Friday, 26 August 2011
Masak Lemak Kuning Crabstick
Bahan-bahan :
2 bungkus crabstick
sebiji buah tomato
sedikit kacang bendi
1/2 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai
5 biji cili padi
sekeping asam keping
sedikit serbuk kunyit
susu segar dan air secukupnya
garam secukup rasa
cara-cara :
1. Panaskan sedikit air dalam periuk, masukkan bawang, bawang putih dan halia.
Biarkan mendidih dan masukkan susu, serbuk kunyit, asam keping dan cili padi.
2. Selepas tu bolehlah masukkan kacang bendi, tomato yang di potong dan crabstick.
Biarkan mendidih sekali lagi, okay dah siap dah.
Cornflakes Madu
Bahan-bahan :
6 cawan cornflakes di ramas kasar
5 sb gula
8 sb madu
sedikit badam cincang di goreng
1/4 buku butter
papercup secukupnya
Cara-cara :
1. Dalam non stick pan, cairkan butter dan gula. Kemudian masukkan madu.
Gaul hingga gula hancur, tutup api.
2. Cornflakes di ramas kasar dan badam cincang di goreng sebentar. Masukkan
cornflakes dan badam kedalam butter yang telah di cairkan tadi, gaul hingga sebati.
3. Sudukan adunan ke dalam papercup dan bakar suhu 150 darjah selama 12 minit.
Chocolate Oats Cookies

Bahan-bahan :
250g butter
60g minyak sapi
160g dark brown sugar (+ 1 sb gula halus)
secubit garam
280g tepung gandum
4 sb serbuk koko
80g tepung jagung
60g serbuk gajus di sangai (guna cornflake kisar)
Hiasan : telur putih dan oats
Cara-cara :
1. Gaul butter, minyak sapi, gula dan secubit garam hingga sebati.
2. Kemudian campurkan tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan
cornflake kisar. Uli hingga jadi doh.
3. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan, buat sampai habis. Celup dalam telur
dan golekkan dalam oats.
4. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 150 darjah. Resepi oat cookies ni akak ambil
dari kakwan@citarasawan.blogspot.com, terima kasih ye Wan kongsikan resepi.
Cuma akak ada tambah sikit garam dan gula serta guna cornflake menggantikan gajus.
Pada yang suka kukis berasaskan oat bolehlah cuba resepi ini ye...
Wednesday, 24 August 2011
Laksa Johor
Tengahari semalam tengah dok pikiaq nak masak apa untuk berbuka nanti, tetiba dengaq bunyi tepon,
rupanya kawan akak, cik Nani caling2 sesaja tanya khabaq. Terima kasih lah Nani rajin tanya-tanya khabar
akak. Hanya Allah saja yang balas budi baik Nani. Citer punya citer, biasalah orang pompuan ni, apa lagi
mesti citer pasai masak-masak nyer.Haaa bukan citer gosip-gosip ek...
Akak pun tanya Nani, semalam masak apa untuk berbuka ? Dia cakap, 'Semalam kak... saya masak Laksa Johor, suami dan anak-anak cakap sedap'. Tinggg... haa dapat dah idea nak masak apa hari ni. Tq tq Nani
bagi idea nak masak apa. Jom check tengok resepi Laksa Johor air tangan akak ni......
Bahan-bahan :
1 paket spaghetti (di rebus hingga lembut)
2 tin tuna flakes
2 senduk rempah kari Adabi
2 sb serbuk cili Baba's
3 sb paprika (tak mau pedas sangat sebab nanti makan dengan sambal belacan)
1 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih }
sedikit halia } di kisar
sebatang serai }
sedikit lengkuas }
segenggam udang kering di rendam }
3 asam keping
sedikit daun kesum
setin santan
1/2 paket cream coconut jadikan kerisik
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa.
Ulaman :
sebatang timun di potong halus
1/2 biji bawang besar di hiris nipis
2 biji cili merah di potong
5 biji telur di rebus
Sambal belacan :
4 biji cili merah
5 biji cili padi
jus lemon
4 sb gula
1 sb garam
secubit belacan
Cara-cara :
1. Spaghetti di rebus hingga lembut kemudian di tos. Sediakan kuah, tumis bahan-bahan yang
di kisar hingga wangi. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan paprika, letak air secukupnya
untuk kuah.
2. Masukkan isi ikan tuna, santan, asam keping, daun kesum dan kerisik. Rasa garam secukup
rasa. Biarkan kuah mendidih lama sedikit hingga terbit minyak.
3. Kalau ada taugeh, kacang panjang, daun selasih dan bunga kantan bolehlah potong halus-halus
untuk di makan bersama Laksa Johor. Tapi kalau tak ada cukuplah sekadar potongan timun
dan bawang serta telur rebus.
