Showing posts with label Positive. Show all posts
Showing posts with label Positive. Show all posts

Saturday 18 February 2012

1st Perfumes Giveaway by Drastiq Perfumes


Due: 20 Feb 2012

My First & Favourite Perfume:
ETERNITY MOMENT (Calvin Klein)


Kenapa Atie suka?

- inilah 1st perfume yg orang hadiahkan utk Atie...yg sebelum2 tu Atie beli sendiri ;p
- perfume ni meninggalkan kesan yg sgt mendalam dlm hidup Atie...bak sifat perfume gak, mengharumkan...begitu juga kenangan Atie dgn perfume ni ;p
- sbnrnya, perfume ni hadiah drpd ex-tunang Atie pada Ogos 2005..ketika tu dia baru pulang dari Jepun & he bought me this perfume :) perfume ni mmg sgt wangi ;p
- and u know what, i still have this perfume, have a few drops more...and i won't use it anymore, just let it evaporates itself, like my memory with him faded each second and each day....
- u know why? because now i already have my eternal perfume i.e. my husband's body odour yg sentiasa melekat di kulit Atie sbb selalu mendapat morning kiss from him...ahaks..
- Lagipun, if Atie menang GA ni, I can try variety of perfumes from Drastiq Perfumes :)

Hehe...sorry ye klau entry ni x sesuai utk tatapan adik2 bawah umur hehehe.....nanti korg dh kawin, baru korg tau wangian yg x dpt kita elak setiap hari ;p Just sharing one part of my sweet moments in life :)

Atie tag:

-----
-----
********

Jom kita tgk sedikit info ttg pemakaian wangian dlm Islam...hanya utk renungan bersama :)


حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ حَدَّثَنِي بُكَيْرُ بْنُ عَبْدِ للَّهِ بْنِ الْأَشَجِّ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَتْ قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلَا تَمَسَّ طِيبًا (رواه مسلم )

Ertinya: (Imam Muslim berkata), telah menyampaikan berita kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah (yang dia menyatakan bahwa) Yahya bin Sa’id al-Qaththan telah menyampaikan berita kepada kami, (berita itu berasal) dari Muhammad bin ‘Ajlaani (yang dia menyatakan bahwa) Bukair bin ‘Abdillah bin al-Asyajtelah menyampaikan berita kepadaku, (berita itu berasal) dari Busri bin Sa’id, (berita itu berasal) dari Zainab Istri Abdullah berkata : “Bersabda kepada kami Rasulullah SAW, “Apabila salah seorang di antara kamu (para wanita) ingin pergi ke masjid, maka janganlah sekali-kali menyentuh wangi-wangian”.(HR. Muslim)


Penjelasan Hadith:

Dibolehkan bagi wanita untuk memakai wangi-wangian apa saja yang disukai, baik yang dipakai di pakaian atau di badan. Akan tetapi ada ketentuan yang harus diperhatikan oleh wanita dalam memakai wangi-wangian tersebut :

a) Islam mengharamkan wanita memakai wangi-wangian ketika keluar rumah. Hal ini kerana dapat membangkitkan syahwat dan mengalihkan perhatian bagi siapa saja yang mencium baunya terutama laki-laki. Sebagaimana Rasulullah Saw bersabda:

عَنْ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ (رواه النسائي )

Ertinya: Dari Abu Musa al-Asy’ari berkata: “Rasulullah Saw bersabda: “Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian keluar rumah dan berjalan melewati satu kaum sehingga mereka dapat mencium baunya, maka ia adalah wanita pezina”. (H.R. an-Nasa’I).


Maksud dari hadis di atas adalah bahwa perbuatan seperti itu dapat dikategorikan dengan berzina. Hadith di atas memberikan peringatan, agar kita dapat menghindarkan diri dari perbuatan tersebut yang hanya dilakukan oleh para penzina.

b) Hadis yang lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ (رواه مسلم )

Ertinya: “Siapa saja wanita yang terkena asap wangi-wangian, maka jangan ikut bersama kami untuk melakukan shalat Isya’ pada akhir malam”. (H.R. Muslim).


