Choc Indulgence cake dan apam polka dots 200 biji order dr Sharila from Au4 lembah keramat..sempena hari jadi suami dan majlis kesyukuran...Thanks Sha...
Memaparkan catatan dengan label KUIH MUIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH MUIH. Papar semua catatan
Sabtu, Disember 10, 2011
Jumaat, November 11, 2011
Cucur Nasi Jejari Ketam


Bahan-Bahan
- 2 cwn nasi
- 2 cwn air
- 1 biji bwg besar
- 2 biji bwg putih
- 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan
- 2 1/2 cwn tepung gandum
- 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2
- 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
- Daun sup/bawang (di hiris halus)
- sedikit garam
- Minyak untuk mengoreng
- Blend nasi bersama air, masukkan sekali udng kering, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
- Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
- Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan crabstick dan gaul hingga sebati.
- Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
- Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.
Jumaat, Oktober 21, 2011
Kuih Bakar Pandan Berbijan

Hari ini akak terpanggil nak membakar kuih ni bila ternampak di rumah Nieza difinland menayangkan kuih bakar ni dua hari lepas...pastu rumah Naz pulak menayangkan waktu petang masa hujan turun mencurah2...waktu ni memang teringin sangat nak makan kuih bakar yang di buat sendiri dengan rasa lemak2 manis ni...tima kasih pada semua penyumbang resepi dan akak share disini pula.
Resepi asal: joayee myresipi.com
Copy: Yani @ Decochoco & Nieza @ Our Journey Begins
Bahan-bahan ( 6 org )
- 1 cup gula
- 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
- 2 cup tepung gandum
- 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
- 2 tbs butter
- 3 biji telur
- 1/2 tsp garam
- colour hijau
- bijan
- campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
- masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
- panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing(akak bakar suhu 170C selama 1 jam 15 minit)
Rabu, Julai 27, 2011
Pisang Tanduk Goreng Crispy Madiha


Pisang Goreng Crispy
Sumber: Madiha
Bahan2
Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya
Bahan2 batter
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam
Cara2 menyediakan
1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.

Resepi Sambal Kicap
Bahan2
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya
Cara2 menyediakan
Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.
Rabu, Julai 13, 2011
Jom Minum Petang....Roti Sardin Goreng


Sumber: Wana@Potret Kasih
Sumber: Kzai@Teratakimpian
Bahan-bahan:
- 10 – 12 keping roti sandwich
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji telur
- Minyak untuk menggoreng
Inti
- 1 tin sardin kecil ( ambil ikannya sahaja )
- 1/2 biji bawang besar ( dihiris )
- 2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
- 1 hiris halia ( ditumbuk )
- 4-6 biji cili padi ( ditumbuk/ dihiris )
- sedikit garam

1. Tumis bawang putih, halia, cilipadi, dan bawang besar hingga wangi.
2. kemudian masukkan sardin, kacau seketika.
3. sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
4. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hancurkan ikan sardin tadi dengan menggunakan garpu.
5. Untuk batternya, satukan tepung gandum, secubit garam, telur dan air. Kacau rata dengan menggunakan senduk.
6. Bila dah sebati ketepikan dulu.
7. Potong dua roti sandwich, isikan dengan inti sardin tadi, tangkupkan dua.
8. Celupkan roti yang telah di bubuh inti tadi dengan adunan batter, kemudian goreng dalam minyak panas.
9. Bila roti kuning keemasan bolehlah diangkat dan di hidangkan…

Rabu, Jun 22, 2011
Apam Snow White


Apam snow white yg dah diderhaka kan menjadi warna warni..sepatutnya seputih salju..tapi bila dah dikalor kan warna warni...ceria sikit bila mata memandang dan menarik minat nak memakan nya terutama anak2.Sebenarnya buat ni utuk minum petang...tapi biasalah dah selalu lambat posting...Rata2 semua dah buat apam ni kan.Bagi akak apam ni memang tak akan jemu memakan nya dgn rasa lembut dan gebu, nak buat pun senang...suka makan ulang2..sesuai untuk sarapan atau minum petang.Resepi ni sumbangan dari gng0910@MyR..tima kasih pd penyumbang resepi.
Apam Snow White
Sumber: gng0910
Sumber: Kzai@Teratakimpian
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula pasir
- 1 packet mauripan@ibu roti
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air

Cara-cara
- masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
- gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
- kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
- campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
- biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
- selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
- note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

Selasa, Jun 07, 2011
Serimuka Durian

Salam semua...orang lain dah lama wat tayangan SMD ni...akak baru berkesempatan nak membuat..wat untuk minum petang...mlm baru dapat nk posting...sedap kuih ni...rasa lemak2 dan tak berapa manis...sekarang musim buah durian pun dah tak menentu...dimana2 saje ada dijual....kalau malas nak mengopek kulit..bolih beli yg dah siap dikopek...blk rumah terus blh makan. Resepi ni akak amik dr dapur Hana aje dan resepi asal dr dapur Rima...tapi akak buat ganda adunan dan terlupa plk nk tmbh tepung...jadinya terlembik sikit...nk potong pun tak cantik.Tapi rasa tetap sedap.Resepi ni dah byk singgah kt dapur kawan2....tima kasih pd penyumbang resepi.

