Rakan-rakan Telordibasuh

Menu baru

Showing posts with label Kelas Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Kelas Sejarah. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Kereta Pertama Di Negara Nepal

Pada tahun 1940, Adolf Hitler telah menghadiakan sebuah kereta 1938 Mercedes Benz kepada Raja Triubhuvan. Raja Triubhuvan nie adelah raja di negara Nepal pade waktu tersebut.

Memandangkan ia adalah kereta pertama di negara Nepal, jadi ianya telah dibawa ke ibu negara Nepal dengan cara di diangkat kerana pada tahun 1940, negara Nepal tidak ade jalan raya lagi.

Mak aihh.. Hebat-hebat. Telor tetibe rase kagum la pule. Hehehe..


Tuesday, April 2, 2013

Jom kita cari Harta Karun

Wow.. Best best.. Google Maps ade ciri terbaru iaitu "jom cari harta karun". Berminat nak cuba? Korang boleh klik disini. Telor ade cuba-cube test cari juga, tapi tak jumpe la pula. Hahaha..

Cube korang test cari pule. Mana tahu ade rezeki jumpa. Free-free aje jadi jutawan. Hehehe.. Tapi macam biase la. Share la sikit dengan telor yea. Tak banyak pun telor minta. Lagi 5% nak sampai 100% aje. Hahaha..



Wednesday, January 16, 2013

Gambar mencarut pertama didunia

Hohoho.. Inilah rupa orang pertama didunia bergambar sambil mencarut. Siapa yang suka mencarut ketika bergambar tu.. ini la dia rupa pengasas korang. Hahaha..

Gambar mencarut pertama didunia ini diambil pada bulan April 1886 ketika perlawan Major League Baseball di antara Boston Beaneaters and New York Giants manakala pengasas pencarut pertama didunia ini pula bernama Charles Radbourn.

Wow.. tak pasal-pasal Charles Radbourn nie tiba-tiba feymes seluruh dia. Hahaha..


Saturday, December 22, 2012

Ramalan kiamat yang SENTIASA SILAP

Jom kite baca infografik mengenai ramalan kiamat yang SENTIASA SILAP sepanjang sejarah tamadun manusia. Hohoho..

Ehh.. Apesal telor hohoho pula?? Laa.. kan krismas dah dekat. Hahaha..


Sunday, September 2, 2012

Pembalak di zaman dulu kala

Mak aihh.. besarnya batang pokok zaman dulu-dulu. Kecik je orang. Dah macam orang kerdil pun ade juga telor tengok. Hehe..

Nasib baik gambar ini diambil zaman dulu-dulu. Kalau ambil zaman sekarang, mesti orang akan kate "Ala.. semua nie photoshop aje.." Haha..


Monday, August 13, 2012

Asal usul permainan LEGO

Jom kita belajar sajarah bagaimana permainan LEGO boleh tercipta. Menarik sebab sejarah kali ini disampaikan dalam bentuk animasi. Jadi takde la mengantuk sangat. Hehe..


Friday, June 15, 2012

Bergusti dengan beruang

Zaman dahulu, bergusti dengan manusia mana ade kelas.. Bergusti dengan beruang baru ade kelas.. Haha.. Lelaki ini bernama Gus Waldorf dan dia bergusti dengan beruang pada tahun 1949.


Thursday, April 19, 2012

Greatest Video In The History of the World!

Huh...?? Err...?? Emm...?? Telor terkedu sekejap apabila tengok video ini. Betul seperti yang dikate. Video ini betul-betul video yang paling hebat di dalam sejarah. Haha..



Dikopi dari YouTube

Tuesday, April 10, 2012

RMS Titanic

15 April 2012 ini, genap 100 tahun kapal Royal Mail Ship Titanic @ RMS Titanic ternggelam di dasar laut Atlantik. Jom kita tengok bagaimana kapal RMS Titanic ini tenggelam dari kaca mata National Geographic.



Tuesday, March 27, 2012

Batman dijumpai sedang memandu

Hoho.. Batman dijumpai sedang memandu kereta Lamborghini nya dengan begitu bergaya sekali di lebuhraya. Hebat-hebat. Bukan senang tu nak jumpe Batman secara live. Haha..



Dikopi dari buzzfeed

Sunday, March 4, 2012

I will destroy you

Haha.. Nasib baik dinosaur sudah pupus. Kalau tidak, sampai kita dah jadi tulang pun, dinosaur akan cari kita untuk balas dendam jika kita buat pasal dengan dia. Dendam kesumat betul dinosaur nie. Haha..


Saturday, February 11, 2012

11 bulan selepas tsunami di Jepun

Pada bulan Mac tahun 2011, negara Jepun telah dilanda tsunami dan gempa bumi. Kini, selepas 11 bulan bencana alam tersebut berlaku, kebanyakkan kawasan yang terlibat telah dibaik pulih.

Takhziah kepada mereka yang terlibat dan takhziah kepada negara Jepun. Semoga cepat pulih seperti sediakala :-)

Kerana Misai

Laa.. sebab ini rupanya kenapa Hitler mengamuk sangat sampai tercetusnya perang dunia kedua. Telor ingatkan sebab apa. Sebab misai rupanya. Misai.. misai.. sebabkan kamu, habis satu dunia hura hara. Haha..



Dikopi dari toonhole

Friday, February 3, 2012

Rollerblade zaman dahulu kala

Ooo... macam ini rupenya rollerblade pada tahun 1923. Hebat. Rupe rollerblade ini macam tayar basikal kecik yang dipakaikan kat kaki aje. Hehe..



Dikopi dari likecool

Tuesday, January 24, 2012

| telOrDigOreng |

Gambar telur goreng dikopi dari petitchef

Mungkin ada yang perasan. Mungkin ada yang tidak. Blog telordibasuh nie, kadang-kadang postnya ditaip oleh -telOrDibAsuh-, kadang-kadang postnya ditaip oleh | telOrDigOreng |. Ade perasan tak? Err.. ke korang langsung tak perasan? Alamak, telor sorang aje ke yang perasan korang perasan? Malu le pule. Hehe..

Okey. Siapa | telOrDigOreng | nie telor? Yang telor boleh konfem, | telOrDigOreng | nie bukan telor. Nama pun dah lain. Lagipun nama -telOrDibAsuh- lagi sedap dari nama | telOrDigOreng |. Betul tak? Haha..

Wednesday, January 11, 2012

Tapak kaki gergasi

Besarnya bekas tapak kaki. Bekas tapak kaki gergasi sepanjang 4 kaki ini dianggarkan berumur diantara 200 juta sehingga 3 bilion tahun. Ditemui pada tahun 1912, bekas tapak kaki gergasi ini terletak di Bandar Mpaluzi, Afrika Selatan.

Bekas tapak kaki gergasi ini masih lagi menjadi misteri buat ahli geologist dalam mencari siapa punya bekas tapak kaki. Yang pasti lagi confirm, ini bukan tapak kaki telor. Haha..



Dikopi dari quasi-mundo

Monday, January 2, 2012

100 tahun dalam 10 minit

Jom kita belajar sejarah hari ini. Video ini memaparkan peristiwa-peristiwa penting atau besar yang berlaku dari tahun 1911 hinggga tahun 2011. Sangat informatif bagi mereka yang sukakan pengetahuan am. Mana la tahu kot-kot soalan ini ditanya dalam rancangan "RM1,000,000 Money Drop". Senang-senang aje boleh jawab nanti. Haha..



Dikopi dari bitrebels
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...