Showing posts with label awesome. Show all posts
Showing posts with label awesome. Show all posts

Friday, February 1, 2013

first attempt

today is 310113. such a great number ayte?

and hey, we are already in 2013 ok? seriously?

like seriously? 

no. i mean, this is my first attempt to post an entry here.
like seriously? 

eyp, enuf said.

hello 2013. Assalammualaikum pembuka bicara kepada kamu kamu kamu jika ada yag masih menapak untuk mencari huruf huruf yang ditaip oleh penaip ini disini. jika masih ada. silalah jawab salam saya. doakan saya juga sentiasa sejahtera. dengan izinNya jua. =)

tahun 2012 telah saya dan kamu semua tinggalkan. dan pasti segala yang kita lalui pada tahun itu pasti tidak akan kembali lagi. jika masih ada beberapa perkara yang bakal berulang pada langkah awak pada masa akan datang, pastinya tidak akan sama lagi seperti langkah yang lalu.


honestly, i don't know where to start.
and how to describe every single thing happened in this month.
ianya macam masa berlalu sangat pantas. 
dan terasa masa saya telah dicuri. insyaAllah, dicuri dengan lebih banyak perkara yang berfaedah jika nak dibandingkan dengan yang tak berfaedah. manusia biasa macam saya mana boleh lari dari kekurangan yang satu itu. i know, i'm bad. and still kan? i know. i know. (nodding)

ok. why so serious? hihi (ok im trying to put some hihi for u)
why so formal in writing?
mungkin sebab dah kekok nak menulis. alrite. let's start.
ikut saja apa yang jari mahu menulis.
gonna put some random stuffs across my mind right now,
saje nak buang masa kejap dengan blog padahal banyak lagi benda perlu hadap now. 
sigh.

am so busy super duper busy. poyo sangat je kan bunyinya. tapi memang saya pilih untuk menyibuk nyibuk kan diri. buat buat sebok pon ada sometime. eh selalu jugak buat buat sebok. dan perasan sebok. hihi. ok tak perlu kot nak letak hihi tu. tak hilang stress pon kan?

ape ek nak cerita? my life is so boring. tapi rasa bersalah sangat kalau tiap kali nak cakap yang "hey, my life is so boring la". ianya macam seorang yang tak tahu apa hala tuju. mana boleh hidup awak bosan sedangkan kalau awak seorang yang punya matlamat hidup yang satu itu, tidak mungkin keluar perkataan hidup bosan. or hidup yang membosankan. or membosankan sangat hidup. or membosankan ada hidup. or hidupku sudah tidak bermakna lagi. ok over sangat tu awak.

ok. you know what, saje je nak buat buat tanye. konon  rase macam tengah bercakap ngan orang lah kununnye. hihi. ok tak nak tulis hihi da nampak macam stress sangat lettew. haha. 

perkara yang pertama yang terlintas di fikiran saya adalah umur saya sudah mencecah 23 this year? repliey's believe it or not sangat kan? yup, quite a big number. 

aku rasa aku taip entry ni macam bukan aku. kenapa eh? 

ok seriously, let's start:
 SATU
ok ini aleesya. kadang kadang die gedik. perasan semua orang dalam dunia ni bagi attention kat die. kononnya. ini gambar aleesya mase balik cuti lastweek. heaven jugaklah lari balik rumah 5 hari cuti. oh heaven. ok, nak citer ape lagi? cik kah sayang aleesya. =)

DUA
ehem ehem. sape yang sibuk dulu panggil orang loser sebab tak ada lesen tu? see the leg now. hehe.
Alhamdulillah, in early of this month i managed to get my license!! 
rasa time tu nak jogging satu taman perumahan sebab tanda celebrate hari kebahagiaan.
erk apakah? kak, loser sangat tu cara celebrate. haha.
so, sekarang sebut saja tuan hamba semua nak kemana, mari patik tolong drive kan. 
ok riak sangat tu menaip ayat. haha. 

