Showing posts with label Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Tauladan. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Al-Fatihah Buat Ulama Besar Malaysia. Biodata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Untuk Kita Kongsi Bersama

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 9.40 malam tadi. Al-Fatihah buat Allahyarham. 

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, 

Al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat


Wednesday, March 19, 2014

Blogger tak beretika ---> bila diri BERKIBLATKAN traffic dan duit

Dari sehari ke sehari aku baca status tentang MH370. Macam-macam andaian, berita, cerita dan spekulasi yang keluar. Dari Pak Menteri, bomoh sampailah ke orang biasa termasuk blogger.

Tapi selain paper yang tahu nak lariskan jualan je, yang paling aku sakit hati ialah blogger sendiri. Aku sampai hafal dah nama blogger yang asyik kejar traffic dengan menjual cerita-cerita murahan pasal MH370. Langsung tak jaga hati family mangsa MH370. Bila orang lain marah, katanya dapat dari sumber sekian-sekian. Dah tahu benda tu pun macam fitnah, dia buat tajuk tu lagi apa hal?

Bila traffic naik, duit hasil blogging masyuk. Halal haram dah tolak tepi, asalkan traffic naik mencanak kononnya dan tercapai apa yang dia nak. Amat tidak adil ambil kesempatan dari kesempitan orang lain.


Tuesday, November 5, 2013

Maal Hijrah---sambil dapatkan free perfume dari Avon bernilai RM89

Salam Maal Hijrah buat semua kengkawan semua. Moga doa kita semalam sebelum dan selepas Magrib seiring dengan diri kita.

Aku tertarik dengan tulisan seorang rakan di FB. Katanya:

Semalam saya mendengar Forum Bahaya Syiah di Masjid Negeri Shah Alam yang mana salah seorang panelisnya ialah Ustaz Nazmi Karim. 

Katanya cerita Nabi menyebut Ummati sebelum baginda wafat merupakan rekaan syiah semata. Tidak ada dalam kitab sirah yang muktabar bercerita tentang ini. Kisah ini banyak dikongsi di FB dan WhatsApp.

Nabi ada menyebut ummati sebanyak 2 kali. Pertama semasa hayat baginda dan kedua semasa di padang mahsyar nanti. Nabi wafat di riba Saidatina Aisyah. Tapi didalam cerita tersebut langsung tidak disebut tentang Aisyah. Ini kerana Syiah amat membenci Saidatina Aishah.

Cukuplah kita berpegang tentang cerita Ummati selama ini

Pagi ni sempena tahun baru, aku baru menang sebotol perfume "Only Imagine" dari Avon yang bernilai RM89. Sangat best.


Kalau nak joint, boleh KLIK SINI. Sehari ada had winner nya.

Sunday, July 28, 2013

Harta rampasan dari Habib Jewels~~rentetan dari penipuan dalam contest

Sengaja aku kekalkan ayat yang digunakan oleh empunya diri, di mana beliau telah tertipu dengan hadiah bernilai RM25k. Alhamdulillah....dalam masa seminggu masalah ini telah selesai.
Ini hadiah yang berjaya kawan aku tuntut selepas call simplysiti masalah ini. Kesian jugak dengan dia sebab bila tanya dan luah permasalahan di page fb Habib, komen dia kena delete. Paling sadis, siap kena block lagi. Nampak sangat Habib ada masalah kat situ. Tapi sokongan kawan-kawan dan family, dapat jugak dia tuntut hak sebenar, walaupon tak berapa benar (banding hadiah yang Siti tunjuk masa promote contest tu. Blh tgk N3 aku sebelum ni yang ada gambar Siti dengan barang kemas yang dia pegang). Emas kuning jauh sekali. Tapi at least, dia dapat yg better dari sebelum ni.

Ni kata-kata kawan aku sebagai tanda bersyukur....
"Harta rampasan dari habib jewel 2 bentuk cincin dlm 8k labih....loket kecil dlm 1k lebih...rantai emas putih halus je standart dise katanya ratus labih...loket besar berbelas ribu juga tengok dia punya pick list batu dia yg mahal tak bole tukar sebab barang yg dia tunjuk skit tak cukup amount 25k lkene ambik...barang yg dia tunjuk sangat terhad ok la tu janji bole pakai..."

Apa yang aku nampak, moga apa yang terjadi pada rakan aku ini memberi semangat pada para comper kat luar sana menuntut hak sebenar terutama contest yang melibatkan barang kemas. Jangan biar orang permainkan kita sedangkan "bakat" yang kita ada dalam bercontest bukan semula jadi semata-mata tapi datang dari usaha kita menimba sana-sini.