4. Masukkan semua bahan untuk sambal belacan kedalam pengisar dan kisar halus.
Letakkan sedikit spaghetti kedalam mangkuk, sendukkan kuah laksa dan letak hirisan timun,
hirisan bawang, telur dan sambal belacan. Tak rugi cuba ye sebab ermmmmm... sedap !

Cornflake Cookies
Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula di kisar halus
3 cawan cornflake di ramas kasar
1 st esen vanilla
minyak secukupnya (boleh guna 250g butter)
telur dan cornflake untuk hiasan
Cara-cara :
1. Campurkan tepung gandum, gula dan cornflake serta vanilla. Gaul hingga semua
bercampur rata. Masukkan minyak sedikit-sedikit hingga jadi doh (lebih kurang 3/4 cawan).
2. Buat bulat-bulat celup dalam telur kemudian golek dalam cornflake.
Susun atas dulang, buat sampai habis.
3. Panaskan oven dan bakar suhu 160 darjah selama 20 minit.
Tuesday, 23 August 2011
Bangkit Kelapa
Bangkit Kelapa ini akak masih menggunakan resepi Bangkit Bijan yang tadi, hanya
tukar bijan kepada kelapa saja. Guna desicated coconut yang di sangai hingga sedikit
perang. Terima kasih sekali lagi untuk resepi 2 dalam 1 ni. Jom kengkawan pakat
Bahan-bahan :
600g tepung sagu (guna 500g atau sebungkus)
100g tepung gandum (guna 200g)
300g butter
300g gula icing (guna 260g gula di kisar)
150g desicated coconut (di sangai hingga perang)
2 biji telur
1 st garam
Cara-cara :
1. Sangai kelapa hingga sedikit keperangan. Sangai kedua-dua tepung hingga ringan.
2. Pukul butter dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu.
3. Kemudian masukkan tepung dan kelapa yang di sangai tadi. Uli hingga jadi doh.
4. Canai dan terap adunan. Kemudian bakar dalam oven suhu 160 darjah selama
20 minit atau ikut suhu kepanasan oven masng-masing.
Bangkit Bijan
Biskut raya ni akak tak ingat ambil dari resepi siapa. Walau camanapun pada tuan punya resepi terima kasih banyak kerana kongsikan resepi ini. Jom semak resepi bangkit ni....
Bahan-bahan :
600g tepung sagu (guna 500g atau sebungkus)
100g tepung gandum (guna 200g)
300g butter
300g icing sugar (guna 260g gula di kisar)
150g bijan yang di sangai
2 biji telur
1 st garam
Cara-cara :
1. Sangai bijan sebentar. Kemudian sangai kedua-dua tepung hingga ringan.
2. Pukul butter dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan secubit garam.
3. Kemudian masukkan tepung dan bijan yang di sangai tadi. Uli hingga jadi doh.
4. Canai dan terap adunan. Kemudian bakar dalam oven suhu 160 darjah selama
20 minit atau ikut kepanasan suhu oven masing-masing.

Tart Nenas
Bahan-bahan :
250g butter
1 sb minyak sapi
100g gula halus
450g tepung gandum + 1 sb tepung lagi
1 biji telur
1/2 st esen vanilla
secubit garam
3 tin nenas in syrup (ambil nenas sahaja di kisar)
1/2 botol jem strawberry
Cara-cara :
1. Buat inti dahulu, kisar nenas masukkan dalam non stick pan bersama
setengah botol jem strawberry. Masak hingga kering airnya dan bolehlah
di tutupkan api. Masukkan ke dalam sebuah bekas dan simpan dalam fridge.
2. Untuk doh, gaul butter, minyak sapi, gula dan secubit garam hingga sebati dan putih.
Masukkan telur yang di pukul sedikit bersama esen vanilla. Kemudian bolehlah masukkan
tepung gandum dan gaul hingga jadi doh yang lembut.
3. Canai dan terap hingga habis adunan. Letakkan inti nenas tadi. Boleh sapu telur kalau suka.
Panaskan oven dan bakar suhu pada 160 darjah selama 20 minit atau mengikut suhu kepanasan
oven masing-masing.
Biskut Almond London
Bahan-bahan : >250 keping
250g butter
120g gula di kisar halus
2 biji telur pukul sedikit
1 st esen vanilla
500g tepung gandum
50g cornflake kisar
250g badam di bakar dalam oven sebentar
dark chocolate + butter double boil hingga cair
badam cincang bakar untuk hiasan
papercup kecil secukupnya
Cara-cara :
1. Gaul butter dan gula hingga lembut, masukkan telur yang di pukul sedikit bersama esen vanilla.
2. Kemudian masukkan tepung dan cornflake yang di kisar. Gaul hingga doh sebati dan lembut.
3. Ambil sedikit doh masukkan sebiji badam jadikan bentuk bujur. Susun atas dulang buat sampai
habis. Panaskan oven dan bakar suhu 150 darjah selama 20 minit.
