Showing posts with label jiwa. Show all posts
Showing posts with label jiwa. Show all posts

Monday, October 7, 2013

permudahkan

bangun pagi hari ni ada satu yang aku debarkan.
terus aku bernazar, jika segalanya dipermudahkan dan berjaya,
aku nak belanja housemate makan hari ni.

aku pecaya jika kita usaha dan lepas itu tawakal padaNya, pasti kita akan redha dengan ape saje yang bakal kita dapat sebagai hasil. aku berkata dalam hati, jika jalan ini dipermudahkan, insyaAllah segalanya akan berjalan lancar....

dan Alhamdulillah.

housemate dan aku sudah pon kenyang makan makan sekali dengan satay kami bantai,
sedap gile.
kenyang habis.

thank you Allah,
kerana permudahkan jalan kami........


insyaAllah..kepadaMu kami mohon harap dan berserah...
follow the flow.
inilah.... =)

Tuesday, September 24, 2013

perlu

hari tu ada seorang office mate ni datang. dia ni jenis macam boleh baca jenis-jenis orang dalam muka bumi ni kot. aku assume macam tu. dia cakap masa first time tengok aku dalam hati dia terdetik satu soalan, "penat sangat ke hati tu?". tapi die just cakap dalam hati je la.

at last kami duduk berborak. dan die bagi tau aku soalan dalam hati die tu.
aku tanya nape terdetik soalan tu?
dia cakap " mata awak penuh dengan kesedihan. even awak senyum or ketawa, still nampak."

terdiam jugak aku.

banyak lagi yang die cakap kat aku. sampai masa aku dengar tu macam nak bergenang. tapi aku senyum je. tak da apelah. buat apa nak ikut emosi.

siapa kenal aku yang sebenar-benar kenal, akan tau kisah silam aku.
maksudnya yang sebenar-benar silam. rasa die sakit sangat.
ini bukan sakit pasal aku putus cinta yang dulu-dulu. tapi pasal lain.
bialah rasa payah yang lalu tu aku dah tinggal kat situ.. it was about 18 years ago kot.
ntah, malas nak ingat.

cuma ada satu part yang die cakap, "awak jenis murah rezeki, dunia akhirat".
tak ade lah aku percaya ke ape.ni bukan main tilik-tilik bagai.
cuma, bersyukurnya kalau akhirat aku nanti betul-betul murah rezeki. tapi macam mane nak dapat bile kat dunia kurang sangat buat amal. hati cepat sangat terpesong. even Allah dah bagi macam-macam ujian dekat aku sejak dulu-dulu lagi, tapi hati ni sombong sangat. 

aku ni jenis pemendam jugak. pendam ape yang aku rasa. cepat marah tapi cepat sejuk. itu yang dia bagi tau aku. aku angguk-angguk mengiyakan. teringat ade orang pernah bagi tau aku yang aku ni seorang yang pemaaf. senang sangat nak sejuk. ntah aku pon tak tau.

cume, kadang-kadang aku malas nak fikir,
tipulah kalau tak ada terasa hati dengan certain benda. 
semua orang pon confirm ada, cume ape yang aku fikir, bila aku terasa hati dengan orang, aku akan fikir mesti aku pon ade buat orang lain terasa hati. so dari situ aku akan cepat lupakan ape yang aku terasa dengan orang. bukan semua orang perfect dan boleh jaga hati kite. so tak perlu kite nak marah or merajuk lame-lame..

ntah ape aku merepek,

cumanya,

ntah. mati ayat.

Sunday, December 2, 2012

tersepit

baru lepas nangis.terlepas jugak airmata. tak boleh tahan. agak lama tak nangis kot.

baru aku faham apa perasaan 1 of my bestfriend ni yang terpaksa lepaskan peluang untuk sambung PHD sedangkan dia dah dapat offer and dapat scholarship. masa die nangis tu aku rasa aku dapat rasa ape perasaan dia, tapi hari ni aku lagi dapat faham ape yang die rase... bile kau dah dapat sesuatu peluang, tapi ade sesetengah pihak menghalang tak pon beberapa sebab yang terpaksa buat kau say no pada peluang tu.. kau tak dapat nak grab.. rasa macam sebelah kaki kau dah dekat dengan peluang yang kau nak tu..tapi sebelah kaki lagi ade orang tarik. sekat perjalanan kau.

itu lah yang aku rasa sekarang.

beberapa hari ni, banyak perkara aku consider, discuss, buat pertimbangan segala.

