Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

suami

memang betol yang semua perempuan dalam dunia pon akan ada ciri-ciri suami idaman.
memang betool...

"aku nak lelaki kaya la..sebab dah letih hidup tak kaya, dan carik duit sendiri. kalau boleh nak lelaki yg wallet die aku pegang..kad bank sume bagi aku..itulah kebahgiaan aku.", kata si A.

"aku ok je kalau tak kaya sangat, yang penting hensem... sedap sket mata aku ni nak hadap dia hari-hari..itulah kebahgiaan aku.", kata B.

"aku tak hensem pon tak pe... tapi aku nak lelaki tingggiii... bia aku boleh men lompat-lompat nak amik barang atas kepala die..itulah kebahgiaan aku.", kata C

"aku fizikal tak kesah langsung...bukan anak kaya pon aku tak pe.. yang penting dia ade degree...duit kan boleh dicari...muka tu dah tua nanti tak hensem jugak..itulah kebhgiaan aku..", kata D.

"aku tak pe kalau die diploma je... yang penting dia tak malas...boleh bagi aku anak beranak makan pakai...cume aku tak nak yang nerd...aku nak yang boleh buat aku ketawa..yg cool...itu kebahgiaan", kata E.

" aku plak nak solat 5 waktu yang cukup..tapi of course duit tu penting..tak kaya sangat pon tak pe..tapi pandai menyimpan...tapi nak yang sedap mata memandang jugak la..hehe..itu kebahgiaan aku", kata F.

"aku nak lelaki yang tegas. pandai berlawak jugak. dan pandai cakap english..aku nak sangat anak anak aku boleh cakap english nanti...sooo cool.. tapi best jugak kalau kaya.", kata G

" aku nak yang badan macam model, bergaya... beriman, solat cukup, hormat orang tua...berduit jugakla..pandai...tegas..pandia buat lawak...bla bla bla bla....", kata H.

trust me lelaki macam H tak kan wujud. mana ade lelaki idaman macam yang H nak tu. mesti ade kekurangan somewhere. Allah dah aturkan hidup kita...Dia dah temukan kita dengan lelaki yang kita perlukan..bukan lelaki yang kita mahukan... manusia suke demand macam-macam..tapi itu semua kehendak yang kite sendiri tak tau penting ke tak. memang dimata kita selalu akan terpandang perfectnya kehidupan orang sampai kite rase letih tengok kekayaan, kebhgiaan, kecantikan, kegembiraan yang orang lain kecapi. tanpa kite sedar dan nampak ape pulak ujian lebih terok yang orang sekeliling kite dah lalui....

kehidupan banyak mengajar aku.
kadang-kadang terduduk jugak aku menangis dan berfikir...
beginilah cerita hidup aku.

kita kene selalu sangat fikir.. "Allah Maha Adil". "Allah Maha Adil"... "Allah Maha Adil.."
hati kite mesti tenang sikit. sebab kita tahu Maha Adil tak kan tipu kita, tak kan seksa kita, dia cume uji..untuk kehidpan lebih bermakna nanti...

Ya Allah..banyaknya dosa sepanjang hidup.
Kalau Alalh tak nak ampunkan kita...kat mana agaknya tempat kita nanti di akhirat.
Adakah kekal bersama lelaki kaya, hensem, cool itu?

seseorang pernah berpesan pada aku...bila berkahwin niatlah yang kahwin untuk akhirat...
idamkan lelaki yang baik agamanya, cukup solatnya, banyak amal dan sedekahnya, dan boleh membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah...

zaman sekarang, wujud lagi ke lelaki seperti itu?
wujud.
cuma sangat sedikit. segelintir cuma.