Riwayat Abu Hurairah bahwa ia suatu saat bertemu dengan seorang wanita yang tercium olehnya bau wangi-wangian, dan di bahagian belakang pakaiannya terdapat kain yang menyapu tanah. Abu Hurairah berkata, “Wahai amah (hamba) al-Jabbar, apakah engkau datang dari masjid?” Wanita itu menjawab, “Ya”. Abu Hurairah berkata lagi , “Apakah untuk-Nya engkau memakai wangi-wangian?” Wanita itu menjawab, “Ya’. Kemudian Abu Hurairah menjelaskan, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Saw bersabda:
لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ لِامْرَأَةٍ تَطَيَّبَتْ لِهَذَا الْمَسْجِدِ حَتَّى تَرْجِعَ فَتَغْتَسِلَ غُسْلَهَا مِنْ الْجَنَابَةِ قَالَ أَبُو دَاوُد الْإِعْصَارُ غُبَارٌ (رواه أبو داود )

Ertinya: “Tidak akan diterima shalat seorang wanita yang memakai wangi-wangian dalam masjid ini, sehingga ia kembali dan mandi seperti ia mandi janabah (junub)”. (HR. Abu Dawud)


c) Oleh kerana itu, menjadi perhatian bagi wanita, apabila untuk pergi ke masjid Islam melarang wanita menggunakan wangi-wangian. Lalu bagaimana hukumnya jika dipakai ke tempat-tempat umum yang banyak berkumpul laki-laki, seperti pasar atau tempat-tempat pembelanjaan lainnya? Ke masjid saja tidak boleh apalagi yang lebih umum, jelas lebih diharamkan lagi.

Imam al-Maududi berkata, “Wangi-wangian adalah perantara dari jiwa jahat kepada jiwa jahat lainnya, bahkan ia merupakan perantara yang sangat lembut yang pada umumnya kurang diperhatikan oleh norma-norma umum. Akan tetapi sikap malu dalam Islam dapat merasakan bahwa perantara yang sangat lembut ini merupakan salah satu faktor penyebab kesesatan. Kerana itulah tidak dibolehkan bagi wanita untuk berlalu lalang di jalanan atau duduk pada satu majlis dengan memakai wangi-wangian, kerana sekalipun menutup aurat dan kecantikannya, namun jika bau parfumnya tersebar di udara, tetap saja dapat menggerakkan perasaan.
d) Islam mengharamkan wanita memakai wangi-wangian dan berhias diri sedang suaminya tidak berada di rumah. Ia hanya dianjurkan agar selalu berpakaian bersih, bukan mempercantik diri. Oleh kerana itu Islam memperingatkan wanita-wanita yang suaminya sedang tidak ada di rumah lalu menunjukkan perhiasan dan kecantikannya untuk laki-laki lain dengan azab yang sangat pedih. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Ubaid ra, Rasulullah Saw bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تَسْأَلْ عَنْهُمْ رَجُلٌ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ وَعَصَى إِمَامَهُ وَمَاتَ عَاصِيًا وَأَمَةٌ أَوْ عَبْدٌ أَبَقَ فَمَاتَ وَامْرَأَةٌ غَابَ عَنْهَا زَوْجُهَا قَدْ كَفَاهَا مُؤْنَةَ الدُّنْيَا فَتَبَرَّجَتْ بَعْدَهُ فَلَا تَسْأَلْ عَنْهُمْ (رواه أحمد)
Ertinya: “Tiga golongan umat manusia yang tidak akan ditanya Allah Swt pada hari kiamat: orang yang memisahkan diri dari jamaah dan mengasingkan(mengkhianati) pemimpinnya lalu mati dalam keadaan maksiat; budak wanita atau pun budak laki-laki yang durhaka kepada tuannya, kemudian ia mati; dan wanita yang ditinggal pergi suaminya dengan bekal yang mencukupinya untuk kehidupan dunia, kemudian ia bertabarruj.1 Maka sekali-kali mereka tidak akan pernah ditanya oleh Allah Swt”. (HR. Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas seharusnyalah wanita menjaga dirinya supaya tidak termasuk ke dalam tiga golongan, dengan selalu menjaga aturan-aturan Allah dan kehormatan dirinya.

