Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Perlawanan Akhir Piala Suzuki MALAYSIA v/s Indonesia


Tak sabar pulak rasanya nak tengok Malaysia lawan malam ni. Tapi kesian. Dengarnya, diorang tak boleh nak buat latihan dek kerana penyokong2 Indonesia yang fanatik dah tunggu nak ganyang player kita..Ish..ish..ish...
Katanya nak balas kejadian laser itu hari. Tapi kan?? betul ke ada laser atau si Markus tu saja buat onak sb tau penyokong dia akan meletup bila dia diusik..alololo..manjeeerrr......
Pastukan, Indonesia mengarahkan 3000 polis bertugas malam ni untuk menjaga keselamatan player dan penyokong malaysia..Alhamdulillah...Nasib korang sedar kepentingan hubungan politik antara negara ni penting.
YANG PENTING!
mama ni, mama dah berdoa sama2 dengan Imam muda kat ERA tadi semoga player dan penyokong kita selamat di sana dan player kita dapat menjulang KEJUARAAN setelah 14 tahun ketandusan...Amin...

Imam Muda mintak 5-1
Mama mintak 5-0
jgn kasi peluang!
Gempur!!!
owh..sungguh fanatik rasanya mama ni...huhu

Friday, October 29, 2010

Bila Bencana Melanda...

google image

Sekarang sana sini sibuk memperkatakan pasal gunung Merapi meletus di Indonesia,
banyak nyawa yang terkorban,
tak kurang juga yang hilang tempat tinggal.

begitu juga dengan mangsa banjir di China,
mangsa gempa bumi dan tsunami di Indonesia

hilang tempat tinggal,
hilang punca pendapatan,
hilang sumber makanan.
Mesti ketika ni,
ramai yang sedang kelaparan,


Bila tengok berita macam ni,
bimbang pula
Macamana kalau kita di tempat mereka?

mama selalu ajar Afzal jangan membazir
memang dia kecik lagi
tapi mama pernah hidup susah masa kat kampung dulu
Makan kami hanya kasi pagi, makan pagi
kais petang, makan petang
Masa tu Arwah ayah cuma nelayan
Kalau takde ikan, makan je dgn ikan kering dan kicap

Jadi, bila ada anak,
mama pantang tengok dia buang makanan
mama akan tegur "buang makan tak baik"
"berdosa membazir"

Mama taknak anak mama terlalu mudah dgn makanan
Mama tak sanggup bila tgok anak mama buang2 makanan
sedangkan di sana ada anak2 yg kelaparan
Harap bila Afzal semakin membesar, dia lebih faham
akan apa yang mama dan ayah terapkan

google image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...