Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

Lelaki adalah IMAM

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

ummi sedang membaca buku "Bercinta Sampai ke Syurga" karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ... buku ini adalah sequel dari buku best-seller nya "Aku Terima Nikahnya".. alhamdulillah ummi dah baca buku itu..

sedang membaca dari satu tajuk ke satu tajuk, terberhenti ummi pada tajuk yang satu ini.. iaitu.. "Lelaki dan Keluarga, Seperti Imam dengan Makmumnya".. terus ingatan ummi kepada ayah..

artikel ni menceritakan suami itu sebagai Imam dalam sebuah keluarga.. isteri dan anak-anak adalah makmumnya.. dikaitkan di dalam artikel ini dengan seorang Imam yang memimpin sebuah solat.. dimana makmum akan mengikut setiap gerak geri sang Imam ketika rukuk, sujud dan sebagainya.. apabila salah rukun solat Imam itu, maka salah juga la makmum.. tetapi di dalam solat, makmum boleh menegur Imam sama juga lah hal nya di dalam sebuah rumahtangga.. isteri boleh menegur suami andai ada perbuatan yang salah dalam memimpin keluarga itu..

satu yang ummi tertarik pada perenggan artikel yang Ustaz tulis iaitu berkenaan "berhubung" di dalam solat antara Imam dan Makmum.. sekaligus ia menerangkan soal "berhubung" di dalam sebuah keluarga dan rumahtangga.. apabila berada di dalam solat, Imam akan sentiasa berhubung dengan makmum dalam pembacaannya untuk makmum hayati dan perbuatannya dalam solat untuk diikuti.. di dalam rumahtangga pula, "berhubung" itu berlaku antara isteri dan anak yang lebih kurang sama dengan yang berlaku ketika Imam memimpin solat.. tetapi ianya lebih 'deep' dari hanya mengikut ia secara fizikal.. oleh itu, Ustaz letak bersama sebuah puisi dari buku "Chicken Soup For The Teenage Soul"..

“If I had My Child to Raise Over Again”

By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)
If I had my child to raise all over again :

I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars

"I would do less correcting and more connecting".. ayat ini mestilah direnungi secara serius oleh setiap bapa dan suami. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada correcting terhadap kesalahan isterinya sedangkan hak isteri untuk ‘dihubungi’ oleh suaminya tidak dipenuhi. Kita bersama tetapi terpisah, kita dekat tetapi jauh, kita sebumbung tetapi seorang di suatu lembah manakala seorang lagi di lembah yang lain. Sukar sekali di dalam masyarakat Melayu kita yang less expressive untuk membuka hati dan mulutnya, membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan ‘dihubungi’. Budaya ‘man-to-man’, ‘heart-to-heart’ dan lain-lain bentuk komunikasi amat asing dari masyarakat kita kerana kita cenderung memendam, berdendam dan akhirnya amuk dan binasa.

Lebih parah adalah sikap bapa yang tidak berhubung dengan anak-anak. Kita mengambil falsafah burung membesarkan anak-anak kita yang manusia. Kita bina sarang di dahan yang tinggi untuk keselamatan, kita keluar awal pagi untuk mencari rezeki dan kemudian pulang ke rumah dengan rezeki untuk disuap ke mulut anak-anak yang menjerit-menjerit seperti anak burung itu tadi.


Namun, perlulah diinsafi bahawa anak-anak kita menjerit bukan semata-mata kerana perut yang lapar dan fizikal yang berhajat, namun jiwa mereka turut kelaparan. Mereka mahu ‘dihubungi’. Mereka mahu didengari, mereka mahu rasa ‘dekat’ dengan bapa mereka. Lihat sahaja perilaku Rasulullah SAW yang membelai rambut anak cucunya, mencium mereka, berhenti berceramah untuk memeluk Hasan serta Husain, sujud lama kerana membiarkan Husain yang sedang menunggang Baginda dan pelbagai contoh Baginda membina body contact. - keratan artikel dari buku "Bercinta Sampai Ke Syurga"

ya Rasulullah, susah sungguh kami ingin mengikuti cara mu itu dek kerana iman yang seperti pasir pantai di tangan.. penuh seketika di tangan dan hanya meninggalkan debu setelah ia habis luluh ke bumi.. sukar.. tapi akan kami usahakan.. mujahadah diri..

ayah, ummi tahu ayah baca ini.. semoga bermanfaat ye Imam :)

Thursday, May 20, 2010

isteri yang terbaik..

