Showing posts with label WLC_Jan_2017. Show all posts
Showing posts with label WLC_Jan_2017. Show all posts

30 January 2017

Minggu Terakhir WLC, Berbaloi Atau Tidak?


30 Januari 2017.

Pejam celik pejam celik, dah sampai minggu terakhir bulan Januari dan juga minggu terakhir penglibatan dengan WLC. Sekejap je rasa, dah nak sebulan. Pagi ni berjogging dan briskwalking sekitar taman dengan suami, setelah hampir seminggu rehatkan badan lepas larian di Cyberjaya dan Nusajaya Sabtu lepas. Awal minggu lepas hampir beberapa hari hujan lebat mengakibatkan beberapa kawasan di Melaka banjir kilat. Rabu - Jumaat tak dapat nak berjogging sebab terlibat meeting back-to-back di luar pejabat. Hari ni nak tak nak gagahkan diri untuk bersenam juga.

Ok la nak rebiu perubahan setelah hampir sebulan bersama team WLC dan di bawah pemantauan coach:

1 - Penurunan berat badan sekitar 2-3KG. Yang paling gembira, dari angka 8 dah turun ke angka 7.

2 - Penurunan ukur lilit. Perasan bila pakai baju kot rasmi ke Putrajaya Rabu lepas. Setahun ni bila pakai kot tu memang ketat sendat terutamanya di bahagian lengan atas. Nak butang kot pun rasa ketat. Tapi Rabu lepas dah boleh pakai kot tu dengan selesa dan bahagian lengan atas dah longgar dan tak nampak 'chicken wing' aku. Suka suka suka...

3 - Seluar track yang biasa digunakan masa bersenam pun dah longgar di bahagian peha. Selalunya agak ketat dan nampak melekat kat peha.

4 - Minggu ke 3 WLC ada cabaran 5 hari eat clean dan 5 liter air sehari. Alhamdulillah berjaya commit cabaran 5 hari eat clean ( teknik masak kukus, bakar dan rebus) dan masih teruskan sampai sekarang. Amalan 5 liter air masak pun berjaya kekalkan sampai sekarang,paling sikit minum pun sekitar 4.5liter sahaja.

5 - Dah rajin buat meal prep untuk lunch terutama hari bekerja. Automatik bangun awal untuk sediakan bekal untuk breakfast (shake), snacking (buah & kekacang) dan lunch (lauk eat clean) untuk bekal kami suami isteri.

So, berbaloi atau tidak join WLC ni? InshaAllah sangat berbaloi sebab finally dapat berdiet dengan 'ilmu', ada coach pantau dan betulkan apa yang kita silap dan ada group support yang banyak membantu.

Dan, aku dah ambil keputusan untuk meneruskan WLC bulan Februari 2017 dengan coach. WLC online group coaching akan bermula pada 6 Februari sebaik sahaja coach balik dari Jakarta. Tapi yang tak bestnya cabaran WLC bulan Mac tiada sebab coach akan bercuti ke Korea dengan famili, jadi kena berdiet sendiri. Tapi inshaAllah bulan April 2017 aku berhasrat nak join group coaching semula. ;)

18 January 2017

Eat Clean & Workout

18 Januari 2017.

Dah masuk minggu ketiga dalam cabaran WLC, dan dah 2 hari bermula fasa cabaran 5 hari eat clean dan 5 liter air sehari. Apa beza fasa eat right (minggu pertama dan kedua) dan fasa eat clean (minggu ketiga)? Tak jauh beza pun cuma pada fasa eat right kita makan berpandukan komposisi yang betul; kena ada karbohidrat yang baik, sumber protein yang baik dan juga fibre/serat yang baik. Dalam fasa eat clean pula, kita makan makanan yang lebih sihat dan cara penyediaan lauk yang lebih kepada teknik rebus, kukus dan bakar. Tujuan kita eat clean adalah untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan dan pembakaran lemak dalam badan.