Thank u Allah sebab bagi aku peluang hidup sampai hari ni. rasa nikmat hidup yang melimpah walaupun aku kadang-kadang lupa untuk bersyukur. =(

Monday, February 25, 2013

choices

assalammualaikum.

pelik jugak randomly rasa nak menaip since too much words stuck in my mind. rasa seperti perlu dimuntahkan sedikit dari dalam kepala ni. dan sebab punya sedikit masa ketika ini, saya menulis.

pilihan.

siapa pon manusia dalam dunia ni akan punya pilihan. sama ada pilihan tu di akhirnya nanti akan bawak manusia itu ke arah bahagia atau pon kesedihan tak ada siapa pon tahu. tapi untuk capai pilihan yang pada awalnya kita fikir nanti akan buat kita bahagia perlu ada sedikit usaha. dan untuk sebelum memulakan usaha, kita perlu ingat pasti ada risiko..perlu bersedia agar di akhir nya kita tidak terlalu kecewa jika pilihan yang kita pilih tu tak beri apa yang seperti kita harapkan...

kadang-kadang bukan usaha je, tapi pengorbanan.

itu yang paling penting. bayangkan masih bertuahnya kamu jika kamu masih punya pilihan untuk difikirkan..berbanding mereka yang tiada pilihan dan terpaksa ikut sesuatu rentak yang mereka sendiri tak rela. dah namanye pon terpaksa ye dak? hehe

sebenarnya bukan ni yang saya nak tulis. benda yang saya nak tulis tu dah lupa. mana tak nya time drive dalam kepala fikir macam macam nak tulis nanti. bila tiba masanya idea dah hilang.

i just don't know. lately saya banyak rasa dalam delema. seperti ada keputusan yang perlu saya buat tapi tiada jalan penyelesaian. lalu mengambil jalan biarkan dan malas nak fikir. so rasa macam "when the time comes, what will be, will be..". cuma sekarang perlu berusaha dan perbaiki diri. soal perbaiki diri pernah dengar kan yang Allah tengok pada usaha hamba dia ke arah untuk perbaiki diri. bukan pada hasil. depends on perjalanan kite. how hard the things that we need to overcome untuk capai sesuatu yang dipengakhirannya dapat redha Allah. bukan mudah. saya sendiri selalu terpesong, selalu sangat.

saya ini seorang yang daif tahu? saya mungkin juga pernah dipandnag jahat atas kesilapan saya yang lalu. tapi kenapa kita manusia sesama manusia perlu judge tentang perkara silam mereka. kenapa tidak di judge dengan apa adanya mereka hari ini dan pada masa akan datang yang lebih baik. saya ini juga manusia biasa biasa. ingin saya ingatkan kamu, sampai di hari akhir nafas kamu, takkan ada kamu temui manusia yang sempurna. jangan ikut kehendak but be rasional.

for me, kehidupan mengajar saya memaafkan kesilapan lalu manusia adalah lebih baik. lebih bawak banyak perkara baik and sweet things dalam hidup. cukuplah sekali suatu ketika dulu saya pernah menghukum seseorang yang saya rasakan langkahnya yang silap seakaan tidak boleh dimaafkan. 

tapi saya bukan Tuhan. kerana Tuhan terima setiap inci rasa taubat dalam diri hambanya.
 saya tak pandai untuk berkata-kata soal dosa dan pahala. kerana saya ini masih daif untuk berbicara tentangnya. tapi saya boleh sama-sama belajar dan perbaiki diri. kerana diakhir perjalanan ini...semua pon akan....

mati.

untuk seorang teman jika dia memerlukan bait-bait kata

Thursday, October 25, 2012

terduduk

banyak perkara yang Allah suruh kau buat...kau tak buat. kau sedar tu.
berapa lama dah hidup? selama itu juga Allah berikan peluang untuk kau bernafas...
kau mintak macam-macam pada Dia..kau mahu itu ini...
tapi kau buat Dia marah..kau macam tak tahu malu...
kau dah buat Dia marah...kau minta pula pada Dia...

kau rasa adakah Dia akan perkenankan dengan mudah?

tentunya tidak.
Dia mahu kau terduduk seketika mohon padaNya berkali-kali..
Dia mahu kau menangis meminta-minta...
kataNya.."mintalah pada Aku..jangan jemu."
Allah suka kau menangis...
menangislah kesal atas segala perjalanan hidup kau yang lalu yang tidak mengikut kehendakNya...tengok diri kau hari ni..tanya balik..

