Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 14, 2018

Day 2 : car rental | cookham riverside | London Designer Outlet

Salam ....

Ok kita sambung lagi entry sebelum ni, masih berkisar cuti2 di Kota London. Hari kedua di sini...

Seawal 3am waktu tempatan kami dah bangun. Sebab apa? Ye, en ammar kami jetlag, dia dah bangun, siap lari2 nak ajak mainan dia. Memang ammar ni tak kacau mama tidur, tapi mama tak berani nak tidur kalau ammar terjaga sendiri. Takut terjatuh etc kan. So bangun la saya dan papa seawal pagi sementara menunggu subuh jam 4.30am. 

Masa ni boleh la solat dulu sementara subuh. Masa ni juga kami buat plan apa utk kami seisi keluarga di siang hari. Bayangkan, kami tak ada plan ie itinerary yang tetap lagi hihi.

Plan asal kami, awal pagi kami nak melawat sekitar kota london ie termasuk Big Ben, Hyde Park, Tower Bridge, London Bridge, Buckingham Palace etc. masa dalam perjalanan sebelum ke apartment dah melalui Hyde Park ie tak jauh dari apartment kami.

So saya plan nak breakfast ala picnic di sana.

TETAPI...... kita merancang, allah jua merancang... seawal pagi, gerimis membasahi bumi. Malah suhu pagi tu juga drop sehingga 11C. 

Lama tunggu gerimis berhenti tapi tak menunjukkan tanda2 akan berhenti.

So kami keluar rumah pun matahari dah tinggi. Anak2 dah mula lapar. Belum breakfast. Kita menapak ke tren station utk breakfast di Paddington. Anak2 teringin pula KFC. Selepas google, ada KFC halal di paddington.

Buah hati kesayangan semasa di tren station.





Sampai di Paddington, kami menapak ke KFC.  Tadaaaa... sampai ke KFC. Ada logo halal di situ, tetapi malangnya kedai belum buka.



Sebelah KFC ada subway, so Subway pun favorite anak2, jadi kami plan utk breakfast di subway.

Sementara papa order. Oh ye, subway di sini juga ada logo halal (kami pun makan tuna je hehe).







Cik adik manis yang bagi kerjasama yang baik. Diam je ye masa mama papa makan :) love u baby.



Cuaca agak sejuk utk musim summer pada pagi tu.

Suasana di sekitar kedai ketika breakfast.



Ketika makan sempat discuss dengan papa. Macam kena tukar plan, tak sesuai utk pusing2 di tgk kota dlm keadaan cuaca sejuk dan gerimis sebab kami ada dua baby. Kesian mereka takut tak tahan sejuk. Kesihatan mereka amat penting spjg kami travel ni. So kami plan utk pick up kereta sewa lebih awal. Kalau ikutkan, kami plan nak ambil kereta haru berikutnya bila bak start roadtrip nanti. 

Tapi utk visit kota dgn kereta juga tak sesuai, so papa minta mama google tmpt yang sesuai utk kami visit di sini dgn kereta.

Kami menapak ke Paddington Station utk dapatkan kereta sewa. Tapi kereta ( 7 seater ) semua habis. Letih juga la berjalan kan. So saya cakap papa, paling banyak nak cari kereta, kita balik ke airport. So kami buat online reservation, alhamdulillah ada 7 seater hari tu yang available 5 hari. Gigih mama booked semua sementara papa settle urusan anak2 ke toilet la, nak beli air etc. juga salin diapers. 





Gambar di paddington station.



Kami ke airport dengan tren express. Masa ni la baru kami tahu yang kami tersilap beli tiket yang mahal sblm ni walhal kali ni kami bayar £44 shj. Tren express ni selesa macam ERL dan hanya 15min sahaja dari paddington station.

Enjoy semua dapat naik tren yang selesa sikit kan :) 





Sampai di airport terminal 2, ada shuttle Hertz yang bawa kami ke office mereka utk pick up kereta.





Semasa dalam shuttle. 

Dan inilah kereta kita utk 5 hari ni. Agak selesa. Mmg plan asal papa nak cari SUV. Actually kalau sewa kereta di sini tak mahal sgt tetapi utk SUV dan 7 seater dia mahal sikit ie double dari harga kereta.

Utk 7 seater ni kami sewa RM1k++ sehari. So utk 5 hari dengan carseat satu kami sewa total jadi RM6k (tak termasuk petrol). Papa plan nak cari Audi Q7 sebab harga dia sama tapi lebih selesa (papa dah biasa dgn audi Q7 so bila plan nak ke kwsn pergunungan, papa plan nak dpt kereta yg selesa ckit n sesuai utk mendaki) tapi tak available pula hari tu.