At last aku rasa susah jugak aku nak grab peluang tu. aku macam tak ada jalan dah nak fikir. aku dah penat fikir lately ni. akhirnya now aku menangis. itu je kudrat yang aku mampu untuk pujuk hati aku yang aku mungkin terpaksa lepaskan peluang tu. before ni aku dah tolak beberapa peluang tapi yang ni aku rasa paling buat aku sedih. ntah kenapa aku nak sangat peluang tu. aku ada agenda aku sendiri kenapa aku nak grab peluang tu. dan mungkin sebab peluang yang satu tu aku terpaksa lepaskan sampai effect banyak jugak perkara dalam perancnagan aku. yeah aku tau kita hanya merancang dan segalanya pon jua Allah yang tentukan. bukan aku tak tahu tu. tapi  banyak sangat sebab. macam aku ni tak ada peluang untuk buat keputusan. sedangkan kalau aku sedih tak ada orang pon nak tau apa yang aku hadap. tapi bila aku nak kejar apa yang aku nak... semua nak interrupt. and bila aku nampak macam berjaya, tak tipu ramai yang hepi..tapi ad the beginnig macam ni...kenapa susah nak sama-sama cari jalan dan bantu aku? aku tersepit. kadang-kadang aku rasa biarlah dari pandangan mata aku ni dorang dapat apa yang aku cakap dalam hati..."tolonglah faham saya...". semua yang aku buat ni bersebab. dan aku pasti kalau lah aku luahkan sebab tindakan aku, gerak geri aku..mesti sesetengah pihak akan fikri dua kali.. dan mungkin diorang sedar yang aku ni mampu.

aku tau akan ada manusia yang cakap "lepaskan. tak semua apa yang kita nak itu terbaik untuk kita..ada perancangan yang lebih baik disediakan olehNya...". ok betul. aku tak nafikan memang kadang-kadang perkara yang kita nak sangat tu tak semestinya yang terbaik untuk kita..tapi at least kita letak effort untuk jayakannya. betul tak? kau dah letak effort sana sini, tapi bayangkan kalau effort kau tu musnah sebab ada perkara or somebody yang datang lepas tu terus musnahkan sume effort kau dan impian kau dan perancangan kau. 

dan mungkin ada sesetengah akan cakap balik,
"tapi semua tu berlaku dengan keizinan Allah? cuba fikir positif..."

aku bukan tak nak fikir positif... aku rasa ramai jugak dah orang cakap kat aku yang aku ni antara manusia yang selalu fikri positif dan bersangka baik. sebab tu aku selalu tertipu. so aku nak cakap aku bukan tak fikir positif.... bukan.

it just.... aku letih. dan aku terpaksa akur. TERPAKSA.

perkara yang terpaksa ni sebenarnya menyakitkan.. untuk pujuk hati. aku bersendiri... dan aku tahu..kepada Allah jua aku kembali memohon petunjuk.... peluang tu macam dah kabur. aku kene lepaskan.....

Wednesday, November 28, 2012

yang paling..

seingat aku..senyuman aku yang paling puas dan sebenar benar senyum gembira  sebelum menjelang hari gembira itu adalah sekitar awal Januari 2009.... aku tetap menanti dimanakah hari untuk aku senyum sama seperti ketika itu, dan akhirnya aku ditemukan dengan saat itu....

2 oct 2012.. =')

rasa macam hari tu..aku nak senyum sepanjang masa...gembira sangat... masa hari tu..ada 3 sebab utama hadirnya senyuman yang dah lame aku nantikan.... kalau aku nak ingat balik perasaan aku ketika tu, aku tak pasti adakah hari ini aku masih lagi memiliki senyuman yang sama seperti hari itu... aku rasa hari tu aku lah salah seorang manusia dalam dunia ni yang paling bahagia... aku tak dapat nak ungkapkan macam mana mana rasa tu... semua tu kerana 3 sebab tu..... 

kalau diberi peluang untuk patah balik masa...aku mahu diri aku dicampakkan semula pada saat itu.... ntah kenapa, gambar ini sedikit mengundang sebak dalam hati... 

hey, senyum macam dalam gambar ini lagi ye... suatu hari mesti kamu akan tercampak kembali ke dalam saat seperti ini.....


