Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Showing posts with label Kelas Geografi. Show all posts
Showing posts with label Kelas Geografi. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Tolong... Gayatnya...

Sape yang kate konon-kononnya dia tu tak gayat, meh datang sini. Kita uji betul ke die tu tak gayat. Ke die tue sembang aje yang lebih. Hahaha..

Terletak pada ketinggian 1000 meter di pergunungan Alps, kotak kaca ini dibina dengan menggunakan 3 lapisan kaca lutsinar yang heavy-duty. Selain itu, kaca ini juga mampu menahan tiupan angin sehingga 220 km/j.

Jadi.. tunggu ape lagi. Baik ngaku sekarang. Korang gayat ke tak? Hahaha..


Friday, September 27, 2013

Ini Cili, Turkey Juga Mari

Patut la Cili dari Turkey sedap-sedap semua rasenya. Depa dok jemur sepanjang jalan sampai kering rupenya. Tambah-tambah lagi kalau dapat rase Cili bekas dipijak Abang Turkey berseluar putih. Lagi la sedap rasenya. Yum yum yum.. Hahaha..

Ehh jap jap telor. Cili rase sedap??? Bukan Cili rase pedas ke??? Err.. Alamak!! Telor tersilap taip le pula. Adoii.. Nampak sangat telor gune Google Translate. Kantoi.. Hahaha..


Thursday, July 25, 2013

Kereta Api Yang Ramai Betul Penumpang

Stesen keretapi di Beijing, China ketika waktu puncak. Mak aihh.. ramai betul orang. Kalah keretapi komuter di Malaysia. Kalau penumpang kat Malaysia dah jadi ikan sardin ketika waktu puncak, ini penumpang kat China mahu jadi ikan pekasam terus nie. Hahaha..


Wednesday, July 24, 2013

Lagi Kes Rumah Dipulaukan

Di China, jika rumah kita tak nak berpindah sama-sama dengan rumah jiran-jiran yang lain, rumah kita akan dipulaukan. Hah!! Dipulaukan??

Macam biase, disebabkan pampasan yang dirasekan tidak setimpal daripada pemaju hartanah, pemilik rumah ini TAKNAK berpindah ke tempat lain. Akibatnya, tinggal rumah dia sahaja disitu. Manakala rumah lain-lain telah dirobohkan untuk dimajukan.

Ish ish ish... Sian kat rumah tu kan? Duduk rumah tue sorang-sorang disitu tanpa kawan-kawan seperumahan. Dengan siapa rumah nie nak bual-bual dah sekarang? Dengan siapa rumah nie nak gosip-gosip dah sekarang? Mesti tiap-tiap malam rumah nie nagis sorang-sorang sambil tengok bulan. Hahaha...


Wednesday, May 29, 2013

Aqueduct Veluwemeer

Aqueduct Veluwemeer adalah nama laluan bawah air yang terdapat di negara Belanda. Mula dibuka pada tahun 2002, kini hampir seramai 28 ribu kenderaan melalui jalan tersebut setiap hari.



Wednesday, May 8, 2013

Jalan yang mempunyai masalah

Di Koh Chang, Thailand , terdapat sebatang jalan yang mempunyai masalah. Jom kita tengok ape masalah jalan nie. Hahaha..



Friday, April 26, 2013

Macam mana duit tiket bas di China dikira

Wow.. Ini level kejujuran + amanah mesti melebihi angka 900 nie. Kalau telor la jadi tukang kira duit nie, emmmm.... mesti short aje duit tue memanjang. Hahaha..



Tuesday, April 23, 2013

Makanan yang berharga 5 ringgit

Jom kita tengok perbezaan makanan yang berharga 5 ringgit dari seluruh dunia. Best. Info yang menarik. Telor tak sangka telor begitu berharga di negara Sweden. Hahaha..



Dikopi dari buzzfeed

Friday, March 15, 2013

Kubu di Albania

Enver Hoxha, diktator yang memerintah negara Albania pada tahun 1945-1985, adalah seorang yang sangat paranoid dan takutkan tentang pencerobohan negara asing ke negaranya. Hasilnya.. Dia telah mengarahkan rakyatnya untuk membina lebih daripada 900,000 buah kubu di seluruh negara Albania.

Kini kubu-kubu tersebut tidak lagi digunakan dan boleh didapati di mana-mana sahaja di seluruh negara Albania. Wow.. Kalau dapat main pondok-pondok dalam kubu ni mesti best. Hahaha..



Monday, February 25, 2013

Bilik menjadi Rumah

Tahukah korang di Hongkong, hampir 100,000 orang tinggal di rumah atau lebih tepat lagi rumah bersaiz sebuah bilik akibat harga rumah yang terlalu tinggi disana.