4. Cairkan dark chocolate + butter. Masukkan biskut dalam cawan kertas, sudukan sedikit
chocolate cair keatasnya dan tabur badam cincang sebagai hiasan.
Biskut Makmur
Bahan-bahan :
500g tepung gandum
200g butter
2 sb penuh minyak sapi
secubit garam
200g serbuk kacang tanah }
3 sb gula yang di kisar } di campur untuk inti
sedikit gula kisar untuk golek
Cara-cara :
1. Gaulkan butter, minyak sapi dan secubit garam hingga bercampur dan lembut.
Masukkan tepung gandum. Gaul dan uli hingga adunan jadi doh yang lembut.
2. Sangaikan dahulu serbuk kacang tanah hingga keperangan dan campurkan gula.
Sedia untuk di jadikan inti.
3. Ambil secubit adunan leperkan, masukkan inti kacang dan tutup semula jadikan
bentuk bujur. Susun atas dulang, buat sampai habis.
*Gunakan sudu susu baby untuk dapat bentuk seperti di atas.
4. Panaskan oven dan bakar suhu 160 darjah selama 25 - 30 minit atau mengikut suhu
kepanasan oven masing-masing. Kemudian golekkan dalam gula yang di kisar tadi.
Almond Cookies
Bahan-bahan :
600g tepung gandum
100g tepung beras
200g gula di kisar
200g serbuk badam di sangai
minyak secukupnya
secubit garam
sedikit almond slice untuk hiasan
sedikit chocolate rice untuk hiasan
telur + pewarna kuning untuk sapuan
Cara-cara :
1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, gula, serbuk badam dan secubit garam
dalam sebuah bekas besar. Gaul hingga semua bercampur rata.
2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga adunan boleh di kepal. Canai dan terap.
3. Terap sampai habis, kemudian sapu telur di atasnya. Letak kepingan badam dan tabur
sedikit chocolate rice. Panaskan oven dan bakar suhu 160 darjah selama 20 minit.
Chocolate Cookies
Bahan-bahan :
500g tepung gandum
250g dark brown sugar
5 sb serbuk koko
sebiji telur
1 st esen vanilla
200g chocolate chips
50g cocoa rice cereal
50g cornflake kisar
minyak secukupnya
chocolate urai, badam cincang untuk hiasan
1. Campur tepung gandum, brown sugar dan serbuk koko, gaul rata.
2. Masukkan chocolate chips, rice cereal dan cornflakes kisar, gaul rata lagi.
3. Pukul sedikit telur dan esen vanilla, masukkan kedalam adunan kering.
4. Kemudian masukkan minyak sedikit-sedikit, gaul uli sampai semua bercampur.
5. Sudukan ke dalam papercup kecil, tabur chocolate urai dan badam cincang.
Susun rapat-rapat dalam dulang dan bakar 20 min suhu 160 darjah.
6. Resepi ini di olah sedikit dari resepi asal chocolate chip oleh mama inaz@myresepi .com.
Terima kasih mama inaz sudi kongsi-kongsikan resepi.
Biskut Peanut Butter
Bahan-bahan :
680g peanut butter
680g tepung gandum
680g gula icing (guna 600g gula yang di kisar halus)
secubit garam
minyak mazola / sunflower oil / vegetable oil secukupnya untuk jadikan doh
telur + pewarna kuning untuk sapuan
Cara-cara :
1. Boleh guna kacang tanah yang di goreng tanpa minyak di buang kulit dan di kisar halus.
Atau guna saja peanut butter untuk jimatkan masa.
2. Campurkan kesemua bahan di dalam sebuah bekas, gaul rata. Kemudian masukkan
sedikit demi sedikit minyak hingga jadi doh yang lembut. Buatkan bulat-bulat hingga
habis adunan kemudian sapu telur di atasnya. Boleh hias dengan sebiji kacang di atasnya
terpulang. Bakar dengan suhu 160 darjah selama 20 min atau mengikut suhu kepanasan
oven masing-masing.
Acar Buah
Bahan-bahan :
90 g kulit limau
450 g aprikot
250 g sultana
500 g prune
50 g kurma
1 biji bawang besar di dadu halus
2 ulas bawang putih
1 st pes halia
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 buah pelaga
cili mesin secukupnya
garam dan gula secukup rasa
cuka
Cara-cara :
1. Panaskan minyak tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan cili mesin dan sedikit gula dahulu, tumis
hingga cili masak dan pecah minyak.
2. Masukkan air biarkan mendidih. Letakkan sedikit garam dan cuka, tambah sedikit lagi gula
rasa masam masin manisnya. Kemudian baru masukkan buah-buahan kering yang telah
di potong kecil-kecil tadi. Balik-balikkan sampai kuah sedikit kering, barulah di tutupkan api.