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
Lapisan Bawah
- 250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
- 1/2 sk garam
- 170ml santan cair
- Daun pandan simpul
- 1/2sk gula - rima tambah
- Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (hana guna tips kak.hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap)
Bahan-bahan
Lapisan Atas
- 150g isi durian
- 125g gula
- 3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
- 35g tepung gandum
- 10g tepung jagung
- 375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
- secubit garam
- Sedikit pewarna kuning
- Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
- Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
- Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
- Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
- Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.
Tips :
1. Untuk mengeringkan permukaan talam, Selepas kuih masak, jangan tutup api,buka penutup kukus dan biarkan 5-6 minit, kemudian barulah tutup api.
2. Potong gunakan pisau plastik. Seelok2nya biarkan semalaman..
Sabtu, Februari 05, 2011
Talam Cendul

TALAM CENDOL
Sumber 1: Kelas talam chef asma
Sumber 2: Jurnal Resepi Bdaria
Olahan: Kzai@Teratakimpian
Lapisan bawah
Bahan A
Sumber 1: Kelas talam chef asma
Sumber 2: Jurnal Resepi Bdaria
Olahan: Kzai@Teratakimpian
Lapisan bawah
Bahan A
- 200gm tepung beras*
- 250ml santan pekat*
- 450ml air*
- 1 tbsp tepung jagung*
- 150gm gula caster(saya kurangkan kepada 120gm)
- 1 tsp garam
Bahan B
200gm cendol @ 1 paket kecil
Cara-caranya:-
- Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
- Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
- Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
- Kukus selama 25 minit
- Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan-bahannya:-
Bahan A
300 gm gula merah (saya guna gula kabung)
500 gm gula castor (lain kali x perlu letak)
500 ml air
Bahan B
150 gm tepung gandum
3 biji telur (blh guna 5 biji telur kalau nk byk telur)
250 ml santan pekat
1/2 sudu kecil garam
Cara-nya:
1. Masak bahan A hingga gula hancur dan sejukkan sebentar
2. satukan bahan B dan kacau hingga sebati.
3 Masukan bahan A kedalam bahan B dan tapiskan dan masukan dedalam periuk
4. Masak hingga naik wap (jangan pekat sangat masak sekejap sahaja)
5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
500 gm gula castor (lain kali x perlu letak)
500 ml air
Bahan B
150 gm tepung gandum
3 biji telur (blh guna 5 biji telur kalau nk byk telur)
250 ml santan pekat
1/2 sudu kecil garam
Cara-nya:
1. Masak bahan A hingga gula hancur dan sejukkan sebentar
2. satukan bahan B dan kacau hingga sebati.
3 Masukan bahan A kedalam bahan B dan tapiskan dan masukan dedalam periuk
4. Masak hingga naik wap (jangan pekat sangat masak sekejap sahaja)
5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Nota:-
Agak sukar hendak memperjelaskan berkaitan 'masak sehingga naik wap'. Saya bayar RM180 dan masa 8 jam untuk belajar apa yang dikatakan ' masak sehingga naik wap'. Ia adalah teknik untuk mendapatkan talam yang licin dan jika masukkan bahan seperti cendol, sekoteng, kekacang, keladi dll, ia tidak akan mendap atau naik keatas sebab kepekatan adunan tepung yang 'dimasak sehingga naik wap'. jika adunan terlebih masak, talam tidak akan licin dan merekah. Saya minta maaf jika anda memcuba resepi talam dan tidak menjadi seperti yang saya buat. Saya akan cuba terangkan maksud ' masak sehingga naik wap' dengan kaedah yang lebih mudah dimasa akan datang.
Ahad, Januari 23, 2011
Lapis Roti Berdaging

Lapis Roti Berdaging
- 3 biji kentang di potong dadu
- 500gm daging cincang
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar serbuk kari
- 3 sudu makan minyak untuk menumis
- 12-14 keping roti
- 500ml susu segar
- 3 biji telor
- secubit garam
- Parutan cheese (banyak ikut suka)
- Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara
1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10.Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos
Ahad, Disember 26, 2010
Apam Tepung Beras

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.
Isnin, Disember 06, 2010
Apam Salju


2 cawan nasi
2 cawan tepung gadum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan gula pasir (guna semua gula pasir pun ok, tapi manis, pandai2 adjust yea)
2 1/2 cawan air
2 camca teh instant yeast (mauripan)
Sedikit pewarna (jika suka) - guna warna pink,hijau apple dan warna asli
Kelapa parut + secubit garam, gaul rata
CARA MEMBUATNYA :-)
- Kisar nasi tadi bersama air, tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir, kisar sampai sebati.
- Dalam satu bekas, campur tepung beras, tepung gandum dan instant yeast, gaul rata dan tuang no. 1 ke dalam no. 2 dan gaul rata hingga sebati. Tutup bekas tadi dan perap 3 jam.
- Panaskan kukusan, balut penutup kukus dengan kitchen towel bersih. Bahagikan adunan kpd 3 bhgn dan warna kan mengikut kesukaan masing2. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak makan dan sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh. Kukus 15 minit.
- Keluarkan apam dari acuan dan hidangkan dengan parutan kelapa tadi....
Jumaat, Disember 03, 2010
Apam Dot Dot....


- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
- Sedikit esen vanila (tambah utk menghilangkan bau telur)
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
Langgan:
Catatan (Atom)