Saturday, July 20, 2013

Penipuan dalam contest. Hadiah RM25k macam RM25!

N3 kali ini aku harap dapat jadi panduan pada semua agar tidak tertipu dengan hadiah yang ditawarkan terutama yang melibatkan barang kemas (bukan emas ye). Sangat beza. Kenapa berbeza? Jom tengok apa yang berlaku pada salah seorang rakan aku sendiri.

 
Agak2 korang brapa nilai hadiah Habib Jewels kat atas. RM25k!!!

Itulah yg kawan aku dapat untuk hadiah GP bernilai RM25k Khamis baru2 ni untuk contest anjuran SIMPLYSITI. Dia terkejut sangat. Kata kawan aku di facebook Habib "Ini adalah sekeping gambar di mana saya telah memenangi peraduan anjuran simplysiti yang mana simplysiti dan Habib Jewel telah menandatangani perjanjian bernilai RM70K pada tahun lepas. Simplysiti adalah penaja hadiah bernilai RM70K dan habib jewel adalah penyedia hadiah. Hadiah yang saya menangi tempat pertama bernilai RM25K.hari jumaat 18/7/13 saya telah pergi collect hadiah ini di Habib Jewel Ampang dan incharge yg bernama Badariah telah memberi hadiah tersebut kepada saya. Terlalu sukar saya hendak percaya yang saya terima adalah sebentuk cincin sebesar ibu jari kaki yang selayaknya orang utan pakai sebab jari orng utan adalh besar dan sebentuk loket sebesar ibu jari kaki juga yg selayaknya orang utan juga pakai kerana saiznya besar. Dan di kata ke duanya bernilai RM25K. Persoalanya? 1. Ada ke dua barang ini bernilai 25K? 2. Adakah barang yang dah tak laku di jadikan hadiah. 3. Setiap batu permata yang original yang di keluarkan disertakan dengan sijil , tetapi yang apa sijil tak ada. 4. Dimana letaknya kredibiliti Habib Jewel Jangan hanya kerana untung yang amat sedikit orang lain jadi mangsa...Fikirla walaupun itu adalah tapi dibayar oleh penaja dan fikir la itu adalah hak orang lain...Dan dimana letaknya Habib Jewel yang gah di Malaysia...dan jangan kerana untung yang amat sikit rosak nama baik. Sekian."

Dia juga ada luah rasa pelik masa ambik hadiah ni
"saya rasa terdapat sesuatu yg tak kene sbb hadiah ke 2 ke 3 yg value 15k dan 10k dah collect seminggu lebih awal dari saya...saya nak collect lebih awal habib kata belum ready lagi...hadiah kedua value 15k bole dapat rantai lak tu..."

 Ni masa cik Siti dgn Habib sama-sama tgh promote contest tu tahun lepas
Sapelah yg x kecur liur tgk hadiah kat atas ni. Sangat berbeza dgn apa yg kawan aku dapat. Dah la contest ni dibuat Ogos tahun lepas, Julai tahun ni baru kluar result (contest paling lambat result dalam sejarah). Tetiba gini jadinya.

Ada seorang kawan aku yang pernah menang contest hadiah dari HABIB bernilai RM4.5k. Cuba korang tgk hadiah yg dia dapat tu. Agak2 mana satu korang akan pilih? Dari cerita kawan aku, dia dah contact SIMPLYSITI pasal hal ni. Memang nampak sangat HABIB JEWELS yang menipu sebab SIMPLYSITI dah bayar sebagai penaja hadiah. HABIB cuma SEDIAKAN SAHAJA.

Teringat aku saat dia dapat panggilan jadi pemenang GP contest ni. Berbunga2 hati nak bagi pada sang isteri buat hadiah raya. Tetiba ini jer dia dapat. Ini bukan sekali tapi dah banyak kali sebenarnya HABIB bagi hadiah ala2 rubbish pada comper yg menang. Orang selalu cakap hanya jauhari yang kenal manikam. Klise ok!!! Masalahnya kita ni bukan jauhari tapi kita masih ada perasaan. Setiap sen yang kita laburkan termasuk duit dan keringat biarlah berbaloi.

Ini salah satu lagi N3 ttg luahan seorang comper selepas terima hadiah dari HABIB. Mmg sangat mengecewakan selepas dia sendiri berjumpa dengan orang HABIB bertanya ttg harga sebenar barang kemas tersebut. Blh ikut melalui N3 beliau Contest Result that Disappoint me

Aku lebih suka hadiah bentuk cash, barang2 elektrik, or kete or yg btk lebih realistik nilainya walaupun hadiah dia secoet. Hadiah pelancongan pon kena tgk coz kekadang dia bagi tiket je. Makan minum dan bilik hotel pepandailah sendiri.