3. Simpan di dalam botol atau bekas yang kering kerana acar buah ini tahan lama. Boleh tambah
cili padi atau bawang yang di jeruk juga buahan kering yang lain jika suka.
Sira Pisang
Bahan-bahan :
4 biji pisang (di potong dua dan dibelah dua)
air secukupnya untuk kuah
4 sb gula
sehelai daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna kuning
sedikit kkmanis,b lawang dan cengkih (tak letak)
Cara-cara :
1. Didihkan air secukupnya untuk kuah.Masukkan gula, daun pandan serta pewarna kuning.
2. Pisang di potong dua dan di belah dua lagi kemudian masukkan kedalam air gula yang sedang
mendidih.
3. Masak sekejap saja lagi kemudian bolehlah di tutupkan api. Pada yang dah biasa rasa Sira Pisang
ni tentu dah tahu macamana rasanya. Boleh di makan sejuk atau semasa masih panas lagi.
Pastri Sumbat (pastri sosej dan kentang)
Sumbat dengan apa ek ? eh... bukan sumbat tapi ada inti. Kali ni dengan filling sosej
dan kentang. Jangan jemu ye, kengkawan mesti kata akak ni asyik-asyik pastri. Nak buat
camana ye bila husband akak jumpa pastri harga turun, terus di borongnya sampai lima bungkus.
Nak ngabiskan buatlah pastri bakar, cuma intinya aje yang lain-lain. Jom layan....
Bahan-bahan :
2 bungkus pastri
telur letak pewarna kuning untuk sapuan
3 biji kentang di dadu
sebungkus sosej ayam potong nipis
1/2 biji bawang besar di dadu
sedikit bawang putih
sedikit pes halia
3 sb serbuk kari
1 st serbuk lada hitam
1 sb garam dan 1 sb gula
Cara-cara masak inti :
1. Panaskan sedikit minyak, goreng sosej yang di potong nipis-nipis. Bila dah masak angkat.
2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang dan halia. Kemudian masukkan kentang yang di dadu,
serbuk kari, serbuk lada hitam, garam dan gula.
3. Masak hingga kentang lembut, barulah masukkan sosej tadi. Boleh tambah sedikit air supaya
kentang lembut. Bila dah kering boleh padamkan api.
4. Ambil sekeping pastri, potong empat gelek leper, masukkan inti dan gulung. Kelar-kelar atasnya
dan sapu telur. Kemudian bakar dalam oven selama 30 minit. Inti ini memang kena dengan pastri
selain pastri yang di letak sebatang sosej begitu saja. Cuba jangan tak cuba.

Ayam KFC.. Coleslaw dan Kentang Wedges
Bahan-bahan :
10 ketul ayam
1/2 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih } di kisar
sedikit halia }
1sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
1/2 sb serbuk ketumbar
garam secukup rasa
4 sb tepung gandum
Cara-cara :
Bersihkan ayam dan gaul dengan bahan kisar dan bahan-bahan lain. Ketepikan
sebentar. Sediakan coleslaw dan kentang wedges dahulu kemudian baru gorengkan ayam.
Bahan untuk Coleslaw :
sebatang karot
1/4 biji kobis
1/4 biji bawang besar
secubit garam dan gula
sedikit lada hitam
mayonis secukupnya
Cara-cara :
Potong karot, bawang dan kobis halus-halus, kemudian gaul dengan mayonis secukupnya.
Tambah sedikit garam, gula dan lada hitam.
Bahan untuk Kentang wedges :
6 biji kentang (potong baji)
serbuk bawang putih
serbuk paprika
serbuk lada hitam
garam
Cara-cara :
Potong baji kentang dan gaul dengan semua bahan kemudian di goreng.
Selepas goreng kentang bolehlah goreng ayam yang di perap tadi.
Thursday, 11 August 2011
Nasi Beriani Ayam Masala
Hari ni rasa malas nak masak, malas nak berdiri. Sendi pun masih sakit-sakit lagi.
Saki baki demam dari minggu lepas masih ada lagi. Jadi masak simple-simple saja,
supaya cepat-cepat habis masak dan boleh duduk.
Jadi akak masaklah nasi guna rempah yang dah siap dalam kotak. Menu hari ini
Nasi Beriani dan Ayam Masala. Jom semak resepi simple ni....
Nasi Beriani
Bahan-bahan :
2 mug beras basmathi
1/4 biji bawang besar di dadu
1 sb pes halia
1 sb serbuk bawang putih
2 sb penuh rempah beriani masala
1 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
2 sb yogurt
1 sb garam
1 kiub pati ayam (tak letak)
sedikit bawang goreng
Cara-cara :
Basuh beras dalam rice cooker, letak air secukupnya. Kemudian masukkan semua
bahan-bahan lain kecuali bawang goreng. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi beriani
dah masak, balik-balikkan dengan senduk dan offkan rice cooker, tabur bawang goreng
di atasnya.