Adakah Allah akan perkenankan bahagia yang kau mahu jika kau terus begini?

"Allah would never rejected our du'a, but He may REDIRECT it to the correct path towards our definite fate"

Wednesday, June 13, 2012

ujian dunia jambatan ke akhirat

copy paste dari iloveislam.com.


Dunia itu umpama satu jambatan. Akhirat itu umpama satu perhentian. Destinasi yang kekal buat selama-lamanya. Akhirat itulah bermulanya satu kehidupan yang baru dan abadi. Tiada siapa menduga waktu dan saat bila ianya akan berlaku. Tiada siapa yang dapat memberitahu kita kerana rahsia itu hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Pemilik Agung Rahsia alam!
Detik berlalu meninggalkan kita. Saat  yang tiba menanti dengan penuh rahsia. Kita tidak tahu apa yang bakal menimpa, menguji dan mendatangi kita.. Samada yang akan hadir itu nanti adalah musibah, ujian, duka atau bahagia.. Yang pasti semuanya adalah teristimewa dan terindah daripada Allah untuk kita.  Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
Bergembiralah dan senyumlah apabila yang menjadi tetamu kehidupan itu adalah ujian atau musibah. Ujian itu tidak semuanya pahit dan tidak semua yang pahit itu tidak baik untuk kita. Adakalanya yang pahit itu umpama ubat. Seperti orang yang sakit, ubatlah temannya. Begitulah ujian musibah yang Allah berikan untuk kita. Allah berikan 'ubat' agar menjadikan hati kita lebih baik dan sihat. Dan ujian itu jugalah tanda Allah mengasihi kita.

(Foto oleh: Suhaimi Sulaiman)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Maha suci Allah yang memiliki seluruh alam.. Dia mengetahui apa jua yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya dengan sekelumit ujian membawa kita membesarkan Allah di dalam hati.  Ya, dengan sekecil-kecil musibah itu juga membawa minda kita supaya sentiasa berpaut mengharap perlindungan dan perhatian daripada Allah SWT.  Sungguh, dengan ujian itulah Allah meninggikan darjat hambaNya.. Maka usah bersedih dan sentiasalah bersangka baik tika diri diuji.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran, ayat 139)

Monday, June 4, 2012

besar tapak tangan

pagi tu mathurat sebesar tapak tangan yang pernah diberikan oleh seseorang suatu ketika dulu dicapai...diseka sekali lagi air mata yang mengalir dipipinya.....dibaca isi mathurat itu dengar suara tersekat-sekat menahan sedih dalam hatinya... Allah Maha Mengetahui...

antara terjemahan zikir mathurat yang dibacanya :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang ia usahakan dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang ia kerjakan. (Mereka berdoa) 'wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul. Maafkan kami, ampunilah kami dan sayangilah kami,maka tolonglah kami atas kaum kafir." {Al-Baqarah,284-286}

bacaan mathurat diteruskan pagi itu dengan ditemani titisan airmatanya..
aku pasti sudah begitu lama dia tidak menyentuh zikir itu..
ada baiknya Allah turunkan ujian buat hamba-hambanya. Allah rindu pada hambanya.