TIGA
ape yang nak diceritakan pasal makhluk di atas? entah. 
ok rasa macam dah malas nak taip. ngantok. tapi tak boleh tidur lagi sebab ade kerja kene siapkan.
sila dapatkan dipasaran ye adik-adik. ni buah tangan dari akak lumut.
lumut dalam english 'moss' kan. just terfikir yang artis nama deja moss dulu tu....
erk. so can call me fika moss. means, fika lumut. haha. 
nasib baik tak ada orang suggest itu jadi nama pena. ohh nama pena katanya. =p

 EMPAT
ok malas nak citer jugak. this is a part of my tasks. film checking namenye.
dah macam steps nak jadik pelakon pulak bunyinye. memang jauh panggang dari ayam panggang. haha.

ok some might feel so curious why i do this stuffs. ok sebenarnya saya sekarang adalah seorang penganggur terhebat. apa yang hebatnye sebab sambil menganggur saya minum air dan berselam selam. erk? ok now kami tengah tunggu untuk panggilan posting. sementara tu this month jugak kami telah dipanggil interview yang kami semua tak sangka kami akan dipanggil untuk interview tu. if saya dapat job tu, saya akan cerita ok the whole story. and if saya dapat kerja tu, maknanya tak ada orang da ke nak panggil saya cikgu fika? sobbbss... takpelah panggil saya cikgu lumut je lah. =p.
doakan saya dapat job tu. saya tahu ramai lagi calon yang hebat. tapi saya telah cuba sedaya upaya saya. jika mahu dipilih guru dengan job tu, honestly saya seronok jugak berada disekolah dan melayan bebudak bebudak. ok back to the topic, sekarang saya penganggur sambil selam selam dan minum air laut. ok merapu. padan muka sape suruh baca. kan dah buang masa. buang masa tu kan amalan syaitan. teladannya janganlah awak semua buang masa. adakah saya perlu stop menaip now?

LIMA
ini hadiah untuk baby adam. my niece yang ke 5. adam lahir bulan disember.
kakak saya tak tengok pon drama adam dan hawa tu.
so  die letak nama adam tu sebab sedap. bukan sebab aaron aziz pon.
aaron aziz jangan nak perasan. haha.

ENAM
ini sahabat dan kakak-kakak namanya. sebab mereka semua lebih tua dari saya. haha. sori terkeji pulak. tapi memang kami nampk macam sebaya. ok fine saya nampak tua kan.. tak kesah pon. saya kawan tak kira umur dan darjat mahupun pangkat. eceh.
hehe. saya sayang mereka. kami kenal di Auckland sana. dan kami cuba untuk meluangkan masa untuk berjumpa setibanya di Malaysia. masing masing sudah terpisah dan punya haluan sendiri. begitulah hidup kita. acuannya luas. pengalaman itu ambil lah. 
ok tak payah nak bermadah, bosan je kan baca. sape suruh.

TUJUH
ini nak menunjukkan betapa saya suka buat buat busy.
manusia ni saiko.
menghantui hidup saya juga sejak kebelakangan ni.
ntah boss sape ntah.bos kamu ker? ke kamu? kamu tu? sume mende nak cepat. ish.
tapi saya bersyukur saya boleh kutip pengalaman dari perjalanan kali ini.
looking forward more to come. =)
but am not looking forward nak kene hadap muka manusia itu. kesian sangat diri ku.

LAPAN
ini pulak baby shana!!! my friend's niece. gamba ni last week punye gamba kot.
hye baby shana! u are so adorable! =)
ape ntah motif letak gamba budak banyak banyak dalam entry ni.
hakhak. hello, diorang comel kot.
tengok pipi shana tu. tak rasa macam nak gigit ker?