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

jam menunjukkan jam 10 malam..

ummi : abang tak balik lagi?
ayah : belum lagi.. tengah nak siapkan keje sikit lagi..
ummi : abang nak balik pukul berapa?
ayah : abang macam nak balik lambat sikit.. banyak lagi kerja nak disiapkan..

bila ummi terjaga dari tidur, jam menunjukkan pukul 11.00 malam.. amati suasana di luar bilik, sunyi.. hmm tak balik lagi..

ummi terjaga balik dan jam menunjukkan pukul 12.00 malam.. lagi sekali ummi cuba cari tanda-tanda kelibat ayah di luar bilik.. bunyi orang basuh tangan.. ha dah balik.. alhamdulillah..

begitulah setiap kali apabila ummi menunggu-nunggu ayah balik dari kerja.. tidur tak pernah lena.. terjaga risaukan ayah yang tak balik-balik lagi.. kerjanya akan mengambil lebihan masa setiap hari.. dan selalu akan dibawa hingga ke hari minggu.. sebagai seorang isteri tentu sahaja ummi risau.. dan sebagai seorang ummi, risau dan takut andai malam-malam begini terjadi apa-apa pada jannah dan ummi memandangkan tiada seorang lelaki yang ada di rumah untuk menjaga kami berdua.. Allah sahaja tempat ummi berlindung bila situasi seperti ini terjadi..

"cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada Nya segala urusan kami" - Ali Imran : 173


lambakan kerja..

sekarang ni ummi sedang membaca satu buku yang bertajuk "Persembahan Cinta Isteri Hasan Al Banna".. ia mengisahkan tentang Lathifah Husain Ash Shuuli, seorang isteri kepada pendakwah tersohor Imam Syahid Hasan Al Banna yang menjadi 'selalu ada perempuan hebat, di belakang laki-laki hebat'..

petikan dari buku tersebut...

Hasan Al Banna memang mendapatkan takdirnya berjodoh dengan seorang isteri yang memang mampu hampir sepenuh masa membantu tugas-tugasnya di dalam rumah. Hasan Al Banna seorang suami yang memiliki perhatian dan sikap istimewa terhadap keluarganya namun beban dakwah yang dipikulnya jelas sangat menghajatkan seorang isteri yang bukan hanya mampu meneduhkan jiwanya menenangkan perasaannya membahagiakan hatinya tatkala dia di rumah, tetapi juga yakin dan percaya kepada si isteri soal perawatan dan pendidikan anak-anak di rumah. Ini terbukti bila kita melihat bagaimana keadaan anak-anaknya saat mereka dewasa.

Kesibukan dakwah Hasan Al Banna yang tinggi, tidak mungkin boleh berjalan dengan baik tatkala isteri pun turut keluar rumah untuk terjun dalam kesibukan serupa. Dia seorang ratu rumah tangga yang memang bertugas menciptakan rumah yang menenangkan bagi suami yang sibuk dengan kegiatan dakwahnya. Betapapun melaksanakannya jelas bukan hal mudah. Pengabdian dan cinta isteri Hasan Al Banna kepada suaminya terbukti ketika dia berulangkali melalui saat-saat harus mengurus anak-anaknya tanpa didampingi suami dalam keadaan yang kritikal. Ketika dia harus menghadapi musibah kematian si anak tanpa kehadiran suami di sampingnya. Ketika dia harus merawat putera sulungnya, Saiful Islam juga tanpa keberadaan suami disisi. Ketika dia harus melahirkan anaknya yang terakhir hanya beberapa saat setelah suami yang tercinta pergi buat selama-lamanya. Dan banyak peristiwa berat lagi yang dilalui oleh isteri Hasan Al Banna selama mengiringi jejak langkah suaminya.

pada ummi, beliau hebat.. sungguh hebat.. mampukah ummi menjadi sehebat itu.. kadang-kadang ketidakberadaan ayah di sisi ummi kerana lambakan kerja ayah (dakwah) yang menggunung itu membuatkan ummi tarik muka masam.. mengeluh.. mampukah ummi? tentu sahaja susah.. tapi kini alhamdulillah, ummi cuba sebaik mungkin untuk seratus peratus faham akan situasi kerja ayah.. buku ini akan ummi jadikan pendorong untuk jadi yang terbaik.. isteri yang terbaik.. di sini untuk di 'sana'.. insyallah..


Friday, April 2, 2010

her first's book

BismillahirRahmanirRahim :)

pupuk minat membaca dari kecil.. macam mak long tu :) mak long suka sangat membaca.. sampai sekarang.. lepas tu terus jadi cikgu yang bidangnya memang tak lepas dari buku.. so, ini lah yang ummi cuba terapkan pada jannah.. insyaAllah..

ini buku pertama jannah.. ummi nak cari lagi buku.. apa lagi yang sesuai ye.. hmm... ummi beli buku ni online.. dekat myfirstep.. beli buku ni dah lama dah.. masa jannah 3 bulan.. masa tu ummi tak ada lagi blog.. so, tak cerita la.. ni baru teringat nak cerita.. buku ini menceritakan apa sebenarnya tujuan setiap ciptaan Allah.. contoh nya kenapa ada petir?.. kenapa ada musim panas dan musim sejuk?.. jawapannya ada di dalam buku itu juga yang di ambil dari ayat-ayat al-quran..