Sunday, June 3, 2012

tenanglah hati disana

semua tulisan-tulisan itu dibacanya... berderai jatuh airmata miliknya...
diraup wajahnya berkali-kali..lalu dia beristighfar...mata yang melihat apa yang tertulis seakan tidak percaya....airmata terus-terusan menemani dia petang itu...lekas dia beristighfar..mohon kepada Allah agar dikurniakan kekuatan dan ketabahan....dan yang paling penting, dia mahu dikurniakan kesabaran yang terbaik...

selesai mandi, dia mendirikan solat magrib. aku melihat airmatanya menitis ketika solat didirikan. barangkali tak tertahan sebak dan rasa sedih yang perlu ditanggung....salam diberi. doa terus dipanjatkan kepada Penciptanya...kejap-kejap dia mengesat airmata yang mengalir deras....aku dengar doa dia...dia mahu Tuhan berikan dia kesabaran yang tinggi...serta kurniakan dia perjalanan hidup akan datang yang membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat....dia menangis teresak-esak. aku fikir, ada hikmah ujian diturunkan buat dia...paling tidak dia kembali meminta-minta di depan Penciptanya... tentu Si Pencipta tersenyum melihat dia meminta-minta begitu... 

teringat pula aku pada pesan seseorang buat aku suatu ketika dulu...kata hamba Allah itu, "Allah rindu akan hambanya..kerana itu Allah turunkan kesedihan dan ujian untuk hambanya agar hambanya kembali meminta-minta padaNya..."..

lepas berdoa..tangisannya seakan reda. dicapainya sebuah Al-Quran bersama terjemahannya lalu dibaca. sayu hati aku mendengarnya apabila ayat yang dibaca diselang seli dengan tangisan yang seakan begitu pilu rasanya...aku seakan mahu turut menangis.... 

lalu ayat yang dibacanya dikongsi bersama..katanya..ayat yang sedang dibaca itu umpama pemujuk hati dari Allah buat dirinya....sekali lagi sebak aku mendengarnya....tafsiran dibaca bersama airmata yang mengalir terus membasahi telekung miliknya...

"wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." {Al-Baqarah, 153}

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

"iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Innalillahi wainnailaihirajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.." {Al-Baqarah, 155-156}

dan kemudian aku lihat dia menarik nafas sedalamnya.... habis mengaji, dicapainya buku bertajuk 'La-Tahzan' di atas meja itu....diseka airmata yang berjujuran.....pedih benar apa yang ditanggungya..

Sunday, May 20, 2012

jawapannya

this is a copy from someone's post on facebook...


Wahai tuhanku ,kenapa wanita sering menangis ?
JawabNya :

Kerana wanita itu unik .
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa ,
ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak anak nya ,
ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman ,
ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia ,
ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah ,
ku berikan naluri untuk mencintai anak anak dalam apa jua keadaan sekalipun ,
ku kuatkan batinnya untuk terus menyayangi walau dikhianati ,
walau disakiti oleh orang yang disayangi ,
Wanita makhluk kuat .

Tetapi jika satu saat dia menangis ,itu kerana Ku berikan dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru .

Jiwa seorang sangat lembut dan mudah tersentuh . Mudah tercalar dan lambat sembuh .

Sekuat kuat aku , aku masih seorang perempuan ,yang tahu mengalirkan air mata bila hati disakiti .

Saturday, May 19, 2012

akan dikenang?



petikan yang diambil dari SINI
Kakak T menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karektor.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya di awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula di ajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak. Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoren. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak T sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.
Ratna,
Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.


Salam sayang buat emak, adik-kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka guru nombor satu!
- Rumah kecil di Jabal Ohud -

Wednesday, May 16, 2012

nikmat yang ditarik

kadang-kadang dalam kehidupan seharian aku...aku selalu mengeluh...rasa macam baaaanyak sangat perkara itu ini tak kene....ada je perkara yang tak puas di mata kite...di hati kite....sampai bile nak rase puas pon tak tahu lah...itu lah manusia. sifat ketidak cukupan tu mesti ade dalam diri....

semalam aku baca satu majalah tempatan ni.....

ada cerita pasal seorang yang di tarik nikmat penglihatan nya ketika dia remaja lagi....tersentuh gile aku bace cerita tu...bayangkan satu hari kau bangun semua benda nampak kabur...dan keesokkan harinya kau bangun tidur semuanya gelap....