SEMBILAN
my highskulmate's wedding in Penang.
was my first time in penang! ye seumur hidup ini pertama kali. tak kesah lah orang nak kate i'm a big L.
seronok, akhirnya dapat cross satu tempat dekat malaysia ni.
perasan tourist sangat kan? =p

SEPULUH
my first and second anak buah.
sibuk tunjuk kehebatan permainan masing masing dekat cik kah.
ok lah cik kah pon buat buat teruja.
miss u both now. sigh.


alamak, cik kah da mengantuk. tapi ada perkara perlu disettle kan. tak boleh dah nak upload pics lagi. cukuplah sampai disini. selamat malam. 

semoga kamu semua yang membaca sentiasa lalui perkara yang baik-baik saja dalam hidup kamu. aku doakan Dia jauhkan kamu semua dari perasaan sedih dan pedih. dan dapat apa yang kamu inginkan. kehidupan kadangkala mengajar kita untuk mengalah dan melepaskan. 

aku bukan sedih, apatah lagi kesal. aku cuma merenung.

jumpa lagi hujung bulan depan blog. =)
Assalammualaikum.

Sunday, December 16, 2012

berhantu

banyak-banyak tempat aku pernah pergi, ada satu tempat yang macam berhantu je aku rasa. hehe. mane tak nya bila teringat tempat tu, serious aku boleh terus ingat banyak sangat kenangan yang melibatkan banyak manusia here and there. tak kiralah yang berada di Malaysia atau di luar Malaysia time tu.

hey,

tempat tu boleh buat aku senyum tanpa orang perlu tahu kenapa. dan tempat tu jugak boleh buat aku menangis teresak-esak jika tidak dikawal perasan. eceh.

ntahlah. banyak sangat memori.

dan tempat itu takkan ada tandingannya dengan mana-mana tempat yang lain di muka bumi ni. tempat tu ajar aku banyak sangat perkara. bagi aku banyak perkara. dan hilangkan aku banyak perkara juga. akan aku simpan elok-elok semua kenangan dan pengajaran kehidupan aku disana dalam diari hidup aku. ada masa aku akan selak dairi tu sambil merenung dinding. seolah-olah aku sedang tengok satu filem pada dinding. boleh ketawa, dan menangis sendiri. memang nampak macam aneh. tapi aku pasti ramai jugak yang buat macam tu.
tenung dinding, keluarkan isi diari hidup sendiri.

eh, panjang pulak taip. aku just nak cakap. aku rindu sama KAMU,

ye kamu, tempat bernama AUCKLAND yang berhantu. =)


tomorrow dah monday. so next journey lagi untuk dilalui. 
biar saya sibuk lagi dan lagi. saya senang begini. =)

Monday, October 22, 2012

saya nangis tengok ni.

vedio yang boleh buat saya mengalirkan airmata hari ni..
mungkin kerana apa yang dihadapi lately mengundang airmata ini..
tak tau la...
sibuk je kawan sebelah tanya tadi.."kau nangis ke?"..
hehe nangis sikit je..nanti lame-lame senyum balik lah..=)

KLIK SINI untuk tengok video...just a short sharing...

Monday, May 7, 2012

jika kau peminat

seumur hidup aku, ini kali pertama aku cuba makanan ni...tak sure la ramai ke tak orang pernah try "durian goreng"...rupanya cam lonjong sikit lebih kurang macam goreng pisang..rasa dieeeeeeeeee...perggghhh....

memang sedap.

mula-mula dulu ada member aku cakap kat aku ade kedai ni jual durian goreng. aku dengar je cam kembang plak tekak ni bile dengar....selalu durian buat pengat ke, aiskrim ke...ni kite goreng durian tu plak..pelik jugakla dengar mase mule-mule....

sekali semalam aku try.... buat aku nak makan lagi hari ni....hooooo...

tros aku cakap kat si member.."kalau family aku datang sini..aku nak bawak kat kedai ni rasa durian goreng..mesti dorang pelik..."

ini dia durian goreng, 1 set ada 5 ketul =RM5

jika kau peminat durian...tolonglah try...sedap tak terkata...mungkin kalau tak minat durian pon kalau makan durian goreng ni terus jatuh cintaaaaaaaaa....

