Sabtu ni mama tak tahu la macamana nak menyusun plan ni. ada 3 open house, satu undangan majlis kahwin and lagi satu jiran depan ajak datang rumah. huish...Ahad dah tak syawal dah.Maknanya, Sabtu kena pulun penuhkan jemputan kawan2 dan jiran2. Harap jangan la area bangi jam...Amin.
Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal serta si gegel bambam yg sangat kelakar!
Showing posts with label Raya Edition. Show all posts
Showing posts with label Raya Edition. Show all posts
Wednesday, October 6, 2010
Thursday, September 9, 2010
Soal Raya Kampung Siapa? Perlu Bertolak Ansur.
Tetiba hati mata bernyanyi lagu P Ramlee....Bukan apa, kat bilik scan ni, tinggal mama sorang je yang bekerja. Yang lain dah selamat. Lepas tu, malam ni balik rumah mak mertua. Ok je, mama tak kisah raya rumah mak ke rumah mak mertua ke sebab dua2 family mama jugak. Tapi rasa sayu sebab rindu kat mak mama kat Kuantan. Malam ni macam biasa semua orang kumpul buat persiapan dan jugak BBQ malam raya. Tapi mama beraya di Klang. Mak mertua mama tak kisah pun kami raya kat mana tapi sebagai menghormati encek hubby tersayang, kita kena saling bertolak ansur ye tak? Masa mama bujang2 dulu, mama mesti tak lepaskan peluang untuk balik awal supaya dapat merasai kemeriahan malam raya. Masa bulan puasa pulak setiap minggu mama balik weekend untuk berbuka dengan bonda terchenta. Tapi bila mama dah kahwin, mama belajar bertolak ansur dan saling memahami. Balik kampung kami akan bergilir. Soal kampung siapa lebih lama tak timbul sebab kami akan pastikan kalau bukan cuti raya, kami akan cuba balik ke rumah mak kedua2 pihak. Jadi takde la macam lama sangat tak jumpa. Sebab bila dah jarang balik mulalah, hati memberontak.."asyik balik rumah mak youuuuu jeee...rumah mak I takkan tak balikkk!" Kalau dah parah mulalah bertempik bagai. Sebenarnya hari raya untuk bergembira. Hari untuk bermaafan. Tapi kalau bergaduh sebab nak balik kampung, apa cerita? Jadi, Esok dah nak sambut raya, kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN kot dlm blog mama ada perkataan yang menyinggung mana2 pihak. Bagi yang bujang, enjoy! Bagi yang dah kahwin, Jangan gaduh2 ye? Isteri kena bertolak ansur, suami kena rasional. Semoga raya tahun ni membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan. Amin.
Wednesday, September 8, 2010
Berbuka Puasa @ Pu3Lagenda
Last weekend mama lepak umah pu3lagenda aka Kak long. Sedang elok encek hubby terpaksa berkerja di Klang. So, dia hantarkan kami ke sana.Fuhh! 2jam merangkak dalam jam. Barulah sampai. Bukan jauh nor umahnya tapi dah kat kl tak sah kalau tak jam. Tapi sempat juga la tolong dia masak sikit...Makan ape? huishh...sedapp2 semuanya...
Ha...sedapkan? ada ayam goreng berempah, pari bakar, butter prawn, tomyam campur (tiada dalam gambar-dah kena bedal), pucuk jambu golok (ulam), tembikai sebagai desert and air jus tembikai home made yang memang slurppp!
Mama makan sampai tak hengat diet....Sedap la kak long. Nanti kita wat lagi kat kampung ek...
Saturday, September 4, 2010
Jalan-Jalan Shopping Raya @ Jalan TAR
Ni last week punye cerita. Mama and kawan2 sonographer mama pi shopping raya kat Masjid Jamek & Jalan TAR. Kemain lagi kitorang berjalan dalam keadaan berpuasa...Huish...Murah!Murah!
First time mama datang time orang solat Jumaat. Terkujat jugak bila hampir terlanggar orang tengah ready nak solat. Patutlah tetiba kedai tutup...
Kitorang pun lari ke Jalan TAR supaya tak ganggu orang nak solat. Hormatilah mereka...Tengok, ramai kan?masa ni mama dah pewaiii dah...
Haa..Ni lah kawan2 mama yang tolong mama pilihkan baju dan tudung raya...
Murahkan? Tapi murah2 pun kena beringat...Kang lepas raya nganga takde duit...
Dah pun habis shopping. Mama berjaya berbelanja dengan berhemah. Tudung raya untuk cik (mak mama), kerongsang untuk cik, baju kurung cotton, tudung dan kerongsang cute untuk mama...Afzal and Ayah kita beli kendian sebab masa tak cukup. Mama ni ponteng evening call beb! Mampus!
Friday, September 3, 2010
Misi Mencari Duit Raya.
Nampak kat atas meja tu? Haa..tu sebahagian daripada apa yang mama jual raya tahun ni. Boleh la lepas duit toll balik kuantan. Tahun ni promosi kurang sikit sebab busy berblogging...Tapi tetap Alhamdulillah...
Tahun lepas pun mama jual jugak. Ni le kuih2nye...Masa ni memang dapat banyak tempahan. Untung pun masyuk RM3++ beb!