Kebanyakkan rumah-rumah ini hanya berkeluasan kira-kira 40 kaki persegi sahaja manakala gambar rumah ini dikatakan ditangkap dari rumah sebenar di Hongkong dan bukannya direka-reka di studio.

Gambar ini dihasilkan dalam usaha membuat petition kepada kerajaan tempatan Hongkong mengenai sebilangan kecil rakyat mereka yang terpaksa hidup didalam suasana tidak selesa ini.



Friday, January 11, 2013

Tetap bergaya walau dalam kecemasan

Di negara Australia sekarang, kebakaran hutan secara besar-besaran sedang melanda negara mereka. Kesian mereka yang tinggal ditempat kejadian. Banyak harta benda musnah dalam kebakan berikut.

Berikut terdapat beberapa gambar dimana sebuah keluarga terpaksa berendam didalam sungai demi menyelamatkan diri dari api yang sedang marak.


Wednesday, December 12, 2012

Jom kita cuci telinga

Kalau di Malaysia ade perkhidmatan mengunting rambut, di India lagi hebat. Di sana ade perkhidmatan mencuci telinga. Hah? Perkhidmatan cuci telinga? Yup. Betul. Korang tak salah dengar. Di India memang ade perkhidmatan memcuci telinga.

Cuma bayar beberapa sen / ringgit upah, telinga pelanggan akan dicuci bersih sebersihnya oleh mereka yang professional. Wow.. Hebatkan. Haha..

Cuma telor harap, alat pencuci telinga tu tak digunakan berkali-kali la ye. Lepas servis, buang. Lepas tu, pakai alat pencuci telinga yang baru pula. Bukan ape, geli habag hang kalau kena share. Eiuuwwwwuu.. Haha..


Tuesday, October 16, 2012

Tugu yang aneh lagi alien bentuknya

Di negara Yugoslavia, kebanyakkan tugu-tugu di negara tersebut bentuknya adalah sangat aneh lagi alien. Tugu-tugu ini dibina pada era 60-an dengan motif untuk menunjukkan kepada dunia kekuatan negara Republik Sosialis tersebut.


Monday, September 17, 2012

Cube teka ini kubur siapa?

Terletak di Hyde Park, Central London, ini adelah kubur untuk haiwan peliharaan. Hohoho.. Hebat kan!! Haiwan pun ade tanah perkuburan sendiri. Telor ingatkan manusia aje yang ade tanah perkuburan. Hehe..


Saturday, September 8, 2012

Jom kita terbang ke Amerika

Ohsem. Amerika Syarikat memang sebuah negara yang cantik. Artis-artis Hollywood mereka pun cantik-cantik juga. Hensem-hensem lagi. Haha..



Dikopi dari YouTube

Tuesday, July 3, 2012

Di Rusia semua orang garang-garang

Jika di negara Jepun terkenal dengan perkara yang pelik-pelik, di negara Rusia pula terkenal dengan perkara yang garang-garang. Cube korang tengok video ini. Masing-masing bawa senjata tu..


Friday, June 22, 2012

Restoran Naha Harbor Diner

Di Jepun, terdapat sebuah restoran yang sangat unik bagunannya. Restoran yang bernama Naha Harbor Diner ini terletak diatas sebuah pokok tiruan. Amacam? Kagum tak? Mesti kagum kan. Hehe.. Macam biasa.. kalau tak unik, bukan Jepun namanya. Haha..


Wednesday, June 20, 2012

Kopi Brazil

Iklan kopi dari negara Brazil. Dijamin tidak mengantuk.


Tuesday, June 19, 2012

Itik melakukan mogok jalanan

Hah?? Biar betul telor itik melakukan mogok jalanan? Macam tak caye aje? Haha.. Telor tipu aje. Jangan le korang percaye pule. Hehe..

Di China, lebih kurang 5000 ekor itik sedang konvoi beramai-ramai menuju ke kolam untuk mandi-manda. Jangan nakal-nakal ya itik semua. Ingat.. Sebelum melintas jalan, tengok dulu kiri dan kanan. Haha..


Sunday, June 10, 2012

Tasik yang tersangat jernih

Tasik yang tersangat jernih ini terletak di negara Austria. Ape benda kat dalam tasik semua nampak jelas. Mengagumkan.

Tasik kat Malaysia pula kebanyakkan nye warna tak jernih. Langsung tak nampak apa-apa. Wow.. Mengagumkan juga. Haha..



Dikopi dari YouTube
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...