Showing posts with label Giveaway (GA). Show all posts
Showing posts with label Giveaway (GA). Show all posts

08 September 2017

FM Dari Jepun

8 September 2017.

Alhamdulillah, rezeki berjaya menjawap soalan di salah satu post di blog Fieza Sani, aku dapat FM dari Jepun. Happy rasa terima parcel Pos Laju pagi tadi. Tak sabar nak lekatkan FM ni di fridge kat rumah, bertambah dah koleksi FM aku tahun ni.  Dah lama tak pergi bercuti, jadi koleksi FM tempat percutian setakat apa yang ada je la.

19 July 2017

Menang Lagi Produk Nutrijuice Dari GreenAard

19 Julai 2017.

Alhamdulillah, tak sia-sia luangkan sedikit masa menyertai peraduan ringkas di FB Page GreenAard tempohari, akhirnya nama naik bila cabutan hadiah dibuat oleh Kak Di founder produk sendiri. Memang teruja nak consume lagi produk Nutrijuice ni sebab dah beberapa bulan terhenti. Kih kih kih dalam video pendek yang Kak Di letak dalam FB page dia, ada mention aku gunakan hampir kesemua produknya, huhu memang betul pun. Alhamdulillah serasi dengan badan dan mudah digunakan.


Updated !

20 Julai 2017 - parcel hadiah sampai di pejabat, alhamdulillah! Just nice je timing dia sampai 2 minggu sebelum tarikh pemeriksaan kesihatan berkala aku 2-3 minggu dari hari ini. Mungkin boleh tengok sekali jika ada kesan positif dari segi penurunan kadar kolestrol dalam badan. Bismillah!



24 November 2016

Nutrijuice Greenaard Untuk Turunkan Kadar Kolestrol


24 November 2016.


Hari ni start minum Nutrijuice dari GreenAard. Bismillah! Apa khasiat Nutrijuice ni? Ia membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sekaligus meransang tindakbalas positif fungsi badan manusia melawan pelbagai penyakit.

Antara kebaikan Nutrijuice adalah :

1. Merendahkan tahap kolesterol
2. Merendahkan tekanan darah
3. Mengurangkan risiko strok dan sakit jantung
4. Mengurangkan ekzema
5. Mengelakkan batu karang (akibat terlalu banyak kolesterol)
6. Mengatasi masalah sembelit/susah buang air besar
7. Mengurangkan gangguan gastrousus

Masa mula-mula GreenAard keluarkan Nutrijuice ni, aku memang berminat nak cuba. Sebab apa? Huhuhu...sebab bacaan kolestrol dalam darah aku dah naik masa followup dengan Poliklinik beberapa bulan lepas. Ni rezeki tak terduga dapat Nutrijuice secara percuma dari peraduan GreenAard buat di FB, syukur alhamdulillah.

Sebelum ni, masa berat badan turun memang bacaan kolestrol aku dalam tahap baik, bawah dari borderline. Tapi sejak-sejak berat badan naik semula ni, bacaan kolesterol pun ikut sama naik dan melepasi borderline dah.....sedihnye! 

InshaAllah, sebulan lebih lepas amalkan Nutrijuice ni nak tengok apa kesan positif Nutrijuice ni pada kesihatan badan terutamanya pada bacaan kolestrol aku. Kebetulan bulan Januari nanti ada followup di Poliklinik, mungkin nak minta check kolestrol dalam badan sekali.

22 November 2016

Menang Peraduan Produk GreenAard

Pic peraduan Krdt to FB Page GreenAard

22 November 2016.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah!
Rezeki menang satu lagi peraduan yang disertai melalui FB, kali ini untuk peraduan #selfiewithgreenaard yang diadakan oleh FB Page GreenAard. Masuk pun hampir serentak dengan peraduan produk CSiti Pil Susu Kambing tu, dan minggu yang sama hari ini dimaklumkan menjadi salah seorang dari 2 orang pemenang yang bertuah.

Syarat peraduan ini agak senang juga, hanya jawap 2 soalan dan berselfie dengan mana-mana produk GreenAard. Ramai juga yang mencuba nasib dan kebanyakan memberi jawapan yang best-best juga.



Alhamdulillah!

Updated (23 November 2016)!

Baru je sampai parcel Pos Laju di pejabat...alhamdulillah!

18 November 2016

Menang Peraduan Produk CSiti Pil Susu Kambing


18 November 2016.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah! Pagi Jumaat ini mendapat perkhabaran baik memenangi peraduan yang diadakan oleh FB Page Agen CSiti - Kak Siti Bidan mulai 4 November tempohari. Masuk suka-suka dan memang aim nak dapatkan 2 botol pil susu kambing untuk stok bulan ini.