masa mula-mula beli jannah cuma boleh terkedip-kedip mata tengok buku ni.. sekarang jannah dah boleh pegang sendiri.. ada satu lagi buku yang ayah beli.. tajuk buku 25 Rasul (Nabi Adam a.s dan Nabi Idris a.s).. buku tu banyak perkataan.. yang ini pula banyak gambar.. jannah nampak berminat dengan buku ini.. mungkin bila dah besar sikit dan boleh faham, ummi akan lebih tekankan buku 25 Rasul tu dekat dia.. insyaAllah..


tajuk buku : Have You Ever Wondered Why ?
by Yasmin Mussa


fokus pada pembacaan.. hehe...

ok dah tak dapat fokus...


jelir lidah tanda protes tak mahu fokus langsung.. dah dah jom pergi main...



Pesta Buku 2010

BismillahirRahmanirRahim :)

ini adalah kali pertama ummi pergi ke book fair yang sebenarnya tiap-tiap tahun dianjurkan.. kenapa baru nak pergi tahun ni? sebab hobi terbaru ummi ialah membaca.. dulu suka juga membaca tapi sekadar baca.. tak ambil apa-apa point pun dalam bacaan tu.. sekarang ummi sedar betapa pentingnya membaca kerana ilmu itu datangnya dari membaca.. lagipun, ummi tak tau macam mana nak pergi pwtc.. dulu kawan-kawan ummi ada yang ajak pergi sama tapi tak tergerak hati pula nak pergi.. memandangkan hobi membaca ni baru je datang, ummi pun sangat excited nak pergi book fair ni.. little jannah, ummi tinggalkan dekat opah sebab ummi tau jannah akan tidak selesa kat sana sebab orang ramai sangat.. ummi berdua je dengan ayah.. terasa macam baru kahwin ye.. hehehe...



ini adalah buku-buku yang ummi sempat 'cekup' dekat book fair hari tu..


ada satu lagi buku tajuk dia "Anakku Mahu Makan" karangan Zuraini Mat Isa.. buku tu ummi bawa ke office.. boleh baca waktu rehat.. nampak tak ada cd seketul tu.. jap ummi cerita kat bawah nanti :) kebanyakkan buku yang ummi beli adalah karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.. sebenarnya ummi nak baca buku "Secangkir Teh Pengubat Letih" je tapi ayah sangat bermurah hati membenarkan ummi beli semua buku karangan beliau.. lagipun murah sikit kalau beli sekali banyak... dan satu buku karangan Dr. Fadzillah Kamsah..

ada lagi yang ummi beli.. ini untuk jannah...



flash card for the little girl.. murah bila beli 3 set sekali.. ummi ambil yang alphabet, nombor dan jawi.. ada set yang lain macam flash card haiwan, buah-buahan.. tapi ummi dan ayah ambil yang paling asas..




hope you like it dear :)


dan ini adalah 'cekupan' yang ummi paling suka :)


album : Allah Knows
artist : Zain Bikha
jangan ingat buku je ada jual kat situ.. album pun banyak.. ummi beli dekat booth in team records..

lagu-lagu dia sangat menarik.. pertama, semua lagu dalam tu hanya menggunakan suara (acapella) dan drum version.. kalau ada instrument lain pun cuma light percussion macam "shaker".. kedua, Zain's voice is heaven :) ketiga, lirik lagu dia pula lain dari lagu nasyid yang kita selalu dengar dan dia banyak gunakan suara kanak-kanak which is good for jannah since jannah suka bila dengar suara budak-budak kat tv atau pun bila ada budak-budak main-main depan dia.. tercengang dia bila dengar lagu Pizza in His Pocket :)

keempat, lagu dia semua english.. baik untuk jannah.. antara lagu hit dari album ini ialah Pizza in His Pocket.. lagu yang mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang suka sangat makan tetapi tak bersyukur pada Allah untuk makanan yang dia makan.. satu hari, ada seorang budak perempuan miskin datang jumpa dia.. finally, he realize yang selama ini dia makan banyak sangat sampai perut sakit tetapi ada kawan-kawan dia yang tak pernah dapat makan sampai perut sakit.. see.. lagu-lagu dia adalah sebuah cerita.. itu yang ummi suka.. sangat sangat bagus untuk kanak-kanak.. a lesson for them.. banyak lagi cerita lagu dalam tu.. contoh Flowers are Red, My Mom is Amazing... Flowers are Red sangat bagus.. ia menceritakan yang bunga ciptaan Allah tak semestinya merah ada banyak lagi warna macam warna pelangi.. pelbagai.. lirik lagu Zain Bikha kesemuanya adalah pengalaman orang.. terutamanya kanak-kanak.. ummi suggest this album for school teacher yang mengajar budak darjah 1 hingga 6.. good for their english :)

satu yang ummi terkilan.. ummi nak cari buku ini sebenarnya...





tapi tak jumpa.. nak cari yang dah translate in malay.. lagi senang nak faham.. masuk dalam MPH booth tak jumpa.. nak cari booth yang lain, ummi pun penat nak mencari.. buku ni lainkali la ummi cari ;).. lagipun nak yang dalam bahasa.. mana nak cari ye..   