penulis cakap dia rindu sangat nak main bola...dan apatah lagi dia rindu nak tengok muka mak abah die....cam nak nangis aku bace cerita tu...and at the last part die tulis..."biar lah Allah tarik penglihatan saya ketika di dunia ini....insyaAllah saya akan celik di akhirat nanti..."....

satu lagi cerita di mana seorang isteri kehilangan suami dia sebab sumai dia mati tenggalam kat laut mase carik udang..suami die ni nelayan... lepas je suami die meninggal...die pulak disahkan ade kanser payudara dan susah untuk buat rawatan sebab die tengah pregnant....T_T

Allah tak kan uji hamba dia lebih dari kemampuan hambanya....
untuk diri sendiri, jangan banyak mengeluh...perlu belajar lebih bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah...

Thursday, March 15, 2012

entry ini untuk kamu yang itu.

aku baca 'rumah' milik kamu disana..aku dapat rasakan hati kamu sedang berada dalam keadaan dimana tiada siapa pon manusia yang ingin berada dalam keadaan itu. syukur, hati aku pernah merasai keadaan itu. dan syukur, hati aku berjaya kembali sembuh. walaupun manusia sekeliling aku pernah berkata "barang yang retak, jika ditampal tetap takkan sama dengan yang baru..begitu juga hati yang telah terluka..walaupun sembuh lukanya kadangkala tetap pedih"....

aku hanya mampu tersenyum dengar kata-kata manusia itu.
tiada siapa yang dapat ukur betapa pedihnya hati kamu dan tiada siapa juga dapat ukur bagaimana sembuhnya hati kamu. kecewa? marah? sedih? pedih? percayalah cakap aku...itu semua sementara...dan percayalah cakap aku...kau akan bersyukur apabila luka itu sembuh suatu hari nanti.

jangan tanya aku bila luka itu akan sembuh.
dan jangan tanya mereka kenapa masih tidak sembuh.

masanya akan tiba...kau hanya perlu kesabaran yang tinggi...perlahan-lahan...teruskan langkah kau..berlalu pergi...masa akan menemani kau untuk menyembuhkan luka dihati... pepatah manusia biasa juga "jangan bercinta jika kau takut untuk dilukai..."...this video is for you sis. video yang pernah aku buat beberapa tahun lalu untuk diri aku sendiri..dan ia sekadar pemujuk hati aku ketika itu...

be strong. and bersyukurlah hati kau diberi peluang untuk berada pada keadaan ini. sama seperti apa yang telah aku lalui beberapa tahun yang lalu....

kau akan senyum nanti. percayalah. =)

hey, you are not that weak kan?
aku tersenyum tengok gambar kamu ini...u really like that quote..=)

Monday, September 19, 2011

celaka

empat kecelakaan manusia.


1.kedekut.

2.hawa nafsu

3.amarah

4.hasad dengki.

Wednesday, April 6, 2011

saya tidak menghalang kamu untuk...

aku mohon maaf sekiranya kekurangan diri ini melukakan hati kamu, mencabar ego kamu, menguji kesabaran kamu dan membuatkan kamu terpaksa bernafas dalam keadaan begitu letih dan payah yang amat....perjalanan kita masih jauh....dan ingatlah pesan aku seorang perempuan biasa yang tidak punya apa ini terhadap kamu.... haruslah bersedia atas apa saja yang bakal berlaku....

malam itu satu sms aku berikan buat kamu....tujuannya cuma satu...mahu kamu buka mata atas apa saja yang mungkin kamu terlepas pandang........

"" dlm ape jua keadaan kite kne bersabar..lagi2 soal hati bkn bende yg boleh dipaksa..kalau kamu rasa tak mampu utk tunggu apa yg bakal disediakan olehNya utk kita nnt...saya tdk menghalang kamu utk berhenti berharap...biala masa yg tentukan...asalkan kite tak berhenti berusaha utk pulihkan keadaan...""

again,perjalanan kita masih jauh.....jangan terlalu mengejar sesuatu yang masih tak pasti sedangkan kamu melepaskan sesuatu yang berharga didepan mata......ketepikanlah aku demi apa pon yang sangat berharga untuk kehidupan kamu.....

sorry minggu ni aku sangat sibuk...hey kamu, be strong.

