Showing posts with label kentang. Show all posts
Showing posts with label kentang. Show all posts

Tuesday, 15 May 2012

Mee Hoon Goreng dan Baked Potatoes dalam Microwave

Selamat pagi semua, entry biasa-biasa jer untuk sarapan pagi tadi.
Terima kasih semua yang sudi singgah ke mari...


Mee Hoon Goreng
Bahan-bahan :

sebungkus meehoon di rendam
1 biji bawang besar di dadu
1 sudu besar pes bawang putih
sejemput udang kering  }
sejemput ikan bilis       }  di rendam air panas
sebiji kentang di potong dadu
4 batang sosej ayam di potong
2 sudu besar cili kisar

secawan lebih air panas
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 sudu besar sos tiram
1 1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula

sebatang karot
semangkuk kobis
sebiji cili merah, daun bawang

Cara-cara menyediakan nya :

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang, bawang putih hingga wangi, masukkan
cili kisar, udang kering dan ikan bilis yang di rendam serta sosej yang telah di potong.
Masukkan kentang yang di dadu juga, goreng hingga sosej dan kentang masak.
Kemudian masukkan secawan lebih air panas, sos tomato, kicap manis, sos tiram, garam dan gula.
Biarkan mendidih sebentar masukkan karot dan kobis serta mee hoon yang di rendam tadi.
Balik-balikkan hingga bergaul rata dan mee hoon masak lembut.
Taburkan cili merah dan daun bawang.






Baked Potatoes dalam Microwave
Bahan-bahan :

4 biji kentang
6 batang sosej ayam di potong
1 tin baked beans
< 1/2 sudu teh garam

Cara menyediakan nya :

Kulit kentang di bersihkan kemudian di potong silang di atas nya jangan putus.
Kalau nak cucuk kentang guna garfu saja pun boleh.
Bungkus kentang satu satu dalam plastik cling wrap, letak keatas pinggan dan
masakkan dalam microwave selama 8 minit.
Lama masa memasak bergantung kepada besar nya kentang yang di gunakan.
Bila sudah masak jangan terus keluarkan kentang, biarkan kentang di dalam microwave
beberapa minit lagi. (proses stim masih berlaku)

Sosej ayam di potong dan di goreng sebentar hingga masak dan toskan.
Tuang baked beans atau kacang panggang ke dalam mangkuk, letak sedikit garam
dan masak dalam microwave selama 30 saat.

Bila hendak makan keluarkan kentang yang sudah masak tadi dari plastik wrap
letak dalam mangkuk yang hendak di gunakan dan tekan sedikit bahagian atas nya.
Hati-hati kerana masih panas, kemudian tekan bahagian bawah kentang menggunakan
kedua-dua tangan supaya terbuka bahagian atas yang di potong silang di awal tadi.
Kemudian sudukan kacang panggang ke atas nya dan taburkan sosej yang telah
di goreng.

Bake Potatoes ini boleh di makan dengan berbagai-bagai topping seperti mayonais
dan tuna, scrambble eggs dan cheese, mince chicken yang di goreng dengan bawang.
Yang ini semua contoh, anda boleh makan dengan apa saja yang anda rasa suka.. okeh...


Saturday, 24 December 2011

Ayam Bakar, Black Paper Sauce, Coleslaw dan Mashed Potato



Bahan untuk ayam bakar :

15 ketul ayam di bersihkan
rempah lamb seasonning (nak guna rempah seasonning yg lain pun boleh)
1 sudu besar serbuk bawang putih
2 sudu besar minyak

Gaul rata ayam dengan rempah lamb seasonning, serbuk bawang putih dan minyak.
Perapkan ayam sekejap. Kemudian bakar dalam oven hingga masak.

Bahan untuk black paper sauce :

1/2 biji bawang besar di dadu
1/2 sudu besar serbuk bawang putih
sedikit kicap manis
serbuk lada hitam kasar
3 sudu besar tepung jagung (di bancuh dengan air)
2 cawan air
1/2 cawan susu segar
kiub pati ayam
garam dan gula

Tumiskan bawang yang di dadu masukkan air biarkan mendidih. Kemudian
masukkan semua bahan lain masak hingga pekat Adjust rasanya tambah yang mana patut.

Bahan untuk coleslaw :

1/4 kobis
1 batang karot
1/4 biji bawang besar
mayonis secukup nya
garam dan serbuk lada hitam
sedikit gula

Rincik kobis dan karot halus-halus begitu juga dengan bawang besar kemudian
gaul dengan mayonis. Letak sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam gaul rata.

Bahan untuk mashed potato :

4 biji kentang di rebus dan di lecek
2 cawan susu segar }+kan keduanya dan panaskan dalam
2 sudu besar butter }  microwave hingga butter cair
sedikit garam dan serbuk lada hitam

Rebus kentang hingga lembut toskan air kemudian lecek hingga halus. Campur
susu segar dan butter panaskan dalam microwave hingga butter cair. Tuang kedalam
kentang yang di lecek tadi letak sedikit garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.

Tuesday, 23 August 2011

Ayam KFC.. Coleslaw dan Kentang Wedges


Bahan-bahan :

10 ketul ayam
1/2 biji bawang besar  }
2 ulas bawang putih    } di kisar
sedikit halia                 }
1sb serbuk jintan manis
1/2 sb serbuk jintan putih
1/2 sb serbuk ketumbar
garam secukup rasa
4 sb tepung gandum

Cara-cara  :
Bersihkan ayam dan gaul dengan bahan kisar dan bahan-bahan lain. Ketepikan
sebentar. Sediakan coleslaw dan kentang wedges dahulu kemudian baru gorengkan ayam.

Bahan untuk Coleslaw :
sebatang karot
1/4 biji kobis
1/4 biji bawang besar
secubit garam dan gula
sedikit lada hitam
mayonis secukupnya

Cara-cara :
Potong karot, bawang dan kobis halus-halus, kemudian gaul dengan mayonis secukupnya.
Tambah sedikit garam, gula dan lada hitam.

Bahan untuk Kentang wedges :
6 biji kentang  (potong baji)
serbuk bawang putih
serbuk paprika
serbuk lada hitam
garam

Cara-cara :
Potong baji kentang dan gaul dengan semua bahan kemudian di goreng.
Selepas goreng kentang bolehlah goreng ayam yang di perap tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...