Ayam Masala
Bahan-bahan :
8 ketul ayam
1/2 biji bawang besar
1 sb serbuk bawang putih
1 sb pes halia
4 sb penuh rempah meat masala (boleh guna daging atau kambing)
2 biji kentang
2 biji tomato (tak letak)
air secukupnya untuk kuah
1 sb garam
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, halia dan bawang putih. Masukkan ayam,
masak hingga sedikit garing di luarnya. Tuang air hingga menutupi ayam. Masukkan
rempah masala dan kentang serta garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih, ayam
betul-betul masak dan isinya dah lembut. Kalau tak cukup kuah, tambah air lagi. Boleh
guna daging atau daging kambing. Guna ayam sebab ada yang tak boleh makan daging
kat umah ni.
Tamarind Chutney (brown sauce)
1/2 cawan air panas
1 sb pes asam jawa
3 sb brown sugar
1 sb gula
1 st pes halia
1/2 st serbuk jintan manis
1 sb sos cili
secubit garam
Cara menyediakannya : Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan microwavekan
selama 1 minit. Keluarkan dan gaul sebati. Atau boleh masak
atas dapur.
Bahan sampingan lain : Papadom dan salad campur.

Pulut Inti Kelapa Manis
Bahan-bahan :
Untuk Pulut :
2 cawan beras pulut
2 cawan air panas
1/2 sb garam
1/2 helai daun pandan
2 sb minyak
Cara masak Pulut :
Masukkan beras pulut yang telah di basuh ke dalam bekas plastik tahan panas.
Bekas mesti besar sikit sebab pulut mengembang. Kemudian masukkan air panas, garam,
minyak dan daun pandan. Masukkan kedalam microwave selama 4 minit x 4. Balik-
balikkan setiap 4 minit.
Bahan-bahan :
Untuk Inti Kelapa Manis :
1 cawan desicated coconut
1/2 cawan air panas
4 sb dark brown sugar
1 sb gula (tak letak pun tak pe)
secubit garam
1/2 helai daun pandan
Cara masak Inti :
Masukkan semua bahan ke dalam bekas tahan panas dan microwavekan selama 2 minit.
Keluarkan dan gaul rata hingga sebati. Kemudian microwavekan seminit lagi. Atau boleh
masak atas dapur seperti biasa. Masak inti jangan terlalu kering, biar lembap-lembap gitu.
Dah siap.
Nasi Kerabu
Salam sembilan ramadhan semua. Post hari ini akak masukkan entry yang semalam ye.
Tak berapa sihat, lemah je rasanya. Buat kerjapun slow motion le sikit. Sebenarnya resepi
Nasi Kerabu ni akak dah masukkan bulan June yang lalu, tapi akak masukkan lagi. Kalau
yang dulu makan dengan Ayam goreng berempah, tapi kali ni akak lawankan dengan Spicy chicken.
Resepi spicy chicken boleh semak di entry bulan May ye. Selamat berbuka semua..... : ))
Layankan n3 ulang tayang akak ni...
Bahan-bahan :
Untuk nasi :
3 pot beras
1 sb. garam
sedikit pewarna biru ( kuning kalau suka )
air secukupnya
Untuk kuah tumis :
4 sb.cili mesin
1 tin santan
sebiji bawang besar }
3 ulas bawang putih }
1 in halia } di kisar
2 batang serai }
1/2 sb. serbuk kunyit
2 asam keping
2 sb. garam , 3 sb. gula
sedikit air, sedikit minyak untuk menumis
Untuk serunding ikan dan kelapa :
2 tin ikan tuna ( guna tuna chunk )
sebiji bawang besar }
1 in halia } kisar kering
1 batang serai }
1 caw. fine desicated coconut
2 asam keping
1 sb. serbuk lada hitam
1 1/2 sb. garam , 2 sb. brown sugar
sedikit minyak
Untuk sambal budu :
budu secukupnya
3 biji cili merah }
3 biji cili hijau } di potong halus
6 biji cili padi }
3 sb. gula
sebiji bawang besar
lemon juice secukupnya
Salad / Ulam ( terpulang ):
sebiji timun
sebatang karot
1/2 iceberg lettuce
Keropok : goreng keropok ikan saya guna papadom
Spicy Chicken
10 ketul ayam
1/2 cawan gram flour
2 sb. tepung jagung
1/2 sb.dried crushed cili
1/2 sb. garlic powder
1/2 sb. ginger powder
1 sb. bawang blend
1/2 st. serbuk kunyit
sedikit black pepper dan jintan manis
sedikit clove dan cinnamon powder
sedikit garam
1 sb. ketumbar biji diketuk kasar
Cara2 :
1. Masak nasi seperti biasa hanya tambah sedikit pewarna biru dan garam.
2. Masak kuah tumis. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang di kisar hingga
sedikit garing. Masukkan santan, cili mesin, serbuk kunyit, asam keping, garam
dan gula serta sedikit air. Masak hingga mendidih dan terbit minyak.