Tahun lepas pun mama jual jugak. Ni le kuih2nye...Masa ni memang dapat banyak tempahan. Untung pun masyuk RM3++ beb!
Friday, August 13, 2010
Terkenang Raya Tahun Lepas...
Tiba-tiba terasa banyak pulak masa nak tengok gambar2 lama yang hampir lebih 30Gb kat dalam external HDD ni. Tertengok pulak gambar masa raya. Seronokkan? Sampai ada yang siap tunggu depan pagar malam2 pun ada...
Pastu siap pulak berebut tenong yang dibekalkan dek kerana kesian kot lapar masa balik nanti....Apalagi, terkejut lah Afzal melihat beberapa orang abg2 dan kakak2 ni sedang berebut...
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, kitorang buatlah BBQ untuk bebudak kurang matang ni supaya tak berebut lagi dah...
Bila dah kenyang mereka pun bersalam-salaman, bercium-ciuman (di pipi ye..) memohon maaf...
Akhirnya, setelah dinihari barulah mereka pulang ke katil masing2 untuk tido....
Wednesday, August 11, 2010
Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 5
Ni kalau dah tak tau lagi nak gayakan, pakaikan aje dengan apa2 seluar yang ada...
Ok tak? Ni la sebahagian wardrobe Afzal untuk this coming raya. Mama memang hantu bab gaya anak ni. Walaupun mama bukan stylo or fashionable tapi anak mesti pakai yang sesuai dan kena tema dan warna....Tapi yang paling penting raya ni adalah untuk kita menikmati dan menyelami maksud sebenar Ramadhan dan Aidilfitri....
Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa. Semoga kita semua mendapat keberkatannya...:o)
Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 4
T-shirt belang dengan seluar denim short. Memang nampak tomey sangat bila anak kita pakai. Tapi kalau nak nampak gaya yang lebih macho, pakaikan kemeja yang sedondon. Tak sabar nak tengok Afzal bergaya raya tahun ni..:p
Tuesday, August 10, 2010
Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 2
Baju berkolar pulak memang cantik pakai dengan khakis long pants. Tapi dengan denim short pun nampak bergaya!
Ni dah dapat 2 pasang!
Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 1
Pening kepala nak beli baju raya anak tapi perlu berjimat?? Senang saja. Ni mama tunjukkan...
Baju yang sama tapi kita tukarkan je seluar tu...Dah nampak gaya yang berbeza...Seluar tu tak semua yang baru. Dah dapat 3 pasang. Masih nampak bergaya kan??
Baju yang sama tapi kita tukarkan je seluar tu...Dah nampak gaya yang berbeza...Seluar tu tak semua yang baru. Dah dapat 3 pasang. Masih nampak bergaya kan??
Monday, August 9, 2010
Raya Sakan Sambil Berjimat? -Tips Berguna
Senang je. Tadi kita belajar macamana nak jadi Super Sales Shopper kan? Yang ni pulak macamana nak berjimat tapi anak2 masih boleh beraya sakan.
1)Tahu mana lokasi sales berdekatan (Jauh2 tu tak payah la pergi..petrol mahal..tak berbaloi...)
2)Ada ciri2 Super Sales Shopper..
3)Kreatif
Tak semestinya kena beli semua baru. You all boleh mix and match. Ala, budak kecik bukan kisah sangat baju baru atau tak asalkan baju tu cantik dan bersih serta selesa dipakai...
(Esok, entry saya pasal being kreatif..Jangan ketinggalan!)
1)Tahu mana lokasi sales berdekatan (Jauh2 tu tak payah la pergi..petrol mahal..tak berbaloi...)
2)Ada ciri2 Super Sales Shopper..
3)Kreatif
Tak semestinya kena beli semua baru. You all boleh mix and match. Ala, budak kecik bukan kisah sangat baju baru atau tak asalkan baju tu cantik dan bersih serta selesa dipakai...
(Esok, entry saya pasal being kreatif..Jangan ketinggalan!)
Member's Sale @Sogo/Jusco- Tips Berguna

V/S
Ni mama nak kongsi sikit. Korang semua mesti pernah pergi member's sale kan? Seronok? Atau susah? Kena beratur and bersesak-sesak kan? Memang very the penat!
So, entry kali ni adalah khas untuk berkongsi tips macamana nak jadi Super Sales Shopper yang berjaya...
1)Berbadan kuat dan tegap
Senang nak merempuh atau senang bertahan bila dirempuh....
2)Pantas
Senang sikit korang nak berebut...
3)Berani bersuara
Haha...Ni kalau orang terambil baju yang korang dah pilih, korang boleh mintak balik...eh, time sales everything limited tau!
4)Sanggup berebut
Sama seperti di atas...:o)
5)Sanggup beratur panjang
Beratur panjang jangan cakap la...mama sendiri penah beratur 2jam untuk bayar baju RM50 je. Tapi sanggup...
6)Peramah
Yang ni memang mama selalu buat bila shopping sorang atau kawan2 dah tinggalkan kita. Buat2 la borak. Pastu mintak tolong cop kejap sebab nak gi cari lagi baju...kehkehkeh..pandai tak?
Ok? Haa...kalau ada sebahagian dari kebolehan di atas, memang korang bole jadi Super Sales Shopper! Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya!
Subscribe to:
Posts (Atom)