Showing posts with label working lady. Show all posts
Showing posts with label working lady. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

pertama kali : Kursus di Sabah

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

remember ummi's last entry? yes.. ummi pergi ke Sabah!.. alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik.. selamat balik la kan.. kalau tak ummi tak tulis kat blog hari ni..

pertama kali.. semuanya pertama kali buat ummi untuk kisah kali ini... kisah yang ditakdirkan Allah untuk ummi.. pertama kali ummi tinggalkan jannah dan abu jannah, jauh dari rumah.. pertama kali ummi naik flight.. alhamdulillah merasa jugak.. pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.. pertama kali attend kursus dengan semua secretary yang berbumbungkan Tabung Haji.. baru ummi tahu, office ummi adalah antara office yang mempunyai bilangan secretary paling ramai.. kursus hari tu ada 50 orang secretary yang attend.. ada lagi yang tak datang hari tu..

kisah ummi tinggalkan jannah selama 4 hari tu berlalu dengan baik.. jannah tak meragam masa ummi takda.. abu jannah yang bertanggungjawab memikul tugas ummi semasa ummi ke Sabah.. sayanggggg abang :)


wajah yang ditinggalkan... hehehe... comel kan dua-dua :)


hari pertama jemaah kursus telah dibawa ke Kundasang.. tengok Gunung Kinabalu...

nampak tak yang cloudy tu.. puncak gunung ditutupi awan sebab dia tinggi sangat... subhanallah.. teramat indah :)

angin kat sana agak kuat.. gambar di atas menunjukkan sifat angin tersebut *wah ayat..*


trail yang dijejaki jemaah kursus semasa di Kundasang.. sambil tengok kehijauan makhluk Allah iaitu hutan :)

selepas lawatan ke Kundasang, ummi di bawa ke Pasar Philipine di KK.. hmm macam tu kot ejaan dia.. jangan tanya kenapa nama pasar tu Philipine.. ummi tak tahu.. yang ummi tahu, kat situ tempat shopping barangan kraf Sabah.. cantik-cantik.. harga dia? hmm... ok jugak kot.. tapi kawan ummi cakap di Semporna, barang yang serupa boleh jadi murah RM3, RM5 berbanding KK.. mungkin di situ barangan kraf dihasilkan.. agaknya lah...  

di Pasar Philipine, bahagian jualan barangan kering.. tu semua ikan masin, udang kering, ikan bilis.. semua fresh in process...

selepas berjalan-jalan pada hari pertama di Sabah, bermula lah tujuan sebenar ummi ke sana iaitu KURSUS...

dalam kelas.. kerja berkumpulan..


Morning Glory.. nama group ummi..


petang-petang.. riadah..



nampak tak ummi kat mana? :)


kursus berstatus SELESAI... yeay! boleh balik!


ummi nak jumpa sama budak kecil ini :)


ooh dan juga yang besar ini :))



ada banyak lagi gambar.. insyaAllah akan diupload di facebook...



Thursday, July 29, 2010

gloomy feeling :(

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

ummi tak rajin nak update blog semenjak dua menjak ni.. ada cerita nak tulis.. kalau tak cerita pasal jannah, pasal apa-apa yang mendatangkan kebaikan.. sebab menulis ni bukan suka-suka tapi ia perlu dicoretkan sesuatu yang berguna dan terkesan.. kalu tak terkesan kat orang-orang yang membacanya, ia wajib terkesan pada yang menulisnya.. ummi lah tu :)

punca tak rajin tu datang dari mood ummi yang agak gloomy minggu ni.. ummi bakal meninggalkan ayah dan jannah buat pertama kalinya jauh dari Semenanjung.. iaitu ke Sabah.. terasa sedikit berat untuk pergi.. sebelum ni, mana pernah jannah tido tanpa ummi.. dah setahun sebulan ni, dia tak pernah tido tanpa ummi.. jadinya ini adalah perkara terberat untuk ummi lakukan.. lepas tu adalah suara-suara yang memujuk..

dearly abu jannah : takpe lah.. bila lagi nak buat macam ni.. kadang-kadang kena cuba tinggalkan untuk bagi dia belajar berdikari...