Moga ini bagi pengajaran pada kita semua dan semoga kawan aku dapat perjuangkan "hak" dia dan tidak biarkan HADIAH HABIB YANG INDAH KABAR DARI RUPA ni terus menipu kita.





Thursday, May 16, 2013

Dilempang cikgu kerana pensel hb


Aku suka kata-kata ni sebab anak aku sendiri lebih percaya apa cikgu dia cakap berbanding aku sendiri. Pernah sekali cikgu dia lukis topi dan eja "HATE". Aku betulkan dan note kecil pada cikgu ejaan sebenar sebab anak aku marah aku padam huruf E tu. Aku faham, bukan cikgu tak tahu tapi tak sengaja. Lepas cikgu dia beritahu hal sebenar, baru anak aku boleh terima. Itu baru satu huruf. Belum satu ayat atau satu cerita. Jangan memain bila kita jadi cikgu ni. Dan semoga anak-anak aku terus menyayangi dan menghormati guru-guru yang mengajarnya walaupun satu hari nanti, pendidikan dia mungkin lebih tinggi dari guru tersebut. Aku cukup tak suka anak murid yang pandang cikgu tu sebelah mata. Apa lagi kurang ajar. Paling kesian, kalau cikgu tu memang TERAMAT BAIK. Laaaaagi aku sedih.

Masa aku darjah dua, aku pernah dilempang oleh seorang guru bahasa Inggeris sebab warna. Pensel warna aku yang berwarna hitam dah hilang. Jadinya aku warnakan guna pensel hb jer. Hasilnya, mestilah warna kelabu sebab tak cukup hitam. Hah, berpinar kepala aku kena lempang. Tapi aku memang tak adu pada sesiapa pun walaupun pada mak. Selepas hampir sebulan, aku dapat macam2 habuan dari cikgu tu. Duit, makanan dan entah apa lagi. Tak tau nape. Maybe dia rasa bersalah kot bila seorang guru India mengadu pada dia aku anak orang susah. Sebabnya aku selalu tengok dia berbual dgn guru India tu yang sememangnya amat mengenali anak2 Abu Said. Hehehh.... Kalau budak zaman sekarang, mau cikgu tu kena saman atau kereta kena toreh kot. Huhu...memang mencabar jadi cikgu sekarang.

SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA GURU-GURU SAMA ADA YANG PERNAH MENGAJAR AKU ATAU TIDAK.

Friday, February 17, 2012

Fuh! Bas buat corner lipat!



Wednesday, February 8, 2012

Baucer buku 1M tak laku di MPH?


Benda ni takde kena mengena dengan aku tapi sekadar luahan rakan aku yang nak tebus baucer buku 1 Malaysia sebanyak RM200 tu. Teruja sangat bila dapat baucer dari salah satu IPTA kat KL ni. Dengan ditemani oleh adiknya, dia ke MPH Wangsa Maju. Selepas hampir 2 jam pilih buku, dia ke kaunter untuk claim baucer buku 1M. Tapi jawapan yang diberikan ialah BAUCER BUKU SATU MALAYSIA tu TAK LAKU.

Alasan memang kelakar, sebab baucer tu ada tandatangan. MPH cuma terima baucer buku yang ada cop universiti tanpa tandatangan. Bukan tandatangan tu salah satu security universiti ke? Tak puas hati, adik beliau naik ke atas jumpa manager MPH kat situ. Jawapan yang diterima tetap sama. Gaya pun macam layan tak layan je.

Bila nak jumpa orang atasan MPH, manager bagi alasan orang atasan takde masa, sibuk lah. Hello...baucer ni bukan tipu ok. Salah ke nak dapat jawapan lebih telus? Bila adik beliau desak suruh call orang atasan, sekejap je pun dapat jawapan. Baucer tu takde masalah, boleh guna. So, dia pun claim 4 buah buku dengan guna 3 baucer bernilai RM150.

Jadi yang bermasalah siapa? Manager  lah sebab susah nak bagi kerjasama. Kerani kaunter belakang kiralah. At least, dah suruh jumpa manager. Benda ni bukan sekejap nak selesai tapi lama ler jugak. Rasanya bukan rakan aku jer kena, maybe ramai kat luar sana terkena. Kat kinokuniya takde masalah tapi dorang nak pas pelajar dgn I.C. Sebab terlupa bawak pas pelajar tu lah, rakan aku ke MPH plak. Lagi satu, harga buku yang sama di kinokuniya jauh lebih mahal dari MPH. Yang pasti, sebelum beredar, rakan aku dan pihak MPH sama-sama  minta maaf. Bukan apa, rakan aku cuma nak dapatkan hak dia. Salah ke?