Friday, April 20, 2012

masih cemburu

entry yang agak random jugak ni..hehe



yep, i love those pictures...
 or maybe jealous is the best word to describe what i feel when looking at your pictures?
hukhukhukkkkkkkkkkkkkk......

gambar lari-lari sesuka hati..
2.4km in less than 30 minutes.....awesome! 

Saturday, March 31, 2012

suke!

lately aku slalu tgk video kat bawah ni sambil nyanyi same-same..sampai melodi die pon tersemat dalam kepala....macam lawak plak tetibe lagu negara new zealand ni bermain-main dalam fikiran aku....hehe...


New Zealand national anthem....second country in my heart.. this video was taken around Rugby World Cup 2011...missing those moments so much!! =')


E Ihowā Atua (O Lord, God,),
O ngā iwi mātou rā(of all people)
Āta whakarangona (Listen to us,);
Me aroha noa (Cherish us)
Kia hua ko te pai (May good flourish,);
Kia tau tō atawhai (May your blessings flow.);
Manaakitia mai (Defend)
Aotearoa

God of Nations at Thy feet,
In the bonds of love we meet,
Hear our voices, we entreat,
God defend our free land.
Guard Pacific's triple star
From the shafts of strife and war,
Make her praises heard afar,
God defend New Zealand



Saturday, March 17, 2012

why so sweet? =')

tempat yang pernah kita same-same pergi dulu..tapi hari ini aku sudah tak de bersama kamu semua..betapa aku rindu tempat itu...Auckland, New Zealand...mane boleh aku lupakan kau....


friends, thank u so much...rindu kamu semua... =')

Sunday, January 8, 2012

awesome lah!





hari kamis aritu akhirnya photobook yang aku design tiba dipangkuan..hehe..aku baru siap 1 photobook aku dan 'kamu itu'..photobook 1 lagi untuk life sepanjang kat auckland still tengah design...

Jumaat plak pergi melawat kawan sekolah lepas bersalin and dpt baby boy..hehe...ibu and ayah baby due2 schoolmate batch aku...aku agak teruja jugak la tengok baby tu..excited semacam je..haha..

Pastu aktiviti sepanjang pegi kl adalah jumpe member2,lepak makan minum..yang lebihnye borak..hehe...ok lah..motif aku buat entry ni sebab nk jeleskan kawan aku sorang tu yang kat UTP tu yang tengah berhempas pulas abeskan paper final semester die..good luck dear!..

And got another plan for tomorrow...see u guys!

P/s: da seminggu kite berjauhan kan..adakah awak kat sane da boleh sesuaikan diri?..teringat kamu...hhmmm

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, January 2, 2012

cerita kepulangan ke Malaysia...


memula tu susah jugak nak terima kenyataan yang aku dah berada di Malaysia..and dah pon end up life aku as student kat auckland tu....masa dalam flight lagi lah.... aku duduk...aku cam termenung....rasa cam kosong je fikiran aku.... kejap-kejap aku rase berdebar...berdoa penerbangan aku selamat tiba ditanah air...dan alhamdulillah..hari ni dah pon hari ke3 aku kat Malaysia...

sedih tu mestilah ada.... sebab auckland dah macam dapat tempat kat hati aku...banyak sangat perkara yang penting berkaitan dengan kehidupan aku berlaku kat negara kiwi tu....ajar aku sangat banyak benda..... dalam flight aku cam tidur, bangun, kejap-kejap urut kaki dan bahu...terasa lenguh perjalanan sangat lama.... aku dengar lagu-lagu dalam ipod aku...termenung lagi.... terus rasa rindu pulak pada dia itu yang dah aku tinggalkan di auckland.... bermulah hubungan jarak jauh kita...lain pula ujian dan cabarannya.....

