Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Sunday 19 February 2012

Tazkirah: Mensyukuri Nikmat Makanan



Islam amat menitikberatkan agar umatnya bersyukur atas nikmat makanan dan minuman yang dikurniakan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Makanlah dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah dan janganlah kamu bermaharajalela (berkeliaran) di bumi dengan berbuat kerosakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 60)

Umat Islam disuruh bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak menjadi kufur. Allah menyuruh hamba-Nya bersyukur kerana Dialah menyediakan rezeki sesuai dengan keperluan manusia seperti firman Allah bermaksud:

“Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya.” (Surah Saba, ayat 15)

Mereka yang bersyukur kepada Allah, dijanjikan penambahan rezeki dalam kehidupan kerana mereka tahu daripada Allah sajalah segala pemberian itu datang dan menggunakan rezeki itu ke jalan diredai-Nya.


 
Janji itu disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Allah menggesa orang Islam supaya menjadi manusia yang bersyukur kepada-Nya kerana ramai manusia yang diberikan nikmat oleh Allah, lupa untuk mengucapkan syukur kepadanya. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melimpah-limpahkan kurniaan-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 243)

Ada dua syarat dalam menikmati rezeki yg diberikan Allah ini iaitu:

1) Tidak membazir

Islam melarang umatnya berlebih-lebihandalam memenuhi keperluan kehidupan. Larangan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Sifat itu juga ditegah Rasulullah SAW seperti sabda Baginda:

“Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Allah dan Rasulullah SAW melarang daripada berlebih-lebihan kerana akan membawa kepada pembaziran yang merugikan akibat mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

Kita digalakkan berjimat cermat dalam kehidupan kerana kita tidak dapat menduga keperluan untuk masa hadapan keluarga kita. Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam memenuhi tuntutan kehidupan.

2) Makanlah dari sumber rezeki yang halal dan suci

Islam menyuruh umatnya mencari dan mengambil makanan yang halal dan baik untuk memenuhi keperluan fisiologi mereka. Suruhan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Di Malaysia, status halal sesuatu makanan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Oleh itu, bagi pengguna Muslim perlu memastikan label halal Jakim terdapat pada barang yang hendak dibelinya. Pembeli hendaklah mengenal pasti label yang dikeluarkan Jakim supaya tidak terkeliru dengan label halal yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melariskan barang mereka. Jika pengguna hendak menyemak barang yang dibeli itu dengan lebih pasti, apakah ia terdapat dalam senarai JAKIM, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit dengan menaip (Halal_no. kod pada barang) dan hantar kepada 32728 atau DAPAT. Hanya dalam beberapa saat, pengguna akan mendapat maklumat status barang yang hendak dibeli sama ada terdapat dalam senarai barangan halal Jakim atau tidak.


 
Islam menyuruh kita menjauhi barang yang diharamkan kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dalam tubuh badan. Dengan adanya darah daging yang tumbuh daripada makanan haram, ia akan menjadi penyebab doa seseorang itu tidak dimakbulkan Allah.

Di samping halal, umat Islam digesa mencari makanan yang baik untuk tubuh badan bagi menjana kecergasan mental dan fizikal. Tubuh badan yang sihat dan cergas penting bagi melakukan ibadat kepada Allah dalam keadaan selesa. Hal ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“(Dikatakan kepada mereka) Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman yang lazat dan baik.” (Surah at-Tur, ayat 19)

Makanan Sunnah: Buah Tin dan Anggur [Bahagian 2]

* Salam *


.... sambungan dari: Barli dan Kurma

3. Buah Tin

  • Allah telah bersumpah tentang buah ini di dalam Al-Quran. Terkandung didalam surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah-buah ini.

    Di antara kelebihan buah tin:

    * Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda:
"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."

  • Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

  • Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang 23%.

  • Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar.

  • Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah. Nilai nutrisi di dalam buah tin kering:
Proetin gm 4.3
Lemak gm 1.3
Mineral gm 2.4
Serat gm 5.6
Karbohidrat gm 63.4
Tenaga kcal 274
Kalsium mg 126
Forforus mg 77
Zat besi mg 3
Vitamin C mg 1
  • Setiap 100mg buah tin kering terkandung 5.60gm serat dibandingkan dengan buah epal yang hanya mempunyai 2.0gm serat. Kandungan serat yang tinggi ini amat baik untuk sesiapa yang ingin mengawal berat badan.
  • Pakar kesihatan sangat menggalakkan makan buah tin untuk membantu membersihkan racun dalam tubuh, mencegah kanser usus dan penyakit yang berkaitan dengan perut. Hasil satu kajian dari Universiti Rutgers di New Jersey membuktikan buah tin mengandungi antioksidan dengan menghalang karsinogen yang menjadi punca kanser.
  • Buah tin juga mengandungi Omega 3 dan Omega 6 iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung.
  • Buah tin juga rendah lemak, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol di mana ia sangat sesuai untuk penderita kencing manis.
  • Buah tin juga mengandungi Vitamin A & C, kalsium, zat besi yang sangat diperlukan untuk memelihara kesihatan organ tubuh badan manusia.
  • Antara khasiat buah tin yang telah dikenalpasti ialah mengatasi penyakit buasir, sakit-sakit atau bengkak badan, batuk yang berpanjangan, melawas kencing, menyah toksik, dan membersihkan lendir pada usus.