Autobot, lets roll out .... zasssss .... 





So perjalanan pertama kami adalah pulang ke apartment jap untuk ambil barang kepeuan sikit ie beg persalinan setiap seorang dan makanan ie jajan.

Destinasi pertama haruslah utk mencari makan. Papa suggest utk kami tapau je lunch sebab nak segera ke Cookham Riverside. Itinerary semua ditugaskan kpd saya, so itu jelah yang saya jumpa haha.. katanya perkampungab cantik dgn bot etc... perjalanan dari london dalam 1 jam. 

Saya mmg nak makan nasi, anak2 pula teringin ayam goreng (frust xdapat KFC kan). 

So mula saya ke sini dulu utk tapau beriani dan chicken wing. Selalu kalau ke kedai pakistan, sekali makan dlm £70. Dan semua makan sedap2 ...






Chicken wing ni sgt sedap... pedas2.... mmg tak cukup huhu...



Lepas tu kami tapau pula ayam goreng di chicken cottage. Kat sini tak mahal, total dlm £20. 





Sementara saya order makanan, papa drop saya di sini, papa pula drive cari convenient shop, utk beli air mineral dan juice. 

Dan kami pun meneruskan perjalanan selepas tu... kami makan dalam kereta je. 

Bila tiba di destinasi yang dituju, terdetik di hati, MasyaAllah cantiknya tempat ni. Dengan cuaca yang baik, rasa segar je di sini. Ada sungai2 dan boleh cruise dgn bot.

Tapi anak2 pula tidur, penat semalam tak habis lagi kan, so kami biar mereka berehat sebab seawal pagi dah ikut mama papa cari kereta kan :) 

Sekitar gambar ketika kami di sana....terpaksa la posing solo ie gilir2 ambil gambar sebab anak2 tidur kan haha.

















Lepas posing2 kat sini, saya ajak papa ke London Designer Outlet. Dari hasil google, dekat sini agak murah kalau nak shopping.

Terus kami menuju ke sana. Dalam sejam perjalanan. Tiba di sana, suhu makin sejuk. Bungkus anak2 tebal2 dgn baju, jaket dan selimut baby tebal2. 

Target utama nak beli baju tebal utk anak2. Anak2 dah start cakap sejuk sgt hari tu. Cepat2 kami carikan kedai utk minum air panas dahulu utk panaskan badan mereka.





Bagi ruang pakcik makcik nak posing jap ye.



Kami ke kedai Gap. Antara pilihan baju utk anak2. Mama spt biasa shopping kurang 30 min haha. Kelemahan mama ialah shopping lama.









Anak2 yang agak penat sebab dah malam masa ni.




Mall pun dah nak tutup. Even beli tak banyak, tapi sebab semua pun beli ie 5 anak dgn nikai agak rendah waktu tu, so total beli jadi mcm byk juga ie RM2k. (Senang ingat harga lepas convert sbb bayar pakai debit card, nampak la berapa kan haha). 

Lepas tu, papa nak shopping. Saya cakap papa, saya dan anak2 tunggu di Hamleys jelah sbb saya tak larat nak shopping. Sekejap je pun masa tinggal sbb outlet dah nak tutup kan.

Sempat la papa ke Clarks dan sketchers beli kasut utk papa dan anak2. Dan seperti biasa, akan ada adegan papa tak puas hati sebab saya tak beli apa2. Mood shopping tak ada hari tu utk beli kat diri sndr, tapi mood beli baju utk anak2 mmg membuak haha. So dah settle beli barang anak2, cuma rasa nak balik tidur je. Kami kan bangun seawal 3am. Anak2 kami kejut subuh 5am, lepas solat semua terus bersiap utk jalan2 dah tadi.



Sementara itu saya dan anak2 di Hamleys.



Pukul 10 pm kami bertolak balik ke apartment. Penat tapi alhamdulillah happy bila melihat org yg kita sayang semuanya happy selalu.

Sekeping lagi gambar sebelum kita balik :)



Sampai apartment dah lewat malam, kmi berehat seketika sebelum tidur. 

Malam tu juga saya google dan mula buat reservation hotel utk next destination.

Nanti mama sambung lagi dlm next entry (hari ketiga) kita di sana.

InshaAllah.

Salam.

Mrs Nizar



3 comments:

  1. Menarik. Akan menanti cerita seterusnya

    ReplyDelete
  2. Tazzabar tunggu sambungan! The only halal place kami sempat pi in LDN is mamak don. Take away halal ie Just Eat pun sedap!

    ReplyDelete