Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts
Thursday, 13 December 2012
Kurma Telur
Bahan-bahan :
6 biji telur direbus
1 bungkus 25g rempah kurma Baba's
2 biji kentang
2 biji bawang besar dikisar
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
1 asam keping
1 cili merah
10 biji tomato ceri
1 cawan santan
1 cawan air
garam secukup rasa
Cara-cara :
Telur yang direbus dikopek kulitnya.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar yang dikisar tadi.
Masukkan pes bawang putih dan halia.
Kemudian masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Biarkan rempah masak hingga terbit minyak, masukkan kentang dan sedikit air.
Biarkan kentang masak hempuk, masukkan asam keping.
Terus masukkan santan, telur, tomato dan cili merah.
Masukkan garam secukup rasa, biarkan mendidih sekejap dah boleh padamkan api.
*Kalau ada yang nak masukkan rempah 4 sekawan boleh juga, tapi akak tak masukkan
sebab kakros masak sikit saja, lagipun telur bukanlah makanan yang berat yang perlukan
rempah banyak-banyak sebab dalam peket rempah kurma tu pun dah memang ada bahan
rempah tersebut.
Wednesday, 24 October 2012
Frittata Kacang Merah
Bahan- bahan :
6 biji telur
sedikit susu segar
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar
1 tin kacang merah
sedikit olive oil (minyak zaitun)
Cara-cara :
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan sedikit
susu segar, garam dan lada hitam secukup rasa.
Pukul sedikit dengan garfu dan ketepikan.
Dalam kuali leper atau non-stick pan, tumiskan bawang besar hingga
kuning kemudian masukkan kacang merah yang telah disejat airnya.
Balik-balikkan kacang merah dan bawang sebentar kemudian tuangkan
bancuhan telur tadi.
Bila permukaan bawah telur sudah perang, letakkan pan tadi dibawah grill
sebentar untuk mendapatkan permukaan atas yang perang juga.
Sudah masak bolehlah lungsurkan telur tadi keatas pinggan.
*Kalau tiada grill bolehlah terbalikkan telur keatas pinggan dan lungsurkan
semula kedalam pan, teruskan masak hingga permukaan sebelah perang juga.
Sunday, 22 April 2012
Sambal Telur
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, di harap semuanya berada dalam
keadaan yang sihat di samping keluarga tersayang. Yang tak berapa sihat tu...
cepat-cepat makan ubat ye.
Hari ni kakros tak nak cerita panjang lah sebab lepas ni kak ros ada kerja lain nak buat.
Kakros masak Sambal Telur dan Botok-Botok... tapi malulah sebab tak sempat nak posing
dalam pinggan. Tak pe lah ye...posing dalam kuali jer Sambal Telur tu.... Ingat nak posing
lepas orang balik tapi dah tinggal sebutir jer.
Sambal Telur
Bahan-bahan :
10 butir telur ayam (di rebus kopek kulit di kelar dan di goreng sebentar hingga kekuningan)
2 biji bawang besar di dadu
2 ulas bawang putih
3 senduk cili kisar
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara menyediakan nya :
Telur ayam di rebus kemudian di kopek kulit di kelar dan di goreng sebentar hingga
kuning sedikit bahagian luar telur putih.
Guna minyak lebihan telur yang di goreng tadi, tumiskan bawang yang di dadu dan
bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
Kemudian masukkan cili kisar, belacan dan air asam jawa.
Tumis hingga cili masak dan terbit minyak, kalau nak cepat cili garing masukkan sekali
gula semasa menumis cili.
Gula membantu mempercepatkan proses caramelisation, cili kisar akan bertukar warna
sedikit gelap dan sambal akan terbit minyak.
Selepas itu bolehlah masukkan telur yang telah di goreng tadi, balik-balik sebentar
lagi, rasa cukup masam masin dan manis dah pun boleh tutupkan api.

Thursday, 9 February 2012
Telur Dadar Kacang Buncis
Bahan-bahan :
3 biji telur
sedikit lada hitam
sedikit susu segar
secubit garam
semangkuk kecil kacang buncis
sejemput udang basah
1/2 biji bawang besar
sedikit garam dan gula
Bahan-bahan :
Telur di pukul dengan sedikit lada hitam, sedikit susu segar dan secubit garam.
Dalam kuali leper tumiskan bawang hingga wangi masukkan udang.
Bila udang masak masukkan kacang buncis yang di potong serong.
Perasakan dengan garam dan gula.
Bila kacang buncis dah masak rata-ratakan dalam kuali dan tuang telur yang
di pukul tadi, masak dengan api perlahan.
Tutup kuali dengan penutup periuk hingga telur dadar masak.
Padamkan api dan terbalikkan atas pinggan.
Subscribe to:
Posts (Atom)