Saturday, November 17, 2012

sepatutnya.....

malam tadi. 

iaitu menjelang hari ini. sepatutnya hari ini merupakan hari yang aku tunggu-tunggukan untuk tahun ni. pada suatu ketika dulu aku menduga hari ini lah aku bakal menjadi salah seorang yang paling gembira. dan tarikh ini, saat ini.. hari ini telah pun menjelang... semuanya berubah dan berlaku tidak seperti apa yang aku duga. tidak seperti apa yang aku bayangkan.

begitulah. apa yang kita rancang dalam hidup ni tak semua nya terjadi seperti apa yang kita mahukan. macam pepatah yang biasa kita dengar, "kita hanya merancang, dan segalanya pon Allah jua yang menentukan".

malam tadi, hati aku macam diserbu satu rasa yang sangat tak best. akhirnya pecah jugak empangan airmata yang aku cuba tahan-tahankan untuk aku hadapi hari ini. airmata keluar deras umpama aku sedang melepaskan apa yang terbuku dalam hati, dan aku berharap sangat airmata itu bawa rasa pedih dalam hati ini pergi... kalau boleh aku tak nak menangis lagi. rasa itu sakit.  pedih amat. tak tau mana silapnya. kenapa semua ni seakan tak boleh untuk diperbaiki acuanya dan berkahir dengan senyum puas seperti yang aku bayangkan? seperti yang aku harapkan suatu ketika dulu.... ternyata ianya tidak berakhir seperti kisah-kisah bahagia insan lain.

hey, hidup mesti diteruskan.

apa sangatlah ujian yang aku lalui jika dibandingkan dengan ujian mereka yang sedang berhadapan dengan kematian.tak ada apa yang aku kesalkan. malah patut bersyukur dengan apa yang aku lalui. paling tidak aku diberi peluang untuk berada di dalam satu situasi yang bukan semua orang  perlu hadapi. paling tidak aku pernah dibahagiakan dan membahagiakan. sikit pon susah untuk aku selitkan rasa kesal dalam diri. langsung tidak kesal. mungkin sebab aku susah sangat untuk menghukum orang atas apa buruk nya mereka. diri ni cepat sangat untuk memaafkan. dari dulu lagi. aku sangat percaya yang semua orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri. kenapa tidak kita memaafkan kekurangan manusia lain dengan melihat pada kelebihan mereka yang pernah membahagiakan kita. 


senyumlah.

apa yang telah di lalui dalam kehidupan lepas, perlu dijadikan kenangan untuk senyum sorang-sorang nanti bila kenangan tu dikeluarkan dari kotak sejarah kehidupan kau. ambil lah pengajaran. semuanya akan mematangkan diri kau untuk melangkah menghadapi banyak lagi cabaran dan ujian dalam kehidupan.

aku mahu catatkan sesuatu yang bertarikh hari ini and here they are...
buat semua yang sudah pulang ke tanah air Malaysia, aku mendoakan kesejahteraan kalian. =)

lampu-lampu.

Thursday, November 8, 2012

good bye and smile

"Don't cry because it's over. Smile because it happened." 
=) =) =) 
 bakal merindui banyak manusia, banyak perkara bertubi-tubi serentak..
dan dua tiga rentak.


kota tinggi, saujana, praktikum, kota intan, johor bharu, larkin, myvi putih, myvi purple, Auckland, quest on mount, level 0, library ,domain, cape reinga, coromandel, cludo, cho-tai-tee ,queen street, snow-ice, ayam uncle bob, odeen, bilik g1-36, g1-40, pak dan mak guard,

ok banyak sangat perkara yang saya rindu. banyak sangat.
terima kasih semua sebab pernah buat saya hepi..... 

done in JB , how future gonna treat u?

Tuesday, November 6, 2012

cried too much


semua pun mahu segala perkara baik-baik berlaku dalam hidup mereka..
perkara yang boleh buat mereka ketawa ceria..
manusia normal itu suka yang bahagia bukan?
tiada siapa suka kan kesusahan....
semua pun akan mahu lari dari rasa sedih dan susah...itu normal sangat.

so,

be a better person is the best choice kan?
insyaAllah... jangan give up.

Monday, June 4, 2012

besar tapak tangan

pagi tu mathurat sebesar tapak tangan yang pernah diberikan oleh seseorang suatu ketika dulu dicapai...diseka sekali lagi air mata yang mengalir dipipinya.....dibaca isi mathurat itu dengar suara tersekat-sekat menahan sedih dalam hatinya... Allah Maha Mengetahui...

antara terjemahan zikir mathurat yang dibacanya :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang ia usahakan dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang ia kerjakan. (Mereka berdoa) 'wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul. Maafkan kami, ampunilah kami dan sayangilah kami,maka tolonglah kami atas kaum kafir." {Al-Baqarah,284-286}

bacaan mathurat diteruskan pagi itu dengan ditemani titisan airmatanya..
aku pasti sudah begitu lama dia tidak menyentuh zikir itu..
ada baiknya Allah turunkan ujian buat hamba-hambanya. Allah rindu pada hambanya.