  1. sampai je kat klia  aku cam terpinga-pinga....aku stop kejap and diri satu sudut...aku pandang sekeliling ramai melayu....aku jadik cam pelik dan blurr...cam bengong-bengong sikit tak reti nak react...tapi aku cam senyum je kat orang melayu yang aku pandang sebab mungkin da terbiasa kat auckland jumpe orang melayu cam senyum to each other..tapi kat sini diorang pandang aku pelik sebab senyum-senyum...ke aku je rase dorang pandang aku pelik?
  2. keluar-keluar 2 buah kereta sambut aku..parents and adik aku, and family along aku...rindu gila dekat anak buah aku.... sepanjang 3 hari ni..diorang berkepit dengan aku je... mane aku pegi mesti diorang ade...=)
  3. lepas tu pergi breakfast ramai-ramai, aku makan nasi kerabu pagi tu sebab tu je yang cam menarik kan.hee
  4. hari ke3 kat malaysia, aku dah makan buah manggis, rambutan and palingggg pentingggg buah durian...buat tempoyak..fullamak sedap die...yang makan tempoyak mesti tau kan? hehe
  5. first day sampai malaysia menjelang tengah ari aku cam berpeluh gile..badan aku cam berpeluh  je and tak selesa...and aku rase cam sangat pelik sebab kat auckland memang tak berpeluh la kan kalau duduk saje je dalam rumah... perubahan cuaca paling susah aku nak adapt...obviously.
  6. sampai ke hari ni aku rase cam tak selesa lagi..aku rase pelik sikit la sebab lepas aku mandi aku rase badan aku cam melekit..aku tak sure la air kat new zealand tu terlebih bersih ke ape...but air kat sane memang boleh terus minum keluar dari paip.... so now badan aku cam mule rase gatal-gatal and merah merah...
  7. hari tu aku pergi mcD, lepas tu aku order aku cakap... "give me 1 set of ......" ..sedangkan aku mane pernah order macam tu hoi....pastu aku tersedar aku rase cam nak tampar mulut sendiri...apesal cakap omputih? mengada gile kauuu...blah lah.
  8. disebabkan badan aku asik berpeluh je..so kat sini aku mandi 2 or 3 kali sehari...sedangkan kat auckland dulu kalau dah mandi sehari sekali tu da cukup bagus da bagi aku...kadang-kadang tak mandi pon ok..hahaha...so aku rase perubahan tuuu..haha
  9. makanan kat malaysia sangat heaven...sebab aku tak lagi rasa macam kekurangan makanan didalam rumah sedangkan kat auckland dulu aku rase cam "tak de bende ke nak makan?"..haha
  10. aku still tak boleh adapt lagi dengan rumah aku..banyak benda yang aku tak tau kat mane tempat die and kene tanye-tanye banyak kali..ni kat mane..tu kat mane...so aku decide esok aku nak kemas rumah gune skill cleaning aku ni kononnya so that aku selesa ikut kehendak aku..haha
  11. aku tak jumpe lagi kawan-kawan aku even sorang....now jumpe family je...paling sedih, aku tak dapat jumpe wan aku...arwah pergi before sempat aku balik..... dalam wallet aku, ade rm300 yang arwah bagi mase 31 dec 2009...time tu aku nak balik auckland semulaaku sebak sangat kalau tengok duit tu and teringat saat 31dec09 dulu tu...al-fatihah.
  12. banyak jugak benda yang dah berubah...kat sekitar kuala pilah sendiri aku dah jumpe beberapa benda yang dah berubah....ade yang baru ada dan  yang lame pula dah tak ada....
  13. abang aku yang second da berisi... itu pelik jugak kot?
  14. sampai hari ni sume masakan yang aku makan...aku komen pedas...ke memang pedas or aku da tak original negeri sembilan ?? haha
  15. anak buah aku dah pandai cakap..and aku rase cam comel tol dorang tu boleh borak-borak ngan aku...before ni dorang tak pandai cakap...
  16. ni agak pelik jugak dimana aku dah boleh makan rambutan tanpa pergi beli dekat kedai or balik kampung..belakang umah aku dah ade pokok buah rambutan yang dah berbuah...aku rase ini sangat woowwww!!
  17. aku beli no celcom baru, dan bile aku bagi kat orang...ramai tanye aku, "betul ke number kau ni? apsal cam pelik?"..pelik sebab start 0111 and ade sebelas nombor kesemuanya....aku sendiri terpinga-pinga tak tahu mende..haha
  18. rumah aku internet da wireless!! aku rase awesome nyeeeeee....haha
ok cukuplah tu....banyak lagi rase nak tulis tapi cam tetibe blank....aku cam rindu seseorang plops....aissssshhh.....