Friday, January 13, 2012

Riba dan pekerja bank

Sambungan kisah dalam kitab "Al-Israa' wal Mi'raaj". Perkara lain yang Rasulullah SAW lihat ialah kumpulan lelaki dan wanita yang diberi minum dengan nanah dan danur, setiap kali dia memasuki perut mereka, lalu terkoyaklah kulit2 mereka, kemuadian sembuh semula. Rasulullah SAW bertanya "Siapakah mereka ini wahai saudaraku Jibril?". Dia menjawab "Mereka ini ialah orang-orang yang memakan riba (juga termasuk urusan yang memberi, mengurus, menjadi saksi dan lain-lain urusan yang ada hubungan dengan riba)".

Dalam persoalan riba, Nabi SAW menegaskan, maksudnya "Allah telah mengutuk pemakan riba, orang yang memberi makan orang lain dengan hasil riba dan para penulis (kerani atau pegawai yang menguruskan urusan riba), saksi dan semua mereka yang terlibat dalam urusan riba.
(Riwayat Imam Muslim)

Automatically kepala aku terfikir sedikit sebanyak kita memang terlibat dgn riba (beli kete, rumah dan segala bagai). Apalagi kerja di bank. Mungkin kalau nak jadi akauntan/juru audit, boleh pilih syarikat biasa... Wallahua'alam.

Wednesday, January 11, 2012

"Hadiah" buat penyanyi wanita


Dalam kitab "Al-Israa' wal Mi'raaj", antara perkara yang Rasulullah SAW lihat ialah kumpulan wanita dirantaikan dengan rantai-rantai daripada api, dan mulut mereka dibukan lalu menyalalah api keluar daripada perut mereka. Rasulullah SAW bertanya "Siapakah mereka ini wahai saudaraku Jibril?". Dia menjawab "Mereka ini ialah wanita-wanita penyanyi yang giat dan gigih (menyanyi) tanpa bertaubat."

Penyanyi wanita ini termasuklah para penyair yang alunkan suara mereka mendayu-dayu. Jadi, janganlah menangis kesedihan bila anak kita tak dapat masuk mana-mana program realiti nyanyian atau mana-mana pertandingan nyanyian ek. Baik menangis sebab gembira bila dia gagal terpilih. Walau bertudung, suara tetap aurat gitu.

Saturday, May 21, 2011

Degil? ---> Cuba terapi luar sedar

14 tahun dulu aku pernah attend ceramah Dr. Fadzilah Kamsah. Antara yang aku dapat ialah cara nak advice anak dgn berkesan. Pernah seorang Chinese mintak tolong dgn beliau mcm mana nak didik anaknya yg dalam kategori DEGIL. Antara caranya ialah, bagi nasihat semasa anak sedang tidur (lebih tepat semasa dalam keadaan mamai2 gitu). Semasa anak belum betul2 nyenyak.

Sampai satu tahap, Chinese tu terkejut sbb anaknya memberi tindak balas bgn sebentar dari tidur dalam keadaan lelap dan teresak2. Wah! Mayb niat si ibu yg terlalu ingin anaknya berubah. Tp kelebihan org Islam, sambil tu mulalah baca surah Al-Hasyr dari ayat 21-24 dan terus bg nasihat. Paling tak pun, bg nasihat semasa anak blm nyenyak.

Semasa aku attend kursus Pengurusan Tingkah Laku Kanak2 baru2 ni, aku dapat lg cara berkesan nasihat anak. Masih juga sumbernya dari Dr. Fadzilah (katanya pensyarah UM tu). Caranya ialah selepas anak mandi, bagilah nasihat.

Yang ketiga ialah semasa sikat rambut anak (lagi baik selepas dia mandi). Cara ini juga berkesan untuk nasihat anak. Betul gak kata Dr semasa sikat rambut anak tu. Aku sampai sekarang teringat kata2 arwah mak supaya jgn lupa mkn apa yg dibekalkan, belajar rajin2 dan balik biar ramai2. Yap, mmg aku ingat sgt2.

Friday, May 20, 2011

Pendekatan NLP - TIME TO CHANGE !

" Encik, Saya tak tahulah apa nak jadi pada anak saya ni. Tak nak pergi sekolah. Pagi-pagi, terpaksa pujuk dia agar pergi ke sekolah. Bila tanya pada anak saya, " Kenapa tak nak pi sekolah ?", Anak saya jawab, " Boringlah pi sekolah. Takut cikgu marah. Denda saya selalu depan kawan-kawan. Selalu kena marah. Boring lah pi sekolah. ......"