3. Masak serunding ikan dan kelapa. Goreng desicated coconut hingga perang dan
ketepikan. Panaskan sedikit minyak tumis bahan yang di kisar hingga sedikit garing
dan masukkan ikan tuna dan asam keping. Goreng sebentar dan masukkan kelapa
yang telah di sangai tadi. Masak sebentar lagi, perasakan dengan garam, brown sugar
dan lada hitam.
4. Buat sambal budu. Potong semua cili dan bawang besar kemudian masukkan budu,
juice lemon dan gula secukupnya.
5. Salad dan ulam di bersihkan dan di potong nipis.
6. Goreng keropok/ papadom dan toskan minyaknya.
7. Spicy chicken. Bersihkan ayam dan gaul dengan semua rempah serta
garam. Perapkan sekejap. Kemudian goreng dalam deep fryer sehingga masak.
8. Sendukkan nasi kedalam pinggan dan makan bersama Spicy chicken,serunding ikan,
salad/ulam, papadom, kuah tumis dan sambal budu. Selamat mencuba.

Kuih Ketayap
Bahan-bahan :
Untuk kulit :
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 cawan susu segar
1/2 sb garam
pewarna hijau
Untuk inti :
2 cawan desicated coconut
1/2 cawan dark brown sugar
2 sb gula
secubit garam
sehelai daun pandan
3/4 cawan air panas (sekadar untuk melembabkan kelapa)
Cara-cara :
1. Buat inti : Masukkan semua bahan untuk inti kedalam bekas plastik
yang tahan panas dan microwavekan selama 2 minit. Keluarkan dan
gaul rata. Kalau belum okay masukkan sekejap lagi ke dalam microwave.
Kalau nak masak atas dapur macam biasa pun boleh. Pastikan inti masak
lembab-lembab gitu, jangan terlalu kering.
2. Untuk kulit : Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar, kacau guna
balloon whisk. Kalau rasa ada tepung yang bergentel boleh tapis ye. Kalau
rasa nak blender bahan terus pun boleh jugak.
3. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak, ambil sesenduk adunan tuang kedalam
kuali dan mula melenggang. Ambil tutup periuk tutup sekejap. Bila dah masak,
angkat dan letakkan atas pingan (tanda-tanda dah masak-tepi-tepinya terangkat).
Kemudian masukkan sesudu inti memanjang, lipat kedua-dua tepinya dan gulung.
Buat sampai habis adunan.
Nasi Dagang
Sebenarnya selain dari Nasi Kerabu, akak suka makan Nasi dagang juga. Dulu zaman akak
masih kerja, pernah minta resepi dari kawan sepejabat asal orang Terengganu, tapi senyap saja...
Sedih jugak sebab masa tu tengah mengandungkan anak pertama. Maklumlah masa tu belum
pandai masak-masak berbagai ni.
Walaucamana pun akak usahakan jugak nak belajar masak Nasi Dagang ni. Layanlah entry
Nasi Dagang versi kak Ros ni. Maklumlah duduk di perantauan serba kekurangan. Apa yang ada
semuanya di manafaatkan. Janji sedap dan rasa asalnya tak lari. Jom semak... nasi dagang makan
dengan gulai ikan dan acar timun.
Bahan-bahan : untuk Nasi Dagang
1 mug beras pulut
1 1/2 mug beras basmathi
1/4 biji bawang besar didadu
sedikit halia di hiris halus
1/2 sb halba
1 tin santan + air jadikan 2 1/2 mug santan
lebihkan 1/2 cawan air lagi
1sb garam
1sb gula
Cara masak Nasi Dagang :
Campurkan kedua-dua beras, bersihkan dalam rice cooker. Masukkan santan + air, halba,
bawang dan halia serta garam dan gula. On kan rice cooker dan masak seperti nasi biasa.
Bila dah masak balik-balikkan nasi dagang dan bolehlah off kan rice cooker.
Bahan-bahan : untuk Gulai Ikan Nasi Dagang
1/2 biji bawang besar }
sedikit halia } di kisar
sedikit lengkuas }
2 sb serbuk cili Baba's
3 sb rempah kurma Adabi
1 sb rempah kari Adabi
2 asam keping
susu segar secukupnya untuk kuah
1 tin Jack Mackerel in tomato sauce
1 sb garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara masak Gulai Ikan Nasi Dagang :
Kisar bawang, halia dan lengkuas. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan
bahan kisar tadi. Kemudian masukkan serbuk cili, rempah kurma dan rempah kari.
Tumis hingga terbit minyak, masukkan asam keping dan susu segar secukupnya untuk kuah.
