Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Sunday 19 February 2012

Tazkirah: Mensyukuri Nikmat Makanan



Islam amat menitikberatkan agar umatnya bersyukur atas nikmat makanan dan minuman yang dikurniakan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Makanlah dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah dan janganlah kamu bermaharajalela (berkeliaran) di bumi dengan berbuat kerosakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 60)

Umat Islam disuruh bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak menjadi kufur. Allah menyuruh hamba-Nya bersyukur kerana Dialah menyediakan rezeki sesuai dengan keperluan manusia seperti firman Allah bermaksud:

“Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya.” (Surah Saba, ayat 15)

Mereka yang bersyukur kepada Allah, dijanjikan penambahan rezeki dalam kehidupan kerana mereka tahu daripada Allah sajalah segala pemberian itu datang dan menggunakan rezeki itu ke jalan diredai-Nya.


 
Janji itu disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Allah menggesa orang Islam supaya menjadi manusia yang bersyukur kepada-Nya kerana ramai manusia yang diberikan nikmat oleh Allah, lupa untuk mengucapkan syukur kepadanya. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melimpah-limpahkan kurniaan-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 243)

Ada dua syarat dalam menikmati rezeki yg diberikan Allah ini iaitu:

1) Tidak membazir

Islam melarang umatnya berlebih-lebihandalam memenuhi keperluan kehidupan. Larangan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Sifat itu juga ditegah Rasulullah SAW seperti sabda Baginda:

“Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Allah dan Rasulullah SAW melarang daripada berlebih-lebihan kerana akan membawa kepada pembaziran yang merugikan akibat mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

Kita digalakkan berjimat cermat dalam kehidupan kerana kita tidak dapat menduga keperluan untuk masa hadapan keluarga kita. Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam memenuhi tuntutan kehidupan.

2) Makanlah dari sumber rezeki yang halal dan suci

Islam menyuruh umatnya mencari dan mengambil makanan yang halal dan baik untuk memenuhi keperluan fisiologi mereka. Suruhan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Di Malaysia, status halal sesuatu makanan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Oleh itu, bagi pengguna Muslim perlu memastikan label halal Jakim terdapat pada barang yang hendak dibelinya. Pembeli hendaklah mengenal pasti label yang dikeluarkan Jakim supaya tidak terkeliru dengan label halal yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melariskan barang mereka. Jika pengguna hendak menyemak barang yang dibeli itu dengan lebih pasti, apakah ia terdapat dalam senarai JAKIM, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit dengan menaip (Halal_no. kod pada barang) dan hantar kepada 32728 atau DAPAT. Hanya dalam beberapa saat, pengguna akan mendapat maklumat status barang yang hendak dibeli sama ada terdapat dalam senarai barangan halal Jakim atau tidak.


 
Islam menyuruh kita menjauhi barang yang diharamkan kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dalam tubuh badan. Dengan adanya darah daging yang tumbuh daripada makanan haram, ia akan menjadi penyebab doa seseorang itu tidak dimakbulkan Allah.

Di samping halal, umat Islam digesa mencari makanan yang baik untuk tubuh badan bagi menjana kecergasan mental dan fizikal. Tubuh badan yang sihat dan cergas penting bagi melakukan ibadat kepada Allah dalam keadaan selesa. Hal ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“(Dikatakan kepada mereka) Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman yang lazat dan baik.” (Surah at-Tur, ayat 19)

Makanan Sunnah: Buah Tin dan Anggur [Bahagian 2]

* Salam *


.... sambungan dari: Barli dan Kurma

3. Buah Tin

  • Allah telah bersumpah tentang buah ini di dalam Al-Quran. Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.

    Di antara kelebihan buah tin:

    * Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda:
"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."

  • Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

  • Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang 23%.

  • Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar.

  • Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah. Nilai nutrisi di dalam buah tin kering:
Proetin gm 4.3
Lemak gm 1.3
Mineral gm 2.4
Serat gm 5.6
Karbohidrat gm 63.4
Tenaga kcal 274
Kalsium mg 126
Forforus mg 77
Zat besi mg 3
Vitamin C mg 1
  • Setiap 100mg buah tin kering terkandung 5.60gm serat dibandingkan dengan buah epal yang hanya mempunyai 2.0gm serat. Kandungan serat yang tinggi ini amat baik untuk sesiapa yang ingin mengawal berat badan.
  • Pakar kesihatan sangat menggalakkan makan buah tin untuk membantu membersihkan racun dalam tubuh, mencegah kanser usus dan penyakit yang berkaitan dengan perut. Hasil satu kajian dari Universiti Rutgers di New Jersey membuktikan buah tin mengandungi antioksidan dengan menghalang karsinogen yang menjadi punca kanser.
  • Buah tin juga mengandungi Omega 3 dan Omega 6 iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung.
  • Buah tin juga rendah lemak, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol di mana ia sangat sesuai untuk penderita kencing manis.
  • Buah tin juga mengandungi Vitamin A & C, kalsium, zat besi yang sangat diperlukan untuk memelihara kesihatan organ tubuh badan manusia.
  • Antara khasiat buah tin yang telah dikenalpasti ialah mengatasi penyakit buasir, sakit-sakit atau bengkak badan, batuk yang berpanjangan, melawas kencing, menyah toksik, dan membersihkan lendir pada usus.