seorang Pak Haji yang prihatin : apa lah yang susah sangat.. nanti awak nak pergi bertugas kat Tanah Suci lagi lama nak tinggal anak tu.. haa macam mana...

seorang kakak Secretary yang baik hati : dasuma, kadang-kadang kita kena tinggalkan dorang ni untuk dapatkan rasa rindu tu.. kalau tiap-tiap hari jumpa, boring jugak.. takda apalah.. 4 hari je..

semua suara memujuk tu betul.. jadinya ummi harus, perlu, kena jugak tinggalkan.. lagipun 4 hari je.. hah! datang balik semangat nak pergi.. yes!.. esok lembik balik sebab terfikir macam mana jannah malam-malam tanpa ummi ni.. ha macam tu lah ummi selagi tak jejak kaki kat Sabah tu.. alahai bila nak pergi ni.. cepat-cepat pergi, cepat-cepat balik.. ummi takda nak tengok-tengok jannah dan ayah tapi Dia ada.. insyaAllah..

semoga Dia sentiasa melindungi jannah dan abu jannah dari sebarang kemudharatan yang datang dari langit dan bumi.. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.. amin...

Monday, May 31, 2010

food for her soul

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

masa ummi kecil dulu, opah selalu ada untuk bagi ummi dan adik beradik ummi yang lain makan masakan opah.. sebab opah adalah surirumah tangga.. pernah sekejap opah bekerja di luar.. itupun sebelum pergi kerja, opah akan masak untuk anak-anak dia.. kami tak makan kat luar pun.. jarang sekali.. mungkin disebabkan itu juga sampai sekarang, ummi paling rindu nak makan masakan opah.. setiap hari rindu.. bila ummi masak, rasa nya tak akan pernah sama dengan opah.. pengat pisang yang sama bahan, sama pisang pun rasanya tak sama dengan opah masak.. tu yang dipanggil air tangan.. 

jadinya, ummi berharap ummi dapat buat yang sama untuk jannah.. dan juga ayah.. untuk ayah mungkin payah sikit kot.. sebab ayah pun sama macam ummi.. masakan nenek yang paling terrrbaik sekali.. jadinya, ia akan mengambil masa panjang sikit lah.. tunggu 10 tahun ke.. baru lah ayah akan terkenang-kenang masakan ummi setiap hari.. hehehe.. berangan :)

memandangkan ummi bekerja, jannah akan jarang dapat rasa masakan ummi.. hari minggu baru dapat rasa ummi masak.. jadinya setiap hari ummi akan berjihad untuk menyiapkan makanan jannah untuk dihantar pada nenek.. bukan ummi tak bagi jannah makan nenek masak tapi biarlah yang terbaik itu dari ummi sendiri.. untuk anak ummi.. pagi-pagi kena bangun awal sikit la kan.. tapi takpe.. insyaAllah berbaloi untuk jangka masa yang lama..


labu masak lemak dan ikan goreng



tumis tempe tauhu dan ikan goreng


antara makanan yang ummi buat untuk jannah.. semoga ada keberkatan di dalamnya buat jannah.. sehingga jannah juga menjadi macam ummi kelak.. rindu sentiasa dengan ummi walaupun telah menjadi milik orang lain :) dan semoga ummi masih berkudrat untuk lakukannya sepanjang masa.. maksudnya tak boring :).. insyaAllah...



Tuesday, May 11, 2010

mengantuk atau merajuk.. hmm...

Bismillahi ya Rahman ya Rahim :)

semalam macam biasa ummi sampai rumah pukul 6.15 petang.. ummi ambil jannah dan dia tertidur dalam pukul 6.45 petang.. which according to nenek, jannah was too tired as she follows nenek and her aunties to econsave shopping.. yesss shopping.. so, she didnt have enough sleep yesterday..

lepas tu jannah bangun balik after a 45 minutes nap.. dan dia kemudian telah menjadi begini..


mengantuk??

merajuk?? hmm...

mengantuk dan merajuk ke?? hmmmmm....