Sunday, June 3, 2012

tenanglah hati disana

semua tulisan-tulisan itu dibacanya... berderai jatuh airmata miliknya...
diraup wajahnya berkali-kali..lalu dia beristighfar...mata yang melihat apa yang tertulis seakan tidak percaya....airmata terus-terusan menemani dia petang itu...lekas dia beristighfar..mohon kepada Allah agar dikurniakan kekuatan dan ketabahan....dan yang paling penting, dia mahu dikurniakan kesabaran yang terbaik...

selesai mandi, dia mendirikan solat magrib. aku melihat airmatanya menitis ketika solat didirikan. barangkali tak tertahan sebak dan rasa sedih yang perlu ditanggung....salam diberi. doa terus dipanjatkan kepada Penciptanya...kejap-kejap dia mengesat airmata yang mengalir deras....aku dengar doa dia...dia mahu Tuhan berikan dia kesabaran yang tinggi...serta kurniakan dia perjalanan hidup akan datang yang membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat....dia menangis teresak-esak. aku fikir, ada hikmah ujian diturunkan buat dia...paling tidak dia kembali meminta-minta di depan Penciptanya... tentu Si Pencipta tersenyum melihat dia meminta-minta begitu... 

teringat pula aku pada pesan seseorang buat aku suatu ketika dulu...kata hamba Allah itu, "Allah rindu akan hambanya..kerana itu Allah turunkan kesedihan dan ujian untuk hambanya agar hambanya kembali meminta-minta padaNya..."..

lepas berdoa..tangisannya seakan reda. dicapainya sebuah Al-Quran bersama terjemahannya lalu dibaca. sayu hati aku mendengarnya apabila ayat yang dibaca diselang seli dengan tangisan yang seakan begitu pilu rasanya...aku seakan mahu turut menangis.... 

lalu ayat yang dibacanya dikongsi bersama..katanya..ayat yang sedang dibaca itu umpama pemujuk hati dari Allah buat dirinya....sekali lagi sebak aku mendengarnya....tafsiran dibaca bersama airmata yang mengalir terus membasahi telekung miliknya...

"wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." {Al-Baqarah, 153}

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

"iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Innalillahi wainnailaihirajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.." {Al-Baqarah, 155-156}

dan kemudian aku lihat dia menarik nafas sedalamnya.... habis mengaji, dicapainya buku bertajuk 'La-Tahzan' di atas meja itu....diseka airmata yang berjujuran.....pedih benar apa yang ditanggungya..

Sunday, April 22, 2012

untuk dia

nanti saya akan siapkan kotak sedih untuk kamu,
bila kamu sedih, kamu tiada tempat mahu luahkan,
kamu tulis dan isi kotak sedih itu dengan luahan kamu,
esok apabila kamu sedih lagi,
kamu datang dan masuk kan tulisan yang seterusnya,

kamu menangislah malam ini,
sudah lama kamu tahankan airmata milik kamu itu,
menangislah,
lepaskan apa yang terguris,
lepaskan apa yang menghiris,
menangislah....aku tidak halang kamu.

untuk kamu,
mesti kuat untuk diri kamu sendiri,
mesti gembira untuk diri kamu sendiri,
mesti berikan perhatian untuk diri kamu sendiri...

kamu larilah jauh,
ambil sedikit ruang,
tiada siapa akan faham apa yang kamu rasa,
akan aku bawa kamu ke satu tempat tinggi,
jerit lepaskan sedih luka jiwa kamu.

