Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Kira gaji baru anda! Untuk semua gred (1-54)

Pelarasan gaji sebanyak 13% bagi gred 1-54 Khamis lepas memang ditunggu oleh semua. Ini termasuk kenaikan gaji (KGT) antara RM80-RM320 mengikut gred. Kat sini aku nak kongsi cara kiraan gaji kita semua selepas aku guna excel. Kat bawah beberapa kiraan yang aku buat. Tara....

 Cth gred N17 selepas 4 tahun bekerja
 Cth gred N27 selepas 3 tahun bekerja
Cth gred N48 selepas 6 tahun bekerja

Sebabnya rata2 aku tgk cuma gaji 44-54 jer yang ada buat masa ni. Gred lain2 pun nak jugak kan. Kepada yang nak kiraan automatik macam kat atas, boleh bagi email. Nnt aku emailkan kat korang excel tersebut. Ini termasuk kiraan back dated bakal kita dapat!

Sunday, December 18, 2011

Jadual sifir gred gaji SPBA 2012: Jom kira gaji baru anda

Berikut dikongsikan sifir gaji guru dan jadual gaji baru / sifir pemindahan gaji bagi kakitangan perkhidmatan pentadbiran dan sokongan bermula Januari 2012. Oleh itu, aku bagi kredit kepada Farhancr7 kerana sudi berkongsi sifir pemindahan gaji (kenaikan gaji) bermula tahun depan. Contohnya, Januari kenaikan gaji Mr X adalah RMxxx, bulan April ada kenaikan lagi sebanyak RMxxx. Aku dah kira, so sekarang giliran semua. Apa lagi, jom kira!

Wednesday, December 7, 2011

Pekeliling baru 2012 bagi gaji kakitangan awam


Sekarang ni tengah hangat orang memperkatakan tentang isu kenaikan gaji kakitangan awam mulai Jan 2012. Dalam Skim Gaji SBPA 2012, semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan.

Boleh refer kata-kata yang dipetik oleh YBhg. Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia) melalui facebook KPPA.

Saya amat menghargai kawan-kawan yang tidak jemu memberi pandangan di FB saya ini. Jadi istimewa untuk rakan-rakan sekelian, berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM – N36) 3035-5555 kgt 180

Boleh baca di ISU PANAS berkenaan skim baru selanjutnya terutama untuk para guru. Setakat ini, dari sumber yang boleh dipercayai ialah kenaikan gaji semua antara RM1xx hingga RMxxxx. Wallahu'alam

Thursday, October 28, 2010

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini

Zaman-zaman dengan kengkawan tempat kerja terakhir sebelum sekarang

Aku rasa ramai yang mungkin tercari-cari ruang dalam kerajaan. Tapi agak terhad or paling tidak mesti terlepas. Kat sebelah kiri (atas) blog aku ada letak image Jawatan Kosong Kerajaan. So, rakan-rakan blogger or bukan blogger boleh click kat situ untuk tengok iklan-iklan terbaru dalam kerajaan.

Bukan apa, jawatan pembantu tadbir paling koman pun dapat RM800++ (blm termasuk pelbagai elaun yang beratus2 tu). Belum lagi jawatan yang lebih baik. Dan banyak benefit lain yang kita boleh dapat. Selain link tu, boleh gak try masuk kat sini:
1. Kedah2u.com (nama jer kedah tapi semua jawatan terkini kerajaan selalu mereka update)
2. jawatankosongkerajaan.my/ (ni pun byk info)

So, aku dah bg 3 link utk kengkawan yang masih ingin cuba dapatkn tempat dalam kerajaan. Sepengalaman aku, jarang ada company yang nak ibu mengandung 8 bulan kecuali kerajaan tau! Tu yg aku pernah rasa. (ni nak bg semangat pada pregnant moms yang masih tak dapat kerja. Cuba. Jgn tak cuba (pada yang berminat la).

Tuesday, February 9, 2010

Tempat Kerja Baru

Lamanya aku tak update. Since masuk tempat baru, memang agak sibuk sikit. Lepas tu, next month aku deliver plak. Insya Allah, masa dalam pantang dapatlah luang sikit masa untuk blogging ni.

Aku rasa seronok kat tempat baru. Paling seronok, baru masuk terus dapat medical benefit untuk bersalin dan sekeluarga (satu perkara yang tak pernah aku dapat sebelum ni). Tak pernah terfikir nak dapat semua ni. Ini lah orang kata rezeki anak :). Suasana kerja yang berbeza dan jauh dari ruang lingkup tugas-tugas aku sebelum ni. Tapi bagi aku, mana-mana kita kerja pun, kena ikhlas dan jujur. Baru berkat pendapatan... betul tak?

Friday, January 29, 2010

Hari Terakhir di Kota D

Hari ni hari terakhir aku di company X. Lama gak kat sini. Since September 2006... So, memang banyak kenangan dengan kawan-kawan. 2hb depan, aku akan ke KL. Semua keje aku dah handling over pada kawan-kawan, so that dia orang tak terkapai-kapai macam aku pernah rasa dulu. Yang pasti, masih ada sesuatu yang tak best aku kena telan macam tu aje....

Tuesday, January 19, 2010

RESIGN!

Pagi tadi aku hantar surat cinta kat bos (surat resign). Nampaknya aku dah buat semua orang jadi mangsa moody dia pagi ni. Aku bagi Notice cuma 2 minggu sebab terpaksa lapor diri kat tempat baru awal February ni. Walaupun aku ada alasan kuat (tak pernah dapat confirmation letter walau dah bertahun keje kat situ), tapi aku malas nak cakap. Biar lah dia membebel dan luahkan apa-apa yang dia tak puas hati. Malas nak burukkan keadaan.

Bukan aku tak suka keje kat sini tapi peluang keje dengan kerajaan cuma datang sekali. Disebabkan aku pregnant, serahan tugas akan dilakukan dalam tempoh sebulan tu (sebelum aku deliver the next month). Alahai, serba salah aku. Tapi disebabkan kata-kata yang menusuk kalbu dari bos, lidah aku macam kelu rasa. Padahal ramai lagi staff yang bagi notis ala-ala aku termasuk staff kesayangan dia. Tapi takde masalah dan siap dipuji melambung-lambung. Turn aku, terus jadi macam ni. Nasib ibu mengandung....