tak tahu lah.. sebelum tu, pagi-pagi masa ummi tengah siap-siap nak pergi kerja tiba-tiba jannah terjaga dari tidur dan terus menangis sebab ummi takda kat sebelah dia.. sebelum ummi sempat bersiap, ummi baring sebelah jannah dan cuba tidurkan balik.. tapi dia tak mahu tidur.. ummi terpaksa juga bersiap.. tinggalkan jannah dengan ayah dan terus bersiap pergi kerja.. jannah pun apalagi.. melalak la dia.. ayah yang kena pujuk jannah..

so, balik tu ummi pun cepat-cepat drive sebab nak minta maaf dengan jannah sebab ummi dah ambil hak dia sebenarnya.. sepatutnya ummi kena ada sentiasa dengan jannah sepanjang membesarnya dia.. bukan berada di pejabat.. itu adalah tugas hakiki ummi iaitu menjaga dan mendidik anak-anak.. tapi nak buat macam mana.. ummi perlu bekerja demi untuk menampung rezeki untuk jannah juga.. ummi minta maaf sayang..

ok back to the story.. jannah macam merajuk.. she only stared at me and do nothing.. not even a smile.. tunduk kan kepala, diam je.. tak mahu cakap dengan ummi.. merajuk la tu kan.. she does that for about two hours.. bangun sekejap, tengok tv then buat balik macam tu.. bangun balik makan buah pastu tunduk balik.. for two hour time! hmm lama gak.. lepas tu ummi ajak dia main.. paksa main actually baru la dia ok.. baru nak gelak-gelak dengan ummi.. haihh.. jannah dah pandai merajuk.. dulu dia ada juga buat macam ni tapi bila dia rasa mengantuk.. start je buat macam tu, tau tau mata dah nak terpejam.. tapi malam tadi nampak bukan mengantuk tapi memang betul-betul merajuk... 

harap-harap balik nanti dia ok sebab pagi tadi masih tidur masa ummi pergi kerja :)

Tuesday, December 15, 2009

Setiausaha yang blurrrr...

merujuk kepada tajuk di atas, ada kisah yang perlu ummi ceritakan di sini mengenai Setiausaha yang Blur.



SU A   :   Assalamualaikum..

SU B   :   Waalaikum salam..

SU A   :   saya Setiausaha A dari Lembaga Tabung Haji.. Dengan siapa saya bercakap ye?

SU B   :   Setiausaha B..

SU A   :   ok macam ni puan, saya nak tanya sama ada Bos puan dapat hadir tak untuk mesyuarat sekian sekian pada 22 Disember ni?

SU B   :   ermmm.. *sunyi.. bunyi cengkerik semak samun dlm hutan*

SU A   :   22 Disember jam 8.15 pagi.. Bos puan akan hadir?

SU B   :   errr.. sebenarnya dia masih bercuti masa tu..

SU A   :   kalau macam tu siapa yang akan hadir ye.. kami perlukan wakil..

SU B   :   errr... *bunyi cengkerik lagi sekali*.. kejap ye

SU A   :   ok... *laaa... macam baru bangun tido je die nih..*

SU B   :   saya rasa Bos akan hantar En. sekian sekian.. tapi kejap ye..

SU A   :   ok... *masih tak tau bos die nak hantar sapa?.. meeting nak dekat nih..*

SU B   :   nanti saya call puan balik.. apa nombor ye...



haa.. begitulah dialog dengan setiausaha yang blur.. saja je nak cerita kat sini.. sebab bagi ummi, sebagai seorang setiausaha, kita mesti cepat dan tahu apa tindakan yang perlu di buat dalam apa situasi pun.. sewaktu bos cuti, bos marah, bos girang gembira.. ummi pun kadang-kadang blur juga :)  tapi dalam situasi yang agak genting dengan meeting yang lg 5 hari ni, tak boleh dah nak buat bunyi cengkerik semak samun dalam hutan.. kena cekap dan pantas baru la bos sayang :) pastu bagi markah smart-smart.. Alhamdulillah.. kerja berniatkan Allah dan dimulakan dengan namaNya, insyaAllah boleh dapat markah smart.. kan jannah :)




small note : ummi rasa dia tengah main farmville kat FB sebab bos dia takda.. takpun tulis belog cam ummi nih.. hehehe.. ummi! buat keje!!