='(

Monday, March 26, 2012

cerita itu

kita selalu mahu insan yang terbaik untuk menemani kita.
tapi kadang-kadang kita tak sedar adakah kita cukup baik untuk mereka.

selepas aku membaca cerita itu, aku berfikir sesuatu...
tak tahu apa yang aku rasa ketika itu.....aku termenung jauh..
aku tanya diri aku..adakah aku ini layak untuk punya dia sebaik itu...

lepas aku baca cerita itu, aku dapat rasakan watak wanita didalam cerita itulah idaman kamu. acap kali aku berkata, aku ini jauh bezanya dengan wanita idaman kamu. aku sebak lagi. entah kenapa cerita itu mampu menjadikan mata aku berkaca....aneh, aku agak tersentuh dengan cerita itu. tapi lagi anehnya, cerita itu membuat aku berfikir tentang kamu...

lama sangat aku berfikir...makin aku fikir makin aku jadi sebak.

mengapa aku seakan rasa cerita itu mahu membuka mata aku yang aku ini tidak setanding dengan watak wanita itu...namun kamu itu baik wataknya...mahu saja aku samakan kamu dengan watak si jejaka didalam cerita itu.... adakah aku ini yang mengubah kamu? jika benar kamu punya watak seperti jejaka didalam cerita itu...aku doakan kamu pergi tinggalkan aku..yang lebih baik menanti kamu......

aku mahu yang terbaik untuk kamu..sungguh. aku sayang kamu.
senakal-nakal aku, sekasar-kasar aku, semarah-marah aku, seego-ego aku,
sukar sekali untuk aku menafikan rasa sayang aku pada kamu,
sukar sekali untuk aku mengubah fikiran aku yang kamu itu bukan untuk aku.
biar aku simpan rasa sayang itu.

tapi sejujurnya, aku tidak layak untuk kamu.
aku tidak sebaik watak didalam cerita itu.

mata aku berkaca lagi. mudah sangat agaknya tersentuh kebelakangan ini.

Monday, March 12, 2012

ia kembali.

itulah.

"bawalah hati itu dan pergilah....kau akan kuat aku tahu...kutip kekuatan itu dan bangun..."

ayat yang pernah aku letak dan biarkan lame disini....semuanya tinggal kenangan.
=')

biar kan header baru, ayat lame itu disitu.
penuh makna bagi aku.

Tuesday, January 10, 2012

akhirnya aku berterus terang...

entry ini sekadar menyingkap beberapa perjalanan sukar yang lalu...

sejak aku block makcik dan seluruh ahli keluarga makcik yang berkaitan dari facebook aku...jauh dilubuk hati aku...aku sedih dengan ape yang aku terpaksa lakukan time tu....makcik tercari-cari aku...makcik tertanya-tanya kenape dah tak boleh nak tengok aku kat facebook..tindakan aku tu buat makcik rasa sedih....tapi itu semua untuk  kebaikan semua pihak...dan yang paling penting...aku buat itu demi kebaikan aku dan mase depan aku.... time tu aku final year, aku nak exam, busy dengan report segala..jadi aku perlu fokus yang lebih..dan ketika itu jugalah 'anak lelaki  makcik' bakal mendirikan rumah tangga....

sebagai seorang yang normal, seorang yang punya perasaan...aku perlu jauhkan diri aku ketika itu dari segala benda yang boleh menggangu konsentrasi aku terhadap study aku dan juga persediaan exam...aku bukan robot..aku cuma manusia biasa.....ini bukan soal aku tak move on ke ape...tapi ini soal aku menjaga perasaan aku juga perkara yang lebih penting untuk aku fokuskan.....

lepas dinner tadi, mak aku cakap dengan aku..." ieqah, terus teranglah dengan makcik kenapa ieqah block makcik dari facebook...hari tu makcik message mak cakap mak cik sedih.....", aku terdiam..nasi dalam pinggan macam dah tak lalu nak telan time tu.... aku sebak sebenarnya buat macam tu pada makcik..aku cume rase aku perlu pergi jauh untuk teruskan apa yang aku ada..dan lepas makan aku tekad nak message makcik yang jauh di Saudi sana dan berterus terang.... 

"salam makcik, fiqah nak susun jari mohon maaf kat makcik sepanjang fiqah kenal makcik jika ada salah silap yang mengguris hati makcik..fiqah mintak maaf sebab block makcik dan semua yang berkaitan dari facebook fiqah...mase tu fiqah perlukan ruang untuk terima kenyataan yang anak makcik akan bernikah...untuk elak dari sesuatu yang tak best dan menggangu exam mase tu,fiqah ambil keputusan untuk tak lihat facebook makcik sebab fiqah takot nanti fiqah akan terlihat gambar anak makcik mase tu..maafkan fiqah..."

dan beberapa minit kemudian...message aku dibalas," takpelah fiqah. memang dah makcik duga. makcik tak berdaya menghalang ketentuan Allah dan makcik merasakan kepedihan fiqah.Doa makcik tak pernah putus untuk fiqah sampai sekarang. makcik selalu cakap pada pakcik yang makcik kehilangan fiqah..kadang-kadang nak sebut nama menantu makcik tapi tersebut nama fiqah...maafkan anak makcik fiqah"...

dapat sms tu aku rase cam sebak...tak sangka makcik rase kehilangan aku lepas aku block dari facebook...wanita itu mungkin terguris hatinya akan perbuatan aku...hmmmm....dan aku berterus terang lagi pada wanita bergelar ibu itu...