.: Wallahu'alam :.

Monday 13 February 2012

Contest My Awesome Moments

Due: 13 Feb 2012

I'm tagging:

My Awesome Moments

Bagi Atie, klau nk cite, everything yg happens in life mmg awesome moments for me :) but one thing yg Atie smpi skrg terasa "bangga" dgn diri sendiri sbb x sangka mampu lakukan something yg pada awalnya agak x percaya Atie blh buat hehe....apa dia?

Atie berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah pada 6 May 2007 ;p mmg sweet sgt moment tu...Atie ni dari kecil jarang beraktiviti lasak krn family kurg menggalakkan lagipun Atie ni perempuan so my dad me-limit-kan my actvity...hehe gadis sopen & solehah gitu....huhu tp dlm hati tu mmg teringin membuak sgt2 nk try adventure jika Allah izinkan :) dan Alhamdulillah, peluang mendaki Mt Kinabalu ni Atie ambil masa cuti hujung minggu.. Masa tu Atie bekerja di Kota Kinabalu dari 2006 - 2007. Atie bersama2 3 org kwn lagi turut serta iaitu Natrah, Acai & Kamal :)

Pada petang 4/5/2007, kami ke hotspring, Ranau utk amik feel, rendam2 kaki utk memulakan journey ke sana esok hari. Then, kami checke-in ke cottage di kaki gunung di Mesilau :) mlm tu mmg sejuk yg amat walaupun dm cottage tu xde aircond sbb di kaki gunung sgtlah sejuk..x leh nk lelap mata sgt sbb nervous memikirkan esoknya mampu ke nk panjat gunung tu...Esoknya, kami bangun seawal mungkin & ready packing energy bar, air glucose etc :)

- gmbr di luar cottage tmpt penginapan kami -
Atie with Kamal & Acai

Then, kami terus ke tmpt briefing sblm memulakan perjalanan. Setiap group diketuai seorg leader & masing2 diberi 'tongkat kayu' utk memudahkan pendakian nanti. Leader ni akan pastikan kami mengikut laluan yg betul & x tersasar ke tmpt lain. Namanya June, mmg penduduk tempatan kg Mesilau :)

- dr kanan: June, Kamal, Acai, Natrah, Atie -
gmbr kami sblm memulakan perjalanan
Bismillah......

Atie ni mmg suka bergambar..so belum pape lagi Atie dh ambil gmbr di permulaan tempat pendakian


Mula2 tu excited sbb jalannya landai. Klau mendaki ikut laluan Mesilau, jalannya mmg turun naik..ada satu lg laluan iaitu di Timpohon..haaa klau Timpohon ni jlnnya mendaki je terus tapi ambil masa lebih pendek utk sampai puncak...sbb tu klau mendaki melalui Mesilau, akan dapat dua sijil tau for appreciation melalui natural heritage site iaitu Mesilau....kami jalan terus, nanti jumpa Jambatan Gantung Kipuyut...kt sini ada air terjun tau hehe...

- Atie with Natrah, background waterfall kt Kipuyut -

Sepanjang pendakian tu kami bergambar sakan la..penat tp worth it tau mendaki sama2, leader pun sporting abes tlg amekkan gmbr kami...



Ada satu kawasan ni iaitu Nepenthes, ada byk periuk kera besar2...



Kami teruskan perjalanan...sampai satu point di Layang-layang, Atie jumpa classmate dr UIA dulu, Berg, Intan Su dan Rahman :) actually kami semuanya satu kelas masa undergrad dulu & kami masa tu sama2 kerja di Sabah. Cuma Intan Su, Berg & Rahman kerja di Tawau dan kami di KK :) Mlm tu kami menginap di Laban Rata...fuhh, sejuk x yah ckp aaa...nasib baik mandi ada water-heater...