Makanan Sunnah: Barli dan Kurma [Bahagian 1]

* Salam *


1. Barli

- Barli digunakan sebagai penawar kepanasan.
- Wanita hamil sering mengalami panas badan, maka barli adalah bagus untuk menyejukkan tubuh wanita hamil.
- Ia juga bagus diminum oleh semua orang bagi menjaga tahap kesihatan agar tidak terkena serangan panas badan.

2. Kurma

- Kurma mempunyai kemanisan untuk memberi tenaga
- Ia tidak akan memberi tindakbalas terhadap pesakit kencing manis, kerana gula yang ada di dalam kurma ialah gula yang diperlukan oleh tubuh badan.
- Kita dianjurkan memakan kurma setiap hari bagi memberi tenaga.
- Kurma juga digunakan untuk bertahnik bagi bayi selepas dilahirkan.

....bersambung: Buah Tin

Sunnah: Adab Ketika Makan [Bahagian 1]

Sunnah Rasulullah SAW Ketika Makan:

1) Membasuh tangan - ramai yg terlupa selain untuk kebersihan, membasuh tangan sebelum makan juga adalah sunnah Rasullullah SAW



2) Duduk dgn penuh adab bila menghadap makanan iaiti duduk secara iftirasy

Dari Abu Hamidal-Sa'idi r.a., katanya:

"Aku melihat Nabi Muhammad SAW apabila Baginda duduk pada raka'at yang kedua (untul membaca Tahiyyatul Awal), dia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirasy)" (Hadith Sahih Riwayat Bukhari)



Kebanyakan kita tidak mengetahu kebaikan duduk iftirasy dari segi kesihatan. Bila dalam iftirasy ini, kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri mendapat tekanan bawah dan tengah kaki. Duduk iftirasy ini memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian otak, tengkuk, tekak, jantung, suara, sinus, kelenjar pituitari dsb.). Ini sangat merugikan!!



Jadi elokah kita cuba duduk secara iftirasy yang sempurna semoga kita mendapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui latihan refleksologi tidak langsung untuk bahagian kritikal seperti otak, tengkuk, tekak dll.
3) Membaca Basmalah di awal memulai makan dan minum, dan membaca Alhamdulillah setelah selesai.




Di antara sunnah, seseorang yang hendak makan dan minum sebelum makan dan minum, hendaklah membaca basmallah dan membaca Alhamdulillah ta'ala setelah selesai makan dan minum.

Ibnul Qayim rahimahullah mengatakan: "Membaca basmalah di awal makan dan minum dan membaca Alhamdulillah setelah selesai, mempunyai pengaruh yang sangat mengagumkan baik pada manfaatnya, kebaikan dan dalam menegah kemudharatan.

Imam Ahmad mengatakan: "Apabila dalam makanan telah tekumpul empat hal, maka telah sempurna: Apabila menyebut nama Allah di awal makan, Alhamdulillah setelah makan, makan berjema'ah dan dari makanan yang halal."

..... bersambung: Bahagian 2

Monday 13 February 2012

Jom Kenali Dia ~ Baginda Rasulullah Muhammad SAW

Due: 20 Feb 2012


Mungkin kebanyakan kita sudah mengetahui tentang biodata Rasulullah SAW, tentang kelahirannya, keluarganya, sahabat-sahabat Baginda dan sebagainya. Di sini, ingin sekali Atie berkongsi beberapa fakta menarik tentang Rasulullah SAW, sebagai panduan bersama :)


(1) Fizikal Nabi

Telah dikeluarkan oleh Ya’kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai bapa saudaraku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata:

"Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terlalu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya".

(b) 12 makanan kegemaran Rasulullah:

1) Barli
2) Kurma

3) Buah Tiin (fig)
4) Anggur

5) Madu

6)Tembikai

7) Susu

8) Cendawan

9) Buah Zaitun

10) Buah Delima
11) Cuka

12) Air Kosong
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana akan mudah mendapat sakit pada hati.