Masukkan garam dan ikan mackerel bersama sosnya sekali. Ikan ni besarnya lebih kurang
macam ikan tongkol juga. Bezanya tak payah di rebus dahulu dengan asam keping seperti
ikan tongkol ye. Biarkan mendidih sekali lagi, kemudian bolehlah di tutupkan api.
Bahan-bahan : untuk Acar Timun
1/2 batang timun (di potong halus)
1 batang karot (di sagat)
1/4 biji bawang besar (di hiris nipis)
1 biji cili merah (di hiris halus)
2 sb cuka
1 1/2 sb gula
1 sb garam
Cara buat Acar Timun :
Potong timun halus memanjang, karot di sagat, bawang besar di hiris nipis dan
cili merah di potong halus. Kemudian gaulkan dengan cuka, gula dan garam.
Semuanya dah siap, tunggu masa untuk berbuka saja.

Sunday, 7 August 2011
Kuih Cara Manis
Bahan2 :
2 cawan tepung gandum
3 cawan susu segar
sebiji telur
1/2 st garam
pewarna hijau (guna pewarna kuning +biru)
minyak untuk sapu acuan
gula untuk inti
Cara2 :
1. Campur tepung gandum, susu segar, telur dan garam. Guna balloon whisk kacau
adunan hingga sebati.
2. Masukkan pewarna hijau. Kalau ada daun pandan segar boleh guna jusnya ye.
Kacau lagi hingga sebati, rehatkan sebentar.
3. Panaskan acuan atas dapur, sapukan minyak. Kemudian sendukkan adunan kedalam
acuan. Letak < 1/2 sudu teh gula kedalam nya. Tutup dengan tutup periuk sebentar.
Bila masak bolehlah di angkat. Kalau tak ada acuan kuih ini boleh guna acuan muffin
lebihkan sikit gula dan bakar dalam oven ye.
Nasi Lemak
Bahan2 :
3 pot beras basmathi
1/2 biji bawang besar di dadu
halia di hiris
kulit kayu manis
sejemput lada hitam biji
sehelai daun pandan
setin santan + air (jadikan 4 pot)
garam secukup rasa
Cara2 :
1. Basuhkan beras, masukkan santan, air, garam dan semua bahan lain.
Kemudian on kan rice cooker, masak seperti biasa.
2. Nasi lemak kali ini makan dengan sambal, kacang buncis goreng, kurma ayam,
kentang goreng dan telur mata kerbau. Lauk sampingan ni ikut suka ye.
Pudding Trifle
Bahan-bahan guna yang beli siap di supermarket sebab boleh dapat dengan
murah kat sini. Tapi kalau balik Malaysia kena buat sendirilah nampaknya.
Bahan2 :
sebungkus swiss roll chocolate (kalau yg kecil guna 2 bungkus)
sekotak jelly perasa strawberry (apa -apa perasa pun boleh)
sekotak ready to use custard (boleh guna sos kastad buat sendiri)
setin fruit cocktail in syrup (boleh guna buah-buahan lain)
Cara2 :
1. Sediakan dua bekas plastik tahan panas seperti di atas atau apa-apa bekas
dessert yang anda suka. Ikut adunan di atas akan dapat dua bekas.
2. Potong swiss roll dan susun rata dalam bekas. Buat yang sama dengan bekas
satu lagi. Kemudian tuang sama banyak custard keatas swiss roll.
3. Sediakan agar-agar pula. Masukkan 2 cawan air panas kedalam bekas tahan panas.
Masukkan serbuk agar-agar, kacau hingga larut.
4. Tuang perlahan-lahan agar-agar, sama banyak kedalam dua bekas custard tadi.
Ambil buah-buahan koktail yang di asingkan sirupnya dan sudukan keatas agar-agar
tadi secepat mungkin kerana agar-agar instant ini cepat membeku.
5. Kemudian bolehlah disejukkan dahulu sebelum di hidang.
Saturday, 6 August 2011
Kurma Ayam
Bahan2 :
12 ketul ayam di bersihkan buang kulit
sebiji bawang besar }
2 ulas bawang putih } di kisar
3 biji cili hijau }
sedikit halia }
2 senduk rempah kurma adabi
susu segar secukupnya
2 biji kentang
sebatang karot
3 biji tomato yang di potong kecil
sedikit daun ketumbar
sedikit minyak untuk menumis
serbuk kunyit untuk goreng ayam
garam secukup rasa
Cara2 :
1. Ayam di bersihkan di gaul garam kunyit dan di goreng. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang di kisar hingga wangi.
Masukkan rempah kurma yang di bancuh dengan sedikit air.
3. Tumis hingga terbit minyak, masukkan susu segar secukupnya . Masukkan
juga kentang dan karot yang telah di potong bersama tomato.
4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng tadi, daun ketumbar yang
di potong halus dan garam secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat, bolehlah
di tutupkan api.