- sblm sampai di Laban Rata -

- di luar Laban Rata -

- Berg, Atie & Rahman -
dlm dorm kami di Laban Rata, masa ni baru lps dinner

Mlm tu kami tidur sekejap je...pk 2.30 pagi dh kene bangun utk sambung pendakian ke puncak yg ambil masa kira-kira 2 jam...msa tu mmg gelap yg amat, seb baik ada head torch :) tujuannya mendaki awal pagi sbb nk tgk sunrise di puncak, dan alhamdulillah, tunaikan solat Subuh di puncak...

- hehe lucu lak tgk gmbr ni, masa solat Subuh di puncak -

- Alhamdulillah, berjaya tiba di puncak pada 6 Mei 2007 :) -

- inilah gmbr kami bertujuh, ex-IIUM conquering Mt Kinabalu ;) -
Intan Su, Rahman, Atie, Natrah, Kamal, Berg, Acai

So, jom layan video yg ada kt bawah entry ni ;p itulah awesome moment kami ;) sgt rindu dgn kenangan ni .... skrg semuanya dh berkahwin & berkeluarga... bestnya klau dpt kumpul ramai2 sekali lagi :) ameennnn......
****************
Atie tag semua kawan2 yg ada dlm gambar tu ;p
****************

-------
-------


Thursday 9 February 2012

Sumber Inspirasiku/ Idolaku



 Idola Atie adalah...

ABAH
my own father

Ummi sgt beruntung mendapat Abah sebagai suaminya ;p

Dia adalah hero dlm hidup Atie... ciri2 yg ada pada Abah lah yg Atie cari semasa proses 'pencarian jodoh' aritu hehe... Alhamdulillah dapat kot...
Kita sbg anak perempuan ni, of course la ayah kita merupakan 1st man in our life kan? Antara kriteria yg Abah miliki yg Atie begitu adore about him:

* namanya sendiri HASSAN, membawa makna orang yg membuat kebaikan..and of course he always does :) raut muka Abah sgt menenangkan & mendamaikan....mampu membuat Atie menangis setiap kali terkenangkan beliau... sgt rindu saat2 bersama sebelum bergelar isteri orang...

Abah bersama bapa mertuaku...ketika Atie selesai dinikahkan 
di Masjid Putra, Putrajaya, tahun 2008


* dia selalu mendorong kami menuntut ilmu di dunia sebanyak yg mampu sbg panduan hidup...dia sendiri membuktikan kejayaannya utk tatapan anak2 dgn memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) pada tahun 2005 di UM dalam bidang Undang-undang

Abah yg sporting di samping Ummi tersayang ;p


he is always there for us...menghantar & mengambil sendiri kami dari sekolah (walaupun mempunyai personal driver).. dia ingin melihat kami adik-beradik membesar di hadapan matanya

"Keluaga Sakinah" insyaAllah....

 * dia selalu mengimami solat kami sejak kami diajar bersolat..kemudian dia akan menyampaikan tazkirah antara Maghrib & Isya.. walaupun dia seorang Hakim di sebuah Mahkamah Tinggi, tp dia mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi & dia menguasai Bahasa Arab hingga menjadi pendebat Bahasa Arab di zaman sekolahnya. Ummi mengenali beliau ketika beliau memasuki pertandingan debat Bahasa Arab di Pekan, Pahang & juga KISAS.



* dialah yg byk mengajar kami Bahasa Arab..he's the best Arabic teacher for us until now..cita2 nya dulu ingin menjadi Pensyarah Bahasa Arab ttp mengambil jurusan Undang2 di UM pada tahun 1975-1979 krn menurut permintaan ibu bapanya. Abah adalah orang pertama di kampungnya yg berjaya memasuki Universiti walaupun keluarganya susah, ibunya guru Al-Qur'an manakala ayahnya bekerja dgn JKR, membuat jalan... rasa sungguh bertuah dpt mempelajari bahasa syurga melalui didikan Abah..

dari kanan: Abah, Angah, Natrah (my colleague) & Atie
Abah masih menemaniku ke airport, menghantarku pulang ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah, di usia ku 24 tahun...mmg akan Abah dirindui selalu kerana sentiasa memanjakan aku ;p