(b) Sunnah Rasulullah dlm sesuatu Ucapan (greetings)
- ucapkan "Assalamu'alaikum" (Salam sejahtera ke atas kamu) menggantikan "Hello" atau "Hai"
- ucapkan "Jazakallahu khairan kathira" (Semoga Allah memberimu ganjaran yang baik & banyak) menggantikan ucapan "Thanks"
- ucapkan " Fii Amaanillah" (Semoga Allah memberi keamanan ke atas kamu) menggantikan "Bye Bye" atau "Take Care"
- ucapkanlah "Subhanallah" (Maha Suci Allah) menggantikan "Wow" atau "Great!"
- ucapkanlah "InsyaAllah" (Jika Allah menghendaki) menggantikan "Okay"
- ucapkan "Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah) menggantikan "I'm fine"

(c) Amalan seharian mengikut Sunnah Rasulullah

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

(d) Warna kesukaan Rasululllah

Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.”

Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih.

Ada juga keterangan bahwa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : " Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih."

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih."

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: "Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya."

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : "Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumat."

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : "Pernah Nabi SAW keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu."

Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : "Nabi saw menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya."

(e) Pakaian Rasulullah

“Pakaian yang paling disenangi Rasulullah SAW adalah Gamis.”
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Humaid ar Razi, dari al Fadhal bin Musa, diriwayatkan pula oleh Abu Tamilah dan Zaid bin Habab, ketiganya menerima dari Abdul Mu’min bin Khalid, dari Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Ummu Salamah r.a.)
* Ummu Salamah r.a. adalah Ummul Mu’minin Hindun binti Mughirah al Makhzumiyah.

“Sesungguhnya Nabi SAW keluar (dari rumahnya) dengan bertelekan kepada Usamah bin Zaid. Beliau memakai pakaian Qithri yang diselempangkan di atas bahunya, kemudian beliau solat bersama mereka.”
(Diriwayatkan oleh `Abd bin Humaid , dari Muhammad bin al Fardhal, dari Hammad bin Salamah, dari Habib bin as Syahid, dari al Hasan, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
* Qithri adalah sejenis kain yang dibuat dari 'cotton' yang kasar. Kain ini berasal dari Bahrain tepatnya dari Qathar.

Dalam sebuah riwayat Anas bin Malik r.a. mengemukakan: “Pakaian yang paling disenangi Rasulullah SAW ialah kain Hibarah.”
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Mu’adz bin Hisyam dari ayahnya, dari Qatadah, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
* Kain Hibarah ialah kain keluaran Yaman yang dibuat daripada 'cotton'.

“Rasulullah saw. bersabda: “Hendaklah kalian berpakaian putih, untuk dipakai sewaktu hidup. Dan jadikanlah ia kain kafan kalian sewaktu kalian mati. Sebab kain putih itu sebaik-baik pakaian bagi kalian.”
(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Basyar bin al Mufadhal, dari `Utsman Ibnu Khaitsam, dari Sa’id bin Jubeir, yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)

“Rasulullah saw. bersabda : “Pakailah pakaian putih, kerana ia lebih suci dan lebih bagus. Juga kafankanlah ia pada orang yang meninggal di antara kalian.”
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Sufyan, dari Habib bin Abi Tsabit, dari Maimun bin Abi Syabib yang bersumber dari Samur bin Jundub r.a.)

“Nabi SAW memasuki Kota Makkah pada waktu pembebasan Kota Makkah,beliau memakai serban hitam.”
(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari `Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadis ini diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair, yang bersumber dari Jabir r.a.)


(f) Cara tidur Rasulullah

Aisyah r.a. merekodkan cara tidur Nabi yang baik dan menyihatkan adalah tidur cepat dan bangun cepat. Tidurlah selepas Isyak iaitu dua jam sesudah makan. Kemudian bangunlah bagi bertahajud hingga masuk waktu solat Subuh.

Selepas solat Subuh, kita sebaik-baiknya tidak tidur tetapi berzikir dan membaca Quran hingga matahari terbit. Antara kebaikan amalan ini adalah badan yang segar, jantung yang lebih sihat dan awet muda.

Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.Bagi memperjelaskan soalan anda, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad SAW.


Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”

Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis Riwayat Bukhari).

Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tuhanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – (HR. At-Tirmidzi).

Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).

Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – (HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).

Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” – (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: “Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” – (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT.

Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:

- Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
- Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
- Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
- Tidur dalam keadaan suci.
- Tidur dalam keadaan berwuduk.
- Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.
- Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).
- Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
- Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tirmizi.
- Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.

Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Wallahu a’lam.


***************
Kawan-kawan, begitu banyak fakta tentang Rasulullah SAW, Nabi junjungan kita. Terpulang pada kita untuk mengenali Baginda SAW lebih dari kita mengenali insan lain. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik ciptaan & Baginda adalah sebenar-benar "idola" hidup kita. Dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya, kita dikurniakan pahala. Semoga kita diberi kekuatan dan peluang untuk terus mengenali dan mencintai Baginda SAW.

.: Wallahu'alam :.

Atie tag:
Syera - Cik Jue

----
RESULT: -ve
----