Memandangkan syarat peraduan pun senang dan mudah, aku cubalah nasib. Lepastu tagged beberapa kawan-kawan dalam FB (aku tagged yang sama-sama TTC macam aku, inshaAllah semoga mereka pun terbuka hati mencuba produk ini). Yang bestnya, kawan yang aku tagged juga menjadi salah seorang dari 3 pemenang peraduan tersebut...yeay!


Ikutkan, owner FB Page ada sebut nak buat lagi satu peraduan di FB, dan kali ini hadiahnya agak menarik, iaitu set minyak DD...inshaAllah nak cuba nasib juga. Manalah tahu ada rezeki dengan izinNya. Amin ya rabbal alamin.

Updated (21 November 2016)!
Baru je sampai parcel Pos Laju di pejabat...alhamdulillah!

16 July 2013

Hadiah Giveaway Ieda Gedik Dah Sampai!



16 Julai 2013.

Ingat lagi tak entri ni?
http://seindahmimpiku.blogspot.com/2013/03/menang-giveaway-3rd-anniversary-iedayeay.html

Tadi sebelah petang, staf pejabat beritahu ada barang sampai untuk aku. Bila tengok nama pengirim, seronok dah hati.

Terima kasih banyak-banyak la ye pada Ieda Blog Gedik yang beri hadiah untuk giveaway ulangtahun ke-3nya. Hehe...menambah koleksi keychain yang sedia ada tergantung di tepi dinding pejabat aku yang dipenuhi dengan keychain kawan-kawan hadiahkan hampir 4 tahun lebih ini. Masa audit 5S, sanggup aku sangkut kain pasmina tutup keychain-keychain ni, sayang nak cabut dari gantungan tu.

05 March 2013

Menang GiveAway 3rd Anniversary Ieda..Yeay!

Sumber Gambar : Printscreen Dari Blog Gedik (Ieda Baharum)

5 Mac 2013.
Huhu ~
Macam tak percaya je, semalam masa nampak Ieda upkan entry baru, cepat-cepat klik link tu.
Tipulah kalau kata tak menaruh harapan menang, kan? Kui kui kui....

Skrol punya skrol, tiba-tiba nampak nama blog aku !
Yeay!
Dapat hadiah...dapat hadiah...dapat hadiah!
Tq Ieda, murah rezeki Yani kali ni.

Sumber Gambar : Printscreen Dari Blog Gedik (Ieda Baharum) lagi!

Owh......amin!!!
Bukan setakat untuk Ieda sahaja, in shaa Allah untuk kawan-kawan TTC yang lain juga, termasuklah Yani juga.

10 September 2012

8th Giveaway by Umiyumi


Tadi jalan-jalan ke blog PnSusu, ternampak ada GA yang dianjurkan oleh Kak UmiYumi ni. Kebetulan, syarat-syarat GA ni tak de lah susah sangat dan hadiah GA yang ditawarkan tu memang menjadi idaman dari dulu lagi, tak salah rasanya mencuba nasib, kan?

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan GA Kak UmiYumi:
1) Penyertaaan dibuka kepada semua pembaca.

2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog anda masih perlu meninggalkan email address di ruangan komen.

3) Bagi pembaca yang ada blog, sila buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini.Link ke GA ini adalah : UmiYumi2 : Life In Perth, WA

4) Untuk memberi peluang sebaik2nya kepada pembaca yang mempunyai blog dan yang tidak mempunyai blog, pembaca dengan blog dan yang membuat post & link akan mendapat 2 entries utk undian. Pembaca tanpa blog akan mendapat 1 entry.

5) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 25 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada 26 September 2012.

6) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.

Bismillah......... 

09 November 2011

Masuk Suka-Suka, Dapat Baucer KFC



Iklan Daia tempohari
Alhamdulillah, semalam lepas sampai rumah hampir tengah malam dari site, nampak ada 3 pucuk surat atas nama aku dan encik suami. Cuak juga tak tahu siapa pengirimnya. Bila buka, aku tersenyum gembira sebab tengok ada baucer percuma KFC dari syarikat pengeluar sabun pencuci pakaian Daia. Baru aku teringat, beberapa bulan lepas aku ada hantar penyertaan bukti pembelian produk Daia berupa barkod lepas tengok iklan pertandingan ni di dalam surat khabar. Ingatkan saje-saje suka je hantar, kebetulan kat rumah pun memang ada pakai produk Daia. Alhamdulillah....dapat baucer RM20 KFC, jadi laa.....encik suami gelak je sebab dia terperanjat nama dia terpapar kat sampul surat tu, dia tak tahu aku saja letak nama dia masa hantar penyertaan tempohari.