=)

Thursday, December 22, 2011

a taste of summer

uhhh baru hari ni dapat bukak laptop...busy betul lately..banyak mende nak kene settlekan before balik malaysia.... tadi baru je lepas settlekan shipping..now boleh lah relax sikit...betambah relax bile aku dah berhenti kerja dari hotel tu selasa hari tu.... tamatlah kerjaya aku mengemas bilik hotel...hehe....penat kot kerja hotel tu...nak cepat punye pasal..luka sana sini... terhantuk tersepit segala...huu...tangan aku pon cam da kasar gile sebab banyak sangat gune chemicals untuk bersihkan toilet bilik tu.... tulang empat kerat makcik ni pon da reput...hee..

tinggal lebih kurang 8 hari je lagi aku nak berangkat pulang....ntah lah..cam sayu n sebak plak nak balik tinggalkan auckland...banyak benda aku lalui kat sini...terlalu banyak...banyak sangat memori suka duka..jatuh bangun aku kat sini....auckland,i'm gonna miss u badly... 

ok now kan tengah summer....so buah ceri pon keluar tanpa segan silu..aku suke la jugak makan buah ceri ni...sebab buah ni cam comel pastu senang nak makan..pastu sedap .... tapi tak de lah murah sangat buah ni..agak mahal la...sekilo dalam $18-$22. tapi sebab aku nak balik dah nanti..so aku melantak la jugak buah ni dulu..hehe...aku ade la jugak order dalam 3 kilo kot untuk bawak bagi family nanti...kalau beli kat supermarket yang bese aku pergi tu cam tak sedap sangat..tapi yang ni memang terbaikkk..hee....ape lagi nak tulis? serious, da tak reti nak menulis...tengok gamba la eh..hee





Friday, November 25, 2011

sesuatu =)

lama tak update rasanya. banyak sangat perkara yang berlaku tapi tak tau nak start tulis dari mana. dan end up dengan tak tahu nak tulis. lalu tak tulis lah apa-apa.

kalaulah hari ini ada lebih dari berjuta-juta manusia dalam dunia ni sedang rasa sangat happy, mungkin salah seorang dari mereka itu adalah aku...=)

aku dah habis exam.
dan result aku dah keluar hari ini. =)

akhirnya tibalah masa aku akan ucapkan selamat tinggal pada tanah Auckland ini.
terima kasih menumpangkan aku untuk 3 tahun ini.
ajar aku banyak perkara, bagi aku airmata, bagi aku ketawa, juga bagi aku kekuatan.

tak tahu nak tulis apa ni.
syukur kehadrat Illahi.=)

Malaysia, 2 tahun lamanya tak jumpe kan.
this time aku balik for good taw. =)
3 tahun bersama kau Auckland, bakal buat aku merindui kau sehingga akhir hayat aku.

Alhamdulillah.

Friday, November 4, 2011

tenung lame-lame. ah awesome!


lukis gune kapur?
3D?
ah awesome !!!