Keluhan diatas sering terdengar ditelinga saya selaku orang yang dipertanggungjawabkan menjalankan latihan dan pembangunan insan di merata tempat khususnya di sekolah. Keluhan ini acapkali saya temui bila melangkahkan kaki ke sekolah untuk menyampaikan ceramah.

Apa yang saya fikirkan bila ayat-ayat sebegini terkeluar dari mulut insan bernama AYAH, IBU dan juga GURU ? Ya ! Jawapannya adalah WAYANG MINDA . AYAH, IBU dan SEORANG GURU YANG HEBAT WAYANG MINDANYA MENGARAH KEPADA AYAT-AYAT POSITIF kepada WAYANG MINDA anak-anak muridnya. Inilah pengalaman yang saya lalui ketika menjalankan Program Seni Kecemerlangan Diri dengan NLP disalah sebuah sekolah di kawasan Nilai.

Apa yang saya perhatikan dari segenap tingkahlaku dan tuturkata pelajar-pelajar dan juga guru ketika itu, benar-benar membuatkan saya menjadi seorang yang MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA YANG TERBAIK UNTUK MENERAPKAN NLP KEPADA PELAJAR DAN JUGA GURU-GURU ? YA, saat saya berfikir tentang perkara itu, maka saya dan rakan training saya Sifu MR K terlintas untuk menggunakan dua pattern utama dalam NLP.

Corak NLP yang pertama saya dan Mr K gunakan adalah TRIPLET A. Dua kelas pelajar yang saya kendalikan dari jam 08.30 pagi hingga 12.30 tengahari amat mengujakan pelajar. Saya bermain bersama-sama mereka dalam keadaaan paling menyeronokan. Teringat saat saya mengajar di Sek. Rendah Islam ABIM Kajang. Ketika itu saya mengajar pelajar darjah 4 ALI....Al-maklumlah, kelas yang dilabel oleh guru sebagai KELAS HUJUNG. Kelas budak-budak yang kurang sikit dalam pelajaran.

Rupa-rupanya teknik NLP telah lama saya gunakan ketika menjadi guru di sekolah itu. Hasilnya, pelajar 4 Ali belajar dalam keadaan paling mneyeronokan. Mereka ni tergolongan sebagai golongan pelajar KINESTETIK. Sambil belajar sambil main. Baru boleh ingat apa yang mereka pelajari. Dan pada hari saya menjalankan TRIPLET A ini kepada pelajar, rupa-rupanya mereka rasa amat seronok . Bila saya tanya, apa perasaan adik-adik semua setelah menjalani latihan TRIPLET A ni ? Wow, fantastik ! Rasa SERONOK, TENANG, RELAKS, MINDA MUDAH TERBUKA UNTUK TERIMA ILMU, MENGUJAKAN, BERSEMANGAT dan sebagainya.

INILAH JAWAPAN YANG MERANGSANG PELAJAR UNTUK PERGI KE SEKOLAH ! Perkataan FANTASTIK , SERONOK, TENANG, RELAKS, MINDA MUDAH TERBUKA UNTUK TERIMA ILMU, MENGUJAKAN, BERSERONOK, BERSEMANGAT, BERKEYAKINAN adalah perkataan yang dikeluarkan oleh MINDA PELAJAR setelah mengikuti aktiviti ini. Mereka mudah melakukan segala aktiviti yang saya berikan setelah melaksanakan TRIPLET A .

Apakah 3 A itu ?

Triplet A adalah " Akses (Buka Minda) , Amplify(Kembangkan Sumber Diri), Anchor (Pasakan dalam diri untuk bertindak kearah POSITIF". Triplet A ini amat sesuai dijadikan set induksi pelajar dan guru sebelum memulakan P&P. Wayang Minda yang bersih mudah untuk mencerap apa-apa maklumat positif untuk digunakan dalam kehidupan harian.
Selepas selesai menjalankan aktiviti Triplet A , maka saya lakukan aktiviti Anchoring. Dibawah ini adalah teknik anchoring yang saya gunakan pada pelajar dan guru di Nilai :-

Langkah Melaksanakan Teknik Achoring :-

1- Nyatakan idea " Saya seorang yang boleh Salam, Sayang dan Sukses"

2- Nyatakan Kepercayaan dan Keyakinan Diri" Saya Percaya dan Yakin saya boleh beri Salam, Sayang dan Sukses".

