Salam sejahtera semua pengunjung blogger masakan.
Tengah minum petang ? Selamat menjamu selera, yang tengah cari idea boleh cuba yang ini
kalau suka. Boleh juga lihat di SINI.
Jejari Pastri Manis
Bahan-bahan :
2 bungkus shortcrust pastri
susu segar secukupnya untuk sapuan (nak guna evaporated milk pun boleh)
gula pasir secukupnya untuk taburan
Cara-cara :
Sebuku pastri dipotong empat, kemudian ambil satu bahagian dipotong nipis-nipis
dan susun dalam dulang pembakar.
Panaskan oven terlebih dahulu suhu 160 darjah atau ikut suhu kepanasan oven masing-masing.
Kemudian sapu susu segar diatas kepingan pastri yang dipotong tadi.
Taburkan gula dan bakar dalam oven selama 30 minit atau sehingga masak keperangan.
Simpan dalam bekas kedap udara.
Hidangkan semasa minum petang atau jadikan kudapan sambil menonton TV juga yang tengah
mengadap internet.
Showing posts with label pastri. Show all posts
Showing posts with label pastri. Show all posts
Tuesday, 22 January 2013
Sunday, 11 November 2012
Pastri Tomato dan Cheese
Salam ceria semua
Ada empat bungkus lagi pastri dalam peti sejuk tu, saja je kakros biarkan.
Bukan apa... tau- tau ajerlah timbangan dah naik angka nih, ishh seram.
Janganlah jarum tu beralih angka, kalau turun takpe kalau naik pengsan.....
Jeling punya jeling tak boleh tahan jugak, kan kakros dah cakap akak ni
kalau pastri- pastri ni tak tahannn.....
Layan jelah kerenah akak ni..... konon nak dietkan kan kan tapi mana boleh tahannn......
Bukan kakros saja tau.... Hilman pun sama, dia dok depan oven tu dok kata
cepatlah masak...cepatlah masak.... dah tak sabar- sabar apa tak nyer baunya saja
dah menggoda......
Bahan- bahan :
4 bungkus shortcrust pastri
1 botol tomato bolognese atau tomato lasagne pun boleh (saiz 500g)
1 pek mild cheddar cheese (340g)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara- cara :
Sagat cheddar cheese dan ketepikan.
Dalam botol tomato masukkan 2sb gula dan 1sk garam gaulkan.
Buka gulungan pastri kemudian sapu tomato atas permukaan pastri.
Taburkan cheese, kemudian gulungkan perlahan-lahan.
Potong setiap gulungan kepada 6 bahagian, kalau guna 4 bungkus pastri
macam akak boleh dapat 24 keping.
Susun terlentang diatas loyang pembakar yang dilapik dengan aluminium foil.
Kemudian taburkan lebihan cheddar cheese keatas pastri.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 45 minit
atau sehingga masak suhu 165 darjah.
Selamat mencuba, pastri yang senang dan mudah.

Monday, 13 August 2012
Pastri Kentang
Kalau tanya dengan kakros yang mana akak suka antara shortcrust dengan
puff pastri. Kakros lebih suka shortcrust pastri walaupun kedua- duanya
boleh digunakan untuk benda yang sama untuk sweet dan savoury pastri
contohnya seperti pie dan tart.
Kenapa ek kakros cakap macam tu ?
Sebab bila dibakar shortcrust pastri tetap sama hanya mengembang sikit
tapi teksture dia gebu, tapi puff pastri bila dibakar naik cantik tapi bila makan
banyak minyak sebab ia dibuat berlapis-lapis dengan butter.
Itu pendapat kakros tak tahu lah dengan pendapat korang.
Pastri Kentang
Bahan-bahan :
buat inti dulu : sama macam buat inti karipap
5 biji kentang didadu
1/2 labu bawang
1/2 sudu besar pes bawang putih
2 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu besar lada hitam
segenggam ikan bilis ditumbuk
garam dan gula
telur untuk sapuan
Tumis bawang dan bawang putih kemudian masukkan kentang yang dipotong dadu.
Masukkan rempah kari, lada hitam dan ikan bilis.
Masukkan sedikit air supaya kentang lembut, perasakan dengan garam dan gula.
Masak hingga kering air.
Shortcrust pastri dipotong lapan kemudian gelekkan leper, letak inti kemudian
lipat dua samada bentuk tiga segi atau empat segi.
Tekan tepinya dengan garfu, sapu telur diatas pastri kemudian bakar dalam
ketuhar suhu 160 darjah sehingga masak.