Makanan Sunnah: Barli dan Kurma [Bahagian 1]

* Salam *


1. Barli

- Barli digunakan sebagai penawar kepanasan.
- Wanita hamil sering mengalami panas badan, maka barli adalah bagus untuk menyejukkan tubuh wanita hamil.
- Ia juga bagus diminum oleh semua orang bagi menjaga tahap kesihatan agar tidak terkena serangan panas badan.

2. Kurma

- Kurma mempunyai kemanisan untuk memberi tenaga
- Ia tidak akan memberi tindakbalas terhadap pesakit kencing manis, kerana gula yang ada di dalam kurma ialah gula yang diperlukan oleh tubuh badan.
- Kita dianjurkan memakan kurma setiap hari bagi memberi tenaga.
- Kurma juga digunakan untuk bertahnik bagi bayi selepas dilahirkan.

....bersambung: Buah Tin

Sunnah: Adab Ketika Makan [Bahagian 1]

Sunnah Rasulullah SAW Ketika Makan:

1) Membasuh tangan - ramai yg terlupa selain untuk kebersihan, membasuh tangan sebelum makan juga adalah sunnah Rasullullah SAW



2) Duduk dgn penuh adab bila menghadap makanan iaiti duduk secara iftirasy

Dari Abu Hamidal-Sa'idi r.a., katanya:

"Aku melihat Nabi Muhammad SAW apabila Baginda duduk pada raka'at yang kedua (untul membaca Tahiyyatul Awal), dia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirasy)" (Hadith Sahih Riwayat Bukhari)



Kebanyakan kita tidak mengetahu kebaikan duduk iftirasy dari segi kesihatan. Bila dalam iftirasy ini, kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri mendapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirasy ini memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian otak, tengkuk, tekak, jantung, suara, sinus, kelenjar pituitari dsb.). Ini sangat merugikan!!



Jadi elokah kita cuba duduk secara iftirasy yang sempurna semoga kita mendapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui latihan refleksologi tidak langsung untuk bahagian kritikal seperti otak, tengkuk, tekak dll.
3) Membaca Basmalah di awal memulai makan dan minum, dan membaca Alhamdulillah setelah selesai.




Di antara sunnah, seseorang yang hendak makan dan minum sebelum makan dan minum, hendaklah membaca basmallah dan membaca Alhamdulillah ta'ala setelah selesai makan dan minum.

Ibnul Qayim rahimahullah mengatakan: "Membaca basmalah di awal makan dan minum dan membaca Alhamdulillah setelah selesai, mempunyai pengaruh yang sangat mengagumkan baik pada manfaatnya, kebaikan dan dalam menegah kemudharatan.

Imam Ahmad mengatakan: "Apabila dalam makanan telah tekumpul empat hal, maka telah sempurna: Apabila menyebut nama Allah di awal makan, Alhamdulillah setelah makan, makan berjema'ah dan dari makanan yang halal."

..... bersambung: Bahagian 2

Saturday 18 February 2012

1st Perfumes Giveaway by Drastiq Perfumes


Due: 20 Feb 2012

My First & Favourite Perfume:
ETERNITY MOMENT (Calvin Klein)


Kenapa Atie suka?

- inilah 1st perfume yg orang hadiahkan utk Atie...yg sebelum2 tu Atie beli sendiri ;p
- perfume ni meninggalkan kesan yg sgt mendalam dlm hidup Atie...bak sifat perfume gak, mengharumkan...begitu juga kenangan Atie dgn perfume ni ;p
- sbnrnya, perfume ni hadiah drpd ex-tunang Atie pada Ogos 2005..ketika tu dia baru pulang dari Jepun & he bought me this perfume :) perfume ni mmg sgt wangi ;p
- and u know what, i still have this perfume, have a few drops more...and i won't use it anymore, just let it evaporates itself, like my memory with him faded each second and each day....
- u know why? because now i already have my eternal perfume i.e. my husband's body odour yg sentiasa melekat di kulit Atie sbb selalu mendapat morning kiss from him...ahaks..
- Lagipun, if Atie menang GA ni, I can try variety of perfumes from Drastiq Perfumes :)