Spaghetti Hailam
Bahan2 :
sebungkus spaghetti (di rebus dan di toskan)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
air secukupnya untuk kuah
1/2 sb serbuk lada hitam kasar
2 sb sos tiram
10 sb kicap manis
kiub pati ayam
sedikit udang basah
5 biji telur
sebatang karot di potong
sedikit kobis di potong
5 sb cornflour di bancuh dengan air
1 sb garam
Cara2 :
1. Rebus Spaghetti hingga lembut >< 12 minit, angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak tumis bawang hingga wangi, masukkan air secukupnya
untuk kuah. Masukkan serbuk lada hitam, kiub pati ayam, sos tiram dan kicap manis.
Masukkan juga udang basah dan karot.
3. Bila kuah mendidih, sambil di kacau masukkan bancuhan tepung cornflour.
4. Kemudian masukkan telur yang di pecahkan sebiji sebiji ke dalam kuah. Jangan kacau
sampai telur sedikit keras di bahagian luar. Akhir sekali masukkan kobis dan garam
secukup rasa.
Bubur Kacang Hijau dengan Pulut Microwave
Bahan2 :
250g kacang hijau
1 tin santan
1 cawan susu segar
6 sb gula
2 sb dark brown sugar
1/2 st garam
sebatang lempok durian
sehelai daun pandan
Cara2 :
1. Basuh kacang hijau letak air secukupnya dan rebus sampai hempuk. Bila kacang dah
lembut masukkan santan, susu segar, gula, brown sugar dan garam serta daun pandan.
Jangan lupa masukkan juga lempuk durian yang di potong-potong kecil.
2. Bila dah mendidih dan cukup rasa manisnya bolehlah tutupkan api.
3. Masukkan sedikit pulut kedalam mangkuk dan sendukkan bubur kacang kedalamnya.
4. Bubur kacang hijau ini boleh di makan dengan biskut lemak dan roti selain dari pulut
seperti di atas. Resepi pulut microwave seperti di bawah.
Pulut Microwave
Bahan2 :
1 cawan beras pulut
1 cawan air panas
1 sb minyak masak
1/2 st garam
Cara2 :
1. Basuh beras pulut dalam bekas plastik yang tahan panas.
2. Masukkan air panas, minyak dan garam. Microwavekan 2 minit x 4.
Gaulkan pulut setiap 2 minit. Siap dah untuk di makan bersama bubur kacang.
Spaghetti Goreng Basah
Bahan2 :
sebungkus spaghetti (direbus dan ditos)
1/2 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih di cincang
2 sb cili mesn
1/2 sb serbuk lada hitam
4 sb sos tomato
2 sb sos tiram
sedikit isi ayam di potong kecil
sebatang karot di potong
sedikit air
sebiji buah tomato di potong
3 biji telur
Cara2 :
1. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, rebus spaghetti. Bila dah lembut ><12 min,
angkat dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili mesin.
3. Bila cili dah masak, masukkan isi ayam dan karot, masukkan juga sedikit air.
4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, sos tomato dan sos tiram.
5. Bila mendidih masukkan spaghetti dan kicap manis secukupnya.
6. Selepas itu masukkan buah tomato yang di potong. Buat lubang di tengah dan
masukkan telur. Balik-balikkan hingga telur masak bolehlah tutupkan api.
Jemput-jemput Daun Ketumbar dan Kuah Kacang segera.
Bahan2 :
5 cawan tepung gandum
sebiji bawang di dadu
sebatang karot di sagat
semangkuk kecil daun ketumbar yang di potong halus
sebiji telur
1/2 sb serbuk kunyit
1/2 sb serbuk lada hitam
1/2 sb paprika
1/2 sb serbuk jintan manis
2 cubit soda bikarbonat
1 sb garam
Cara2 :
1. Campurkan semua bahan kedalam sebuah mangkuk yang besar. Masukkan air
secukupnya dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Goreng jejemput daun ketumbar
hingga garing dan toskan. Hidangkan dengan kuah kacang segera. Resepi seperti di bawah.
Kuah Kacang Segera
Bahan2 :
>< 2 1/2 cawan ground peanut (beli yang dah siap di kisar)
1/2 biji bawang besar yang di dadu
1 batang serai potong nipis dan di cincang halus
2 hiris lengkuas di cincang halus
1 sb pes halia
1 sb serbuk bawang putih
1 sb serbuk paprika
1 sb serbuk cili
1/2 sb serbuk kunyit
1 st pes tamarind
2 sb minyak
4 sb gula
1 sb garam
Cara2 :
1. Goreng tanpa minyak kacang yang telah siap di kisar hingga warna keperangan. Masukkan
air secukupnya untuk kuah.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Masak hingga terbit minyak. Dah siap untuk
di cicah dengan jejemput daun ketumbar tadi.
3. Bawang besar, serai dan lengkuas boleh di kisar kalau suka ye.
Subscribe to:
Posts (Atom)