Hari pertama semalam, konon nak cari ikan bakar di kedai, sampai dua kedai mencari dan akhirnya jumpa ikan kembung bakar di Kedai Ikan Bakar Malim. Saiz boleh tahan, harga pun boleh tahan juga. Nampak gaya kena bawa bekal dari rumah la, jimat pun jimat dan tak buang masa keluar tengahari. Jadinya, malam tadi marinate ayam dengan sos lada hitam dan bakar dalam oven pukul 6 pagi tadi. Jerang nasi guna mini lunch box untuk dua orang dan masak sayur bayam tumis air dengan carrot. Bekal sncaking macam biasa la; buah-buahan sebelah pagi dan kekacang di sebelah petang.

Malam tadi, coach dah maklumkan hari ni dah start workout dan dibekalkan contoh senaman workout yang boleh dibuat di rumah. Setiap voice note yang dihantar oleh coach, aku tuliskan dalam buku untuk rujukan dan back up sekiranya attachment dalam group whatsapp hilang/ terbuang. Berguna juga buku planner GreenAard yang aku dapat awal tahun ni, boleh buat buku nota WLC. ;)


12 January 2017

Menu Snacking Yang Lulus


12 Januari 2017.

Inilah dugaan semasa berkursus/bengkel. Memang menguji keimanan betul la. Aku tolak jauh-jauh bekas berisi gula-gula tu dari pandangan mata. Tapi alhamdulillah dah prepare bekal snacking dibawa bersama semasa berbengkel. Setakat ini aku sediakan bekal buah-buahan untuk snacking belah pagi dan kekacang untuk snacking belah petang.


Semalam dalam group WA Online Coaching ada yang share gambar promosi sempena CNY iaitu harga promosi kekacang di 7E. Coach kata lulus tapi masih kena ikut sukatan yang dibenarkan. Jadi apa lagi, lepas balik berjogging petang semalam lepas waktu kerja terus ajak suami singgah 7E borong kekacang brand Pagoda tu.

Semalam tekadkan hati untuk berjogging selepas waktu kerja. Tak boleh la wei, kena gak berjogging / brisk walking sebelum larian Ahad ni. Berpeluh-peluh badan dapat berlari 3KM di Taman Botanikal walaupun 30 minit, InshaAllah hari ni dan esok pun nak berjogging lagi dengan suami, sebelum hari Sabtu rehatkan otot (recovery).

08 January 2017

Compression Pant, Sport Skirt & 6KM Jogging


08 Januari 2017.

Pagi ni berjogging sejauh 6KM dengan suami, kali ni menguji keselesaan menggunakan compression pant dan sport skirt yang baru beli. Alhamdulillah, selesa dan menyenangkan. Cumanya biasalah orang berpaha besar gajah, sekejap-sekejap ternaik kain skirt tu. Dah satu kerja pula tertarik-tarik skirt semasa berlari.

Last-last malas dah nak tercover-cover, lantak kau lah labu! Janji aku selesa berlari. Nampak gaya, minggu depan berlari di Cyberjaya dengan seluar dan skirt ni la. Larian sebenar (actual run) pertama kami suami isteri bagi permulaan tahun 2017 ni.

06 January 2017

Mitos Pisang Kembar

06 Januari 2017.

Rezeki hari Jumaat, kawan sepejabat hadiahkan pisang kembar ni tadi. Sambil dihulurkan, sambil mulut dia bercakap "Akak, orang doakan akak dapat anak kembar, makanlah pisang kembar ni". Kebetulan satu office terdengar kata-kata dia, pantas diaminkan oleh satu office. Allahuakhbar! Tersenyum di wajah, tapi dalam hati menyebut "Amin ya rabbal alamin".

Apa-apapun, rezeki anak kembar semua ditetapkan Allah SWT, mitos atau tidak kita serahkan pada Dia. Ada rezeki dapat, alhamdulillah...kalau tiada, anggap je kita dapat kebaikan dari segi zat dan nutrisi pisang itu sendiri. Win-win situation kan?

