Ziemar@Bangsar...Tks
Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK. Papar semua catatan
Ahad, Oktober 14, 2012
Ahad, Jun 03, 2012
Marble Cheese Brownies,Kek Velvet Hawflakes,CP-Azlina

Order dari Azlina from Cheras...marble cheese brownies,kek velvet hawflakes dan creampuff...Tq Azlina...
Ahad, April 22, 2012
Jumaat, Oktober 28, 2011
Ahad, Oktober 16, 2011
Kek Cheese Bersalji @ Snow Cheese Cake

ASSALAMUALAIKUM..Dah lama mencari resepi kek popular ni...masa google kat internet...terjumpa resepi kek yang sedap ni...banyak resepi yang hampir sama,tapi nama yang berlainan...ada yang sebut kek keju cheddar...ada yang sebut snow cheese cake atau sweetie cheese cake...apa2 aje lah kan...janji menepati citarasa...nak buat pun senang dengan rasa kek yang sangat gebu dan ada rasa lemak2 parutan keju cheddar...tapi parutan keju ni tak cukup halus,sebab pemarut yg ini aje yang ada...kalau lagi halus parutan keju,lagi cantik macam snow.Masa sesi merasa kek ni ada komen yang memberangsangkan...alhamdulillah...akan ada lagi ulang tayang kek ni.Tima kasih pada penyumbang resepi yang mebeles ni.

Kek Cheese Bersalji
Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
- 100 gram gula halus
- 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
- 60 gram tepung jagung (maizena)
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder- tak letak
- 2 sudu makan ovelet
- 75 gram mentega (dicairkan)
- UNTUK KRIM
- 1 kotak cream cheese philadelphia
- 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
- UTK TOPPING
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Isnin, Oktober 03, 2011
Kek Lapis Bumi



KEK LAPIS BUMI
Sumber: Dzana@Inspirasiku
(Sumber : HaSue: I Love My Life)
Sumber: Kzai@Teratakimpian
Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa) akak guna loyang bulat 7 " x 7 "
- 220g Mentega - akak guna butter SCS
- 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis
- 110g /1 Gelas tepung gandum
- 5 Biji telur
- 150g seri kaya
- 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini
- 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas) - akak guna 1 1/2 sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuh dgn 1 sudu besar air panas)
- 1/2 penutup botol esen vanilla
- Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya

- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
- Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
- Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
- Masukkan tepung dan diadun sekata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
- Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
- Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair.
- Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
- Sejukkan kek sebelum dipotong.

Ahad, September 18, 2011
Chilled Peach Cheese Cake



Chilled Peach Cheese Cake
Sumber: Resepicitarasawan
Bahan Base
250gm digestive biskut - akak guna biskut oreo
100gm mentega cair
Adunan Krim Keju
250gm krim keju
90gm gula kastor
1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu
100ml sirap peach
1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur)
50ml air
1 sudu besar jus lemon
200ml anchor whip cream
Loyang 8" (Loose Base Tin)

1. Base : Kisar biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke dasar loyang. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang. Kemudian panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut. Angkat dan masukkan sirap buah peach, kacau rata. Ketepikan.
3. Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon. Ketepikan.
4. Pukul krim cheese dan gula hingga rata. Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul. Masukkan whip cream, kaup balikkan hingga sebati.
5. Atur buah peach yang di dadu ke atas base, kemudian tuangkan krim cheese, ratakan. Sebagai hiasan atur hirisan buah peach di atasnya. Simpan selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
6. Keluarkan dari peti sejuk, tuang lapisan jeli ke atasnya (jika suka) dan biarkan hingga jeli beku.
Lapisan Jeli
2 sudu besar Jeli segera
2 sudu besar gula
250ml air
Masukkan air, jeli segera dan gula, kacau rata dan didihkan. Biarkan suam sedikit baru di tuang ke atas cheese cake.
***Bolih juga guna agar-agar serbuk atau konyaku jeli,tapi ikut sukatan air pada peket nya.
Isnin, Julai 25, 2011
Kek Lapis Kastad Pandan

Sebenarnya dah bertahun simpan resepi dr sifu ni...masa demo je tengok,pastu tutup kitab...baru hari ni buka kitab semula..sedap layan kek ni bila keluar dr petiais...sejuk je masuk tekak..sib baik bahan2 ada lagi dlm gobok dan belum expired lagi...kita hias lah sikit bagi ceria dan berseri kek kita ni...sedap sikit mata memandang dan untuk mengecurkan selera...jom tengok resepi...

Sumber: Chef Noraini
Sumber: Kzai@Teratakimpian
Bahan-bahan:
1 biji kek span pandan berukuran 8 inci
(A)
180 gm gula kastor
500 ml air pandan- akak guna pandan paste + air
1 sudu makan serbuk agar-agar segera (instant jelly) - guna 10 gm dlm peket
(B)
400 ml santan pekat - guna 200 gm santan kotak + 200 ml air (kacau sebati)
85 gm tepung Hoen Kwee hijau/putih
1 atau 1/2 sudu teh pewarna hijau epal
Secubit garam
Untuk hiasan: 1 cawan kelapa kering

1. Kek span dihiris kepada 2 bahagian.Ketepikan.
2. Untuk membuat kastad pandan,campurkan semua bahan (A) dalam periuk.masak atas api sederhanan hingga mendidih.kacau hingga gula hancur.
3. Satukan bahan (B) dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.Kacau hingga gula hancur.
4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.Angkat dari api dan sejukkan sebentar.
5. Sediakan acuan bulat berukuran 8 inci jenis loose tin atau springform tin.
6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan.Tuangkan 1/3 adunan kastad pandan keatasnya hingga menutupi lubang di sekeliling nya.
7. Letakkan lapisan kedua dan tuangkan lagi kastad pandan.
8. Hentakkan acuan tig akali diatas meja agar kastad padat dibahagian bawah nya.Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek yang telah sejuk daripada acuan.
10. Salut dengan kelapa kering.Hiaskan mengikut citarasa anda.

Sabtu, Julai 23, 2011
Kek Velvet Hawflakes & Victoria Sandwich Cake....

Salam...kisah kontravesi mungkin dah berakhir disitu...tima kasih pd kawan2 yg memberi pandangan berkongsi masaalah...sebab bila buka profile si pencilok dah takde resepi disitu...macam dah didelete...bila buka semula profile dia..dah ditulis tiada resepi.Semua senarai resepi di profile dia dah kosong...mungkin dia pun dah tahu kot..yelah semua senarai resepi disitu hasilan dicuri drp blog orang lain..AlongRoz pun dh perasan resepi disitu dah kosong kan Along!!!!...harap semua akan berakhir lah kan...supaya org lain tak hadapi tekaanan perasaan lagi dan menambah dosa...

Ahad, Julai 10, 2011
"MU" Fan Birthday Cake...Tempahan Lagi...

Label:
Birthday Cake,
Football Theme,
KEK,
KEK DEKO,
Tempahan
Sabtu, Julai 02, 2011
Carrot Oat Cake


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering- Akak guna oats
1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
- Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
- Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
- UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Sabtu, Jun 25, 2011
Kek Pisang Lembap


Kek Pisang Lembap
Sumber: CMG
Sumber: Kzai@Teratakimpian
BAHAN-NAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus (*akak guna gula perang)
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
- Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
- Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
- Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....
Langgan:
Catatan (Atom)