"knock..knock..knock....",pintu di ketuk..."housekeeping!!"......
hari ni merupakan hari baru untuk aku....perkara baru yang aku belajar dan buat dalam hidup aku...yup,aku pernah bekerja sebagai cleaner disebuah gym sekitar auckland sebelum mula kerja hari ini di sini....but then pengalaman yang aku terima hari ini memang sangat lain dari tugas aku membersihkan gym sebelum ni...memandangkan sekarang cuti...aku masih meneruskan kerja cleaner dekat gym tu yang memerlukan aku kesana seminggu sekali....but then dekat hotel ni aku akan bekerja 5 hari seminggu bermula dari 8 pagi......
selamat datang fika ke satu pengalaman baru!!
banyak benda yang nak aku kongsikan...tapi tak tau nak start dari mana......yang penting, kerja ni memenatkan....sebagai room attendant aku diberi tugas untuk membersihkan bilik-bilik hotel tersebut...mula dari macam mana nak kemas katil,etika susun barang,cuci toilet,etika masuk bilik,light service,check out service and so on.....banyak dan penat......itulah secara ringkas kesimpulan yang boleh aku buat.......habis kerja tapak kaki ngan tumit aku sakit gile kerana terlalu lama berdiri sampai rasa tak larat nak menapak pulang....tasneem wanita muslim yang berasal dari south Africa tu banyak membantu dan mengajar aku hari ini....pada mulanya aku macam rasa susah gile nak buat semua benda setangkas tasneem dalam masa yang ditetapkan....but then masa ke masa,dari bilik ke bilik....aku sudah mula membiasakan diri.....
"fika,u do the toilet and i'll do the bed"
"now u do the bed and i do the toilet"
"have u check the coffee box??"
"don't forget to spray the air freshner"
"no need to vacuum for the light service ok?"
"just fold the sheet once like this if u not change the bed sheets"
"ok now,u knock the door"
masa mula-mula tasneem suruh aku cuba untuk ketuk pintu dan jerit "housekeeping!"..aku macam malu-malu....aku pergi senyum dekat tasneem lepas tu tanya soalan bodoh "sekarang ke??"...haha..memanglah sekarang kene ketuk..takkan minggu depan??adehhh..em,banyak jugak benda yang aku lupa tadi...biasalah hari pertama...dan buat permulaannya aku ditemani tasneem but then hari-hari lepas ni semua akan buat sorang-sorang..setiap orang akan diberi troli sendiri...setiap pagi sebelum memulakan tugas semua orang akan berkumpul untuk terima jadual bilik mana yang perlu dikemaskan.....bilik yang diberi perlu dikemas dalam masa yang ditetapkan.....
lunch hour makanan disediakan oleh chef hotel berkenaan...em nampak menyelerakan jugak lah.....member aku cakap daging and ayam dia halal but then aku tak makan ..sebab perkakas yang digunakan tu yang tak halal...kuali,periuk senduk yang dia guna tu mesti lah bekas-bekas masak daging babi.....tasneem muslim...dia makan je daging ayam sume except kalau dihidangkan pork...nak dijadikkan cerita hari ini salah satu menu dia ialah pork.....aku rasa nak pitam lah jugak tadi bile dikelilingi orang yang makan pork......beberapa kali gak lah aku rasa nak termuntah..padahal tak ada pon berbau ke ape ke.....tapi sebab makan dalam keadaan orang sekeliling tengah menikmati daging babi..aku rasa cam pening kepala....aku just makan roti,salad dgn potatoes...ada kek coklat gak tadi tapi aku tak makan sebab time tuh aku rasa dah mual-mual..cepat-cepat aku pergi kunyah epal.....huh..mase chef tu anta makanan tasneem tanya chef tu...masak pork ke arini??then chef tu tanya.."tasneem are u muslim?"....tasneem angguk......aku pon senyum je kat chef tu...and dia confirm tau aku muslim sebab aku pakai tudung...
"hey,pork is the best..!!",bersemangat chef tu cakap kat kitorang sambil tunjuk thumb up.time tuh aku rasa nak muntah kat muka dia pon ada......loyar gile tekak aku terus tak ada selera nak makan.
.