"fiqah mintak maaf sangat-sangat makcik..keadaan memaksa fiqah buat macam tu pada makcik untuk fiqah cuba teruskan perjalanan fiqah dengan tenang...fiqah dah lame dah maafkan anak makcik...tapi Allah lebih berkuasa untuk memaafkannya...fiqah mintak maaf sekali lagi ye makcik...doakan kebahagiaan fiqah dan perjalanan dunia akhirat dipermudahkan....begitu juga fiqah doakan makcik sekeluarga...makcik jangan risau..alhamdulillah..kepedihan yang lalu sudah makin sembuh dengan izinNya..=)"

akhirnya aku berterus terang dan memohon maaf...
cerita lama sudah lama habis..sudah tamat 3 tahun yang lalu...
dan sudah jauh aku tinggalkan...
sikit-sikit aku toleh untuk dijadikan pengajaran juga kekuatan diri ini untuk menempuhi ujian baru....
aku harap agar hari ini semuanya punya senyum dan bahagia masing-masing...
aku hanya teruskan perjalanan aku...
tidak akan sesekali aku mengganggu yang bukan milik aku lagi......=)

Monday, January 9, 2012

heartless...

Sometimes ape yang berlaku dalam hidup kite buat kite jadi heartless..lets imagine...in life,there are so many bad things happened....and yes!we do have choices to let our family,friends, or someone closed  to listen to...but how if we don't have that choices at all?

At last, we stay away..keep it alone and cried....after some more days...we are back to our normal happy faces...but,what happens to your heart?is it back to the normal condition or it full of scars? (Unanswered question rite?)

keadaan kadangkala buat kita tak ade pilihan apabila tak ada sorang pon akan faham kamu....time tu rase macam hopeless sangat...lepas tu kamu terpaksa pujuk diri kamu tanpa mengharapkan sesiapa...

Dan prosess memujuk diri sendiri itu aku tafsirkan sebagai prosess untuk kau train diri kau jadi heartless.....aku semakin berjaya kot, so u should try..eh ape?da try?

Good for u...smile..=)

Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, December 29, 2011

perpisahan

13/12/11....

umpama mencatat satu sejarah terpenting buat aku...sesuatu telah berlaku pada tarikh itu..sesuatu yang aku mohon tidak akan berulang lagi dalam perjalanan hidup aku....manusia seperti aku, terlalu banyak kekurangan.... peristiwa yang berlaku pada tarikh itu mampu mengundang airmata tanpa dapat disekat..

semoga kejadian pada tarikh itu mengajar sesuatu.
semoga kejadian pada tarikh itu memberi hikmah terbaik.
dan yang paling penting, aku tidak mahu ia berulang.

sedih apabila teringat kembali.
tapi itu bukan yang kita mahu.

semoga perpisahan kali ini, mengajar kita berfikir lebih jauh dan mendalam sebelum bertindak terhadap sesuatu.mematang kan kita, kejauhan auckland, malaysia ini...bakal mengajar kita menghargai setiap detik dengan sepenuh hati...terima seadanya...bersyukur dengan apa yang kita miliki...

hi malaysia, selamat bertemu kembali..
tinggal cuma 1 malam lagi aku di tanah auckland ini..
aku bakal tiba 7.35 pagi waktu malaysia, 31 december ini.
=)

akhirnya aku bakal kembali ke tanah air tercinta..=)

Saturday, September 10, 2011

kenagan pahit tu dah tak pahit lagi. tahniah.

hari ni ade open house dekat flat 14 whitaker place...14 whitaker place ni adalah rumah aku mase 2009 dulu..aku dok sane from feb-nov09....and after almost 2 years, aku kembali menjejakkan kaki kat flat 14 tu tadi...dari jauh aku tengok rumah aku yang dulu....and syukur semua kenangan dan rasa pahit yang aku lalui kat sana suatu ketika disekitar tahun itu sikit pon tak menggangu jiwa aku mahupun mengundang rase sedih..tempat tu aku rase aku boleh label as tempat airmata...aku banyak sangat nangis kat sane...tak kire siang malam kot...bile teringat balik tak tau nak cakap ape...tertanya kenape aku boleh jadi macam tu sekali time tu.....tapi takpe, orang yang lebih berpengalaman selalu berpesan...ujian tu lah yang menguatkan kita..juge mematangkan kite..tengok sekarang? aku dah tak macam aku yang dulu...dan kenangan pahit tu pon dah tak pahit lagi....thank you Allah untuk ujian yang lalu...hari ini aku mampu tersenyum kembali..and thank you to all people around me..=')...