Hehe...sorry ye klau entry ni x sesuai utk tatapan adik2 bawah umur hehehe.....nanti korg dh kawin, baru korg tau wangian yg x dpt kita elak setiap hari ;p Just sharing one part of my sweet moments in life :)

Atie tag:

-----
-----
********

Jom kita tgk sedikit info ttg pemakaian wangian dlm Islam...hanya utk renungan bersama :)


حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ حَدَّثَنِي بُكَيْرُ بْنُ عَبْدِ للَّهِ بْنِ الْأَشَجِّ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَتْ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلَا تَمَسَّ طِيبًا (رواه مسلم )

Ertinya: (Imam Muslim berkata), telah menyampaikan berita kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah (yang dia menyatakan bahwa) Yahya bin Sa’id al-Qaththan telah menyampaikan berita kepada kami, (berita itu berasal) dari Muhammad bin ‘Ajlaani (yang dia menyatakan bahwa) Bukair bin ‘Abdillah bin al-Asyajtelah menyampaikan berita kepadaku, (berita itu berasal) dari Busri bin Sa’id, (berita itu berasal) dari Zainab Istri Abdullah berkata : “Bersabda kepada kami Rasulullah SAW, “Apabila salah seorang di antara kamu (para wanita) ingin pergi ke masjid, maka janganlah sekali-kali menyentuh wangi-wangian”.(HR. Muslim)


Penjelasan Hadith:

Dibolehkan bagi wanita untuk memakai wangi-wangian apa saja yang disukai, baik yang dipakai di pakaian atau di badan. Akan tetapi ada ketentuan yang harus diperhatikan oleh wanita dalam memakai wangi-wangian tersebut :

a) Islam mengharamkan wanita memakai wangi-wangian ketika keluar rumah. Hal ini kerana dapat membangkitkan syahwat dan mengalihkan perhatian bagi siapa saja yang mencium baunya terutama laki-laki. Sebagaimana Rasulullah Saw bersabda:

عَنْ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ (رواه النسائي )

Ertinya: Dari Abu Musa al-Asy’ari berkata: “Rasulullah Saw bersabda: “Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian keluar rumah dan berjalan melewati satu kaum sehingga mereka dapat mencium baunya, maka ia adalah wanita pezina”. (H.R. an-Nasa’I).


Maksud dari hadis di atas adalah bahwa perbuatan seperti itu dapat dikategorikan dengan berzina. Hadith di atas memberikan peringatan, agar kita dapat menghindarkan diri dari perbuatan tersebut yang hanya dilakukan oleh para penzina.

b) Hadis yang lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ (رواه مسلم )

Ertinya: “Siapa saja wanita yang terkena asap wangi-wangian, maka jangan ikut bersama kami untuk melakukan shalat Isya’ pada akhir malam”. (H.R. Muslim).


Riwayat Abu Hurairah bahwa ia suatu saat bertemu dengan seorang wanita yang tercium olehnya bau wangi-wangian, dan di bahagian belakang pakaiannya terdapat kain yang menyapu tanah. Abu Hurairah berkata, “Wahai amah (hamba) al-Jabbar, apakah engkau datang dari masjid?” Wanita itu menjawab, “Ya”. Abu Hurairah berkata lagi , “Apakah untuk-Nya engkau memakai wangi-wangian?” Wanita itu menjawab, “Ya’. Kemudian Abu Hurairah menjelaskan, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Saw bersabda:
لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ لِامْرَأَةٍ تَطَيَّبَتْ لِهَذَا الْمَسْجِدِ حَتَّى تَرْجِعَ فَتَغْتَسِلَ غُسْلَهَا مِنْ الْجَنَابَةِ قَالَ أَبُو دَاوُد الْإِعْصَارُ غُبَارٌ (رواه أبو داود )

Ertinya: “Tidak akan diterima shalat seorang wanita yang memakai wangi-wangian dalam masjid ini, sehingga ia kembali dan mandi seperti ia mandi janabah (junub)”. (HR. Abu Dawud)


c) Oleh kerana itu, menjadi perhatian bagi wanita, apabila untuk pergi ke masjid Islam melarang wanita menggunakan wangi-wangian. Lalu bagaimana hukumnya jika dipakai ke tempat-tempat umum yang banyak berkumpul laki-laki, seperti pasar atau tempat-tempat pembelanjaan lainnya? Ke masjid saja tidak boleh apalagi yang lebih umum, jelas lebih diharamkan lagi.