Jadinya, pisang kembar ni aku jadikan snacking disebelah petang. Alhamdulillah rezeki. Pagi tadi alas perut dengan snacking potongan jambu batu. Nasib baik tadi sedar diri, kawan pejabat ada offer kuih koci, tapi aku tak ambil bila teringat coach suruh elakkan memakan kuih muih sepanjang weight loss challenge ni.



05 January 2017

Goodies Bag Sihat Ke Tidak?


05 Januari 2017.

Program rasmi pertama state untuk tahun 2017, jadi kena bertugas seawal pagi. Macam biasa la, apa-apa program rasmi memang ada goodies bag. Haa...isu goodies bag ni best juga nak diperkatakan. Nampak isi goodies bag atas tu? Air mineral, roti gardenia dan biskut manis. Err....nampak gaya hanya air mineral sahaja la yang boleh minum. Yang lain sedekah kat kawan je la. Susah nak jumpa goodies bag yang 'sihat', kan? Salah satu sebabnya adalah kerana food preparation yang agak leceh dan renyah.

Kadang kala urusetia mengelak dari sediakan makanan seperti sandwich, mee hoon goreng atau nasi goreng untuk program yang melibatkan beratus mahupun beribu orang (macam program pagi ni, peserta lebih 5000 orang) sebab takut berkuap dan jadi cepat basi. Kalau bernasib baik, ada la rezeki dapat epal merah dalam goodies bag. Standard item yang dimasukkan dalam goodies bag ialah roti gardenia, biskut dan air je la.

Nasib baik ada bawa bekal snacking dari rumah; bawa jambu batu yang dah siap potong. Boleh la mengalas perut sebelum makan meal tengahari.

P/s : Ada pengalaman dapat goodies bag yang 'sihat'? Apa kata share pengalaman kat sini, kot boleh dijadikan teladan! ;)

04 January 2017

Group Coaching Yang Interaktif


04 Januari 2017.

Haa...macam ni caranya kami berdua suami isteri mendengar voice note group coaching melalui whatsapp setiap malam. Agak-agak tak dengar sangat suara coach, kita cucuk je external speaker pada HP....haa, kuat dan jelas. Huhuhuhu....

Hari pertama berdiet ni, simptom sugar withdrawal boleh tahan juga dibuatnya. Asyik terasa nak makan manis je. Ingat nak pakai stevia, tapi coach kata sama je fungsi stevia dengan gula biasa, so nampak gaya kena lupakan stevia dulu buat masa ni. Kakak cleaner yang selalu singgah office jual kerepek datang petang semalam, nasib baik sedar diri tengah berdiet, hanya mampu sengih je la dengan kakak cleaner tu.

03 January 2017

Permulaan Healthy Lifestyle 2017


03 Januari 2017.

Assalamualaikum dunia!
Pagi ni bangun awal sikit walaupun belum boleh solat lagi, untuk sediakan shake untuk breakfast dan buah-buahan untuk snacking sebelum tengahari. Bermula semula dengan shake Herbalife untuk tahun 2017. Malam tadi luangkan masa untuk group coaching via whatsapp untuk soalan-soalan berkaitan diet. Banyak juga benda baru yang aku belajar dan dapat refresh ilmu. 

Dan pagi tadi lepas bangun tidur terus timbang berat badan dan ambil ukuran peha, lengan dan perut untuk rekod peribadi kami suami isteri. Owh ye, kali ni berjaya pujuk suami untuk sama-sama sertai weight loss challenge, seronok sikit sebab ada teman sparing dalam berdiet. Cumanya kena pandai tackle selera suami dan tak putus-putus beri kata-kata semangat. InshaAllah boleh turun berat badan dan kembali sihat.

"Eat right, not eat clean"


P/s: Senyap sunyi ofice hari ni sebab ramai staf dan pegawai bercuti menguruskan hari pertama persekolahan anak-anak. Kita duduk diam-diam kat office settlekan kerja ye? Enjoy this moment....morning hassle free :)