Hmm...mama yakin ramai yang mula rimas bila org dok tanya bila nak kawin kan?
Actually, mama ada cerita nak share dgn korang semua.
Dulu masa mama kat U, mama pernah le kapel for 6 months. Then, mama putus sebab nak blaja (alasan...)
Then, mama tak penah lagi kapel sampai la dah berumur 25. Masa tu mama keje kat HKL.
Masa ni mama kapel la dgn kwn kat U. Tapi tak lama sebab tangan dia suka nak peluk and cakap benda2 lucah.
Terus mama putus jek.
Then, masa tu rasa macam takde harapan untuk berkenalan dgn lelaki yg layak buat suami.
maka, mama pun membawa hati ke Scotland.
Apalagi perabiskan duit simpanan ASB.
Dari London ke Scotland
Scotland ke London
Then balik ke London
London ke Paris pulak
balik semula ke London,
Then barulah balik Malaysia....
23 hari bertapa ke sana,
Maka balik lah mama dengan hati yg melonjak riang nak jejak kaki ke Malaysia.
Sebab apa, best mana pun, tanah tumpah darah tetap menyelesakan..:o)
Then, balik je, mak mama selalu cakap dia segan bila adik2 dia tanya, anak2 dara dia taknak kawin ker? atau memilih, atau tak laku?
(itu mama yg tambah ye..)
Then, mama pun mulalah berdoa semoga Allah SWT tunjukkan jalan yang terbaik.
google image |
"Ya Allah, sekiranya ada lelaki yang mampu menyayangi ku sepenuh hatinya, menjagaku, menghormati kewanitaanku serta mampu membawa aku lebih dekat padaMu, maka dekatkanlah dia kepadaku.
Namun sekiranya dia bakal membawa keburukan bagiku, jauhilah dirinya dariku. Kuatkanlah keimanan ku, tabahkan lah hatiku, jauhilah aku dari kemaksiatan dan kehinaan. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Amin."
Setiap kali mama amalkan selepas solat. Alhamdulillah. tak lama, mama bertemu dgn En Ayah kat Friendster. Kami satu kelas dulu tapi tak pernah bercakap.
Seterusnya...korang tau je la ye..