aku ambil mase 2 tahun untuk move on. dan dalam mase 2 tahun tu...ramai orang bagi support dan nasihat kat aku, dan tak lupe jugak orang yang marah aku kenape tak move on lagi....suruh aku wake up and so on... time tu aku hanya boleh dengar nasihat orang tapi hati aku menidakkan segala nasihat orang sebenarnya...ape pon terletak pada hati kite..kalau kite tak nak, tak jadik jugak bendanya...time tu aku tau tak de sape leh bawak aku pergi  tinggalkan sume mende pahit tu dan bangun berdiri kuat melainkan Dia dan masa yang diberikanNya...dan sekarang aku bukan setakat boleh move...dah boleh berlari jauh dah pon....syukur atas segalanya dari Dia..jika kesedihan boleh bawa aku sentiasa dekat pada Dia...aku mohon hadiahkan aku kesedihan lagi yang mampu untuk aku tanggung....thank you Allah.


btw, ni video rugby world cup 2011 opening ceremony
yang berlaku di sekitar Auckland harbour city....
manusia sangat lah ramaiiii ok....
memang OH-PENING ceremony ni sangat hapPENING la!


Wednesday, July 20, 2011

ADUH!!!

entry yang pernah aku tulis pada 13 march 2010....


kau meng"ADUH!" tapi kau kata kau ok.
kau senyum.
pelik...
lagi pelik bila kau meng"ADUH!" lalu ketawa berdekah.
bukan kah "ADUH!" itu satu kesakitan?satu keluhan?
satu luahan untuk perkara yang tidak senang?
ke bukan?

hari ni kau kata "ADUH!".
esok pon "ADUH!" lagi...
alahai sakitnya...
tapi kau terus senyum.
jalan tegap berdiri mantap.
hebat kan kau.meng"ADUH" dalam senyuman...
namun nikmat kah senyuman kau?

Thursday, July 14, 2011

jemputan kenduri kahwin bekas kekasih.

fullamak tajuk tak boleh blah...suke la tu baca gossip2 ni kan?hehe

aku baru je ni balik dari Asian Games....main ape?main badminton...haha cam hampeh giler kene titik ngan amoi-amoi korea taiwan sume tu...kuang asam tol...overall group badminton dapat nombor 3...whatever.
"salam fiqa. kalau tak ada apa aral kenduri zack (bukan nama sebenar) pada 8 oct di rumah ***, fiqa bila akan balik msia, nanti insyaalah makcik jemput mak dan abah fiqah seandainya meke sudi, makcik minta maaf ya, doa makcik agar fiqah akan mendapat kebahagian jugak nanti, love u so much fiqah"

"salam makcik....fiqah doakan zack sekeluarga bahagia dunia akhirat....Allah saja dapat balas jasa baik makcik....bukan jodoh fiqah dengan zack..kita x boleh lawan ketentuan yang dah ditetapkan olehNya untuk kite...insyaAllah december nanti fiqah balik...terima kasih makcik untuk segalanya..take care..."

balik-balik dari games bukak facebook dapat message from someone which is seorang wanita berpangkat ibu....bagitahu kenduri kahwin anak die...anak die bekas kekasih aku...erk..actually aku tak suke gune term bekas kekasih ni..kalau bekas suami ke..bekas isteri ke..sedap sikit ye dak??baru cam tinggi sikit sentimental value die..hehe...pape pon...tahniah untuk bakal pengantin dan makcik sekeluarga...=)