Wednesday, October 20, 2010

bukan nasihat tapi pesanan

2009 adalah tahun paling celaka bagi aku selepas tahun _ _ _ _
Selepas kejadian 2009 tuh, aku seringkali murung,airmata aku boleh keluar tak kira masa,kadang-kadang suasana ceria sekitar aku pon tak mampu untuk mengubah rasa duka yang aku tanggung....bila fikir balik,aku rasa bodoh.sebab aku buat benda bodoh,aku layan perasaan bodoh,aku ikut hasutan bodoh ,tak kira siang malam aku menangis...aku tak ada kudrat nak lalui sume tuh sorang-sorang...aku jauh dari semua orang terpenting dalam hidup aku...seorang diri aku menanggung rasa ni...di bumi asing aku merintih agar semua yang berlaku time tu cuma mimpi....dan time tuh aku tahu aku sedang melalui fasa paling bodoh dalam hidup aku...kejap-kejap terasa hina juga diri ini apabila dibawa mengadap Yang Maha Esa...betapa aku merintih pedih keranan cinta manusia dan tidak pula kerana cinta Dia..hina betul rasanya...
kau orang perempuan jangan jadik macam aku...aku ini seorang yang mudah percayakan kata sape saje....maksud aku kat sini jadiklah perempuan yang pandai menilai..supaya kau tak diperbodohkan oleh lelaki....supaya kepercayaan yang kau berikan tuh tak dimusnahkan macam tuh je..supaya hati kau yang dicuri tak dibakar dalam api....takut nanti kau sakit..jiwa kau terseksa.....jadilah wanita yang bijaksana,jadik wanita yang jangan mudah terpedaya,jadilah wanita yang jangan mudah percaya...dan paling penting jadilah wanita yang bukan seorang penggoda...jangan serah dara....does it sound celaka??ye perempuan macam tuh memang celaka...kerana wanita penggoda adalah manusia paling celaka seterusnya yang menghancurkan perasaan aku..adakah aku berdendam??aku keliru Ya Tuhan.....

Tuesday, October 19, 2010

bila rindu

dulu ada orang cakap kat aku..dan ada orang jugak mungkin pernah cakap dekat kau semua..yang "jangan menangis kalau ditimpa masalah..masalah mana boleh selesai dengan menangis..."....aku fikir betul jugak.dan satu hari ade orang tanya aku..."apa nak buat bila rindu.?"..bila orang tu tanya aku..mende first skali yang aku fikir bila rindu ialah nangis...sebab....bila rindu kau tak boleh nak buat ape-ape...kau tak boleh nak jumpa,kau tak boleh nak cakap,kau tak boleh nak baca,kau tak boleh nak dengar apa pon dari orang yang kau rindu..kau tak boleh segalanya.....maksud aku kat sini rindu pada sesuatu yang tak wujud...kau hanya boleh layankan saja perasaan rindu tuh..dia umpama angin datang dan pergi..berkala dan bermusim..tapi rasanya bukan indah pon.rasa nya perit....

.rindu kau tu  bukan sejenis rindu yang boleh diselesaikan...bukan macam rindu orang lain..rindu kau tuh..useless,hopeless dan sampai masa nanti akan jadik heartless....rindu yang tak guna...so, masalah kalau ada kita masih boleh selesaikan,jadi jangan nangis...tapi bila kau rindu yang tak boleh diselesaikan...kau nangislah....sebab memang tak boleh selesai...kau nangis sampai kau penat.sampai kau tertidur dengan airmata....sampai esok pagi kau tengok bantal kau basah...airmata kau kering..lepas tuh kau bangun pagi teruskan hidup senyum macam biasa.....