3- Nyatakan Keputusan Diri " Saya Putuskan Saya Mesti Beri Salam, Sayang dan Sukses"

4- Nyatakan dengan penuh Emosi " Saya lihat, saya dengar, saya rasa saya beri Salam, Sayang dan Sukses pada semua guru / pelajar saya"

5- Terjemahkan dalam bentuk tindakan " Setiap Hari Saya beri Salam, Sayang dan Sukses pada semua guru/pelajar saya".

Teknik anchoring ini terbukti amat berkesan kepada MINDA kita. Setiap perkataan yang disebut seperti diatas akan merangsang kesemua saraf-saraf dalam tubuh badan bekerja kearah mencapai matlamat yang terarah ke MINDA dan diterjemahkan melalui TINDAK BALAS. Inilah yang dinamakan KEKUATAN BAHASA MINDA ! Wow ! Ianya adalah anugerah Illahi yang tidak boleh dijual beli. Segala pengalaman saya dan Sifu Mr K ketika menjalankan aktiviti NLP di Nilai pada semalam (08/04/2010) bakal menyerlahkan KEMBALI AURA SEKOLAH SELURUH MALAYSIA untuk PELAJAR SERONOK HADIR KE SEKOLAH dan MENERIMA PELAJARAN DENGAN PENDEKATAN YANG TERAMAT SANTAI DAN MENGUJAKAN. Semoga 72 orang pelajar sekolah di Nilai yang kami kendalikan semalam mencapai 5 A dalam UPSR pada tahun 2010 ini.

Coretan pengalaman dari Trainer Mufakir Illaih....

Mohd Mustaqiim Asmuji
Pengarah Urusan
Smart Excel Consultant
019-2044036

sumber: http://www.akademinlp.com/v2/

Monday, December 6, 2010

Jangan Perlekeh Jasa Bapa


Seorang ayah mempunyai darjat tinggi dalam keluarga dan lelaki yang tugasnya mencari nafkah serta membahagiakan anak isteri tidak seharusnya diperlekehkan begitu saja, sebaliknya wajar diberi penghormatan.
Meskipun ibu lebih dimuliakan selaras sabda Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan syurga di bawah tapak kaki ibu, ayah juga perlu diangkat seumpamanya kerana peranan dimainkan selaku ketua dan pemimpin dalam keluarga. Umat Islam sekarang seharusnya mengambil kira perkara berkenaan sebagai asas utama menjadi seorang anak yang baik dan menghormati kedua-dua orang tuanya.
Jika dinilai dari perspektif agama, kita sebagai umat Islam perlu menilai bapa sebagai peluang untuk meningkatkan ibadat kepada Allah s.w.t, yakni dengan berbuat baik kepadanya, menabur bakti dan membalas jasa kerana ini cara kita mendapat pahala. 
Jangan sesekali kita jadi lupa diri pada jasa seorang bapa yang telah banyak berkorban untuk keluarga. Begitu juga jasa seorang ibu yang tak pernah berkira tentang masa, wang dan segala yang telah dikorbankannya. Paling penting, jangan mudah bersangka buruk pada ayah dan ibu. Sekali hati mereka terluka, tentu kita akan menyesal seumur hidup, apa lagi jika satu hari nanti mereka juga akan meninggalkan alam yang fana ini....

Friday, November 26, 2010

Ular Besar....Balasan...Melewatkan Waktu Solat



بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

PENDEKATAN POSITIF MENDIDIK ANAK-ANAK, JADIKAN MEREKA SEBAGAI WINNER

Beautiful of me: PENDEKATAN POSITIF MENDIDIK ANAK-ANAK, JADIKAN ME...: " Assalamualaikum.., harap semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Doakan lah agar anak-anak kita ini menjadi penenang jiwa kita, permata di..."

Monday, November 1, 2010

Tadika Majalah?

Kakak dengan rakan-rakan taska sebaya

Aku sekarang tengah ligat cari sekolah tadika untuk kakak. Memang aku tak nafikan, aku prefer yang islamik tapi dalam masa yang sama biarlah seimbang. Google sana sini, telefon dan sms. Tapi ada satu ni memang antara tadika yang gah dan selalu masuk majalah. Aku memang minat sangat tengok teknik yang digunakan. Tapi cukup susah nak komunikasi by telefon. Aku sms tak layan (buat apa letak no hp???). Bila kol dan try tanya yuran dan apa-apa berkaitan duit, owner cuba mengelak. Dia prefer aku datang ke premis dia. Ingatkan branch tu ajer, bila kol branch lain pon sama. Alasannya sebab takut aku ni competitor dan rules ni memang dorang jaga.