Imam al-Maududi berkata, “Wangi-wangian adalah perantara dari jiwa jahat kepada jiwa jahat lainnya, bahkan ia merupakan perantara yang sangat lembut yang pada umumnya kurang diperhatikan oleh norma-norma umum. Akan tetapi sikap malu dalam Islam dapat merasakan bahwa perantara yang sangat lembut ini merupakan salah satu faktor penyebab kesesatan. Kerana itulah tidak dibolehkan bagi wanita untuk berlalu lalang di jalanan atau duduk pada satu majlis dengan memakai wangi-wangian, kerana sekalipun menutup aurat dan kecantikannya, namun jika bau parfumnya tersebar di udara, tetap saja dapat menggerakkan perasaan.
d) Islam mengharamkan wanita memakai wangi-wangian dan berhias diri sedang suaminya tidak berada di rumah. Ia hanya dianjurkan agar selalu berpakaian bersih, bukan mempercantik diri. Oleh kerana itu Islam memperingatkan wanita-wanita yang suaminya sedang tidak ada di rumah lalu menunjukkan perhiasan dan kecantikannya untuk laki-laki lain dengan azab yang sangat pedih. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Ubaid ra, Rasulullah Saw bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تَسْأَلْ عَنْهُمْ رَجُلٌ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ وَعَصَى إِمَامَهُ وَمَاتَ عَاصِيًا وَأَمَةٌ أَوْ عَبْدٌ أَبَقَ فَمَاتَ وَامْرَأَةٌ غَابَ عَنْهَا زَوْجُهَا قَدْ كَفَاهَا مُؤْنَةَ الدُّنْيَا فَتَبَرَّجَتْ بَعْدَهُ فَلَا تَسْأَلْ عَنْهُمْ (رواه أحمد)
Ertinya: “Tiga golongan umat manusia yang tidak akan ditanya Allah Swt pada hari kiamat: orang yang memisahkan diri dari jamaah dan mengasingkan(mengkhianati) pemimpinnya lalu mati dalam keadaan maksiat; budak wanita atau pun budak laki-laki yang durhaka kepada tuannya, kemudian ia mati; dan wanita yang ditinggal pergi suaminya dengan bekal yang mencukupinya untuk kehidupan dunia, kemudian ia bertabarruj.1 Maka sekali-kali mereka tidak akan pernah ditanya oleh Allah Swt”. (HR. Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas seharusnyalah wanita menjaga dirinya supaya tidak termasuk ke dalam tiga golongan, dengan selalu menjaga aturan-aturan Allah dan kehormatan dirinya.

.: Wallahu'alam :.

Sunday 5 February 2012

CONTEST PERIBAHASA MELAYU by ARRA AHMAD DAN AMALINA

* Salam *


Peribahasa Melayu yg Atie pilih:

"Minyak Setitik, Di Laut Timbul Juga"
Maksudnya:
"Orang yang selalu berbuat baik, akan tetap dipandang mulia dan dihormati walau di mana dia berada"
Satu hadith berbunyi:


Jadi, sentiasalah berbuat baik ye ;) Mari kita amalkan doa ni:
~ wallahu'alam ~


Due: 9 Feb 2012

--------
-------


CONTEST: Kenali Rasulllah S.A.W by Farisya & Qienah

Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim


Alhamdulillah..tahniah buat Qienah & Farisya krn menganjurkan GA ni sempena Maulidur-Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Teruskan usaha ye dlm mengamalkan ajaran Rasulullah iaitu salah satunya menyampaikan ajarannya walaupun dgn sepotong ayat.


Ini jawapan Atie bagi soalan ni ye:


1. Rasulullah SAW dilahirkan pada:
B. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah

2. Ibu susuan Rasulullah SAW ialah:
C. Halimatus-Sa'adiah

3. Ibu Rasulullah SAW, Aminah meninggal dunia di:
B. Abwa'

4. Abdul Mutalib menjaga Rasulullah SAW selama:
A. 2 tahun


Semoga dgn usaha kecil Farisya & Qienah ni mendapat ganjaran drpd Allah SWT kelak =)
ameen...

*************
Hadiah:

TEMPAT PERTAMA

 &

~ brooch bunga n baju bercetak ~
dari e.L.e DeSiGn dan Caraku Art and Design
p/s: baju ikut design kamu yer.. =)
TEMPAT KEDUA

 &

~ brooch bunga n id card holder ~
dari e.L.e DeSiGn
TEMPAT KETIGA


~ brooch bunga ~
dari e.L.e DeSiGn

Tarikh akhir:
9 Februari 2012 (11.30 pm)

************
Mari kita sama-sama berselawat ke atas Nabi SAW

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Qiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
~ An-Nasa'i & Ibn Hibban ~




 
-------
-------