Monday, March 1, 2010

Abu Bakar Sahabat Sejati

ini adalah buku yang ummi sedang baca..



pertama kali dengar dekat ikim.fm masa ramadhan tahun lepas.. best dengar cerita nya.. tapi tak semua rasanya yang dia ceritakan.. cuma ambil beberapa bab dari buku itu.. ini adalah antara petikan cerita dalam buku sirah ini...




Apabila sampai di pintu masuk Gua Thur itu, Abu Bakar as-Siddiq pun berkata, "Wahai Rasulullah, gua ini tidak pernah dimasuki oleh manusia. Mungkin banyak sampah sarap dan ada binatang berbisa. Biarlah saya yang masuk dahulu."


Kemudian Abu Bakar as-Siddiq masuk lalu membersihkan gua itu. Semua sampah sarap dibuangnya. Di dalam gua itu juga terdapat banyak lubang yang menjadi tempat persembunyian ular. Abu Bakar as-Siddiq mengambil batu-batu lalu ditutupnya lubang-lubang itu. Namun masih ada lubang yang belum sempat ditutupnya. Tiba-tiba dari salah sebuah lubang itu keluar seekor ular lalu mematuk kaki Abu Bakar as-Siddiq. Tetapi tidak dihiraukan sebaliknya beliau terus melakukan kerja hingga siap. Kemudian barulah Nabi Muhammad dijemput masuk.


Disebabkan keletihan, Nabi Muhammad berbaring di atas lantai gua itu lalu terlena. Abu Bakar as-Siddiq datang lalu memangku kepala Rasulullah saw. Pada masa itu, barulah Abu Bakar as-Siddiq merasa bisa ular yang mematuknya sudah mula meresap ke dalam tubuhnya. namun beliau terus menahan kesakitan sehingga air matanya menitik jauh ke muka Nabi Muhammad. Beliau terjaga lalu bertanya sebab Abu Bakar as-Siddiq menangis.


"Wahai Rasulullah, saya dipatuk ular," jawab Abu Bakar as-Siddiq sambil menahan kesakitan.


"Mengapa tidak dikhabarkan kepada saya tadi?" tanya Rasulullah.


"Rasulullah sedang tidur. Tidak sampai hati saya mengejutkan" jawab Abu Bakar as-Siddiq.


Mendengar jawapan itu maka Rasulullah saw berdoa, "Ya Allah, jadikanlah Abu Bakar sedarjat dengan saya pada hari kiamat."


Kemudian Nabi Muhammad memeriksa kaki Abu Bakar as-Siddiq lalu membaca doa dan meludah pada luka patukan ular itu. Dengan izin Allah, maka Abu Bakar as-Siddiq tidak berasa sakit lagi.



doa Rasulullah untuk Abu Bakar.. memang confirm masuk syurga :).. dengan izin Allah... dibawah pula adalah lirik lagu khas buat Abu Bakar as-Siddiq sahabat sejati Rasulullah.. ummi dengar lagu ni semalam dekat laptop ayah.. lirik dia kalau di hayati, boleh mengalir air mata.. btw, credit to ayah for introducing ummi to this song.. since ummi used to be a big fan of english song esp the 90's :) because of that, this entry were written.. browse through youtube.. boleh jatuh cinta dengan lagu ni :)



Khalifah Pertama
Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com



Khalifah Pertama
di sana terpancar sinar cahaya
menerangi lorong-lorong yang gelita
namun mereka tiada percaya
malah mencaci dan menghina

engkaulah yang pertama membenarkannya
hilang saudara
hilang segala-gala
engkau tetap setia
kalimah tuhankan bertakhta

Dikaulah lambang teman sejati
pada kekasih janji dipateri
khalifah pertama...
menggenggam erat panji suci
bila kekasih tiada lagi

Kekasih tiada lagi..

Teman dikala suka dan duka
tiada apa yang dapat memisahkan
rela berkorban harta dan nyawa
lafazmu hanya kebenaran

Tika bisa menjalar
mencengkam tubuh
kekasih lena dipangkuanmu
engkau tetap setia
hingga mengalir air mata..

Disinilah janji setia
antara sahabat dan kekasih
menjadi inspirasi kami
walau tiada pernah bersua
aku kan tetap setia
untuk selama-lamanya...