Tolonglah!!! aku bagi sms (dah sah2 dia tahu no phone aku), bagi email dan nama penuh. Memang dia cakap dengan baik tapi teramatlah susah nak terangkan by phone. Mati-mati suruh aku datang bila aku tanya bab yuran. So, aku terpaksa kol competitor dia. Alhamdulillah semuanya diterang dengan baik. Dengan hanya 1 sms, terus dia kol. Tadika ni pun memang aku suka cuma aku nak tau tadika satu lagi. Ye lah, RM antara sebab parents pilih satu-satu tempat belajar tu.

Tak semestinya tadika yang glamor tu bagus. Nak jual produk pun biarlah berpada2. Jgn nak pikir untung jer. 24 jam nak salah sangka jek. Macam takut dengan bayang-bayang sendiri plak. Padahal tadika tu dah established pun.

Friday, October 1, 2010

Seronok ke Buat Orang Lain Susah???

N3 kali ni benda yang common berlaku kat tempat kerja. Kita bila dapat kerja yang baik, selalu susah nak appreciate. Bila dah susah, mesti terbayang-bayang kerja yang pernah kita lepaskan. So, sebelum kita lepaskan kerja sekarang atau "dilepaskan", fikir-fikirlah.

Macam satu perkara biasa bila kita ambik EL (emergency leave) sesuka hati. Kalau atas sebab yang munasabah, boleh terima lagi tapi sekadar suka-suka. Atau lebih tepat sebenarnya dah rancang tapi buat-buat ada masalah. Agaknya seronok bila dapat susahkan orang lain. Tapi bila time anugerah kita tak dapat satu habuk pon, janganlah marah or dengki pulak.



Sama gak macam MC hammer (medical leave). Sikit2 ambik MC. Tak rasa bersalah ke beli MC selalu. Konon-kononnya kenal baik dengan encik klinik tu. Kalau yang mengandung pulak, suka take for granted dengan MC ni. Nanti anak yang dikandung pun buat perangai pelik-pelik baru tau. Memang pregnant woman senang dapat MC tapi keberkatan duit yang kita dapat kena ambik kira gak. Lainlah kalau betul-betul perlu. Manusia ni, bila dia dah kehilangan sesuatu barulah dia hargai benda tu. Tapi kalau dah takde dalam tangan lagi, jangan menyesal. Hargailah punca pendapatan kita ni. Orang kat luar sana bersepah lagi nak kerja gomen tau. Sekian.

Sunday, September 19, 2010

Hangin Aku!!!

Semalam aku bawak Reezqi follow up dengan paed. Sepatutnya petang tapi aku pergi pagi. Aku terpaksa cuti (EL plak tu) kerana anak. Aku perlu pastikan dia betul-betul sihat. Pagi semalam pun badan dia macam dedar sikit. Kiranya hampir 2 minggu dah aku cuti. Berbalik pada tajuk kat atas, semua ni gara-gara PUSRAWI (Jln Tun Razak).

Dah la menunggu kat kaunter pendaftaran lama . Bila sampai giliran aku, ada masalah GL timbul. Last week Reezqi warded. Masa keluar, staf bertugas lupa keluar surat arahan GL baru. Sbb tempat keje aku guna GL berasingan untuk warded dan follow up. Lagi sakit, setakat GL untuk follow up ni, tak main faks-faks kecualilah kalau kena warded. Kena naik ke ofis HQ. Aku dah mula bengang. Bukan sekali tapi dah berkali-kali terkena. Katanya tak perasan sebab ada miscommunication. Sempat patient lain bagi tau dorang pun selalu terkena. Lepas aku dah luahkan rasa bengang dan separuh marah (separuh ke?), masalah setel. Mujur majikan aku ada tolak ansur sebab anak aku kebetulan tak sihat sangat. So, satu surat khas dikeluarkan. Mujur lah aku pergi pagi.....

Satu je yang buat aku jadi sejuk hati balik iaitu aku berdepan dengan staf dia yang cuba nak membantu. Aku berterus terang yang aku datang tanpa encik husband dalam hujan (sbb dia out station). Kebetulan air mata aku mcm nak tumpah pun sebab menahan marah dan geram. Dulu aku ada masalah yang hampir sama tapi staf PUSRAWI yang aku dapat tu agak lepas tangan. Maybe sebab dah berumur??? Mayb....

Tapi apa-apa pun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku masih ada panel dan anak-anak dapat refer pada doktor pakar yang kita pilih. Sebab dulu aku pernah bawak anak ke Hospital Selayang, dari pukul 6 petang sampailah pukul 11.45 malam baru siap! Nak tunggu ambik darah, hampir 3 jam baru dapat turn. Sepatutnya perkara ni tak berlaku sebab selayang antara hospital yg cepat gak. Tahu tak apa yang berlaku? Staf yang bertugas sedang sedap berborak sambil baca paper dalam bilik. Lepas kena sergah dek sorang pakcik yang anaknya tengah demam panas (mayb denggi katanya), baru nombor giliran tu bergerak---> kalau dia sergah pukul 8 lagikan bagus :). Inilah pengalaman 2 tahun lepas yang tak dapat aku lupakan.

