pedas berapi..so plan hrni wat rendang kerang. Tq mak kerna terbangkan kerang rebus sejuk beku itu..resepi cam biase korek2 dr myr..mmg mengancamla resepi ni..klo ade nsi impit ttu lgi besttT..

Bahan-bahan ( sekeluarga )

1-1 1/2kg kerang direbus
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
garam dan bhn perasa secukup nya
daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara-cara..

Cam biase..tumis2 bhn2. Masukkan kerang, santan dan garam serta bhn2 lain.. masak ikut kepekatan yg dikehendaki. Hidang.