disebabkan aku macam rasa tak suke dah term bekas kekasih..nampak cam tak proper..yelah bukan kawen ke ape..pastu nak ade "bekas-bekas" plak..so aku rase cam tak proper...so cam tak best..so penyakit tu cam melarat buat aku rasa cam aku dah malas ah nak couple-couple...aku cam rase tak proper dan tak best untuk ade komitmen pada someone yang bukan suami aku...ade ke sape-sape faham masalah yang melanda jiwa ni??ini bukan masalah aku ngan die ke..ini masalah aku ngan diri sendiri....ok fine..rase cam entry ni terlalu jujur ah plak bile tulis camni...hmmm...makin hari aku rasa cam makin malas ah nak couple dan bagi komitmen pada someone yang tak de ikatan ngan aku...mungkin perasaan ni wujud sebab dulu aku start kapel awal dan stick to 1 person tu lame sangat dan lepas tu lalui frasa kesedihan tu dengan keadaan yang cam ntah lah....senang cter biler 2 tahun aku da built kekuatan dalam diri aku dan ubati balik hati aku dan lalui life sorang-sorang dengan sokongan orang sekeliling tanpa ade yang special ke ape.....jadikan hati aku keras sikit tak lembik-lembik da...lame-lame aku cam dah malas ah nak couple..rase cam lagi best tak de komitmen.....

aku tak rasa dia salah...dia antara lelaki terbaik pernah aku kenal..die layan aku baik-baik...die sabar ngan aku...always put his effort to make me happy....hmm hmm...but tadi aku cakap ngan die...aku dah malas ah nak couple..aku cakap aku nak jadik kawan rapat je..aku nak kawan ngan sume orang...aku nak buang mase free aku ngan sape je aku suke...aku tak nak komitmen dan tak nak sesape pon cam nak attention lebih ke ape..aku rase cam malas...aku cam malas nak pikir pape..aku dah malas nak pikir soal hati...dan aku dah tak nak die pon susah-susah nak happy kan aku....mungkin sebab aku dah terbiasa sorang-sorang...or aku rasa cam aku lom bersedia untuk bagi komitmen kat someone...cam jahat kan aku??hmmm...die baik sangat..tapi sekarang aku cam rasa tak nak ade pape dah ngan die....i just don't know.

"At some point u will realize that u have done too much for someone, that the only next possible step to do is to stop.Leave them alone. Walk away. It's not like you're giving up,and shouldn't try.It's just that u have to draw the line of determination from desperation.What is truly yours would eventually be yours, and what is not, no matter how hard u try, will never be."...

Saturday, June 4, 2011

defensive + offensive = enough

time tu hujan lebat.pernah terfikir suatu ketika dulu betapa jalan dalam hujan lebat dalam keadaan hati remuk juga perasaan tercalar itu sesuatu yang boleh bawa semua rasa sakit itu pergi tanpa dikesan. menangislah kamu dalan hujan lebat...berjalanlah sambil meleraikan segala tangisan kamu...titisan hujan itu akan menjadi pelindung buat air mata yang mengalir..

airmata dilindung. sekali gus kesedihan ditenggelamkan.

biar lah basah lencun macam mana pon kamu, usah peduli. basah pon kamu, sejuk menggigit tulang pon kamu, tak kan terasa. percaya cakap aku. sakit hati yang diguris itu lebih terasa dari basah dan sejuk yang menggila itu........itu bukti gurisan itu kadang kala sangat dalam.

usah dicabar jasad itu. lagi banyak yang dileraikan, lagi banyak apa yang tak tahu itu ditahukan...lagi kerap  sifat defensive dan offensive jasad itu kau uji... untuk ape??jangan dicabar dan dihitung perkara yang dah tersedia nampak akibat buruknya.atau manusia itu sendiri tidak menghargai sesuatu yang mereka mudah perolehi...begitu?

biarkan lah kesunyian menemani jasad itu.
dan biarkanlah dia pergi berjalan dalam hujan lebat itu....
bertabahlah.

Sunday, May 1, 2011

terasa terlalu sukar

terjaga dari tidur hati aku rasa sebak yang amat....aku pejam mata semula untuk kembali berada dalam suasana gelap tanpa cahaya tembusi anak mata aku.....aku tutup mata rapat-rapat.....sedar-sedar airmata mengalir......aku kesat dan helaan nafas dilepaskan ...nafas ditarik semula....semuanya terasa sempit....terasa terlalu sukar ..............

"tak ada siapa dapat tolong aku...tak ada sape...".hati kecil aku bersuara...

jalan aku terasa macam terlalu sukar.....hari ni 1 may 2011....dah bulan may dah....cepat sangat kan mase berlalu....aku pon dah makin hebat untuk bawak semua rasa suram dulu-dulu untuk aku tukarkan pada pelangi...tapi sekali lagi terasa terlalu sukar......air mata terus mengalir......bukan mudah untuk betul-betul tersenyum.....tak semudah tu.....

perjalanan lalu buat aku jadi pemendam yang hebat....biar aku terus pendam.