Wednesday, September 15, 2010

Abby Tuntut Duit Hantaran Dari Norman


"SEPATUTNYA Norman Hakim jelaskan dulu hutang wang hantaran kahwin saya sebanyak RM11,111.11 dan kemudian barulah dia beri pula wang hantaran baru kepada orang lain," pinta Abby Abadi, 32, kepada bekas suaminya, Norman Hakim, 34, yang dijadualkan bertunang dengan Memey Suhaiza Suhaimi, 22, pada raya keempat kali ini.

Pengakuan menggemparkan Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan itu dibuat kepada Rap, baru-baru ini.

Kata Abby, dia tiada hak untuk menghalang Norman bertunang atau berkahwin lagi tetapi meminta agar diselesaikan dulu hutang wang hantarannya lapan tahun lalu (mereka menikah pada 8 Januari 2002) dan apa yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang ayah kepada tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2.

"Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami.

"Mereka semakin besar dan perlukan perbelanjaan yang banyak. Selama ini apa yang Norman buat tak seperti yang diucapkannya. Sejak dulu saya menanggung semuanya. Sekarang pun dia masih tak menanggung nafkah anak-anak dengan sepenuhnya. Dia cuma bagi ala kadar dan ikut suka hati. 

"Ingatkan apabila sudah berdepan dengannya bolehlah dapat bajet untuk belanja raya tapi tak nampak bayang pun. Selama ini saya berdepan dengan manusia yang tidak ada hati dan perasaan.

"Di lokasi saya buat biasa saja dan kalau perlu bercakap pun berkaitan anak-anak. Kalau tak sebab anak, saya tak perlu ambil tahu apa pun yang terjadi padanya. Banyak perkara yang dia patut selesaikan dan dah berjuta kali saya cakap tapi bak kata pepatah, macam curah air ke daun keladi, tak berbekas langsung.

"Apa yang saya buat dan cakap, seolah-olah tak memberi impak kepadanya. Banyak lagi cerita yang saya simpan, kalau saya keluarkan nanti takut ramai terkejut. Tapi tak perlulah saya buka aib orang, cuma saya tengok dia jenis tak tahu menghormati perasaan saya sebagai wanita, bekas isteri dan ibu kepada anak-anaknya," kata Abby dengan kesal.

Sejak awal perkahwinan lagi tambah Abby, Norman tidak bersedia untuk meletakkan dirinya sebagai seorang suami.

"Saya tak tahu apa yang difikirkannya. Dia hendak buat apa, sesuka hatinya saja dan saya rasa ia tidak patut berlaku. Selama ini saya banyak mengalah dan apabila saya memutuskan hendak bercerai, perkara itu semakin memberi ruang kepadanya untuk bersikap lepas tangan.

"Bagusnya apabila perceraian itu berlaku, terlepaslah bebanan perasaan saya dan dapat memberi tumpuan kepada anak-anak. Barangkali ramai yang kata saya kuat dan untuk itu saya sangat berterima kasih kepada Allah swt kerana beri kekuatan ketika saya sangat memerlukannya.

"Tapi saya juga manusia biasa dan setiap kali terkenang perbuatannya, saya menangis sendiri. Mungkin ramai anggap saya terlalu berterus-terang tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang saya pendam," katanya.

Kepada Memey, pnta Abby jangan diulang lagi yang dia dapat menerima anak-anaknya sebagai anaknya sendiri.

"Mereka adalah anak-anak dan zuriat saya dan saya amat berat hati untuk menerima Memey menjadi ibu mereka. Dia langsung tak menghormati perasaan saya. Kalau teringin hendak anak juga, beranaklah sendiri, jangan ambil anak orang.

"Begitu indah susunan kata Norman apabila media bertanya mengenai tanggungjawabnya kepada anak-anak. Berapa sen sangat yang dia bagi. Kalau dia bercakap benar, cuba suruh dia bercakap mengenai perkara itu depan saya.

"Sepatutnya soal pemberian nafkah diputuskan sama ketika hendak bercerai dulu tapi atas nasihat peguam demi tak mahu panjangkan cerita, lebih baiklah ia dibincangkan di luar mahkamah.

sumber:  metro

Child Abuse by Maid Indon At Singapore