Thursday, December 10, 2009

firedrill !!

ok.. nak cerita pasal firedrill di tempat kerja ummi semalam yang membuatkan kaki ummi sebahagian besar nya di betis sangat kejang dan tegang pada hari ini.. nak jalan amat la susah dan sakit.. terhincut hincut dibuatnya.. alhamdulillah.. kafarah ummi kafarah.. jangan mengeluh...

ummi di paksa oleh encik encik bomba untuk turun tangga semasa loceng kecemasan dibunyikan memandangkan lif telah di 'shut down'... untuk pengetahuan jannah dan semua, pejabat ummi mempunyai 38 tingkat kesemuanya dan ummi berada di tingkat 37.. hasilnya.. ummi kena turun tangga dari tingkat 37 hingga ke tingkat lobi untuk menyelamatkan diri dari rentung.. kalau dulu masa sekolah.. kelas kat tingkat 4 pun boleh rasa penat dengan aktiviti ini (waktu mendaki la kan..) ini kan lagi tingkat 37 :).. terketaq pala lutut ni rasa cam nak tumbang tergolek golek kat tangga tu jugak.. tetapi ummi dengan penuh Bismillahirrahmanirrahim tak berapa rasa nak tumbang tergolek golek.. alhamdulillah di beri kekuatan dan ketenangan.. sangat mujarab apabila menyebut nama-namaNya :)

dek kerana telah mendapat musibah di kaki, ummi pun tidak dapat membuat kerja rumah dengan sempurna semalam.. jannah pun boleh dikatakan main sorang-sorang malam tadi.. maaf ye sayang.. ummi tak berapa nak sihat main dengan jannah.. ayah pula terpaksa menyantap makanan dari air tangan tukang masak restoran sebelah rumah.. maaf ye sayang.. dah nak cuba masak tapi sangat-sangat tak larat.. gambar akan menyusul kemudian.. insyaAllah :)

Wednesday, November 11, 2009

jannah dan rakan-rakannya...

bila orang cakap entri bergambar bermakna entri itu banyakkkk gambar.. ummi baru tahu la jannah.. memandangkan ummi baru ada belog.. hehehe...

jannah, ini kawan-kawan kerja ummi.. gambar-gambar ni semua dekat rumah acik rahmah.. jannah masa ni umur 4bulan ok.. jom kita tengok... zzzaaasssss!





jannah, ni la dia mak angkat jannah.. nama dia ummi ashani..
*as, ok dah bagitau jannah dah*




mind the blurry photo sebab dicapture oleh non-photography-pro-at-all














ini pulak acik dayah..





jannah letih asyik kena dukung je.. eh eh.. peace itu sentiasa ter"appear" bila ada acik mimi kan... hehehe..


ok sekian sudah.. maklong, makngah.. sila lah lepaskan kerinduan terhadap gambar-gambar yang dipaparkan ini ye... jannah punya rambut sangat pendek sebab ayah jannah gunting ;))

Friday, November 6, 2009

on the road of kuala lumpur

ni keadaan jalan raya di kuala lumpur jam 7.00 pagi



dan ini keadaannya jam 5.00 petang..




ini lah yang selalu ummi hadapi setiap kali pergi dan balik kerja.. setiap hari.. cuba ulang semula.. setiap hari..  sabtu ahad cuti.. Alhamdulillah.... sampaikan.......

"ko tak penat ke ulang alik kerja macam ni" my courageous father in law said..

"dah biasa yah" dlm hati.. insyaAllah.. ayah pun suka kan saya kerja kat tabung haji.. jadinya takpe lah.. jem jem ni.. lame sket lg, blh jd kebal dengan jem kt KL..hehehe...

pada pandangan ummi, ini adalah ujian buat ummi yang selalu kurang sabar.. ya betul, ummi ni tak sabar orangnye.. kalau tak sabar, akan berlaku lah perkara yang tak diingini.. jadinya ummi diberi ujian seperti ini.... untuk melatih ummi menjadi yg sabar.. terima kasih kerana sering mengajar kepada ku untuk menjadi yang terbaik disisiMu.. Alhamdulillah ;')