Wednesday, 25 July 2012
Jejari Pastri Manis
Bahan-bahan :
2 bungkus shortcrust pastri
susu evaporated secukupnya
gula caster secukupnya
dark brown sugar secukupnya
sedikit chopped mix nuts
Cara-cara :
Potong pastri jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
Susun atas tray atau dulang yang berlapik aluminium foil.
Kemudian sapu susu diatas pastri dan tabur gula secukupnya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
160 darjah selama 30 minit atau sehingga masak.
Selain gula caster boleh juga ditabur dengan brown sugar yang
digaul dengan kekacang.
Sunday, 18 September 2011
Tuna Roll
Bahan-bahan :
2 bungkus shortcrust pastri (dapat 32 keping)
2 tin tuna flake
1 tin kacang peas
1/2 biji bawang besar
1/2 sb serbuk bawang putih
1/2 sb serbuk lada hitam
1/2 sb garam
1 sb penuh tepung cornflour (bancuh dengan air)~tak nak letakpun takpe
1 biji cili merah di potong kecil
sebiji telur + pewarna kuning
Cara-cara :
1. Ambil sekeping pastri di potong dua. Kemudian sebelah pastri di gelek (gelek perlahan
supaya kekal bentuknya empat segi tepat) dan di potong 8.
2. Ambil sekeping kecil pastri yang di potong tadi gelekkan lagi, masukkan inti dan di gulung
kemas. Buat sampai habis, susun atas dulang pembakar kemudian sapukan telur.
3. Ambil gunting kecil dan gunting (menyenget) sedikit di atasnya. Kemudian masukkan
kedalam oven yang di panaskan terlebih dahulu suhu 160 darjah 30-35 minit atau sehingga
masak mengikut suhu kepanasan oven masing-masing.
Pastri Manis Peach
Bahan-bahan :
sebungkus shortcrust pastri (dapat 16 keping)
2 tin peach slices in syrup
telur + pewarna kuning (untuk sapuan)
Cara-cara :
1. Pastri di potong dua, kemudian sebelah pastri di gelek dan di potong 8. Ambil sekeping kecil
pastri tadi kemaskan tepinya, tekan dengan garfu sekelilingnya. Susun atas dulang pembakar.
2. Susun buah peach yang telah di asingkan sirapnya di tengah-tengah buat sampai habis. Panaskan
oven 160 darjah. Bakar sekejap hingga sirapnya kering sedikit, keluarkan dari oven barulah
disapukan telur rata-rata.
3. Masukkan semula kedalam oven, masak hingga warna keperangan lebih kurang 20 minit.
Agak-agak dah masak bolehlah keluarkan.
Tuesday, 23 August 2011
Pastri Sumbat (pastri sosej dan kentang)
Sumbat dengan apa ek ? eh... bukan sumbat tapi ada inti. Kali ni dengan filling sosej
dan kentang. Jangan jemu ye, kengkawan mesti kata akak ni asyik-asyik pastri. Nak buat
camana ye bila husband akak jumpa pastri harga turun, terus di borongnya sampai lima bungkus.
Nak ngabiskan buatlah pastri bakar, cuma intinya aje yang lain-lain. Jom layan....
Bahan-bahan :
2 bungkus pastri
telur letak pewarna kuning untuk sapuan
3 biji kentang di dadu
sebungkus sosej ayam potong nipis
1/2 biji bawang besar di dadu
sedikit bawang putih
sedikit pes halia
3 sb serbuk kari
1 st serbuk lada hitam
1 sb garam dan 1 sb gula
Cara-cara masak inti :
1. Panaskan sedikit minyak, goreng sosej yang di potong nipis-nipis. Bila dah masak angkat.
2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang dan halia. Kemudian masukkan kentang yang di dadu,
serbuk kari, serbuk lada hitam, garam dan gula.
3. Masak hingga kentang lembut, barulah masukkan sosej tadi. Boleh tambah sedikit air supaya
kentang lembut. Bila dah kering boleh padamkan api.
4. Ambil sekeping pastri, potong empat gelek leper, masukkan inti dan gulung. Kelar-kelar atasnya
dan sapu telur. Kemudian bakar dalam oven selama 30 minit. Inti ini memang kena dengan pastri
selain pastri yang di letak sebatang sosej begitu saja. Cuba jangan tak cuba.

Friday, 5 August 2011
Pastri Inti Tuna dan Inti Kentang
Bahan2 :
2 bungkus pastri
sebiji telur (untuk sapuan)
Inti tuna : 1 tin tuna in brine (guna isi sahaja)
1/2 biji bawang besar (di dadu)
sedikit lada hitam
sedikit garam
sedikit jus lemon
Gaul semua bahan hingga sebati.
Inti kentang : 4 biji kentang yang kecil (di dadu)
1/2 biji bawang besar
1/2 sb. serbuk bawang putih
1 sb. rempah kari Adabi
1/4 sb. serbuk lada hitam kasar
1 sb. dried parsley
sejemput ikan bilis halus (di rendam)
garam dan gula secukup rasa
Cara2:
1. Tumis bawang hingga wangi, masukkan ikan bilis, kentang, serbuk bawang putih, serbuk kari
dan lada hitam. Balik-balikkan kemudian masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan
kentang.
2. Masak hingga kentang lembut, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan
parsley kering. Masakkan sebentar lagi hingga kering sedikit, bolehlah ditutupkan api.
3. Ambil sekeping pastry dan potong kepada lapan. Letakkan inti di tengah dan lapiskan dengan
sekeping lagi pastry. Tekan dengan garfu di sekelilingnya, kemudian sapu dengan telur.
4. Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu suhu 160 darjah selama 25-30 minit
atau sehingga masak.
Monday, 30 May 2011
Tuna pastry
Bahan2 : ( dapat 12 keping )
2 bungkus Jus~Rol shortcrust pastry
3 tin tuna flakes
1 1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
lemon juice dan black pepper
sedikit garam dan gula
1biji telur utk. disapu
Cara2 :
1. Buat filling tuna dahulu : sejatkan air dari tin tuna dan masukkan isi tuna kedalam sebuah bekas.
Hiris bawang dan cili merah nipis-nipis campurkan ke dalam bekas berisi tuna tadi. Kemudian
masukkan lemon juice sedikit garam, gula dan black pepper.
2. Ambil satu bungkus pastry dipotong enam. Tabur tepung diatas plastik letakkan sekeping
pastry, agak-agak besar mana nak buat ye, kemudian gelekkan dengan rolling pin. Jangan terlampau
nipis. Masukkan filling tuna dilipat dua dan di tekan dengan garfu sekelilingnya. Susun di atas
loyang pembakar yang di sapu sedikit mentega. Cucuk sedikit dengan garfu di atas pastry. Sapu
pastry yang telah siap dengan telur, kemudian di bakar di dalam oven 160 darjah selama 40 minit
hingga masak. Tuna pastry ini boleh juga di buat dalam bentuk tigasegi.
Subscribe to:
Posts (Atom)