* Abah sgt suka membaca...dialah yg selalu teman Atie belajar & stay up.. selalu tgk dia bangun solat malam ketika Atie nk mula ulangkaji pelajaran jam 3 pagi... sudah menjadi rutin beliau menunaikan solat dhuha & solat istikharah di pejabatnya... dialah yg mengajar Atie bahawa waktu dhuha itulah rezeki diturunkan, maka rugilah mereka yg masih belum bangkit dari tidur... solat istikharah pula beliau lakukan sebelum apa2 keputusan penghakiman dijatuhkan kepada tertuduh... pernah ditanya 'best ke jadi Hakim?', Abah menjawab satu tanggungan yg amat berat perlu dipikul di akhirat kelak jika tidak berlaku adil... menurutnya, hanya seorang hakim yg akan masuk syurga daripada 3 org hakim... Ya Allah, Atie doakan Abah adalah dlm kalangan hakim yg memperoleh syurga itu..

menziarahi saudara di kampung

* Abah selalu berpesan utk membuat sesuatu secara berjemaah...sgt enjoy bila dpt makan ramai2, sembahyang sama2, berkelah sama2...



* dia sendiri yg menikahkan Atie dan tak lupa membaca doa dlm majlis berkenaan hingga menangis gembira...




Semoga hidup Abah & Ummi diberkati Allah hingga ke akhirat... Kami anak2 mungkin tidak mampu membalas jasa2 kalian...insyaAllah doa2 kami menjadi bekalan kalian di akhirat..doa drpd anak2mu yg soleh & solehah insyaAllah....

**********

Hadiah akan diberikan kepada 3 pemenang bertuah

dan pemenang akan di nilai dari semua aspek :)


Senarai hadiah

1. Something dari Bandung by kiddie

2. Header dan cursor nama atau cursor gambar by putry

3. Cursor nama atau cursor gambar by putry

-----
-----

Tuesday 7 February 2012

Wish Us Luck

* Salam *


"Good Luck Ecah & Nifah"



              1.  Bagi memulakan hari, elok rasanya bangun awal untuk buat solat sunat dan mohon keampunan dari Allah dan semoga dipermudahkan segala urusan pada hari itu. Jangan tak solat Subuh plak eh?….hehee..
2. Pagi atau malam berkenaan, jumpalah mak  & ayah dan mohon restu, ampun dan juga doa dari mereka..sebabnya doa dari mereka lah yang lebih baik dari segalanya bagi kejayaan korang.  Doa mereka lebih mahal dari wang ringgit..
 3. Masa sikat rambut tu, cuba senyum sorang-sorang depan cermin dan tarik nafas panjang-panjang untuk dapatkan confident masa pagi-pagi..ceriakan mood korang tu dengan senyum je sepanjang pagi tu..jgn le senyum je sampai tak tutup-tutup mulut plak ye? ;p
4. Jangan pikir banyak, check peralatan korang cukup ke tak pada malam tu sebagai preparation..
 5. Mulakan langkah keluar rumah dengan bacaan doa dan bismillah..mohon kepadaNya segala rahmat dan petunjuk dan moga diterangkan hati korang tu nanti dan selamat sewaktu perjalanan ke sekolah.
6. Sampai kat sekolah, jangan plak korang sembang lebih dan gelak-gelak lebih..sebab nanti takut korang akan lupa apa yang korang dah ada dalam kepala tu nanti sebab seronok sangat..tak salah sembang..tapi jgn le sampai lupa korang kena masuk dewan pukul berapa..:D
7. Tengok sepintas lalu nota-nota kaki sebagai refreshment atau untuk bacaan santai korang..baca sepintas lalu je..jangan duk hafal apa yang korang dah faham tu..
8. Mulakan dengan bismillah masa masuk ke dewan peperiksaan ye dan melangkah dengan tenang. Ikut je arahan penjaga peperiksaan masa tu dan jangan gabra sangat..:D

9.Jangan meniru masa exam..amat tak best kalau korang ditangkap..sia-sia je korang belajar selama ni tau..

10.Tido awal..jgn duk layan Facebook & blogging je…:P
Dah habis ckp psl tips, ahir kata, beberapa pesanan bergambar: 









-----
Alhamdulillah
-----